Showing posts with label JALAN-JALAN. Show all posts
Showing posts with label JALAN-JALAN. Show all posts

Monday, 22 June 2015

Our Next Vacation?

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM RAMADHAN

Hy readers!

Wink! Air Asia kembali membuat promotion super dashat! Menangis tengok harga ticket!

HiHi, anyway, Mila & Qayum dah beli Tix untuk ke Perth , November ni, En Qayum kata hadiah birthday! erkh! Terima Kasih En Qayum! Kitaorang beli time promo bulan April hari tu.
kami dapat tix pergi RM270/pax sahaja.. murah ke idok? murah la kot.. tix return, tak sempat nk beli, dh sold out untuk harga promo, tapi, Mila dapat belikan untuk member Mila dengan harga RM460/pax.. murah kan?! Oh..kali ni kami tak pergi berdua sebab ada ahli jemaah baru yang nk follow. So, i is buzy buat iltenary sekarang ni. hihi, Over!


teringin nak tgk pinnacles ni time sunset @_@


Hello Perth!

Tinggalkan dolu cerita Perth, nanti dah sampai sana, and selamat balik, Mila buat entry khas.

Untuk waktu terdekat ni, tengah aim tix ke Tokyo for next year. Dah dapt green light dari encik Qayum nak p Tokyo time anniversary, ngeee... Hopefully dapat lah beli tix tokyo dengan budget chipsmore ktrg nii...

Tix return Tokyo, RM650! 

Semoga di permudahkan! teringin p Tokyo time winter!



Hello Tokyo, I'm coming!

So, sesiapa yang berhajat nk jalan-jalan bersama orang tersayang, p serbu cepat2 website Air Asia, banyak lagi tempat yang mampu milik boleh pergi , dan kena beli dalam minggu ni tau!

Till then,

Salam Sayang,

Mila

Thursday, 10 April 2014

HELLO BALI! {Part2)

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hy pretty readers!

Nak sambung Part 1 , HELLO BALI! January hari tu =)

26.01.2014

Last day di Bumi Bali. sedih je rasa time ni, tapi, memang tak sabar nk balik, sebab risaukan decor pelamin yg di tinggalkn pada team AAWD. Hehehehe...
untuk hari terakhir ni, pagi2 dah bagun, keluar je bilik nk check out, pak supir udah sedia menunggu =)

since malam tadi tak larat nk jalan2 sekitar KUTA, ktrg mintak pak supir berhenti kjp dekat pantai Kuta, nak jugak lah tgk, mcm mn lahh ombak dekat pantai ni sampai ramai yg nk dtg untuk surfing!



okeyh, masa ni en Qayum perasan jadi BRUNO MARS, hahahhaha...


Hard Rock cafe di Kuta, Bali. ktrg tak masuk ponn, just bergambar di luar Cafe. Hotel Hard Rock, sebelah je dgn Cafe nya. Hotel & Cafe Hard Rock betul-betul depan Pantai Kuta.


haaa... ni pintu masuk ke pantai kuta. wee.. nmpk pelik kan... diorg bina tembok ni untuk elak dr Tsunami. tembok yang di bina tak lari dengan seni bina identiti Bali, semua pon mcm ni, tak kira lah rumah ke, hotel ke, restoran ke, pintu masuk lebih kurang mcm ni.



PANTAI KUTA, ombakkk nye... memang tinggi lampai. heeee... tapi, sayang, pantai nya kurang bersih. harapkn air yang biruuu jee...

Lepas dh puas bergambar & jalan2 dekat pantai kuta, kami di bawa ke sebuah warung makan, bnyk masakan padang pelbagai jenis dekat sini dan ianya salah satu gerai masakkan yang HALAL di kota Bali =)

nama warung, WARUNG NIKMAT, location nya sekitar bandar KUTA

jangan tanya Mila macam mn nk ke sini, sbb masa tu pak supir yang bawa, tau2 je dah sampai, tp, tak jauh dari hotel ktrg dan pantai kuta, lbh krg 5-7min perjalanan dgn kereta.






dekat gambar ni ada full address warung makan ni =)

Lepas je isi perut, kami meneruskan perjalanan ke NUSA DUA, pantai di sini, mmg banyak water sport, pak supir cadangkan naik boat untuk tgk penyu, baot tu lantainya glass, jadi boleh tgk ikan, tapiiii, mila pernah baca bnyk review dr beberapa blogger mengata kan tak best mn ponn naik boat tu, setakat tgk penyu dekat tepi pantai?! heee... tak mo.. tak mo... apa kata try SEA WALKER, berjalan dalam air..ohoikk... best ni, price nya? masa discuss dlm keta, pak supir kata, takpee, nnt die mintakkn discount. 

masa ni, mmg excited terlebih... mcm mn lahh rasanya berjalan dlm air, biasa snorkling je reti.

sampai je dkt tanjong benoa beach, ktrg di hidangkn dgn package yang di beri, perghhh, mahal gilos!!! 2 org untuk sea walker RM500, haaaa... amik ko!
nak sgt bersea walker kan...

kalau walk in, mmg harga nya berganda mahal, mmg masa tu rasa kesal yang amat, sbb tak booking online jeee... korang boleh refer link ni if nk booking online yang mn jauh lebihhh murahhh...


bolehh dapat half price!

okeyh... nk menyesal ponn tak guna, jadi, ktrg decide, amik je game ni, klu untuk foreigner, lagi mahal. ktrg ni pak supir kata berlakon je dtg dari Bandung, jadi dpt harga local... huhuhu...

SEA WALKER , RM250/person

dapat apa?

CD - lebih krg 150 keping gambar dan 6 video
baju diving dan alatan oksigen
transfer boat

untuk makluman, pakaian diving tu, berlengan pendek, dan berkaki pendek, hee.. jadinya, mila pakai siap2 baju lengan panjang dan seluar panjang, them, sarungkan je baju diving tu dr luar, tudung mila keluarkn je ke luar, sbb feel seksi la pulak klu tudung masuk dalam baju =)

tempoh berjalan dlm air, lebih kurang 20min =)

dari pantai ke tempat sea walker ni, ktrg di bawa naik boat, rupanya, pantai di tanjung benoa ni cetekkk... boleh nmpk rumpai laut sepanjang perjalanan ke tengah laut (tempat sea walker) subhanallah, indah sungguh ciptaan mu...

sampai je dkt tengah laut, ktrg tranfer boat ke sebuat boat yang besar sikit, dan di beri sedikit briefing dan roti, mula2, ingat kan tak dalam mn tempat sea walker ni, tp, anggapan ku silap sama sekali... hahahah... boleh tahan dalam nyaaa aiii... ktrg di beri sorang satu kepala oksigen, kepala oksigen ni berat gile dan boleh menyebabkn kita tenggelam di dasar laut dan yang best nya air tak masuk ponnn dalam nyaa, ktrg bernafas macam biasa, cuma ada sedikit sakit kepala, sbb tekanan air... haa.. paham ke dengan penerangan yang panjang lebar ini? hee... setiap kepala oksigen ni, di sambungkan ke boat, macam paip kecik... tapi, paip nya panjang leerr... senang untuk bergerak. tapi, jangan risau, sbb ada guide yg ikut kita kt bawah tuu... merangkap photographer... hehehehe... so, marilah layan gambar ktrg laki bini jalan dlm air niii...



pipe kuning ni lah yang salurkan oksigen.



HOLLLA NEMO!



Muka gerammm, nk tangkap ikan2 niii... heee...


besi tu mmg diorg buat untuk jadi tempat pemegang, jadi ikut je besi tu untuk jalan.
perasaan masa ni, mmg tak leh nk express, sungguh rasa bertuah, sbb mila ni jenis manusia yang sukakan air, apatah lagi air laut! rasa nk picit2 je semua ikan tu, sbb depan muka kan, mmg rasa geram! hahahha... apatah lagi di hidangkan dengan panorama yang cantik! subhanAllah! syukurrr Alhamdulillah.

lepas ni, klu nk ke sini lagi, mmg beli siap2 package nya thru online! Jimat!

habis je aktiviti dkt tanjung benoa ni, lbh krg 1130, ktrg pon siap2 mandi dkt toilet yg di sediakan, terus menuju ke ULUWATU TEMPLE. Kalau tengok pada map Pulau Bali ni, Uluwatu terletak di Selatan Bali menghadap Lautan Hindi, penghujung Bali, air laut nya.. MasyaALLAH, cantik sangat. Biru menyala. erkh!



merenung masa depan. hahahhaha.



cantikkk kannnn...

biru sungguh air nya!!!
sana nunnn... lautan hindi, teringat MH370. Hmm... sob...sob...






tenang je duduk dekat sini, angin sempoi2 bahasa... masa ktrg dtg ni dh tghr.. mmg panas terikk bak hangg.. tapi, tak peluh sgt, sbb angin kuatt...


dekat sini, telah tersedia laluan berjalan kaki mcam ni, tepi tebing laut... lebih kurang 500m rasanya... jadi jalan lah kami untuk menikmati ciptaan ILLAHI =)

balik dari Uluwatu, pak supir tanya nk p mana, masa pon tak bnyk lagi ni. die cadangkan untuk shopping dekat Krishna, banyak ole-ole dekat situ. 

sebelum tu, tapau MCD siap2 , sebab lepas je shopping dekat Krishna, ktrg akan terus ke Airport, tak sempat nk singgah mana2 untuk makan siang.

hampir 1juta rupiah di laburkan dekat Krishna, antara yang ktrg beli, T-shirt, I LOVE BALI, produk spa, bekas2 antik (ada tempat letak tisu, hiasan rumah, dulang, etc) , makanan, beg (sebab brg dh bnyk, tak muat isi beg yg sedia ada, hahahha) dan FM (tapi, tak bnyk yang cantik, amik je mn yg ada)

habis shopping teruss zasss ke Airport, dari Krishna nk ke Aiport tak jauh, dekat je.. lbh kurang 10-15min

sampai Aiport terus check in beg, mmg kelam kabut sikit time ni, sbb rasa nya lbh krg sejam je lagi tempoh untuk check in, dengan bawak beg bergondol2, dengan pegang drawing gabak yg beli dekat Paddy Terrace, uhhh... azabb... heee... alhamdulillah, selesai je semua, ktrg lepak tepi, makan balance burger Mcd yg tapau tadi, siap je makan, terus grak nk depart, pastu rasa macam kurang something... tgk kiri kanan, cari drawing, okeyhhh... TAKDEEEE... nk nangis dah... sob! lpstu Mila baru teringat, masa check in beg, Mila letak tepi drawing tu, so, patah balik p check in kaunter, kaunter dh tutup! tgk tepi kaunter, mcm nmpk gulungan drawing, fuhh! alhamdulillah, org Air Asia yg jaga kaunter tu simpan letak tepi, Yeay! jumpa!  ktrg pon laju2 jalan nk ke kaunter byr tax, kalau p mana2 tempat di sekitar Indonesia, benda yang paling kena ingat, SEDIAKAN 150,000 Rp. untuk bayar tax sebelum balik.. hee.. yang ni mmg ingat smpi Mati sbb dolu tak tau, masa 1st Honeymoon dkt Medan =)
Masa tengah jalan laju2 tu, ktrg di tahan oleh 3 org yang tidak di kenali, salah sorang tu ckp Melayu dengan fasih dgn ktrg, die tanya, ktrg ni malaysian ke? dari air muka diorng, macam boleh agak. ni mesti tak cukup duit nk byr Tax, and its true babehhh! diorg kehabisan duit rupiah and ringgit, boleh tak diorg ckp diorg bg semua duit rupiah dkt pakcik taksi masa nk dtg airport tadii.. ohooo... and nk keluar duit dgn atm tak boleh, sbb tak aktifkn pengeluaran luar negara. okeyh, diorg ni couple, sorang tu, mat salleh hensem, and girlfriend die Malaysian, tp, Indian, yg sorang lagi tu pertugas Air Asia. tengok muka diorg mmg panik gile, jadi Mila tawarkn, pinjam dolu duit ktrg, nnt smpi Kl, boleh bayar balik =) 
mula2 masa diorg thn tu, rasa pelik juga, sbb ktrg takut terlepas flight, sbb ingt dh lmbt... dok cari drawing kan.. huhuhu, masa tu mmg blur lah kejap. ngehhh... lps je ktrg bg tau yg ktrg boleh tolong, dari air muka diorng, nmpk diorg sangat lega, hmmm... its happen to us a year ago, jadi sekarang, bila kena kt diorg, teringt ms kt Medan doluuu... huhuhu...
alhamdulillah ada lebihan duit rupiah and ringgit, jadi , ktrg pon byrkn sekali untuk diorg masa dekat kaunter bayaran cukai airport. Yang klakar nya, mana ktg pergi, diorg ikut jee... siap BF die ckp, u can take my handphone or my watch. heee... ktrg senyum je lahh.. its ok, we trust you! =)



alhamdulillah, cuaca baik, tapi, gerun jugak sepanjang perjalanan , kami selamat tiba dekat LCCT around 8pm, dari Bali around 5pm

Touch down jeee... diorg ikut je ktrg sampai dekat tempat pickup luggage, dkt situ ada mesin ATM, then, GF kuar duit and byr duit aiport tax diorng, siap bagi extra, and asyik ckp je, ktrg ni save their life. Alhamdulillah, sebagai rakyat Malaysia, kami hanya membantu, bila dah dekat negara org, mmg feel lonely kan, bnyk perkara yang ada limit. We are happy helping you, Sis! =)

episode cerita ni tak habis mcm tu jeee, sbb lepas keluar je dari LCCT, kami berdua terus ke Dewan Sime Darby, buat apa?

Buka pelamin lol! heeheheheh...


 pengantin, Widuri, pelik tgk Mila ada dkt dewan, die siap cakap, erkh Mila, you bukan pergi Bali ke? Mila jawab, heee... ktrg baru sampai pkl 8 mlm tadi =)

penat? of course! tapi, mmg memorable punya trip sepanjang hidup,

awesome place, awesome food, awesome people!

i LOVE Bali!!!

en Qayum, pls next time repeat lagi ke Bali, kali ni nak main dgn Dolphin macam dalam romantika Nabil sekeluarga, owwwhhh, jelesss!

*Hari ke-3 di Bali, dah tak berapa ingt perbelanjaan yang dikeluarkn.. hahahah... almaklumlahh... pergi nya bulan Januari, la ni dh bulan April, baru nk sambung review.. huhu... apa2 pon ni anggaran kasar hari kedua;

SARAPAN PAGI - RM30
SEA WALKER - RM500
ULUWATU - RM20
KRISNA - RM300
McD - RM40
TOTAL HARI KEDUA : RM890

TOTAL KESELURUHAN:
FLIGHT + HOTEL+ LUGGAGE : RM869
PERBELANJAAN HARI PERTAMA : RM650
PERBELANJAAN HARI KEDUA : RM890

TOTAL ; RM2409 untuk 2 orang =)))

masih under budget dan di kira percutian budget kn? hehehhe... sebab total ni termasuk duit shopping =)

jadi, kalau AA buat promotion, boleh di pertimbangkan, mana tau dpt harga super awesome mcm ni =)

next, entry, nk cerita kota HONG KONG, SHENZEN & GUANGZHOU pulak...

till then,

salam sayang,

Mila





Wednesday, 29 January 2014

HELLO BALI!

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

hy pretty readers!

Mila baru je balik dari Pulau Bali =) overall, puas hati sgt dengan percutian kali ni =) Bali is super duper awesome... memang betul lah org kata pulau bali antara pulau yang tercantik di dunia dan menjadi tempat perlancongan yang terkenal.

okeyh, dolu, Mila ada cerita tentang honeymoon tak kesampaian kami nak ke Bali, disebabkan pihak catering @#$%^&*

huhu, alhamdulillah, rezeki nak ke Bali di permudahkan =)

Masa tu saje je lah tgk2 tix AA including hotel dlm airasia.go, before tu dah beli tix & hotel ke korea, jadi saje ler try usha tix untuk january, kot2, ada yang murah boleh lah jalan2 =) En Qayum on je sbb time tu katanya dah dpt bonus, Mila apa lagi lompat bintang lah kan... cari punya cari, jumpalah tix ke langkawi + hotel RM300++, oikkk, murah ni!!! time tu, tekan jugak p KK & Bali, terpanjat tau, starting price from RM600 untuk tix & hotel di Bali! teruss booked! tapi, total yang Mila byr RM813 + RM56 (untuk pilih seat & luggage 20kg, yg ni beli 2 hari sblm depart)

super murah kan! 

then, dah beli tix & booking hotel, terus buat plan nak p mana, cari pak supir & budget perbelanjaan kat sana. maka bermula lah sesi menterjah traveller blog... ngeee... mmg bnyk sangat info yang dpt... lbh 20blog jgk Mila terjah... yelahh, kita nak p tempat org, at least kna lah tau serba sikit, ye dok?

so, mari mulakan perjalanan 3H2M kami yang menjadi 2H2M je ni =)

24.01.2014, Jumaat

Since minggu Mila bercuti nak ke Bali ni AAWD terima job deco pelamin, jadi, Mila selesaikan dolu kerja2 yang berkaitan, pagi Jumaat tu ktrg deco mini pelamin dkt Gombak, balik dari Gombak, terus gubah fresh flower arrangement untuk event esok mlm, since kna deco mlm ni, jadi, semua kerja tuk gubah bunga settle, jadi nnt senang team AAWD yang lain tggl letak2 jeee... siap semua nya around 6pm gitu, flight pkl 825pm, mmg lipas kudung jap, balik umah, mandi, then, terus grak p LCCT.
Sampai je LCCT, tgk kt board, flight delay, jadi 845p, fuh selamat! sbb time tu ktrg ngam2 sampai pkl 725pm, which is 1 hr before depart. kalau naik airasia, at least, kita kna ada dkt airport 1 hr before check in, sbb gate akan ttp 25min dr time depart. sebelum tu, ktrg web check in awal2, jadi, masa smpi LCCT terus g kaunter check document and gerak ke imigresen =)
kenderaan ke LCCT? kami drive keta, and park dekat parking LCCT, which is dikenakan RM16/day.
masa tgh menunggu di pintu gate, kami di beritahu sekali lagi yang flight kami akan delay lagi, ohoikkk, mmg lambat ler smpi Bali klu cmni, ikut plan asal, kami akan smpi around 1115pm, tp, since delay, depart 915pm, and sampai 12am okey... 
perjalan ke Bali mmg ada sedikit gerun sikit sbb cuaca tak berapa elok, and lenguh jugak ler kaki ini menahan kesempitan di dalam flight... huhuhu...

Sampai je di Aiport Denpansar, Bali, pak supir kami sudah menunggu dgn setia nya =) dan ktrg pon terus di bawa ke hotel kami, The Pavillion Kuta =)

hotel 1star, tapi, service & deco 5star babe! siyes kagum gile dgn hotel yang Mila duduk ni, semua nya menggunakan kayu, Mila mmg gile sikit bab2 deco guna kayu ni, mmg menjerit lah tgk decorations diorg =)
condition hotel mmg tip top, mmg sebijik dlm gambar, bilik ktrg mengadap swimming pool as in picture =)





cantik? memang ponnn... heee =)
*picture from pakcik google sbb malas nk upload gmbr dr hp cap ayam ktrg. hee.

sampai hotel around 1am jugak lahh... jadi nya , kami pon terus beradu... tu yang, percutian menjadi 2H2M =)

25.01.2014, Sabtu

pukul 9 ktrg dah siap nak p jenjalan =) pak supir pon udah menunggu di pintu hotel, hari ni kami akan melawat gunung Kintamani & lunch di sana, dan akan berhenti di beberapa tempat di sekitar ubud untuk tengok drawing dan minum kopi. Balik je dari Gunung, kami singgah pula di Rice Paddy, padi bukit Bali =) dan terus ke Tanah Lot =) ikut plan asal, nak tggu sunset dekat tanah lot, tapi, udah capek lol, jadi nya pkl 6ptg ktrg terus ke jimbaran untuk Dinner, balik je Dinner, terus ke Hotel, niat asal nak jalan2 sekitar pantai kuta, tapi, memang penat gile satu hari berjalan, jadi, beradu lah kami... hehehhe... =)
* hotel ktrg mmg dekat sangat dengan pantai Kuta, 500m jee... pantai kuta ni tak pernah tutup, 24hrs ada je orang =)


12 Jenis kopi & teh... semua sedap... yang ni FREE je... memang nyaman minum kopi di tmpt sejuk gini, keliling semua pokok2 =)


demo cara memproses kopi =)

*perbelanjaan, beli kopi bali , kopi ginseng & kopi vanilla, RM80



LUNCH di Restoran Batur Sari, the only one restoran yang Halal di Kintamani
*perbelanjaan : RM107


subhanallah, cantik kan?
Paddy terrace.


pengantin lama =)

dekat sini, banyak kedai yang menjual kraf tangan, org bali sangat berseni, kami sempat shopping drawing & beberapa souvenir yg lain.
*perbelanjaan, RM160







TANAH LOT =)

dekat bali, banyak sangat patung & temple, tanah lot adalah salah satu tempat temple diorang, since tempat ni cantik, ramai pelancong yang datang =) angin kuat gile dan ombak nya sangat lah ganas!
dekat Tanah lot ni pon banyak kedai2 souvenir, ktrg pon tak ketinggalan untuk shopping!
*perbelanjaan, RM51



Dinner di Jimbaran!

patutnya duduk dekat tepi pantai, tapi, cuaca kurang memuaskan, jadi nya kami mengadap pantai ajee... makanan sedap, semua nya berasaskan seafood, kami makan ikan bakar, udang garlic, sotong goreng tepung =) portion nya sangat banyak sbb diorg kira timbang =) mmg tak habis makan, jadi, bawak balik ke hotel
*perbelanjaan, RM211

**total perbelanjaan hari pertama RM650 (Termasuk bayaran masuk ke Kintamani, Paddy Terrace & Tanah Lot)

END untuk hari pertama di Bali!, next entry our last day in Bali, sea walker di Nusa Dua, visiting uluwatu temple and shopping di Krisna. =)

thanx for reading!

till then,

salam sayang,


*muka sengal!


Mila







Wednesday, 23 January 2013

PRE HONEYMOON

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hy pretty brides to be and my lovely readers =)

Korang nanti gie honeymoon ke mana? Mila & Encik bakal suami dapat package free dari catering side en Qayum, Nurul Izzah catering =) boleh pilih diantara Bali / Phuket dan mana-mana dalam Malaysia. Kira nya nanti ktrg pergi 2 tempat , niat di hati nak pilih Bali dan Sabah... =) tapi, boleh redeem pakej percutian ni selepas majlis side Qayum, jadinya kena tunggu lagi sebulan (beza majlis Mila & Qayum, sebulan, 2 Mac & 30 Mac) So, ktrg decide nak Pre Honeymoon anywhere yang hanya keluar belanja yang sedikit... 

Hari-hari tgk groupon kot2 ada pakej penginapan yang bawah RM200 untuk 3H2M =) Haa.. budjet ciput je nih, tak leh nak mewah2 sgt... jangan tak percaya, mmg ada pakej penginapan bawah RM200, antara destinasi nye,

1) Cameron Highland (yang ni En Qayum reject sebab hr tu dh pre wedding dkt Cameron, nak naik lagi sekali, rasa semput la pulak... hahaha)

2) Phuket (yg ni, Mila yg reject, sbb bila check tix dkt air asia, mak oii... mahalnye, lagi mahal dari penginapan, so, reject! reject! reject!)

3) Vietnam (yang ni pon reject, tix mahal!)

hmmm...so, tak de lah beli mana2 pakej dari Groupon, kecewa tau!

last week, kan Air Asia ada buat jualan murah gile2, tapi, malangnya penerbangan di bulan Ogos, oikkk, lambat naa... ktrg nak pergi a day after reception side Mila, so... lupakan je lah... tapi, sambil tu tangan dok gatal search tix untuk tarikh 4-6 Mac, dan tetiba teringat dolu pernah cdg nak p medan, sbb harga tix AA murah, tapi, tak sempat beli, try tgk date yg ktrg nak g tu, dan, 

HANYA RM106 , return tix sorang! murah kan?! tak sampai RM300 untuk 2 orang, tanya En Qayum, die agreed, dan terus beli =) so, our pre honeymoon will be at Medan, Indonesia

Family Qayum pon ada yang dari sana, boleh visit2.. hehehehe...

owhhh...untuk pengetahuan, Apa yang best nye di Medan?

of course lah the femes emes LAKE TOBA =)


subahanallah, indahnye ciptaan Mu =)

cantik kan... x sabar nak g.. hahahaha... hopefully, dpt hotel dan supir yang murah2... korang ada contact? meh share sikit ngan Mila =)

p/s: tgk pix lake toba ni teringat BROMO, SURABAYA


Original pix yang adik Mila shoot masa ktrg bercuti di Bromo last year, cantik kan... rasa tak nak balik masa dan sampi sini... hehhehe

till then, 

Salam Sayang

Mila =)

Wednesday, 17 October 2012

WORDLESS WEDNESDAY


ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Less word on wednesday!
Just nk share dgn korang beberapa keping gambar ketika kami sekeluarga bercuti di Mt. Bromo, Surabaya... 
Enjoy =)



awesome view kan? ni gambr fresh dr camera tau, no editing 
gambar ini diambil dari arah gunung untuk tgk sunrise, waktu: around 7am, cuaca: 3-10 celcius
gunung yang berkawah besar dan paling rendah tu lah Mt. Bromo, salah satu gunung berapi yang masih aktif di dunia.



Ini pula gambar di kaki gunung Mt. Bromo, di panggil lautan pasir... pelancong boleh menaiki kuda untuk ke puncak gunung Mt. Bromo dengan bayaran 100ribu rupiah bersamaan RM34 (rate waktu ktrg pergi)
if kuat dan bertenaga, boleh je jalan kaki menuju ke puncak... huehuehue...


Memori gambar bersama keluarga, lapan orang kesemua nya, soon, it will increase =p

~ yg ni gambar edit, guna instagram, meh follow , search, milayum ~




Mt. Bromo is just behind us!!!

will elaborate more soon... insyaALLAH.. =)

p/s: anyone yg masih mencari tempat untuk ber'honeymoon' boleh pergi sini, suasana yg cntk dan cuaca sejuk tau... tak kira bile korang pergi =)
seriously, highly recommended, insyaALLAH soon, nak pergi lagi sini with encik Suami =)

till then,

salam sayang,

Mila