May 8, 2010

When is Mother's Day

Mothers Day is celebrated in several countries across the globe though the month and date on which Mother's Day is celebrated in different countries varies. Most countries celebrate Mothers Day on second Sunday in the Month of May. This Mother's Day date was declared by US President Woodrow Wilson on May 8, 1914 when he signed a Joint Resolution designating the second Sunday in May as Mother's Day. This tradition of celebrating Mothers Day and paying tribute to mothers spread across several countries over the years and these countries too adopted second Sunday of May as Mother's Day. However, in many countries the way Mothers Day is celebrated varies and is quite different from the manner in which Mothers Day is celebrated in US. But what is more important than the date and fashion of celebration is the feeling behind the festival. The idea of celebrating Mother's Day the world over is to pay tribute to mothers for all their love and support and to make them feel special.

HAPPY MOTHER'S DAY TO ALL MOMS OUT THERE!!

I Wish I Could Tell You, Mom

I wish I could tell you, Mom
how much you mean to me....
But there are no words to say
how much I admire you...
how much I appreciate you...
how much I thank you
for everything you've done

February 20, 2010

Sebagai permulaaan..

Doa makan, siap dengan translation tuh.. ;-)

Bagus-bagus!

A-N : ish..ish..
O-Z : Boleh la dikatakan lepas

Ni le antara kebolehan anak dara ku yang boleh dibanggakan buat masa ni

Angka lak..tak kira dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris, mesti hilang 8

February 19, 2010

Azah rindu Mak

Mak…Azah rindu Mak..

Itu yang mampu aku ungkapkan di malam Jumaat nan hening ini
Ntah kenapa susah nak lelap mata malam ni mungkin dek rasa rindu pada arwah Mak yang amat sangat malam ni
Nak diluahkan pada orang lain, pasti bukan kata-kata yang keluar tapi titisan airmata
Biarlah blog yang telah sepi sekian lama ni menjadi medan untuk ku luahkan perasaan ini

Memang semenjak dua menjak ni rasa rindu tu sangat menebal
Perasaan tu makin datang bermula selepas membaca Yassin yang ku sedekahkan buat arwah Mak
Tepat jam 9.30mlm pula, dah menjadi kelaziman kami sekeluarga menonton rancangan ‘Semanis Kurma’ yang menampilkan pasangan Ustazah Siti NorBahiyah dan Ustaz Wan Akashah sebagai pengacara. Malam ni mereka mengetengahkan topik ‘Anak Derhaka’ dengan Dr. Fazlee dan ibunya sebagai tetamu. Banyaklah isu tentang anak derhaka dibangkitkan, padat dengan ingatan dan nasihat buat kita yang bergelar anak dan sebagai ibu dan bapa. Yang paling membuatkan jiwa aku tersentuh adalah kisah benar yang berlaku di Malaysia yang diceritakan sendiri oleh Ustazah, melibatkan lima orang anak yang berjaya, golongan profesional namun dek kesibukan tugas, masing-masing tak dapat menjaga ibu mereka yang telah uzur di kampung. Sistem giliran yang mereka tetapkan menjadi masalah bagi mereka. Betapa luluh hati ibu itu apabila mereka semua berpakat untuk membawa ibu itu lebih dekat dengan mereka dengan menempatkan disebuah rumah sewa dan digajikan seorang pembantu untuk menjaga ibu mereka. Pembantu itu hanya akan menjaga pada waktu siang, sebelum balik dia akan menukarkan lampin ibu berkenaan, sediakan makanan dan diletakkan berdekatan dengan ibu tua itu dan mengunci pintu. Cubalah kita bayangkan apa yang terjadi pada ibu mereka pada malam hari. Dahlah uzur ditinggalkan tanpa dijenguk oleh anak-anak. Makan dan minum air yang dah sejuk tatkala merasa lapar dan dahaga. Begitulah rutin harian pembantu tersebut sehinggalah pada suatu pagi, apabila dia membuka pintu rumah, bergegas ke bilik dan didapati ibu tua itu telah pun pergi menghadap Ilahi. Setelah diberitahu kepada anak-anaknya mereka datang meratapi dan memohon ampun atas dosa dan kealpaan mereka. Apakan daya sudah terlambat dan ustazah memberitahu maklumat terakhir yang diketahuinya, anak-anak wanita malang itu kini ada ada yang jatuh bankrap, ada yang menjadi kurang siuman, ada yang porak peranda keluarganya. Memang betullah janji Allah; bagi anak yang derhaka, Allah akan balas kesalahan mereka secara ‘tunai’ iaitu semasa mereka masih bernyawa lagi.
Sedihnya mendengar cerita ni ditambah dengan cara Ustazah menyampaikannya…

Aku tak faham kenapalah perkara begini boleh berlaku.. Kalaulah mak aku masih ada, akan ku tatang sebagaimana dia menjaga aku dari kecil sampailah ke akhir hayatnya hampir 20 tahun yang lalu!
Sesungguhnya Azah rindu Mak sangat
Kadang-kadang rasa iri hati bila tengok orang lain dapat bermanja dengan ibu kandung sendiri. Dapat dimasakkan makanan kegemaran oleh ibu sendiri. Dapat bercerita, meluahkan perasaan kepada insan yang paling memahami. Tapi Azah tak dapat, Mak..Sesungguhnya insan yang bergelar ibu itu tiada galang gantinya walaupun dengan ibu saudara, ibu tiri, ibu angkat maupun ibu mertua. Namun aku bersyukur dengan adanya mereka dapatlah aku menumpang kasih dan manja walaupun mungkin tak setara. Yelah, mereka juga punya anak sendiri yang perlu diberi perhatian. Semua insan yang dah bergelar ibu pasti telah memahami apa yang diistilahkan sebagai pengorbanan itu. 1 Mei 2007 menjadi titik permulaan buat diri ini lebih menghayati istilah pengorbanan itu. Tatkala itu kalau Mak ada disisi pasti Azah peluk sepuasnya. Kalau Mak ada, mesti Mak akan jaga Azah dengan sepenuh hati semasa dalam tempoh berpantang. Sesungguhnya pasti tiada tara belaian ibu sendiri. Banyak saat manis dalam hidup ni pun tak dapat Mak raikan bersama. Kalau Mak ada pasti lebih bermakna…

Mak, walau apapun terjadi Azah takkan lupakan Mak. Doa Azah, moga Mak dilimpahi rahmat di alam sana. Azah janji akan cuba menjadi seorang ummi yang sebaik dan sesabar Mak, dapat mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna dan beriman. Azah juga janji akan cuba menjadi kakak yang bertanggungjawab kepada adik-adik yang Mak amanahkan. Alhamdulilah, kami masing-masing mempunyai kehidupan yang boleh dibanggakan. Ini semua berkat didikan Mak dan Bapak. Masih terngiang-ngiang ditelinga ini pesan Mak sebelum Mak pergi, masih terpandang-pandang wajah redup Mak yang sentiasa tabah dan tenang menghadapi saat-saat sukar. Yang lemah lembut mengasuh kami walaupun dalam kesengsaraan dugaan penyakit yang menyerang. Mak tetap menjadi idola Azah sampai bila-bila..
Mak…Azah rindu Mak!!

Rugi rasanya bagi mereka yang masih ada ibu tapi mensia-siakannya. Usahkan membuat baik tapi sekadar melihat wajah ibu pun telah dijanjikan pahala oleh Allah yang Esa.
Cukuplah sekadar ini, terlalu banyak rasanya nak diluahkan....
Hanya tuhan yang tahu..

January 8, 2010

Appreciated

In my career, it is very happy to know that all my hard work are appreciated. The common scenario is when student especially final year students send thank you card and give present as their appreciation to me and my friends. All of us will be so proud and pray they will excel in their future.

One of the token of appreciation from a group of students who did their final year project under my supervision....
To me, this is not important but hope all of them will apply all the knowledge that they gained here in their life...

*************** Saya halalkan ilmu yang saya curahkan..... :-) ***************

October 8, 2009

Kongsi info

Moga kita dapat amalkan doa ini dan mendapat manfaat daripadaNya...

Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek yang saya dapat daripada Darussyifa' ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah