Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

28 July 2010

Agen nyah toksin

Ada banyak supplement atau makanan yang boleh kita consume untuk menyahtoksin dalam badan. Contoh supplemen macan Alfalfa, khlorofil dan habbatus sauda dipercayai dapat keluarkan toksin dr badan, jika kita konsisten consume. Macaman sebenarnye toksin dikeluarkan dari badan? salah satu caranya ialah melalui pembuangan air besar, peluh dan juga air kencing. Organ dalaman kita seperti ginjal dan hempedu akan memproses bahan2 kumuh dalam badan kita dan akan salu keluar melalui point2 yang saya cite tadi. Baru-baru ni, saya cuba pakai Detox Foot Patch setelah diperkenalkan oleh one of my friend kat mukabuku. Saya beli dengan Elynn ye, Rm 15 untuk 10 keping..saje nak try dulu.

Tak pernah dengar? Nah in rupanye...

Detox Foot Patch



Detox Foot Patch ni bertindak melalui titik-titik refleksologi yang terdapat di tapak kaki kita (menurut teori perubatan akupunktur cina la..). So semasa tidor, toksin akan disedut keluar oleh foot patch ni. Saya agak skeptical sikit bab2 ni, tp why not try dulu kan? kesimpulannya bagi saya yang dah 3 malam pakai benda ni, memang terasa kesan dia. Ringan je badan bila bangun tido (yang selalu tu amatlah liat nak bangun-sokmo terlajak-kelam kelibut ke tempat kerja). Untuk info lanjut bleh klik sini.

Untuk kesan yang bagus, kena pakai foot patch ni selama sebulan untuk proses detoksifikasi yang menyeluruh. Then lepas tu boleh pakai mengikut keadaan badan kita la. Foot patch ni akan bertukar warna dari putih ke wara kehitaman selepas memakainya. Kadar kehitaman tu bergantung kepada level toksik dalam badan kita, semakin gelap warna tu, maksudnye memang toksin banyak la dalan badan kita.

Nak tengok yang saya punye? Berani?  :P


12 July 2010

Cuti-cuti @ Avillion Admiral Cove, PD

Amaran : Entri bergambar hehehe

LAst weekend join family day opis kat PD...dah lama rasa tak gi holiday :(


Abid : ape la Ummi ni, buat la watermark canggih-canggih sikit!


Bilik hotel : selesa, sesuai utk family kecik mcm saya..ade small kitchen kat dlm bilik n tp lupa nak snap :P


Bangunan hotel, yg opposite ni takde balcony.

Anak-anak yang agak kehairanan :P

gambar candid Walid :P


Area swimming pool, ade sesape yg nak massage? ekekekke


Pemandangan waktu senja

Ape macam, ade gaya photographer pro tak? :)


Abe Long yg 1st time main ombak..err bila dah besar :P

 
Anak sape la ni? ekekekek


Walid main volley ball.

Antara aktiviti yang ada kat sini
Urut by third vendor party.

Ada bazaar jugak.

Ade cruise.

Water sport

Kiddies activities

Aktiviti pantai.

Last but not least..utk die hard fan World Cup 2010!!!

p/s: aktiviti wajib bila balik dr holiday adalah buka KEDAI DOBI huhuhuhu
tah berapa kali pusingan tah...

09 June 2010

Kedai buku termurah di abad ini...

.......ialah di Excess Bookstore!!!.
Excess book Store ni terletak di Amcorp Mall, PJ. Kedai dia kat tingkat paling atas sekali. Kedai ni bukan kedai buku second hand ye, cuma buku yang ada kat situ yang edisi lama-lama sikit. sbg contoh kepada peminat Mak Cik Sophie Kinsella, her latest novel such as Twenties Girl or Remember Me nan ado la kat sini, yang ada cuma Confession of Shoppaholic dan Shoppaholic Abroad sajork, tapi the price memang la murah, half price je dapat. Kalu beli yang second hand pun saya dok usha kat satu website ni rm 20, so baik beli baru kan kan kan?

Contohnye mcm Confession of Shoppaholic  tu harga asal 34.90 tp dia jual 17.90 je...berbaloi-baloi! err saya tahu saya ketinggalan keretapi tak kisah la, better late than nothing kan kan kan...!


Buku untuk kids pun banyak juga yang murah-murah, contohnya macam The New Children Encyclopedia ni harganya cuma rm 49.90 je. cuba tengok kat kedai buku lain mau cecah ratus jugak harganye. Kualiti buku pun bagus siap kulit tebal lagi. Yang ni beli utk Syakir, sesuai la for kids between 5-12 years old. Syakir bukan main excted lagi.Kadang-kadang benda yang dia tanye saya pun tak tahu :P  takpe la mak dan anak seiring sejalan belajar bersama ye dak?


Buku Bedtime Stories Disney character ni pulak Umar dok pegang dari mula-mula sampai kat Excess ni. Haiyoo tunjuk buku lain pun taknak dah.So beli la utk dia walaupun masih belum pandai membaca mak ayah la yang tolong baca hohoho. Price? rm 24.90...sila la percaya ye kekawan semua..agak tebal *harga adalah berkadar sonsang dengan ketebalan* kalu jatuh atas kaki sakit wooo dan hard cover juga. Isi kat dalam adalah berkisar kepada cerita-cerita yang pernah diterbitkan oleh Disney Picture contohnye Monster Inc., Cars, Chicken Little dan lain lain.

Masa nak keluar tu ada selambak buku murah-murah below than rm 10. so saya ambik ni, konon-konon untuk Abid la sebab tak mahu depa berebut bila balik rumah nanti :)


Last but not least masa nak gi buat membercard tu, dapat free bookthorng *betul ke eja ni*...sukeeeeeeee *gambar adalah sedikit blur sebab tak reti huhuhuhu*. Membercard ni free if purchase  rm 100 above, and bila beli next time beli akan dapat less lagi 5-10%.

p/s: kat mana ye ada jual koleksi buku cerita nabi ye? nak beli kat depa..takmo la bedtime stories asyik cerita mat salleh aje..baik lagi cerita pasal nabi-nabi kita kan?


23 February 2010

Philips Food Processor or Cornell Mini Chopper

Untuk menjayakan misi 'Memasak tanpa Jemu' saya rasa saya memerlukan gadget2 yang cangih manggih utk mempercepatkan kerja2 preparation kat dapur tu.
so now saya tengah fenin nak redeem
either Philips Food Processor or Cornell Mini Chopper...which one yg ok?

Phillips Food Processor


atau

Cornell Mini Chopper
capacity : 150 g meat
ade tak sesape yang dah pernah guna/ ada?
Mind to share tak?

saya macam nak redeem Phillips tu je tp takut tak guna sangat.
Wpun dia byk function macam chopping, kneading, beating, mincing, mixing dan segala mak neka lagi :)
end up yg chopper blade tu je yg dok lenjan :P
so saya rasa baik saya ambik yang Cornell Mini Chopper tu je, dah sah2 untuk chopping je :D

Sebab saya nak redeem, so price tak jadi masalah la
utk info yg Phillips tu RM 200++ and Cornelll dlm RM 70++

kekawan boleh bagi pandangan/idea tak?

19 February 2010

Skin Food, anyone?

since dah terbaca entri Intan pasal makanan kulit ni, saya nak buat jugak la P
ek eleh tiru plak
actually beli dah lama tapi baru la ni  datang aura nak tulis review, apakah?
ok ok, saya beli kat Skin Food Alamanda.
Baru persan ada SF kat situ, walhal selama ni dok terjah kat Mines tu :P
kalu kulit Cik Intan payung macam dry, saya plak penuh dengan noda-noda bintik-bintik hitam
penuh dan clear seh, esp tang hidung tu, macam lopak air kat bulan plak
and at the same time kulit saya juga sedikit berminyak, eh sikit ke mcm boleh perah buat isi tangki keta je hahaha
so utk kulit saya yang terchenta ni, disyorkan yang ni dulu Black Sugar Scrub Foam , scrub cum daily facial, utk buang black head dan white head jugak.

Black Sugar Scrub Foam
Testimoni : wah sangat best rupanye, lepas pakai kulit tak tegang mcm pakai topeng tu and  biji2 scrub dia pun halus je, tak kasar sangat...suke suke :))

2nd produk pulak, utk tutup pori2 kulit saya yang besar gabak tu kan

Peach Toner
Testimoni : suka jugak sebab bila apply kat muka, tak rasa pedih mcm kalu pakai yg 'Klinik' tu
suka bau peach rasa macam nak minum je :P

Last but not least, yang ni tp lupa apa nama dia, boleh? :P
yang ni pakai 2x seminggu, sama jugak function dia utk remove balck head dan white dia, lebih kurang macam mask la.
saya tak berkesempatan nak tenyeh try lagi, so tak dapek nak bg testimoni :P


oh ya satu lagi yang ini,

Black Sugar Deep Cleansing Cream as a make-up remover

saya beli sbb make-up remover 'Klinik' saya dah nak habis.

all in all saya habis almost 200 for 4 barang, ok la kan? tak murah dan tak mahal sgt,
affordable la utk orang2 poket kempis macam saya nih :P

saya jugak dapat byk free gift tp lupa nak snap, apakah?
dan dapat free cosmetic pouch jugak....saya suka! :))


so u olls, ape lagi terjahlah secara berhemah Skin Food yg berdekatan anda,
sekian pesanan khidmat masayarakat dari saya :D 

09 December 2009

Cik Mon Oh Cik Mon......!!!!



Hari tu ade kawan UN introduce suruh makan benda ni, Jus Monavie. Kawan Yu.En yg makan benda ni dah turun berat dia dlm 7 kg. And dia adalah peminat tegar berani mati terhadap jamu, tapi dah berhenti dan just minum jus ni je....Ia kaya dgn antioksidan... Harga dia rm Rm168 kat pasaran, tapi kalau beli banyak maybe dpt murah sikit..botol dia besar jugak 750 ml, 2 kali makan pagi dan petang. UN makan ni utk nak lower cholesterol level...maklumlah badan je slim mcm Cindy Kerepot tp chlosterol level boleh tahan tinggi...so harap ngam consume benda ni nak makan oat tekak ni banyak songeh plak kolesterol boleh la diturunkan....tak dapat nak bg review banyak cos baru 4 hari makan, cuma badan rasa ringan la, and banyak keluar angin...nnt bila dah lama sikit consume Yu.En bg review lg okay...

p/s: lepas ni nak bahasakan diri ai sbg Yu.En:D:D...ekeleh blah la byk songeh plak..

Kulit Kering Nampak Lebih Tua Dari Usia Sebenar?  ========= Kulit kering nampak lebih tua kerana kulit yang kering kurang anjal, kusam dan l...