Showing posts with label KARPAL SINGH. Show all posts
Showing posts with label KARPAL SINGH. Show all posts
Karpal Singh Tak Sedar Diri...!!!!
Posted by
Malay Delima
on Monday, September 30, 2013
/
Labels:
DAP,
KARPAL SINGH,
Lim Guan Eng,
Lim Kit Siang,
PAKATAN HARAM
/
Comments: (0)
Pakatan khawarij kerap kali mengagungkan 'Undi Popular' dan mereka mempertikaikan kemenangan Barisan Nasional berdasar 'Undi Popular' pada PRU13 lepas.
Malangnya strategi sampah mereka akhirnya memakan diri. Semalam merupakan pemilihan semula CEC DAP dan berikut merupakan 20 CEC yang dipilih berserta jumlah undi terkini:
1. Liew Chin Tong – 1,438 unti
2. Lim Kit Siang – 1436 undi
3. Karpal Singh – 1,421 undi
4. Gobind Singh – 1,409 undi
5. Lim Guan Eng – 1,304 undi
6. Chong Cheng Jin – 1,294 undi
7. Anthony Loke – 1,263 undi
8. Chow Kon Yeow – 1,203 undi
9. Fong Kui Lin – 1,193 undi
10. Teng Chang Khim – 1,164 undi
11. Tony Pua – 1,158 undi
12. Zairil Khir Johari – 1,132 undi
13. Teresa Kok – 1,127 undi
14. Chong Eng – 1,111 undi
15. M Kula Segaran – 1,088 undi
16. Tan Kok Wai – 1,088 undi
17. Teo Nie Ching – 1,081 undi
18. Boo Cheng Hau – 961 undi
19. Nga Kor Ming – 956 undi
20. Ngeh Koo Ham – 809 undi
Sejurus selepas pemilihan semalam, satu senarai jawatan tertinggi DAP Pusat penggal 2012/2015 telah dibentangkan, dan dilantik tanpa bantahan:
Pengerusi: Karpal Singh
Timbalan Pengerusi: Tan Kok Wai
Naib Pengerusi (lima jawatan):
1) Chow Kon Yeow
2) Dr Senator Ariffin SM Omar
3) Chong Chieng Jen
4) M. Kulasegaran
5) Teresa Kok
Setiausaha Agung: Lim Guan Eng
Penolong Setiausaha Agung (tiga jawatan):
1) Chong Eng
2) Ngeh Koo Ham
3) Dr P. Ramasamy
Bendahari Kebangsaan: Fong Kui Lun
Penolong Bendahari Kebangsaan: Nga Kor Ming
Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Anthony Loke Siew Fook
Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan:
1) Vincent Wu Him Ven
2) Thomas Su Keong Siong
Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Tony Pua Kiam Wee
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan:
1) Teo Nie Ching
2) Zairil Khir Johari
Setiausaha Antarabangsa: V. Sivakumar
Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan: Liew Chin Tong
Penolong Pengarah Pendidikan Politik: Dr Boo Cheng Hau
Penasihat parti seumur hidup: Dr Chen Man Hin
Ketua Ahli Parlimen DAP: Lim Kit Siang
Jawatankuasa Disiplin: Tan Kok Wai Wai
Biro Kebudayaan: P.Gunasekaran
Biro Buruh: A.Sivanesan
Sepuluh anggota CEC dilantik:
1. Dr Tan Seng Giaw
2. Dr P. Ramasamy
3. Senator Dr Ariffin SM Omar
4. Vincent Wu
5. Jimmy Wong Sze Phin
6. Dr John Brian Anthony
7. Dr Edwin Bosi
8. Leong Ngah Ngah
9. V. Sivakumar
10. Thomas Su Keong Siong
Jika berdasarkan keputusan undi dan formula sampah 'Undi Popular' Pakatan Khawarij, Karpal Singh tidak layak menjadi pengerusi DAP lagi. Namun kuasa kroni DAP mengatasi segalanya. Bermula dari jawatan pengerusi, timbalan pengerusi hingga naib adalah individu yang pro kepada Dinasti Lim. Strategi sampah mereka tidak menjadi pada kali ini dan terpaksa menelan semula tahi yang mereka telah taburkan sebelum ini.
Karpal Singh pula dengan tidak bermaruahnya menerima jawatan pengerusi DAP dengan hanya mendapat undi ketiga terbanyak ketika pemilihan semula DAP semalam. Lalu, atas dasar apa formula sampah 'Undi Popular' Pakatan Khawarij diwujudkan? Benarlah mereka sebenarnya hanya sampah! Sebastianphiu
Masa Untuk Ubah Anwar, Kit Siang & Karpal....
Posted by
Malay Delima
on Sunday, April 28, 2013
/
Labels:
7WASIAT RAJA-RAJA MELAYU,
ANWAR IBRAHIM,
KARPAL SINGH,
Lim Kit Siang
/
Comments: (4)
Dalam tempoh setahun dua lepas sehinggalah masuknya waktu berkempen sempena PRU-13, perkataan 'ubah' sering kali meniti dari bibir ke bibir para pemimpin dan penyokong PR dalam usaha mereka untuk mempengaruhi khalayak supaya berpaling tadah dari BN kepada PR.
Cara mereka menyampaikan hujah dalam ceramah dan penulisan, seakan memperlihatkan parti pembangkang sudah mengalami pelbagai perubahan bersesuaian dengan zaman, sementara BN yang menerajui negara ini pula digambarkan sebagai kaku dan jumud tanpa sebarang transformasi.
Walhal tanpa mereka sedari, slogan ubah yang mereka tonjolkan sebenarnya lebih cocok untuk dikaitkan dengan keperluan mengubah pucuk kepimpinan dalam PR memandangkan sejak berbelas tahun atau puluhan tahun lepas orang yang sama jugalah yang masih menerajui parti-parti pembangkang.
Anwar Ibrahim misalnya, semenjak sedekad lalu kekal sebagai Ketua Umum PKR tanpa perlu melalui sebarang proses pemilihan parti, manakala isterinya pula masih menerajui PKR sebagai Presiden, di masa yang sama ruang seluasnya dibuka untuk anak sendiri mendaki hierarki kepimpinan parti.
Dalam tempoh yang sama, UMNO yang paling dicemburui Anwar sudah bersilih ganti pucuk pimpinannya dari Tun Dr. Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Dato' Seri Najib Tun Razak pula sebagai pemimpin utama parti, menunjukkan wujudnya perubahan dan peralihan selari dengan tuntutan semasa.
Ketika UMNO terus fokus menabur bakti untuk kepentingan orang Melayu Islam sambil menitik beratkan kerjasama dengan semua kaum dan agama, PKR tetap dengan idea asal untuk menobatkan Anwar sebagai PM. Dulu dan sekarang itu satu yang dikejarnya.
Dalam konteks politik DAP pula, sejak berpuluh tahun lalu, muka yang sama juga menerajui parti, Lim Kit Siang kekal selaku pemimpin utama yang menentukan hala tuju DAP dengan dibantu anaknya sendiri, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung.
Sementara, Karpal Singh pula terus menjadi suara rasmi DAP dalam mendepani isu-isu politik yang serba sensitif. Pendek kata idea kepimpinannya sama saja, kalau tak rasis, mereka akan bercakap soal kepentingan sekelompok kaum selari dengan konsep kepimpinan mentor mereka di Singapura.
Di lihat dari aspek kepimpinan parti, jelas sekali slogan 'ubah' yang digembar-gemburkan oleh PR langsung tak menepati maksudnya, melainkan sekadar mencanangkan idea propaganda untuk memperdaya rakyat supaya memilih mereka bagi menggantikan pucuk pimpinan negara.
Sedangkan tanpa wujudnya peralihan kepimpinan dalam parti, bermaksud ideanya kekal tepu ditakuk yang sama. Sebarang perubahan yang diwar-warkan hanya seumpama mencurah air ke daun keladi, tiada maknanya untuk negara dan rakyat kebanyakan.
Sebelum PR mahu meneruskan angan-angan mencanangkan perubahan, lebih elok kiranya mereka melakukan dulu perubahan dalaman parti masing-masing supaya idea baru dari kepimpinan yang lebih segar buah fikirannya benar-benar berguna untuk kepentingan khalayak.
Untuk itu, manfaatkan PRU-13 ini untuk menyampaikan isyarat jelas dengan menolak pemimpin-pemimpin PR yang sudah terlalu lama mengawal kepimpinan parti. Humban saja Kit Siang, Anwar dan Karpal Singh jauh ke alam persaraan supaya satu anjakan paradigma dapat dilaksanakan.
Isu Kalimah Allah - Hinanya Majlis Syura PAS Di Mata PR
Posted by
Malay Delima
on Tuesday, January 22, 2013
/
Labels:
KARPAL SINGH,
Nik Aziz,
PAKATAN,
PAS
/
Comments: (2)
Bunyinya seperti mendayu-dayu memujuk, tapi ramai yang faham itu hanya isyarat bernada 'lembut' yang jelas kehendaknya. Suka atau tidak, PAS terhimpit antara memartabatkan pendirian rasmi Majlis Syura ataupun mendahulukan kepentingan politiknya dalam PR.
Sebelumnya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah tampil dengan kenyataan tegas bahawa pakatan pembangkang, PR tetap kekal dengan keputusan Majlis Pimpinan Tetinggi PR pada 8 Januari 2013 yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.
"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," kata Azmin dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.
Demikian hinanya kedudukan Majlis Syura Ulama PAS di mata PKR, sedangkan sebagai rakan sepakatan sepatutnya PKR dan DAP perlu belajar menghormati rakan sendiri sekalipun mereka sudah masak sangat dengan sikap lalang PAS yang kerap berubah pendirian mengikut kehendak politik kepartian.
Jika dilihat dari segi struktur organisasi PAS, kedudukan Majlis Syura adalah yang tertinggi dalam parti berlabel Islam itu. Seandainya PAS mendominasi pengaruh dan kedudukannya dalam PR, tentunya desakan mendayu dari DAP dan kenyataan tegas yang memperlekehkan taraf Majlis Syura oleh PKR tidak akan timbul.
Tapi disebabkan kedudukan PAS dalam PR sekarang hanyalah setaraf balaci yang terdesak mahu mencapai angan-angan untuk sama-sama ke Putrajaya bersama PR, maka senanglah DAP dan PKR memanfaatkannya untuk kepentingan mereka.
Lagipun Karpal Singh dan Azmin Ali yang diketahui ramai adalah suara rasmi PR dalam isu-isu sensitif, kedua-duanya amat faham benar selagi PAS kekal bersama PR, mahu tidak mahu PAS perlu menurut keputusan muktamad yang telah lama dipersetujui.
Kalau PAS benar-benar jantan dan bermaruah, sudah lama mereka tinggalkan PR dan tidaklah termalu sendiri dengan pendirian flip flop Mursyidul Am dan Presiden PAS sekejap patuh kehendak PR dan kemudiannya bila teruk dikecam khalayak barulah menyerahkan keputusan selanjutnya kepada Majlis Syura pula.
Antara kemahuan politiknya utk kekal dengan PR dan kesucian kalimah Allah s.w.t yang wajib dipertahankan, telah meletakkan PAS dalam keadaan tersepiot dan terhimpit. Inilah bahananya apabila satu kerjasama politik yang longgar hanya ditemukan dengan titik persamaan berkongsi musuh yang sama sahaja.
Tatkala kerjasama dalam BN wujud demi membangunkan negara & rakyat, PR pula yang menggabungkan DAP, PKR dan PAS atas asas rapuh seringkali diselubungi isu-isu yang tidak berkesudahan dan masing-masing pula langsung tiada sikap hormat menghormati sesama sendiri.
Bila sudah demikian, tak sukar untuk rakyat jangkakan yang negara ini akan berantakan sepanjang masa sekiranya PR diberi peluang walau sepenggal pun untuk memerintah tanahair tercinta ini.
Posted by
Malay Delima
on Wednesday, January 2, 2013
/
Labels:
DAP,
KARPAL SINGH,
PAKATAN
/
Comments: (1)
Tindakan tersebut wajar sekiranya Pengerusi DAP itu adalah seorang peguam atau pemimpin yang mempunyai kredibiliti dan berintegriti.
Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Abdul Ghani Haron berkata, Karpal tidak seharusnya mengambil sikap 'menikus' jika tidak mahu orang ramai melihat beliau sebaliknya.
"Sebagai seorang peguam berpengalaman, Karpal tidak perlu takut membantu mengemukakan bukti dimilikinya tentang kegiatan liwat Anwar seperti dinyatakan di Parlimen pada tahun 1997.
"Walaupun Karpal dan Anwar kini sudah 'bersaudara', namun kenyataan tersebut tidak pernah ditarik balik menunjukkan bukti yang dikatakan sebelum ini benar-benar wujud," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Berakhirkah era 'otai' DAP?
Posted by
Malay Delima
on Friday, December 14, 2012
/
Labels:
DAP,
KARPAL SINGH,
PAKATAN,
PAS
/
Comments: (1)
Desas-desus bertiup kencang mengatakan Pengerusi DAP itu bakal 'tersungkur' untuk mempertahankan kedudukannya dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada pemilihan Kongres Kebangsaan DAP ke-16 itu.
Dikatakan, satu puak dalam parti itu yang begitu bercita-cita untuk ke Putrajaya tidak begitu senang dengan kelibat Karpal yang agak merencatkan 'niat' mereka. Ini terutama apabila melibatkan kompromi mereka dengan Pas berhubung hukum hudud dan pelaksanaan negara Islam.
Karpal diketahui umum begitu lantang mengkritik hala tuju Pas yang jelas bertentangan dengan prinsip DAP yang mengimpikan negara sekular. Isu-isu berkaitan ini sering dibangkitkan oleh Karpal dari semasa ke semasa.
Tidak cukup dengan itu, beliau juga sering mengkritik corak kepimpinan kerajaan Pas di Kelantan dan Kedah sejak akhir-akhir ini. Kritikan Karpal dikatakan mengundang rasa tidak senang di kalangan pemimpin DAP, Pas dan PKR. Disebalik pendirian politik Karpal, kumpulan berkenaan bercia-cita besar untuk berkuasa sepenuhnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Terbaru, Karpal mengundang kemarahan pemimpin-pemimpin DAP apabila mendesak supaya mereka mengamalkan polisi 'satu calon, satu kerusi'. Ini bagi memberi ruang kepada calon-calon lain untuk bertanding.
Ironinya, DAP juga satu-satunya parti politik negara ini yang telah berdaftar dengan Pertubuhan Sosialis Antarabangsa- yang objektif sebenar adalah perkongsian sama rata.
Dalam pemilihan kepimpinan Pusat, DAP mempunyai sistem berbeza.Perwakilan ke kongres kebangsaan akan memilih 20 anggota jawatankuasa eksekutif pusat. Dan 20 anggota jawatankuasa ini kemudiannya akan bertemu dalam mesyuarat pertama, mereka akan mengundi memilih pengerusi parti, timbalan setiausaha agung, bendahari pusat dan lain-lain jawatan utama dalam parti.
Di sebalik ini, ada ura-ura mengatakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng begitu berminat untuk ke jawatan Pengerusi DAP menggantikan Karpal. Tambah-tambah lagi, jawatan setiausaha Agung DAP yang disandang Guan Eng ketika ini hanya tinggal satu penggal lagi.
Dan walaupun Pengerusi dan Setiausaha Agung dalam DAP mempunyai kuasa dan pengaruh yang sama, namun dalam kes ini agak berbeza. Ini kerana Guan Eng dikatakan lebih mempunyai kuasa dan pengaruh hanya dengan memegang jawatan Setiausaha Agung . Karpal pula walaupun merupakan pengerusi parti, suara beliau tidak begitu penting. Apalagi dalam membuat sebarang keputusan.
Dalam pemilihan DAP itu nanti, "puak di sana" hanya memerlukan 11 undi dalam kalangan mereka untuk mengundi Karpal keluar daripada pemilihan tersebut. Walaupun Karpal disegani dalam kalangan akar umbi DAP namun mereka bercita-cita untuk mara, tidak peduli itu semua.
Dalam pemilihan di Georgetown sabtu ini, seramai 68 anggota akan bertanding untuk mengisi jawatan-jawatan tertinggi CEC yang akan diundi oleh 2,500 perwakilan.
Antara yang dijangka menang mudah ialah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng, Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen, Ahli Parlimen Batu Kawan merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy dan Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw.
Sementara yang dijangka merempuh laluan sukar dan mudah cakap ialah Karpal, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke, Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran, Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim, pasangan sepupu, Nga Kor Ming serta Datuk Ngeh Koo Ham dan ADUN Skudai, Dr. Boo Cheng Hau.
Apa yang pasti, keputusan pemilihan DAP kali ini juga dikatakan bakal menjejaskan hubungan antara pemimpin akar umbi parti andai 'puak di sana' menang besar.
Pemimpin akar umbi yang sudah bersama DAP sejak awal dikatakan tidak berpuas hati dengan cara parti itu dipimpin terutamanya oleh Guan Eng.
Pada masa sama, calon-calon baru parti dikatakan lebih berpengaruh dalam membuat keputusan penting dan tidak mempedulikan sentimen akar umbi. Kebanyakan mereka juga tidak gemar untuk bekerjasama dengan pemimpin akar umbi.
Pekara ini juga seolah-olah direstui oleh anak-beranak, Kit Siang dan Guan Eng sehingga lebih ramai akar umbi bertindak keluar parti atau mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang akhirnya menyebabkan mereka dipecat kerana menentang parti.
Pergolakan dalaman serius yang sedang berlaku antara akar umbi dengan 'puak di sana' akhirnya terserlah apabila Konvensyen DAP Selangor telah diboikot dan cuma dihadiri beberapa kerat pemimpin sahaja.
Konvensyen DAP Pulau Pinang pula walaupun tidak diboikot secara terang-terangan, namunterdapat laporan mendakwa lebih 300 perwakilan menghilangkan diri selepas sesi pendaftaran.
Keadaan ini berlainan sekali dengan muktamar Pas atau Perhimpuanan Agung UMNO baru-baru ini kerana para perwakilan parti berkenaan sanggup duduk diatas lantai dan berbaris panjang demi mendengar amanat pemimpin tertinggi mereka. Walau apa pun yang berlaku, pemerhati berpendapat-DAP mesti profesional.
Andai Karpal diundi keluar daripada pemilihan parti kali ini, maka ramai lagi akar umbi yang akan bangkit dan menyuarakan rasa tidak puas hati. Juga ramai lagi yang akan bertindak keluar parti. Lebih banyak 'kemusnahan' akan berlaku dalam parti selain DAP mungkin terjejas teruk pada PRU-13 nanti.
Karpal dikatakan 'pillar' kepada DAP. Pengaruh beliau bukan sahaja terlihat dalam parti malah pendirian politiknya menjadi ikutan - tegas pertahankan prinsip diri dan parti sehingga hari ini. - Utusan
Karpal Pengerusi Majlis Fatwa PR
Posted by
Malay Delima
on Wednesday, November 28, 2012
/
Labels:
KARPAL SINGH,
PAKATAN,
PAS
/
Comments: (0)
Krisis dalaman di dalam PAS, DAP dan PKR kini dilihat semakin memuncak apabila isu yang dipertelagahkan saling bertindihan dalam pakatan dan secara berasingan dalam setiap parti sekutu.
Yang menariknya ialah ‘kemunculan’ Karpal Singh sebagai watak utama dalam setiap isu yang berbangkit. Karpal merupakan ‘bintang’ dalam pertelagahan dengan Nasharudin Mat Isa mengenai hudud. Beliau begitu garang mengarahkan PAS kembali kepada perjanjian asal iaitu untuk menghentikan terus cakap-cakap mahupun niat untuk melaksanakan hudud dan negara Islam.
Walaupun kenyataan Karpal adalah mewakili pendirian DAP tetapi nampaknya hanya Karpal yang ditonjolkan sebagai menuntut PAS meletakkan satu pendirian yang jelas dalam isu ini. Kit Siang, Guan Eng dan lain-lain pemimipin DAP hanya menjadi pelakon tambahan.
PAS juga hanya dilihat hanya menumpukan tembakan terhadap Karpal seorang. Malah, PAS juga yang mengeluarkan kenyataan membela DAP untuk ‘menenangkan’ ahli-ahli PAS, dengan menggambarkan kononnya, kenyataan Karpal adalah kenyataan peribadi dan DAP secara dasarnya tidak ada masalah ‘memahami’ hudud PAS.
Dari situ, Karpal terus menjadi bintang utama DAP menghiasi akhbar dengan kenyataan-kenyataan lantang yang mendedahkan konflik partinya dengan PAS. Semalam, Karpal menempelak kerajaan PAS Kedah kerana memperdagangkan sumber anugerah Tuhan, iaitu air. Karpal tidak puas hati apabila PAS Kedah memutuskan agar Pulau Pinang perlu membayar bekalan air mentah yang disalurkan oleh Kedah ke negeri itu.
Alasan kerajaan Kedah ialah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang juga memperniagakan air tersebut. Lagipun, penjagaan sumber alam itu, termasuk mengekalkan kawasan tadahan juga melibatkan perbelanjaan, dan kos itu perlu turut dikenakan kepada Pulau Pinang yang turut menikmatinya.
Kesungguhan Karpal menjaga kepentingan Pulau Pinang dilihat mengatasi Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan Eng, yang kurang menonjol akhir-akhir ini. Pendek kata, Karpal adalah satu-satunya pemimpin PR yang cukup pantas dan lantang dalam menangani sebarang masalah yang melibatkan perpaduan dalam kerjasama PR.
Bagaikan pengerusi Majlis Fatwa bagi PR, Karpal sedaya upaya memastikan kerjasama dalam pakatan rakyat terus berkiblatkan semangat menghormati DAP.
Malah, di dalam DAP juga, Karpal membawa sikap yang sama iaitu sebagai ‘penegak hukum’.
Karpal menjadi ‘juara’ memperjuangkan ‘satu calon, satu kerusi’ bagi PRU kali ini atas alasan memastikan wakil rakyat dapat menumpukan sepenuhnya kepada kawasan masing-masing.
Walaubagaimanapun, cadangan Karpal diragui oleh berbagai pihak dalam DAP sendiri dan ditempelak Teresa Kok dengan penghinaan bahawa Karpal adalah ‘old story’ atau cerita lama.
Tindakan Teresa Kok menimbulkan kemarahan beberapa pihak kerana dilihat tidak menghormati orang tua dan juga Pengerusi parti yang telah lama berjuang dan banyak pengalaman. Akibatnya, Ahli Parlimen, Kota Alam Shah M. Manoharan telah membangkitkan kegagalan Teresa untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat dengan baik kerana memegang begitu banyak ‘kerusi’ atau jawatan dalam parti dan juga kerajaan negeri.
Namun, akhir-akhir ini, nampaknya semakin ramai di dalam DAP menyuarakan sokongan terhadap idea Karpal ini, sekali gus, ‘menggilapkan’ lagi namanya.
Strategi menonjolkan Karpal seorang serta mensenyapkan pemimpin-pemimpin DAP yang lain secara sengaja atau tidak sengaja dilihat tepat bagi meminimakan kerosakan yang berlaku akibat krisis yang melanda Pakatan Rakyat. Namun, bagi pihak Karpal, beliau mungkin perlu lebih berhati-hati dalam mengatur langkah seterusnya kerana tindakan ini dilihat mampu meletakkan beliau dalam dua keadaan iaitu jika bukan sebagai ‘bintang’, maka mungkin juga sebagai ‘kambing hitam’.
Senarionya, jika PR menang dalam PRU ke-13 ini, maka isu penentangan DAP terhadap hudud perlu diselesaikan bagi mengelak akar umbi PAS ‘mengamuk’.
Sedang pemimpin PAS boleh terus berdolak dalih dengan menggunakan alasan kekurangan majoriti di parlimen dan hakikat masyarakat majmuk, PAS tetap perlu membuktikan yang mereka benar-benar serius dalam menentang sesiapa sahaja yang menentang hudud.
Oleh itu, Karpal mungkin perlu dikorbankan sebagai satu-satunya pemimpin DAP yang menentang hudud. Dengan itu, walaupun hudud tetap tidak dilaksanakan, akar umbi PAS akan kembali tenang dan DAP akan kekal selamat.
Karpal sebagai ‘cerita lama’ boleh dibersarakan saja. Malang bagi Karpal jika ini berlaku kerana tidak dapat memakai gelaran Tun Karpal selepas bersara seperti yang dibayangkan oleh Tun Mahathir, kerana Karpal tidak bersara sebagai Perdana Menteri tetapi hanya bersara sebagai si-kambing hitam, Pengerusi parti.
Hadi & Anwar Berebut Sakan, Karpal Singh Tersengih Riang
Posted by
Malay Delima
on Saturday, November 24, 2012
/
Labels:
ANWAR IBRAHIM,
DAP,
KARPAL SINGH,
PAKATAN
/
Comments: (0)
Menurut Tun Dr. Mahathir, Karpal sebagai orang yang sudah lama berjuang dalam politik tentunya turut mengharapkan jawatan itu sama saja seperti diangan-angankan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Sindiran pedas ini tentunya mengundang rasa tidak senang ramai pemimpin PR yang sekarang ini sedang kelam kabut bersilat lidah untuk meredakan isu jawatan Perdana Menteri yang sekarang ini ibarat duri dalam daging kepada kerjasama parti pembangkang dalam gabungan PR.
Isu jawatan PM mula menjadi polemik umum selepas Dewan Ulama PAS serta perwakilan parti itu sepakat untuk mengangkat Presiden mereka sebagai PM, dengan alasan ketokohan dan kredibilitinya jauh lebih baik berbanding Anwar Ibrahim.
Apa sahaja alasannya, cadangan tersebut jelas bercanggah dengan kesepakatan bersama pemimpin tertinggi PR yang sebelum ini telah menetapkan Anwar sebagai calon PM seandainya pembangkang berjaya menguasai PRU 13.
Namun demikian, ramai juga ahli dan penyokong PAS yang teruja bila saranan itu ditimbulkan, sedikit sebanyak berjaya mengurangkan rasa rendah diri mereka yang selama ini terkenal dengan jolokan balaci dan keldai tunggangan DAP dan PKR.
Bagaimanapun tak semua pemimpin PAS berani mengiakan cadangan melantik Hadi sebagai PM, terutama bagi mereka yang sudah sebati sebagai geng Anwarinas rata-ratanya lebih selesa melihat Anwar terus kekal sebagai satu-satunya calon PM bagi PR.
DAP pula melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng tanpa berselindung tegas menolak sebarang usaha untuk menobatkan Presiden PAS sebagai PM, sebaliknya menyeru pemimpin dan penyokong PAS supaya memegang persetujuan bersama untuk merealisasikan impian Anwar untuk merasai keempukan kerusi PM.
Polemik ini tambah menarik lagi apabila kenyataan Guan Eng itu disokong pula oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan turut dipersetujui Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang mahu pencalonan Anwar sebagai PM kekal milik Anwar.
Namun begitu, disebalik polemik dan kekalutan pemimpin dan penyokong pembangkang sibuk mempertahankan calon pilihan masing-masing, ia sebenarnya memperlihatkan betapa kemaruknya parti pembangkang mahu mengejar kuasa.
Rakyat di serata pelusuk negara tidak buta untuk melihat hakikat ini, belum pun diberi peluang mentadbir Kerajaan Pusat tapi pemimpin pembangkang sudah berebut-rebut jawatan, nampak gayanya kalau betul mendapat kuasa kelak mahunya bercakaran siang dan malam.
Silap percaturannya, tatakala PAS dan PKR sibuk bertegang leher berebut sakan untuk menentukan antara Hadi dan Anwar mana satu yang patut menjadi PM, alih-alih Karpal Singh ataupun Lim Kit Siang pula yang tersenyum sumbing sambil hati berbunga riang.
Karpal Singh Semakin Tak waras...!!!! Mahkamah Tak Pernah Kata Malaysia Negara Sekular
Posted by
Malay Delima
on Monday, August 27, 2012
/
Labels:
DAP,
KARPAL SINGH,
PAKATAN
/
Comments: (0)
Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara hanya menyatakan bahawa terdapat undang-undang di negara ini yang berunsur sekular dan beliau tidak pernah sekali-kali memutuskan negara ini sebagai negara sekular.
Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia telah pun menegaskan bahawa negara ini adalah negara Islam kerana ia diperintah oleh orang Islam, meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan di masa yang sama tidak pernah menyekat amalan agama-agama lain.
Untuk itu, Perlembagaan Perseketuan mewajibkan Pemerintah dan rakyat keseluruhannya memelihara kesucian dan kedaulatan Agama Islam melalui Perkara 37 dengan mewajibkan Ketua Utama Negara Yang di-Pertuan Agong untuk bersumpah atas nama suci Allah bagi memlihara agama Islam pada semua masa. Selain itu, semua cabang pemerintahan negara sama ada Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman terikat dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan kesucian dan kedaulatan Agama Islam setiap masa.
Tindakan Karpal Singh membangkitkan hal ini dalam pertelagahannya dengan PAS tentang hudud menyerlahkan lagi agenda jahat DAP yang menentang kedaulatan Islam sebagai agama rasmi. Tindakan Karpal Singh juga dilihat sebagai menentang prinsip Rukun Negara.
Nampaknya, pertelagahan mengenai hudud antara DAP dan PAS semakin mengganggu dan mengelirukan rakyat, malah mampu mencetus ketegangan.
Rakyat perlu faham bahawa sesebuah negara Islam tidak semestinya melaksanakan hudud. Sedangkan Mesir negara yang memusatkan semua Ulama-ulama tersohor juga tidak melaksanakan hudud.
Perlaksanaan hudud dalam negara juga tidak menjamin syurga kepada umat Islam di dalamnya. Ini kerana, syurga-neraka adalah tertakluk kepada amalan peribadi iaitu antara hubungan seorang hamba dengan Allah S.W.T dan juga antara sesama manusia. Kerajaan dan undang-undang tidak akan mempengaruhi kedudukan seseorang Islam di sisi Allah S.W.T.
Hudud adalah undang-undang yang terlalu tinggi yang memerlukan keikhlasan dan ketakwaan yang mantap di kalangan para pelaksananya. Ia juga memerlukan kedudukan negara dan umah dalam keadaan sempurna dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial sebelum hudud boleh dilaksanakan.
Hudud yang dilaksanakan tanpa memenuhi syarat di atas akan berakhir dengan ketidakadilan. Lihat saja antara negara yang mengamalkan hudud seperti Pakistan, Afghanistan, Sudan, Somalia, dan Nigeria. Keadaan rakyat mereka menyedihkan, kekejaman terhadap wanita berleluasa, manakala kaum lelaki bermaharajalela menjamu nafsu. Negara mereka juga semakin mundur dan tidak pernah aman.
Keadaan ini berlaku apabila undang-undang diletakkan lebih tinggi dari keadilan itu sendiri. Atau dalam beberapa kes, mungkin juga lebih tinggi dari keperluan asas seperti makanan, pakaian, pendidikan dan keselesaan. Sedangkan, hudud adalah berkenaan keadilan dan kesempurnaan, bukan undang-undang semata-mata.
Lebih dari itu, adalah bahaya untuk melaksanakan hudud di kala keadaaan hampir mustahil untuk mencari pelaksana atau hakim yang benar-benar mantap takwanya dan keikhlasannya serta mampu pula mengambilkira semua aspek teknologi canggih di zaman ini dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam berbagai bidang termasuk psikologi malah mungkin juga sains, sebelum menjatuhkan hukuman.
Lebih buruk lagi jika si penggubal, pelaksana dan hakim mempunyai kecenderungan bersifat ‘chauvinis’ dan masih berpegang kepada fahaman jahiliah iaitu memandang rendah pada wanita atau suka membiarkan diri terpengaruh dengan sesuatu golongan atau pandangan tertentu. Jika ini berlaku, bagaimana kita boleh memastikan yang beliau benar-benar menjatuhkan hukuman dengan hukum Allah S.W.T atau hanya dengan pendapat, pandangan dan kecenderungan peribadinya?
Menghakimi hitam atau putih sesuatu perkara mungkin mudah tetapi malangnya keadilan itu tidak semudah hitam atau putih. Kadangkala, hitam yang dilihat adalah tumpahan warna dari beberapa punca. Maka, sang hakim perlu menilai perkara dari puncanya agar tidak berlaku kejam terhadap sesiapa.
Karpal jelas tidak memahami perkara ini tetapi begitu juga sebahagian umat Islam yang kononnya hidup demi hudud.
Namun, sama ada Karpal faham atau tidak, adalah amat tidak bertanggungjawab bagi beliau, untuk membangkitkan perkara ini dengan menolak prinsip Rukunegara dan perlembagaan negara yang meletakkan negara ini sebagai Negara Islam.
Mungkinkah, Karpal sanggup memperbodohkan dirinya dengan menidakkan pengetahuan mengenai perlembagaan negara semata-mata kerana menentang hudud dan segala-galanya yang berkaitan dengan Islam?
Walau apapun tindakan dan kenyataan Karpal, yang pasti PAS telah berikrar akan sehidup semati dengan Karpal dan DAP sementara ‘hudud’ akan terus menjadi nyanyian rasmi PAS sekadar untuk memancing undi.
Nik Aizi Pertahankan Karpal Singh Nik Abduuh Kecam Karpal Singh..???
Posted by
Malay Delima
on Thursday, August 23, 2012
/
Labels:
KARPAL SINGH,
PAKATAN,
PAKATAN HARAM,
PAS
/
Comments: (1)
Nik Aziz masih berpegang kepada prinsip kepentingan politik diutamakan dengan menganggap isu ini kecil dan tidak menjejaskan hubungan PAS dan DAP. Berbeza bagi Pemuda PAS yang mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Karpal Singh yang menidakkan usaha PAS mahu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam.
Kenyataan Nik Aziz itu seolah-olah beliau Presiden PAS sedangkan beliau hanyalah Mursyidul Am PAS yang dilantik dalam sayap PAS. Apakah kuasa Nik Aziz melebihi kuasa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang?
Nik Aziz mengakui bahawa pemerintahan secara Islam termasuk hudud menjadi dasar perjuangan politik PAS, ia bukan bawah undang-undang PAS. Maksudnya di sini jika Pakatan Pembangkang menang dengan berpegang mahu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam, tetapi jika tidak dipersetujui rakan dalam Pakatan Pembangkang seperti DAP dan PKR maka ianya tidak akan dilaksanakan. Atau lebih mudah lagi ia sekadar gimik politik untuk menarik sokongan rakyat Melayu.
Selepas Ketua Pemuda PAS membantah sekeras-kerasnya kenyataan Karpal Singh yang mempertikaikan pelaksanaan hukum hudud dan pembentukan negara Islam sehingga sanggup mahu menyaman bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa kini Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengecam Karpal Singh.
Sebagai pemimpin dan parti yang bersepakat dalam Pakatan Pembangkang, DAP seharusnya mengeluarkan kenyataan yang tidak akan menyinggung rakannya seperti PAS. Tetapi tidak bagi DAP yang mengeluarkan kenyataan ikut sedap mulut saja. Ini sangat mendukacitakan Pemuda PAS yang melihat isu telah meretakan hubungan PAS dan DAP dalam Pakatan Pembangkang.
"Kita minta pemimpin DAP tidak kira siapa (Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng) membuat kenyataan, paling tidak orang tahu DAP menolak kenyataan Karpal Singh dan yang penting rakyat tahu DAP menjaga hubungan dalam Pakatan Pembangkang.
Biarpun anak beranak ternyata kedua-dua mereka itu tidak bersependapat dalam soal pendirian parti. Dalam soal ini, Nik Abduh dilihat masih mentah berbanding bapanya, namun suara Pemuda PAS tidak perlu diketepikan memandangkan kini zaman cerdik pandai berbanding Nik Aziz yang semakin tua dan semakin pelupa. Wira Kenyalang
PAS Kecut Perut DiGertak Karpal..!!!!
Oleh itu, jika PAS ingin menunjuk-nunjuk marah terhadap Karpal, mereka harus melakukannya secara konsisten dan tegas juga iaitu sejak dulu, sehingga kini dan selama-lamanya.
Tetapi, apa yang berlaku ialah suatu ketika dahulu, PAS nampaknya amat marah pada Karpal kerana mencabar melangkah mayatnya sebelum menubuhkan Negara Islam dan kemudian PAS juga yang menerima Karpal dan DAP. Malah Hadi Awang sanggup memeluk Lim Kit Siang ketika persekongkolan mereka dalam Barisan Alternatif walaupun Kit Siang juga tegar menentang hudud sepertimana Karpal.
Dan kemudiannya, pada tahun 2001, DAP mengumumkan keluar dari kerjasama dengan PAS dalam Barisan Alternatif (BA) atas alasan PAS masih membawa isu hudud dalam kempen mereka.
Perlu diingatkan bahawa DAP yang meninggalkan BA dan bukannya PAS. Ini menunjukkan yang DAP kekal konsisten dan tegas dalam pendiriannya terhadap hudud dan PAS pula sebaliknya.
Sehingga kini, dalam setiap kali konfrontasi, hanya DAP yang mengugut akan keluar Pakatan Rakyat (PR) tetapi PAS tidak mungkin sekali. Kerana itu, PAS tidak berani menempelak DAP tetapi hanya mensasarkan Karpal seorang.
Harapan PAS agar DAP tidak bertindak meninggalkan mereka terkapa-kapa sekali lagi di dalam PR.
Walaubagaimanapun, malang bagi PAS kerana lakonan ‘PAS marah DAP’ ini tidak lagi berkesan. Walaupun terdapat banyak desakan dari akar umbi PAS agar parti tersebut keluar dari PR, namun kita pasti ia tidak akan berlaku. PAS terlalu gilakan kuasa untuk meninggalkan PR sekali gus melepaskan peluang untuk menang dalam PRU ini.
Oleh itu, ‘marah’ PAS pada Karpal hanya lakonan. Itu hakikat yang sudah diketahui ramai tetapi cuba dinafikan oleh penyokong-penyokong PAS. PAS sebenarnya kecut perut dengan Karpal.
Walapun Karpal hanya mampu bercakap tetapi tidak mampu bangun, menampar atau menyepak punggung PAS tetapi PAS cukup takut dengan Karpal. PAS takut kerana mereka tahu bahawa Karpal mewakili DAP dan bukannya bersendirian. PAS takut kehilangan DAP sekali lagi dan PAS akan berbuat apa saja asalkan DAP kekal bersama mereka berjuang menuju Putrajaya.
‘Pertengkaran’ mengenai hudud ini akan dipanjangkan sehingga pilihanraya bagi terus memastikan yang pengundi Melayu tidak mempersoalkan keIslaman PAS. Ini juga telah dipersetujui oleh DAP bagi mengekalkan sokongan bukan Islam kepada mereka. Kerana itu, parti tersebut merelakan Karpal dikambing-hitamkan atau dijadikan papan sasar oleh PAS sementara menunggu PRU.
Tetapi, nun di belakang tabir, kisahnya tetap sama antara PAS dengan DAP iaitu DAP kekal konsisten dan tegas menentang hudud, Negara Islam, Melayu dan Raja-raja manakala PAS kekal menjadi pak turut yang setia asalkan berpeluang ke Putrajaya
Hudud Punca PR Gagal Ke Putrajaya – Karpal Singh
Sedangkan kerjasama PAS-DAP-PKR adalah termeterai atas persetujuan PAS untuk beralah dalam isu Negara Islam termasuk hudud. Namun, semakin PRU menghampiri, seorang demi seorang pemimpin PAS kembali bangkit menjadi ‘pejuang hudud’ dan Negara Islam. Mungkin setelah menyedari yang sokongan Melayu semakin merosot terutamanya selepas episod yang memeritkan dengan Datuk Dr. Hasan Ali.
Akhir-akhir ini, PAS dikecam teruk kerana membelakangkan Islam iaitu selepas bekerjasama dengan DAP. Parti ini digelar sebagai barua, balaci, kuda tunggangan dan anjing kepada parti chauvinis dan rasis Cina itu. Dan PAS telah gagal seratus peratus menangkis gelaran ini apabila terus menerus mengikut telunjuk DAP, hatta dalam isu kritikal bagi Umat Islam, seperti isu murtad sekali pun.
Dengan PRU semakin hampir, PAS nampaknya benar-benar buntu untuk mengembalikan imej Islam yang kini hanya tinggal di serban dan jubah sahaja. Di tambah dengan berduyun-duyun artis tak laku dan ‘tak berapa cerdik’ yang mula memenuhi parti itu, masyarakat semakin memandang sinis akan ‘keIslaman’ PAS.
Justeru, tidak dapat tidak, PAS terpaksa kembali memainkan ‘hudud’ sebagai bahan promosi dan kempen bagi meraih undi dari umat Melayu.
Tindakan ini telah membuatkan DAP benar-benar hilang sabar dengan PAS.
Karpal Singh pantas membuat kenyataan tegas bahawa sebarang cubaan PAS untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas dari apa yang diputuskan di Muktamar PAS tahun lepas iaitu untuk melupakan Negara Islam dan membina Negara Kebajikan. Karpal juga mengingatkan PAS bahawa tiada Hudud dalam Buku Jingga.
Kenyataan sama juga diulangi oleh Lim Guan Eng yang jelas kelam kabut apabila ditanya mengenai isu ini lalu menuduh UMNO pula yang ingin melaksanakan hudud.
Ternyata, PAS telah berjaya menjadikan Pakatan Rakyat haru-biru dengan sikap tidak amanah, tidak berpegang kepada janji dan tidak punya pendirian tetap termasuk dalam isu-isu yang melibatkan agama.
Sebenarnya, PAS tidak akan mampu meningkatkan sokongan dengan hanya membangkitkan semula isu hudud. ‘Hudud’ bukan isu yang akan membawa PAS mahupun PR ke Putrajaya atau mana-mana kerana semua orang tahu bahawa ia hanyalah retorik PAS semata-mata. PAS tidak akan dan tidak ingin pun untuk melaksanakannya.
Jika ada yang masih menyokong PAS, ia bukan kerana hudud, tetapi kerana terpedaya bahawa PAS memperjuangkan Islam. Mereka ini akan tetap menyokong PAS tak kira jika PAS menggadaikan hudud dan Negara Islam seperti yang dipersetujui dalam Muktamar lepas atau pun tidak.
Namun, sikap tidak konsisten PAS, penentangan DAP serta sikap acuh tak acuh PKR terhadap hudud menjadi bukti betapa keliru dan haru-birunya Pakatan Rakyat itu. Semakin kuat PAS melaungkan hudud, semakin keras DAP menempelaknya, semakin jauhlah PR dari Putrajaya. Jelas, ia bukan kerana hudud, tetapi kerana kelemahan pakatan mereka begitu ketara dan rakyat tidak mungkin akan memberikan mandat kepada parti yang sebegitu lemah untuk memerintah negara.
Janji Karpal Sing "Tiada PM Melayu Lagi"...!!!
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika seki-ranya pembangkang berjaya mentadbir negara kerana realitinya DAP tetap mahu jawatan tersebut disandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, hakikat tersebut berdasarkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.
"Anwar hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika sebagai taktik sahaja kerana Karpal sudah kata sampai mati akan perjuangkan Perdana Menteri dipegang oleh orang bukan Melayu dan bukan beragama Islam.
"Karpal juga menyebut nama Guan Eng sebagai Perdana Menteri dan Guan Eng boleh menjawat jawatan itu kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan menghalangnya menjadi Perdana Menteri," katanya ketika menyampaikan ceramah di Taman Skudai Kanan, di sini semalam.
Karpal baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri selagi beliau hidup.
Malah, beliau turut mengakui tersasul menamakan Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri seperti yang dilaporkan beberapa akhbar berbahasa Inggeris tetapi tetap menegaskan calon bukan Melayu akan menyandang jawatan tersebut suatu hari nanti.
Meskipun ketika ini pembangkang bersetuju ketua pembangkang itu adalah calon paling layak memegang jawatan nombor satu negara, namun Karpal secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang calon bukan Melayu.
Sementara itu, Hasan berkata, meskipun didesak pelbagai pihak, namun Anwar sehingga kini masih gagal mengumumkan 'ahli-ahli' Kabinet bayangan pembangkang meskipun pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. :- EP
Karpal Singh Mahu Hapuskan Melayu..!!!
ENAM PULUH tahun lalu - ketika Kerajaan British gagal menjadikan Semenanjung Tanah Melayu sebagai jajahan takluknya dan negara kita diberikan nama baru Persekutuan Tanah Melayu - siapa pernah terfikir sebuah pulau warisan nenek moyang kita, akhirnya akan diperintah oleh pendatang dari luar dunia Melayu.
Semasa Raffles menjejak kakinya di pulau yang amat strategik ini, pulau ini diperintah oleh raja yang bergelar sultan, lengkap dengan istana, para pembesar dan para penggawalnya. Tetapi akibat ingin hidup leka-mewah dan lihainya (pintarnya) politik pegawai British, Sultan Husain Shah terpaksa membawa diri ke Melaka dan mangkatlah baginda di sana.
Selepas Perang Dunia Pertama, semasa UMNO mengepalai perjuangan kemerdekaan, di pulau ini ada juga parti UMNO yang kuat di samping pertubuhan-pertubuhan Melayu yang lain. Akhbar Utusan Melayu yang menjadi suara utama perjuangan kebangsan Melayu yang bertunjang di Semenanjung, pun bertapak di pulau ini.
Waktu itu orang Melayu pribumi pulau ini di pandang tinggi. Para penulis, wartawan dan seniman dari Semenanjung berhijrah ke pulau ini - mencari hidup baru. Keris Mas, Usman Awang, Asraf, Wijaya Mala, Abdullah Hussain, Jamil Sulung, P.Ramlee dan Romai Noor tertawan oleh gadis Singapura. Itulah Singapura, kebanggaan kita pada zaman itu - bukan Kuala Lumpur.
Sekarang, UMNO Singapura sudah lama terkubur dan tidak jadi sebahagian daripada sejarah moden Singapura. Orang Melayu Singapura jadi kelompok-kelompok minoriti yang hidup mengharapkan belas kasihan pemerintah.
Dua puluh tahun lagi, dunia akan lupa bahawa di pulau ini pernah ada bangsa dan kerajaan Melayu (sekarang pun yang masih ingat hanya generasi tua seperti saya). Anak-anak keturunan Melayu yang masih tertinggal pun tak akan peduli lagi pada bangsa Melayu. Mereka sudah jadi warga Singapura.
Nyatalah sejarah telah menjadi bukti, bahawa Sultan dengan institusi istananya dan satu bangsa yang pada suatu masa dipandang tinggi, boleh hilang kedudukannya dalam masa 60 tahun saja. Sang Nila Utama dan Temasik tinggal dalam hikayat yang usang.
Kuasa memerintah berpindah ke tangan kaum pendatang. Lalu di tengah-tengah Nusantara Melayu wujudlah sebuah negara bukan Melayu yang gagah dan makmur.
Kita gelabah dan memukul bayang-bayang
Apabila Karpal Singh mengumumkan secara terbuka: “Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri," tokoh-tokoh Melayu mengatakan, ini cita-cita yang ‘mustahil’ dapat dicapai.
Karpal dikatakan ‘mimpi di siang hari’ dan ‘buta sejarah’. Pengerusi DAP ini dikatakan tidak memahami Perlembagaan Negara dan kedudukan serta kuasa institusi raja, khususnya Yang di-Pertuan Agong.
Karpal memang sudah tahu dia akan diserang dengan macam-macam tuduhan. Itu pun memang salah satu tujuannya - memancing lawan. Mengacu Melayu bertinju, tetapi dia berdiri di luar gelanggang. Terciptalah satu lagi isu politik yang panas lagi sensasi menjelang pilihan raya.
Kalau pun tidak di bibir, dalam hatinya Karpal tersenyum puas, melihat gelagat pemimpin pertubuhan dan tokoh-tokoh cendekiawan Melayu memukul bayang-bayang, terlupalah tugas penting yang perlu dikerjakan. Tokoh peguam-politik terkenal ini, gembira melihat Pas yang gelabah dan orang UMNO lawan bertengkar dengan orang Pas! Pancing politiknya dimakan. Umpannya Melayu!
Beberapa tahun lalu Karpal berikrar, jika Pas hendak menegakkan pemerintahan Islam, langkah mayatnya dulu. Provokasi politik ini menimbulkan reaksi panas dan orang Melayu di luar UMNO menyerang Pas habis-habisan, kerana masih tetap bersekongkol dengan DAP. Maka Pas pun jadi gelabah dan membatalkan perjuangan menegakkan negara Islam.
Kali ini sekali lagi Karpal menguji pendirian politik Pas dan keutuhan politik Melayu. Yang nyata Pas gelabah lagi. Kedua-dua pemimpin besarnya mengagau-ngagau mencari-cari jawapannya.
Kata Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang, “Itu pandangan peribadi Karpal. Pas akan ikut resolusi Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui rakan-rakan parti lain dan itu merupakan keputusan parti." Ini jawapan orang politik. Tidak mahu terperangkap. Mengapa tidak berani kata, “Pas tetap mahu Perdana Menteri Melayu"?
Apabila pemimpin Melayu tidak berani bertegas dan takut menerima risiko politik, bukanlah mustahil suatu masa nanti PM kita bukan orang Melayu. Ketakutan itulah salah satu sebab Singapura terlepas daripada tangan kita.
Reaksi awal Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula, tak mahu buat ulasan. Hanya kata, “Karpal Singh orang tua." Maknanya, cakap orang tua tak boleh pakai kerana sudah nyanyok. Pada detik itu mungkin Nik Aziz terlupa, beliau pun sudah terlalu tua!
Lepas itu, beliau buat komen lanjut, " Nak bukan Melayu tidak apa, asalkan beragama Islam. Mana boleh pimpin Islam kalau tidak Islam. Negeri Islam, maka orang Islamlah pegang. Jadi, bangsa apa pun tak peduli." Bagi Nik Aziz, syaratnya Islam. Syarat Melayu tak perlu.
Presiden Biro Ekonomi Majlis Perundingan Melayu, Tan Sri Dr. Kamal Salih kata, “Selagi kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan Raja-Raja Melayu di takhta, selagi itulah hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama Persekutuan terpelihara, termasuk kedudukan Perdana Menteri di kalangan orang Melayu."
Persoalannya, bagaimana kalau perkara-perkara yang disebut oleh Dr. Kamal itu tidak ada lagi? Bagaimana kalau Perlembagaan dipinda, kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja itu diubah atau berubah? (Saya teringat kedudukan Sultan dan Raja-Raja Melayu semasa zaman pemerintahan British dan semasa mereka menandatangani perjanjian Malayan Union.)
Perubahan ini tidak mustahil. Dalam sistem demokrasi, kuasanya di tangan pengundi dan parti yang mendapat kuasa memerintah.
Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu. Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar kata, “Sebagai pemimpin dia (Karpal Singh) harus sedar negara ini kepunyaan nenek moyang Melayu sejak 4,000 tahun lalu dengan pemerintah terdiri daripada Raja-Raja Melayu dan penduduk majoriti ialah 67 peratus orang Melayu."
Persoalannya, apakah cukup kita menghadapi persaingan politik sekarang hanya dengan mengatakan “negara ini kepunyaan nenek moyang dan ada Raja-Raja Melayu sejak 4,000 tahun lalu"?
Saya rasa, sejarah dan masa lalu, bagaimana hebat pun, tiada kuasa untuk masa ini dan masa depan kita dan anak cucu kita. Jumlah 67 peratus Melayu mungkin berubah (contohnya di Pulau Pinang, dalam masa dua tahun, 18,000 sudah membawa diri). Juga yang menentukan bukanlah sangat jumlah penduduk, tetapi yang lebih penting, berapa jumlah kawasan pilihan raya yang Melayu sudah jadi minoriti atau sudah terpecah dua?
Pada masa ini memanglah cita-cita Karpal itu tak mungkin akan tercapai. Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pun yakin, “PM daripada kaum Cina sesuatu yang tidak mungkin dicapai pada masa sekarang." Tegasnya, “Ahli DAP tidak boleh menjadi PM jika mereka mendapat kuasa sekarang."
Tetapi kita bercakap tentang masa depan - 10 atau 15 tahun lagi? Mengira-ngira keputusan dua atau tiga kali pilihan raya lagi - cita-cita yang disuarakan Karpal itu bukanlah sesuatu yang mustahil.
Lebih-lebih lagi yang prihatin sekarang hampir semuanya generasi tua, berumur 60 tahun ke atas. Suara generasi muda - peringkat anak-anak dan cucu-cucu saya - hilang entah ke mana.
Jika generasi muda ini tidak ambil peduli dan hati mereka tidak tersentuh apabila Karpal kata dia mahu PM bukan Melayu, adalah petanda kuasa Raja dan bangsa Melayu akan hilang - mengulang sejarah Singapura. Suara Karpal Singh itu bukan suara peribadi. Kalau dia sudah tidak ada lagi pun, ingatlah! Suara itu tidak akan mati.
DATUK NOOR AZAM ialah bekas Ketua
Editor Buku Umum,
Majalah di Dewan Bahasa dan Pustaka,
kolumnis dan bekas Pengerusi TV3-
Artikel dipetik dari Utusan Malaysia
PM Bukan Melayu: Nik Aziz Restu Impian Karpal Singh?
Suatu ketika dulu dalam tahun 1990, pemimpin utama DAP, Karpal Singh pernah mencabar PAS supaya melangkah mayatnya dahulu sekiranya PAS masih berkeras untuk meneruskan hasratnya untuk menubuhkan negara Islam.
Kira-kira 20 tahun berlalu, akhirnya PAS membatalkan hasrat untuk mendirikan negara Islam dengan alasan dalam Al-Quran tiada disebut negara Islam. Tanpa perlu melangkah mayat Karpal Singh akhirnya PAS tewas dan DAP bertepuk tangan gembira teruja.
Sepanjang awal tahun 1990-an, PAS gah bercakap perihal hukum hudud yang mahu diaplikasikan dalam pemerintahan negeri dan negara, namun selepas lebih 20 tahun berlalu Karpal Singh dan DAP membuktikan kemampuan mereka mengawal selia halatuju PAS.
Sekali lagi PAS tunduk pada kuasa politik DAP apabila hukum hudud kemudiannya ditongsampahkan oleh pembangkang kerana mengutamakan Buku Jingga.
Beberapa ketika yang lalu, kalimah Allah s.w.t menjadi isu kontroversi apabila pihak gereja Kristian menuntut hak penggunaan kalimah tersebut, sebagaimana biasa respon PAS ialah tunduk pada tuntutan tersebut semata-mata mahu menjaga kerjasamanya dengan DAP.
Untuk entah kali ke berapa, PAS mengalah lagi dek kerana takutkan kekuatan yang dimiliki oleh DAP disamping kelemahan PAS itu sendiri yang sudah tenggelam dalam angan-angan untuk ke puncak kuasa dengan bantuan non muslim pro DAP.
Beberapa hari yang lepas, Karpal Singh menganggap pelan transformasi yang dirintis oleh Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tidak meluas dan hanya berada di pinggiran sahaja. Alasannya kerana status Bumiputera kini sepatutnya turut meliputi kaum lain yang lahir pada atau selepas negara merdeka.
Seperti biasa penyokong dan pemimpin PAS tampil mengangguk dan mengiakan tuntutan DAP itu atas nama samarata dan keadilan.
Kini, Karpal Singh sekali lagi buka mulut meluahkan hasratnya yang mahu mengangkat seorang Bukan Melayu sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kata Karpal Singh, "Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini".
Respon awal dari PAS khususnya Nik Aziz, agak mengecewakan. Tiada bantahan keras ataupun persoalan yang dibangkitkan melainkan sekadar menyatakan kenyataan Karpal Singh itu hanyalah kata-kata dari seorang yang sudah tua. Dengan kata lain, bagi Nik Aziz kenyataan berbaur provokasi oleh Karpal Singh itu boleh diremehkan begitu sahaja.
Sedangkan sejarah menunjukkan tiap bait kata yang keluar dari mulut Karpal Singh seringkali melambangkan prinsip dan dasar DAP sebagaimana dibuktikan dalam bantahan keras DAP terhadap isu negara Islam, hukum hudud, isu kalimah Allah s.w.t, hak keistimewaan Melayu & Bumiputera dan lain-lain.
Justeru itu, melihat pada respon Nik Aziz yang seumpama melepaskan batuk di tangga, rasanya tidak salah untuk kita beranggapan yang Nik Aziz sebenarnya seperti merestui kenyataan Karpal Singh yang mahu jawatan Perdana Menteri dikuasai oleh bukan Melayu.
Untuk menguasai pemerintahan negara secara majoriti mudah, pembangkang hanya memerlukan 112 kerusi daripada keseluruhan 222 jumlah kerusi parlimen. Sekiranya 40 kerusi parlimen pembangkang itu milik DAP dibantu dengan sokongan 20 lagi ahli parlimen PKR bukan Melayu, tentu saja impian DAP mudah tercapai.
Bayangkan jika benar tampuk pemerintahan negara ini jatuh ke tangan pembangkang, tika itu mahukah Nik Aziz berdolak dalik mengatakan kenyataan Karpal Singh itu hanyalah ucapkata dan angan-angan orang tua sahaja?
Labels
- 13 MEI (3)
- 7WASIAT RAJA-RAJA MELAYU (18)
- A. SAMAD SAID (1)
- ADUAN (1)
- AGAMA (3)
- AKSI SEX ANWAR (182)
- AL (1)
- ALLAH (1)
- AMBIGA (6)
- ANWAR (8)
- ANWAR IBRAHIM (84)
- ARTIS (29)
- ASTRO (1)
- ATM (2)
- Azalina (1)
- AZMIN ALI (7)
- BARISAN NASIONAL (13)
- BENCANA ALAM (2)
- BERITA HARIAN (1)
- BERSIH (32)
- Bersih 3.0 (36)
- BESIH 2.0 (10)
- BLOGGER (12)
- BONGKAR (2)
- CORETAN (11)
- DAP (263)
- DATO ESKAY (3)
- DATO eSKAY bERSUMPAH (1)
- Datuk Seri Hishammuddin Hussein (2)
- DEEPAK (6)
- DONG ZONG (1)
- Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah (4)
- Dr. M (71)
- DS NAJIB (9)
- DUNIA (1)
- Fathul Bari (1)
- FELDA (5)
- GAPS (2)
- GPMS (2)
- GPRS (4)
- HACKER (1)
- HADI AWANG (13)
- HARAKAH (3)
- HARI BELIA NEGARA (2)
- Harussani (2)
- HASAN ALI (7)
- Hishamuddin Rais (1)
- HUSAM MUSA (2)
- IBU (1)
- IPTA (2)
- ISLAM (22)
- JAIS (7)
- JENICE LEE (1)
- JINGGA 13 (1)
- KANTOI (1)
- KARPAL SINGH (15)
- KDN (1)
- KEHILANGAN (3)
- Khairy Jamaluddin (3)
- KHALID GAGAP (20)
- KHALID IBRAHIM (30)
- KHALID SAMAD (3)
- KICDEFFELA (1)
- KOMUNIS (2)
- KRISTIAN (3)
- KU LI (2)
- KULI (1)
- LAYNAS (1)
- Lee Chong Wei (1)
- LGBT (1)
- Lim Guan Eng (21)
- Lim Kit Siang (11)
- LUAR NEGARA (2)
- MAHASISWA (9)
- Majlis Peguam (1)
- MALAYSIA (1)
- MALAYSIA KINI (6)
- MARINA MAHATHIR (4)
- MAT SABU (17)
- MAULUDUL RASUL (1)
- MCA (2)
- MEDIA (1)
- MELAYU (17)
- MENINGGAL DUNIA (4)
- MERDEKA (1)
- MILO SUAM (2)
- MUKTAMAR PAS (5)
- NAJIB TUN RAZAK (8)
- NALLAKARUPPAN (1)
- Nanyang Siangpau (1)
- NAZRI AZIZ (5)
- NFC (7)
- Nik Aziz (12)
- Noh Omar (4)
- NRUL IZZAH (1)
- Nur Misuari (1)
- NURUL IZZAH (12)
- OPS Daulat (3)
- P Balasubramaniam (1)
- PAKATAN (350)
- PAKATAN HARAM (131)
- PAPA GOMO (6)
- PAS (331)
- PASIR (7)
- PEGUAM (2)
- PELAJAR (1)
- PERHIMPUNAN (37)
- PERKASA (5)
- PKNS (1)
- PKR (217)
- PM (5)
- POLIS (3)
- PRK (2)
- PRK KERDAU (3)
- PRK MERLIMAU (36)
- PRK TENANG (34)
- PROGRAM (3)
- PROJEK RAPID (1)
- PRU 13 (2)
- PRU SARAWAK (23)
- REDUAN TEE (1)
- REMAJA (2)
- REVOLUSI (1)
- ROSMAH MANSOR (10)
- RUSUHAN (1)
- SABAH (1)
- Saifuddin Abdullah (2)
- SAIFUL BUKHARI (1)
- SEJARAH ANWAR IBRAHIM (1)
- Selamat Hari Raya Aidil Fitri (2)
- SELANGOR (13)
- SEMBANG RAKYAT (1)
- Shabery Cheek (2)
- SHAMSIDAR TAHRIN (3)
- Sport (14)
- SPR (3)
- SUARAM (10)
- SUBSIDI (1)
- SULTAN JOHOR (1)
- SULTAN SELANGOR (3)
- SUMBANGAN (1)
- Syi'ah (3)
- Tian Chua (6)
- TONY PUA (1)
- TOPENG PERAK (2)
- TPM (1)
- TUN RAZAK (1)
- Tunku Aziz (1)
- TV3 (1)
- UDA HOLDINGS. (5)
- UMB (2)
- Umi Hafilda (4)
- UMNO (22)
- UMNO WANGSA MAJU (2)
- Umum (1)
- UNIVERSITI (1)
- WAN aZIZAH (7)
- Wangsa Maju (1)
- Yusuf Al-Qaradawi (1)
- ZAHID MAT ARIP (2)
- Zaid Ibrahim (1)
- ZULKIFLI NORDIN (6)
Blog Archive
- January (2)
- November (1)
- October (6)
- September (10)
- August (14)
- June (1)
- May (11)
- April (47)
- March (56)
- February (39)
- January (48)
- December (50)
- November (47)
- October (67)
- September (71)
- August (72)
- July (68)
- June (79)
- May (106)
- April (76)
- March (46)
- February (60)
- January (38)
- December (20)
- November (80)
- October (121)
- September (63)
- August (58)
- July (59)
- June (52)
- May (53)
- April (97)
- March (67)
- February (65)
- January (80)
- December (56)
- November (21)