Showing posts with label kangkung. Show all posts
Showing posts with label kangkung. Show all posts

Monday, May 30, 2011

Kangkung Aquaponics Goreng..

Kangkung dah cukup besar dan sedia untuk dituai.. kalau lambat nanti keras pulak batangnya..

Kangkung yang subur dalam growbed.

hasil kali ni.. cukup sekali makan..

Menu : kangkung goreng ikan bilis bersama sos tiram

P/S : SERONOKNYA BERKEBUN.. 

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!

Tuesday, March 8, 2011

[21.02.2011] Memetik Hasil Kebun Aquaponic : Kangkung & Kacang Buncis

kebun akuaponik mula serabut.. kangkung dah jadi serabai sebab sibuk menjalar.. buah kacang buncis dah makin matang dan sedia utk dipetik. jadi mulalah operasi..
kacang buncis sebelum dipetik buahnya.. taklah banyak sangat tapi cukuplah sekali hidang.. kena kumpul biar banyak.. hehehe.. kalau anda perhati terdapat tompokan putih kesan serangan 'bena putih' pada daun kacang buncis..

ini hasil pertama.. lima bijik je baru.. kena kumpul dulu baru santap

suasana harmoni selepas operasi.. kangkung kat bawah dicabut semua, cuma yang belah atas dicantas.. maaflah sebab gambar tak clear. operasi tengah malam

ini dia hasil kangkung.. bolehlah sekali makan.. 

growbed belah bawah dah clear dan sedia untuk tanaman seterusnya. plan nak tanam sawi or pak choi.


ini dia menu lamb chop yang disediakan oleh isteri kesayangan. Kacang buncis tuh hasil dari kebun aquaponic

Thursday, December 2, 2010

Percubaan set Hidropic DIY : Tomato Ceri

Baru-baru ni pengubahsuaian set aquaponic dibuat dengan menambah lagi satu tingkat menggunakan baki UPVC Gutter sediada. Namun timbul idea untuk aplikasi kaedah hidroponic pulak. Walaubagaimanapun, ia tetap menggunakan flow yang sama sebagaimana aquaponic sebelum ini. Hasilnya seperti ini.


Pada Awal pembikinan, paip melalui tepi gutter tersebut dan ia memaksimumkan bilangan pot tanaman. namun ia menyukarkan kerja-kerja pembersihan, satu pot terpaksa dikorbankan bagi memberi ruang filter box yang mana senang utk penyelenggaraan nanti. Tanaman tomato ceri dipilih bagi tujuan ujian. sebelum ini benih kailan ditabur tapi gagal untuk tumbuh. maybe benih x elok. lagipun beli kat kedai RM2 je.. hehehe.. kali ni beli betul2 kat kedai jual keperluan pertanian.



Alhamdulillah.. tengah hari tadi sempat menjenguk dan didapati benih telah bercambah. Maknanya benih kailan sebelum ini betul2 rosak. moralnya kena beli yang elok baru hasilnya elok. hehehe..


ini pula set aquaponic pada bahagian bawah. cuba tanaman kangkung. so far dah tumbuh. harap2 subur.