Kawan-Kawan Saya

Showing posts with label Izzul Zafry. Show all posts
Showing posts with label Izzul Zafry. Show all posts

Thursday, October 31, 2013

Abang Izzul Zafry


Ragam dan keletah izzul. Semua nak buat sendiri. nak paki seluar sendiri, makan sendiri. semuanya sendiri..
inilah jadinya.









Monday, March 25, 2013

Izzul Zafry - 2 Years Old


240311-240313 Genaplah umur kesayanganku izzul zafry 2tahun. Sekejapan je masa berlalu. Alhamdulillah membesar dengab sihatnya...

Semalam sempat bawa dia ke kidz paradise untuk celebrate besday dia. Just bawa berjalan sahaja. Takde sesi potong kek pun sebab dorang tengah sedap bermain. Janji dengab opismate juga untuk togather bawa anak memasing. Almaklumla.. izzul dan asyraf sama tahun dan bulan lahir. Beza beberapa hari sahaja....

Sakan ini budak...

The besday boys..

Nak update juga misi sepanjang 2tahun selepas kelahiran izzul...

1. Misi penyusuan badan sepenuhnya - misi tak berjaya.... huhu hanya berjaya setajat 1thn 7bln. Takpe, sekurangnya lebih 18bulan menyusukan dia.. syukur atas nikmat tuhan.. ;)

2. Misi menurunkan berat badan below 60kg - haaa.. yang ini berjaya!!. Semalam timbang still dalam 58kg-59kg. Sukanyaaaa... pasnu maintain kan jer laa.. :)

Kan.. kan...

Friday, January 04, 2013

Im ready go to school - Tadika Khalifah Alaf Baru

Wahhh!! Tajuk mcm betul2 excited nak le sekolah je kan?... inilah kisah si iman zafran nak ke sekolah semula. Seminggu sebelum hari persekolahan, hari2 aku ingatkan iman supaya gi sekolah nnt. Ini antara jawapan dia :

"iman dah sekolah dah. Tak payah hantar iman sek mana2"..
"Tcer iman kata kat sek baru tu ada tcer gemuk. Tcer gemuk tu garang"
"Kalau ibu antar iman sek, iman buang sek tu nanti"
"Iman xnak sek. Sekolah tu tak best. Cuti lagi best"

Dia kalau cakap memang bukan main lagi. Tapi, jiwa sensitif. Hehe

Puas aku memujuk sampai aku mimpi ngeri di buatnya.. kenapa mcm tu ekk? Hehe.. aku tak pernah citer kat sini pun....

Actually, dari tahun sebelumnya yang iman nie mmg banyak drama setiap kali nak ke sekolah. Sebelum ni mmg atuk and nenek dia yang pergi dan hantar. Jadi, nenek dia citer hari2 ada drama dia.. nak tengok tv la, nak minum susu la, nak makan dulu la, nak terberak laa... pastu akhirnya gi sek lambat. Ada jer benda dia request sebelum gi sek. Pergi sek tetap nak gi tapi sebelum gi tu mmg banyak drama.

So, pagi hari pertama gi sek kelmarin mcmane? Ramai yang tanya apa drama dia?.. hehe Drama pertama, seawal jam 6pagi dah kejutkan dia. Pastu main kejar2 atas katil. Then, minta nak mandi air panas. Dah siap pakai baju request nak bawa bekal pergi sek. Sambil tu mulut tetap bising cakap "tak payah hantar iman sek. Iman dah gi sek dah.."




Kami berdua dah ready nak ke taska dan tadika yang baru.. testing untuk hari pertama!




Now, rutin aku pulak menghantar dan mengambil dorang. Hari ni aku cuti tapi tetap pakai baju kerja sebab kang iman ingat aku cuti lagi payah aku nak hantar dia. (Apasal tetiba muka aku dah macam juon pulak nie. Putih semacam.)

Mula2 antar izzul dulu kat taska jpn. Pastu baru ke arah tadika iman. Izzul ok ker. Tak nangis pun. Lupa laks aku nak snap gambar.








Ni drama depan pintu sek. Dah mula mengeluarkan airmata.. huhu manja sungguh anak aku nie.

Mula2 ok jerr.. pastu nangis pulak.. tapi tetap masuk juga dalam sek. Aku tunggu kat luar jer sampai pukul 10am sebab tunggu member aku (lin) antar anak situ juga untuk 4year. Anak dia nangis sampai peluk badan mak dia. Aku sambil tu tengok iman. Mula2 nangis pastu ok daaahh.. dia nampak aku tengok kan dia. Nasib ok!

Lepas tu aku and lin ke jpn balik sebab lin nak tengok anak dia yang kecik (baru 3bln). Next week dia masuk keje dah. Tu yang dia testing antar anak 3org.. pas sarapan, kitorg ke alamanda dan mydin jenjalan sambil beli brang untuk anak serta makan lunch terus.



Kitorg makan kat kedai beriani tapi tak amik nasi beriani. Amik nasi mandy ayam roasted nie.

Pastu, dah kul 3 lebih terus ke jpn. Solat dulu. Dah kul 4 lebih barulah amik budak2.

Sampai tadika iman tu, iman tengah tidur... amik juga la.. yang kelakarnya sampai tertukar baju dengan aqil (anak lin) gara2 beg sek sama. Lawak sungguh!. Takpe la, baru 1st day. Cikgu x tau lagi.

Dalam kereta iman terus cakap.. "ibu, sek iman bestt.. ramai kawan, ramai tcer. Tcer semua baik. Tak garang pun".. hehe aku ckp esok leh la gi sek lagi. Dia kata "tak yah gi sek da.. iman dah sek tadi.. bessssst" "kenapa ibu tengok iman belajar tadi? Ibu gelak2".. oo perasan rupanya aku perhatikan dia..

Huhuu....!! Aku garu kepala!...


posted from Bloggeroid

Thursday, December 06, 2012

Wardrobe @ Almari Ikea.

Lastly, dapat juga cari wardrobe anak yang di inginkan. Aritu ada pic yang myvi bertukar jadi hilux kan? Ni kisah membeli almari anak sebenarnya. Di sebabkan almari kat rumah ada satu je sebelum nie, semuanya kongsi bersama. Jadi, we all decide nak cari wardrobe anak. Target pertama mmg nak cari kat ikea dulu sebab pikirkan barang ikea kalau rosak boleh cari spare part dia kat situ juga dan senang sebab boleh pasang sendiri tak perlu nak caj penghantaran lagi... Mula2 sampai ikea pergi area yang choose and design.. selepas di buat quotation, alamak!! Melebihi bajet la pulak kan... then, jalan2 sampai area kids.. ternampak satu wardrboe yang harga RM230 jer.. sangat nice dan menepati ciri2 yang kami nak.. sekali harga tu tak de pintu. Bila di tanya dengan staff kat situ.. nak tambah pintu boleh. Pilih je pintu mana yang nak. Cuma tambah RM130 jer. Ok! Lepas di kira2 on budjet sgt2.. Terus amik 2set.. senang sorang satu... takde la baju bercampur aduk nnt kan.. 


Penuh troli masa nie.. jam tu harga rm2.50 jer satu. 


In progress..


Setelah di siap pasang. Inilah bentuknya... putih untuk izzul, hijau untuk iman.. sayang takde warna biru.. itu yg amik putih juga. 

Apa yang ada isi dalamnya?


Yang ni.. hok dalam wardrobe iman. Ada hang and 3 basket.... 


Yang ni izzul punya. Pattern tetap sama. Colour sahaja yang lain....


If sesiapa nak beli, boleh cari kat ikea. Kalau tak silap namanya Androbe. Harga keseluruhan untuk satu wardrobe RM230 (wardrobe) + RM130 (pintu) = RM360...

Wednesday, September 26, 2012

Tamat sudah penyusuan susu ibu - 18months

Syukur alhamdulillah cukup 18months izzul nyusu badan. Semoga dengan susu ibu izzul membesar dengan sihat dan cergas. Insyallah... dan tamat sudah penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk izzul. Totally sekarang minum FM... apa nak buat, izzul sendiri yang reject susu ibu... takpe, anak ibu dah besar pun kan..

so, semuanya dah di masukkan dalam gobok untuk penyusuan di lain tahun pulak. segala botol susu lama telah pun di buang except storage yang baru di beli.

semua barangan telah siap simpan dalam gobok

botol storage yang selamat di buang

antara susu terakhir yang dah expired terpaksa di buang. sebelum tu 7 botol dah selamat masa cuti raya tempoh hari.


baki yang tinggal untuk simpanan. leh gunakan jika perlu.. expird bulan 10

ini budak yang dah berumur 18bulan.



Monday, September 10, 2012

kisah pencarian susu anak


Ni kesinambungan kisah pencarian susu anak. Ianya bermula setelah penyusuan susu ibu hampir tamat. Start sehari sebelum raya cuba membeli susu untuk izzul. 1st susu yang aku beli adalah Dutch Lady 123 yang sama mcm abg dia. tapi abang dia punya dutch lady 345. Disebabkan izzul senang sahaja minum apa2 susu, jadi kita mulakan yang termurah jer la ekk dan murah nak cari dimana bila kehabisan stok.



 Ok. start minum susu nie, tetiba badan izzul naik bintik macam ruam. nak kata ruam, dia tak gatal pulak. Tapi, ada yang kata mcm campak. Nak kata campak, dia tak de demam dan tak meragam apa pun. Makin hari makin naik banyak pulak. Tapi, susu nie tetap di teruskan sebab aku tak suspect kena allergic susu masa nie sampai lah susu nie abis.


Pas satu bungkus susu tu abis, baru dalam pikiran terpikir pasal allergic susu.  Terus aku terpikir nak cuba susu lain pulak. Masa tu tak terpikir pasal susu soya  base mcm isomil. Aku amik pulak lactogen. Try lactogen ok jer minum. Bintik2 di badan tetap ada dan naik juga. Aku dah mula risau juga la masa tu.. lebih 2weeks juga lah jadi mcm nie. tak tau nak buat apa masa tue lagipun lagipun sebab mood raya memang tak terpikir la sgt masa tue.

 inilah rupanya bintik yang naik kat badan izzul. campak ke ruam ker allergic susu nie? aku pun confuse sebab tak pernah kena lagi.


Lastly, baru terpikir nak beli isomil. Tapi, masa nak beli susu nie bintik di badan dah mula kurang dan susut. Aku try juga la susu nie sambil bagi minum air kelapa sebab  org kata nak tau campak ke tak cuba bagi air kelapa supaya campak kuar abis. Tapi, lain pulak jadinya. Makin kurang dan susut. sekarang dah OK dah. takder bintik2 kat badan.

Ingat pas abis susu nie, aku nak cuba balik dutch lady. Kalau OK, maknanya bukanlah allergic susu kan. Hopefully ok la sebab tak mampu nak berisomil bagai. Lagi pun org kata susu isomil tak banyak khasiat. Nanti badan anak kurus kering. Iyer ke? Erm.. susah juga nak cari keserasian susu anak nie kan.. Bab lain, berak kencing semua ok bila minum susu2 nie cuba masalah naik bintik2 jer nie...


note : sekarang nie susah nak cari entry orang cerita pasal susu formula nie. semua citer pasal susu ibu kan. zaman dah berubah... dulu semua citer pasal anak minum susu mahal2.. sekarang susu ibu paling mahal.. :-)

Wednesday, August 29, 2012

Like father like son

Arini rabu tanpa kata-kata. 


Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 08, 2012

bila anak dah mula reject df. apakah maknanya?


Sejak sabtu lepas izzul zafry dah mula reject direct feeding.. susah hati rasanya. Bila sua, dia bueeekk! Mcm nak muntah.. pastu paling muka sambil uuuhhh! Seolah2 taknak...!

Adakah sebab dia rasa dia dah besar. Malu nak df dah..? Hehe.. maybe kot. Dia nak susu, tapi dia xnak df.. bila bagi dalam botol, dia nak pulak... laju jer minum.

Susu masih ada.. cuma kalau dah jarang df, boleh menyebabkan susu makin kurang kann..?? Orang kata boleh jer teuskan.. jadilah ep mum (express pumping mum) tapi aku tak sekuat itu bak jadi ep mum.. seriusly aku tak mampu! Sebab kepenatan diri dan kesibukan masa.. but, selagi boleh aku teruskan dan selagi ada susu aku tetap akan teruskan jua.. even satu hari bila stok semakin kurang, aku akan mula campur fm.. 

Sedih rasa hati bila anak reject df.  Sebab aku rasa df lagi memudah kan keje.. tak perlu bangun tgh mlm wat susu, bancuh susu, bawa bag bagai bila nak kuar jenjalan..sob..sob...
Setakat nie, bila siang dia nak botol. Bila mlm msh lagi df.. maybe, mlm mata tutup.. xnampak.. dia sua jer laaa. Hopefully, kalau tido mlm still df, aku rasa dah cukup puas hati juga... sekarang dia pun dah masuk 1thn 5bulan.. lagi 7bulan nak cukup 2thn..

Ini adalah cabaran dan dugaan buat aku.. papepun, aku bersyukur sebab mampu menyusukan lebih pada target iaitu 1thn... akan di teruskan sehingga 2thn jika di izikan... ;-) be happy!!


Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, June 27, 2012

yeaa!! sy dah boleh jalan..



saat yang di tunggu2 telah pun tibaa..! ceeewaahh!
akhirnya, 1tahun 3bulan izzul dah boleh jalan sebaiknya
1th 2 bulan baru bertatih2.. skrg dah laju berjalan.
sonok sonok...

sabtu lepas bawa ke taman tasik untuk jenjalan.
bawa dia jauh sikit jalan.
sonok kemain lagi dapat meronda taman tasik.


sedikit video sebagai kenangan saat2 baru dapat kaki.
hehe

Monday, May 21, 2012

1tahun 2bulan


Hari ni genaplah saya 1 tahun 2bulan
Dah jadi big boy. 

apa perkembangan terkini saya?

> suka memanjat
> suka main motor
> suka kacau abg sy
> sy suka MAKAN! yeaaa..! semuanya sy dah makan. paling terkini sy makan ICE BLENDED MOCHA starbucks!.. hehe
> Makanan pedas, masin, tawar, manis, semua saya bedal
> sy suka melekat dengan ibu saya
> sy suka main dengan atok
> sy suka cakap tapi saya tau cakap " teh teh.. " jer
> abg sy suka pukul saya.. sian saya. abg sy garang tau..
> sy malu kalau pertama kali jumpa dengan org tapi kalau org pandai agah sy, sy suka..!
> sy suka kalau dapat pergi jenjalan
 > sy suka mengemas. kalau sy kemas, bersih semua meja tapi terabur di lantai.
> sy suka membaling barang. hehe


yea!! sy dah 1th 2bulan.. ini gambar terkini sy semalam. ada org nak amik gambar sy secara PERCUMA dan bagi satu untuk simpanan saya,


Di umur 1thn 2bulan nie, apa yang sy belum pandai lagi???

>>>> Saya belum boleh BERJALAN <<<<

agak2 bila saya boleh berjalan?? mcm abg sy ker..? abg sy dulu 1thn 7bulan..
hehehe..



Ini tempat FEVERET saya.. sy suka panjat kat sini. Sebab sy nak duduk VIP seat.
kalau boleh nak masuk sekali dlm TV tue.. nak juga masuk super spontan
Feveret chanel sy nie tau! sebab sy suka Angsa ganas.. tapi nenek kata sy Beruang Comel.
Abg sy Angsa Ganas sebab dia GARANG..

dan yang paling sy suka.. sy masih lagi menyusu badan.. hehe.. malu laa..


Monday, March 26, 2012

Saya dah SETAHUN....!!!

24 Mac 2012 genap Muhammad Izzul Zafry 1 Tahun. Alhamdulillah dia membesar dengan sihat walafiat. Suyukur alhamdulillah juga sebab wishlist untuk menyusukan izzul secara exclusive setahun berjaya.. :-). Target setahun, insyallah akan di teruskan sehingga 2tahun.. 

 Cerita pengalaman bersalinkan izzul DISINI.


Jom tengok revolusi versi Izzul dari mula lahir sehingga kini.. Ada perubahan tak..??

NewBorn baby

1 bulan

2 bulan

 3 bulan

4 bulan

5 bulan

6 bulan

7 bulan

8 bulan

9 bulan

 10 bulan

11 bulan
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.

1 TAHUN...!!

Tuesday, February 14, 2012

ERGO Baby Carrier...


semalam petang lepas balik keje, laju-laju amik asben dan anak2 sebab nak ke KLCC kejap. Untuk ke Maxis center sebab nak setup setting hp baru ku... hehehe... disebabkan stroller tinggal di sepang dan nak juga bawa si izzul. Jadi, kami memikirkan cara nak bawa budak kecik nie. Dengan menggunakan ergo baby carrier kami jadikan ala2 back pack.
Dan nampaknya izzul pun selesa dan siap tersengih-sengih dan gelak-gelak jadi kami pun ON jer bawa dia. kalau tidak tinggalkan ajer duduk rumah...

walaupun sekejap, tetap nak bawa 2 beradik tue. almaklumlah dah lama tak menjejakkan kaki ke KLCC.. bawa kan jer la. Lain kali leh bawa 2beradik nie tawaf KLCC. sebab malam tadi singgah semata2 ke maxis center jer.

sempoi jer ke KLCC

 nasiblah izzul nak duduk dlm carrier

ready utk jalan ke Maxis Center...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...