.......ialah di Excess Bookstore!!!.
Excess book Store ni terletak di Amcorp Mall, PJ. Kedai dia kat tingkat paling atas sekali. Kedai ni bukan kedai buku second hand ye, cuma buku yang ada kat situ yang edisi lama-lama sikit. sbg contoh kepada peminat Mak Cik Sophie Kinsella, her latest novel such as Twenties Girl or Remember Me nan ado la kat sini, yang ada cuma Confession of Shoppaholic dan Shoppaholic Abroad sajork, tapi the price memang la murah, half price je dapat. Kalu beli yang second hand pun saya dok usha kat satu website ni rm 20, so baik beli baru kan kan kan?
Contohnye mcm Confession of Shoppaholic tu harga asal 34.90 tp dia jual 17.90 je...berbaloi-baloi! err saya tahu saya ketinggalan keretapi tak kisah la, better late than nothing kan kan kan...!
Buku untuk kids pun banyak juga yang murah-murah, contohnya macam The New Children Encyclopedia ni harganya cuma rm 49.90 je. cuba tengok kat kedai buku lain mau cecah ratus jugak harganye. Kualiti buku pun bagus siap kulit tebal lagi. Yang ni beli utk Syakir, sesuai la for kids between 5-12 years old. Syakir bukan main excted lagi.Kadang-kadang benda yang dia tanye saya pun tak tahu :P takpe la mak dan anak seiring sejalan belajar bersama ye dak?
Buku Bedtime Stories Disney character ni pulak Umar dok pegang dari mula-mula sampai kat Excess ni. Haiyoo tunjuk buku lain pun taknak dah.So beli la utk dia walaupun masih belum pandai membaca mak ayah la yang tolong baca hohoho. Price? rm 24.90...sila la percaya ye kekawan semua..agak tebal *harga adalah berkadar sonsang dengan ketebalan* kalu jatuh atas kaki sakit wooo dan hard cover juga. Isi kat dalam adalah berkisar kepada cerita-cerita yang pernah diterbitkan oleh Disney Picture contohnye Monster Inc., Cars, Chicken Little dan lain lain.
Masa nak keluar tu ada selambak buku murah-murah below than rm 10. so saya ambik ni, konon-konon untuk Abid la sebab tak mahu depa berebut bila balik rumah nanti :)
Last but not least masa nak gi buat membercard tu, dapat free bookthorng *betul ke eja ni*...sukeeeeeeee *gambar adalah sedikit blur sebab tak reti huhuhuhu*. Membercard ni free if purchase rm 100 above, and bila beli next time beli akan dapat less lagi 5-10%.
p/s: kat mana ye ada jual koleksi buku cerita nabi ye? nak beli kat depa..takmo la bedtime stories asyik cerita mat salleh aje..baik lagi cerita pasal nabi-nabi kita kan?