Showing posts with label BOSS. Show all posts
Showing posts with label BOSS. Show all posts

16.8.16

AMANAH

panjang kalau nana nk bebel pasal amanah ni..

lagi2 amanah di tempat kerja :)

lately nana ada 5 orang staff.. alhamdulillah..

tanpa diorang , tak hidup lah n-design.. hehe

nana tak pasti nana ni boss jenis yang macam mana (yang ni kena mintak staff la jawapkan)

tapi..

kalau nana nk nilai sendiri , nana rasa nana ni jenis yang tak kisah korang nak buat apa asalkan kerja siap on time :)

and NO over time. pukul 5 / 6 , office dah gelap

sebab memang nana x de bayar OT.. so baik lah balik rumah and enjoy your own time.. ;)

berbalik kepada amanah..

bagi nana , amanah di tempat kerja ni macam :-

1) office hour 8pagi - 5petang : maknanya kena bekerja dalam waktu itu. kalau nak bukak FB ke instagram ke , kena post pasal nanakodesign. jangan layan korean drama / running man

2) gossip : jangan bergossip je memanjang. nak dapat berkat bekerja , buat cara bekerja. ingat manusia ni ada bermacam-macam ragam. lain orang lain lah perangai nye tu. think positive.

3) jaga office : jangan buat office macam hotel / rumah. ada yang suka hati malam2 datang tido dekat office. atau weekend datang lepak kat office. iye lah dekat office ada free internet , aircond & "line clear".. huhu. kesian lah dekat boss yang nak kena bayar semua tu. dan kalau apa2 negative jadi kat staff , boss jugak yg bertanggungjawab.

4) jaga nama office : kalau suka , bercerita lah yang baik2 sahaja pasal office. kalau buruk , berhenti lah. dan cari kerja lain kat tempat yg anda suka. :) sebab kalau kerja terpaksa , tak dapat berkat. rugi je kan. haha

5) yang terakhir , jangan tipu boss : atau kata lain , berterus terang je. jangan nak secret2 / atau belit serita.. sebab boss ni ada six sense. lagi2 kalau boss perempuan mcm nana ni. hahahaha. instinct kuat ok :D nana ni suka je buat "poker face".. but i've been there & done that.



nana sayang staff2 nana. serius. :)

diorg kerja kuat. diorg sayang n-design. dan diorg happy dengan kerja2 n-design.

nana doakan benda baik2 ni berterusan lah. in shaa allah.. amiin

kepada yang masih mencari kerja kosong , boleh la email resume to nanakodesign@gmail.com

*mana lah tahu anda dipilih jadi salah seorang dari nanakoangels :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...