Showing posts with label PASIR. Show all posts
Showing posts with label PASIR. Show all posts

Kerajaan Selangor Ada 32 Dosa Besar...!!!!


Berdasarkan kepada bukti-bukti dan beberapa pendedahan tersebut, rakyat Selangor boleh menilai prestasi Kerajaan pakatan pembangkang Selangor selama empat (4) tahun tempoh pemerintahannya. Bukan sahaja gagal menunaikan semua janji-janji PRU 12, tetapi tidak mampu menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kestabilan politik Selangor yang sentiasa bergelora sepanjang pemerintahannya. Jika kerajaan ini terus diberi mandat baru, akan kucar kacirlah pentadbiran negeri. Rakyat berpuak-puak. Kemungkaran berleluasa. Maksiat di sana sini. Matlamat Selangor negeri maju tidak tercapai. Malahan Selangor menoleh ke belakang.

Semua bukti-bukti di atas melibatkan isu-isu pokok iaitu isu kredibiliti Kerajaan, ketelusan, pertanggungjawaban, dan kecekapan selaras dengan prinsip-prinsip tadbirurus baik. Inilah asas-asas perincian kepada keyakinan dan kebolehpercayaan rakyat kepada Kerajaan. THE TRUST ON THE GOVERNMENT  terutama yang melibatkan tubuh badan YAB MB dari Ijok yang selalu digembar gemburkan sebagai tokoh korporat berwibawa tapi indah khabar dari rupa.

Difahamkan tidak berlaku banyak interaksi dan dailog terbuka diantara Penasihat Ekonomi Selangor dengan lain-lain Anggota Exco Kerajaan apalagi dengan Ketua-ketua Jabatan serta agensi Kerajaan negeri Selangor. Apa yang berlaku hanya berdua sahaja – antara beliau dan YAB MB. Di mana ketelusannya?

Fikirkan Bersama

Hancur Pakatan!!

KLIK DI KGC






Bukti Skandal Pasir Akan Di Dedahkan 19 Mac Ini...


Skandal pasir yang membabitkan jutaan ringgit wang rakyat makin panas apabila satu demi satu bukti akan didedahkan.Tak guna adanya SelCAT jika kesemuanya hanya satu lakonan yang skripnya digarap semata mata mencukupkan syarat.

SelCAT tak ubah seperti satu pentas lakonan untuk menutup penyelewengan,tidak ada badan bebas yang memantau SelCAT melainkan hanya untuk menjaga kepentingan pakatan.
Mana mungkin pakatan akan membuka pekung sendiri yang sudah pasti akan merugikan mereka.Rakyat Selangor mengikuti dengan rapat kes samun disiang hari yang membabitkan jutaan ringgit yang menyebabkan kerugian yang besar terhadap kepentingan rakyat dan alam sekitar.

Badan Perhubungan UMNO Selangor mendakwa mempunyai bukti wujudnya penyelewengan dalam proses pemberian tender projek oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor seperti didakwa pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin baru-baru ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya mempunyai senarai nama syarikat yang didakwa memperoleh kontrak daripada kerajaan negeri secara rundingan terus dan bukannya melalui tender terbuka.

Beliau berkata, melalui senarai itu, pihaknya akan meneliti sama ada pendedahan dokumen-dokumen tersebut yang kononnya akan dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 19 Mac ini tepat atau satu pembohongan semata-mata. KLIK DISINI ;- KGC

Pakatan Haram Babapak Hipokrit - Noh Omar



Pakatan Haram ni selalu sebut akan ketelusan,Datuk Seri Noh Omar minta Khalid Gagap dedahkan sumber simpanan simpanan tunai PKPS yang meningkat kepada RM114 juta itu.sampai sekarang tak jawab lagi.macam takut jer ??? tak ada telur ker ??? Bukan susah pun permintaan Datuk Seri Noh Omar,malah ianya satu keuntungan kewangan buat Khalid Gagap kalau Datuk Seri Noh Omar benar-benar menipu.Nak tunggu apa lagi kan,saman lah Noh Omar jika pendedahan ini tidak benar.

Part 2 - Tender-Tende Projek Untuk Orang Melayu Di Sapu Habis Oleh Elizebeth Wong Didedahkan..!!!


Rakyat Malaysia sering disuapkan cerita dongeng yang kerajaan PAS,DAP dan PKR ini BERSIH, JUJUR, AMANAH dan BERTANGGUNGJAWAP. Manakala BN pula disuapkan dengan cerita Keronisme, Rasuah dan sebagainya sehingga menjadikan rakyat termakan hasutan yang dibuat oleh pembangkang.

Dokumen diatas merupakan salah satu dari dokumen yang ada pada pihak kami OCEAN 13. Dokumen yang mana akan kami keluarkan berangkai selepas ini dalam memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia khusunya rakyat Selangor untuk menilai sendiri pimpinan Kerajaan Pakatan Selangor dalam menyamun wang rakyat dan penuh dengan skandal dan Korupsi.


Khalid Gagap membuat kenyataan sepertimana diatas dan kemudiannya disebarkan oleh para jentera mereka yaang kononya memperlihatkan Kerajaan Pakatan Selangor adalah BERSIH dan TELUS tampa Keronisme dan sebagainya. Namun demikian hakikat yang sebenarnya:







Dokumen diatas adalah dokumen sahih dan tulen. Jika ianya satu Fitnah kami OCEAN 13 menggalu alukan saman dari pihak kerajaan Negeri Selangor.

Ini baru sedikit penyelewengan dan juga Korupsi yang dilakukan kerajaan PAS,PKR dan DAP Selangor dalam menyamun hasil rakyat dan nantikan selanjutnya akan apa yang kami bakal dedahkan.

Mungkin Khalid Ibrahim kata beliau tidak bersalah dalam hal ini tetapi beliau mesti ingat Anwar Ibrahim yang menjawat jawatan Penasihat Ekonomi Selangor. Jeng Jeng Jeng


Amanah dan tanggungjawap kerajaan negeri mesti dipikul dengan baik dalam memastikan rakyat memperolehi hasil dan maanfaatnya. BN kata BN laksanakan dan bukan seperti pemimpin pembangkang yang janji tinggal janji sebaliknya menyamun apa yang ada dalam menanti sisa sisa yang ada dalam mereka mentadbir Selangor.



NOH OMAR BOGELKAN KHALID IBRAHIM!!!!


Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar sekali lagi mengingatkan Kerajaan Negeri Selangor agar tidak bermain politik berhubung isu penyelewengan pasir di negeri itu.

Malah beliau turut mencabar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengadakan ‘perbicaraan’ secara terbuka kerana isu berkenaan melibatkan kepentingan rakyat di negeri ini.

Noh berkata, beliau bersedia untuk menghadiri perbicaraan itu dengan membawa segala bukti dan dokumen serta akuan bersumpah orang-orang terlibat.

“Kenapa saya perlu tampil dan kemuka bukti kepada TI (Transparency International) sedangkan Kerajaan Negeri sendiri tidak meyakinkan rak yat bahawa ada tindakan selepas penyiasatan dilakukan.

“Pada saya, Kerajaan Negeri tidak jujur dan tidak telus kerana sehingga hari ini siasatan Selcat (Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ke­telusan) dibuat secara tertu tup tidak pernah diumumkan keputusannya malah, berhenti separuh jalan,” katanya, semalam.

Noh berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdul Khalid semalam yang mahu beliau tampil memberikan maklumat berhubung dakwaan isu penyelewengan pasir kepada ahli panel TI.

Isu pasir kembali hangat apabila pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafie bersama Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari didakwa terlibat dengan skandal itu.

Pendedahan itu bukan pertama kali kerana sebelum ini, Ahli Parlimen Kapar dari PKR, S Manikavasagam membuat laporan polis berhubung dakwaan wujud amalan rasuah dan penyelewengan dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Noh turut menyindir Kerajaan Negeri yang bersikap ‘double standard’ kerana apabila ada kes melibatkan bekas pemimpin BN, Selcat telah dijalankan secara terbuka tetapi bila ada dakwaan penyelewengan melibatkan pemimpin pakatan pembangkang semuanya ditutup.

“Apabila kes tidak diselesaikan Selcat, sudah tentu isu pasir tidak boleh dibangkitkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri. Apakah Selcat ini ditubuhkan hanya untuk mencari keburukan dan kelemahan pemimpin BN sahaja, tetapi apabila melibatkan pemimpin pakatan pembangkang semuanya didiamkan?” katanya.

Beliau berkata, sekiranya perbicaraan rakyat itu diadakan, Abdul Khalid perlu bersedia untuk mengambil sebarang keputusan walaupun terpaksa meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

“Jika saya bersedia menerima sebarang keputusan sekiranya bersalah, Abdul Khalid juga perlu bersedia bertindak seperti letak jawatan atau pecat dua Adun yang didakwa melakukan penyelewengan itu atau bubarkan sahaja KSSB.

“Saya mahu perjanjian ini dibuat lebih awal dan terpulang kepada Kerajaan Negeri untuk menyatakan persetujuan dalam masa terdekat. Lagi cepat lagi bagus bagi memperjelaskan isu pasir ini kepada rakyat,” katanya.

Sumber Sinar Harian

Noh Omar Ada Bukti Penyelewengan Pasir..!!!







HOT BEB!!! Pendedahan Isu Pasir Sedang Bermula Part 1..!!!

Akhirnya akan ada jawapan untuk pendedahan isu pasir di Selangor. Selama pemerintahan pakatan haram PKR  mereka telah kenyang memakan hasil bumi Selangor sehinggakan tidak sedar sudah berapa banyak pasir yang sudah di angkut.

Rupa-rupanya ada pulak penyelewengan telah berlaku yang mana ada pasir yang berkualiti ikut jalan lain dan yg tidak berkualiti ikut jalan lain. Minggu lepas Portal Malaysia Today telah membuat pendedahan dan kemudian telas dibasa oleh Suhaimi :- 



Kematian Patrick Wong yang disyaki dibunuh selepas dikatakan akan membongkar skandal pasir KSSB sebenarnya bukan satu perkara yang pelik. Pendedahan RPK itu ada betulnya. Setiap individu yang cuba mengganggu KSSB akan di ugut supaya tidak lantang bersuara kerana kerajaan PKR tidak mahu ada pengacau dalam memastikan kantung kewangan mereka mencapai target sebelum PRU bermula.

Apa yang aku ingin dedahkan adalah satu laporan polis daripada seorang Pegawai Pemasaran KSSB yang tidak berpuas hati dengan cara KSSB mengaut keuntungan besar melalui Pegawai Kanan mereka iaitu Wong Swee Leong. Siapa Wong Swee Leong? Beliau adalah Ketua Jabatan Pemasaran KSSB yang dipertanggungjawapkan oleh Ronnie Liu menjaga semua urusan pembelian pasir.




Menurut Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wong Swee Leong telah memberi harga khas untuk pasir kepada  sebuah syarikat bernama Sungai Rambai Angkut Sdn Bhd yang dimiliki oleh Dato’ Tan Chin Huat dengan harga RM13.50 satu tan pasir sedangkan harga pasaran adalah RM17.50.

MP Kapar juga pernah menamakan Wong Swee Leong ini sebagai antara pegawai kanan KSSB yang terlibat di dalam perlombongan pasir secara haram di Selangor. MP Kapar juga mereka bertanggungjawab terhadap kerugian RM10 juta kerana salah urus dan mendakwa mereka mengeluarkan permit kepada pengusaha lombong pasir haram.



NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive