Showing posts with label pak choi. Show all posts
Showing posts with label pak choi. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Aquaponics : Operasi Menuai Pak Choi..

Wekend lepas.. sayur Pak choi telah dituai untuk menu makan malam.. sebelum tu dicabut beberapa pokok kirim ke kampung bagi kat ma.. kebetulah adikku nurul balik kampung.. kasi rasa hasil aquaponic.. hehehe walaupun tak seberapa..






 tidaklah sesubur mana.. kurus meninggi.. mungkin jarak tanaman terlalu rapat dan persaingan berlaku.. mungkin benih bantut.. mungkin kurang nutrien akibat sistem tak matang.. walaubagaimanapun ianya still ok dan memuaskan.. 

Cukup untuk sekali makan.. 

tanaman suami, masakan isteri.. PAK CHOI..!!

P/S:
BERTANI MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN..

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!

Tuesday, April 26, 2011

update : Raft System [26.04.2011]


Ini dia update terkini DIY Raft System.. gambar pagi tadi masa nak pegi kerja.. warna hijau dah mula mewarnai filter chamber.. tapi ada beberapa pot yang tidak bercambah benihnya.. antara faktor yang dapat saya pelajari ialah jangan bagi benih berendam dalam air.. elakkannya kerana ia boleh merosakkan benih dan membantutkan pertumbuhan biji benih.. jadi isikan LECA dalam pot hingga ke paras air.. then barulah diletakkan benih di atas lapisan tisu bagi elakkan daripada tenggelam.. lepas itu cover balik dengan LECA semula. bagi pot yang tidak tumbuh saya cuba letak benih Kailan hong kong.. kita tunggu je perkembangannya nanti..saya dapat rasakan kali ini Pak Choy akan lebih berjaya.. InsyaAllah..

p/s mintak maaf buat rakan-rakan aquaponics malaya sebab lama tak update.. especially bro mahfudz!!.. hehehe.. 

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!

Aquaponics : update Pak Choy [26.04.2011]


Jika dikira hingga ke hari ini,.. almost 6 minggu dah usia pak choi nih..iyelah.. 19.3.2011 tarikh transplant benih.. pokok tidak gemuk mana dan kurus meninggi.. mungkin jarak terlalu rapat dan persaingan untuk mendapatkan cahaya matahari.. mungkin sistem tak matang.. mungkin benih pada awalnya dah terbantut.. jadi  mustahil nak jadi baik semula.. apapun percubaan pertama ini tetap dikira berjaya.. so lepas ni kena dapatkan kit bagi mengetahui tahap kematangan sistem yang ada sekarang ni.. kena ukur ph dan kandungan nitrate.. banyak lagi nak kena belajar...

BAK KATA PEPATAH.. 
KALAU TAK DIPECAHKAN RUYUNG, MAKAN DAPAT SAGUNYA..
KALAU TAK CUBA TAK TAHU!!!

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!

Monday, March 28, 2011

update : Pak Choi [28.03.2011]

[28.03.2011] ini adalah gambar terkini Pak Choi pagi tadi

[23.03.2011] nie gambar minggu lepas selepas buat 'transplanting'

[23.03.2011] pandangan atas selepas 'transplanting'.. nampak tersusun sikit,..

[19.03.2011] Gambar awal sebaik sahaja siap pindah.. 

 [10.03.2011] Gambar awal sebelum buat pemindahan.. 

Harap-harap percubaan ini menjadi.. InsyaAllah

Thursday, March 10, 2011

[10.03.2011] Photo Update Ikan Talapia & Pak Choi

Tengahari tadi sempat snap beberapa gambar terkini ikan talapia yang kini mencecah umur 6 bulan





Sambil tu snap sekali gambar terkini 'Pak Choi' dalam growbed.. makin banyak timbul..Alhamdulillah..

Tuesday, March 8, 2011

[03.03.2011]Percubaan : Pak Choi

Alhamdulillah.. benih pak choi yang disemai pada 3.3.2011 dah mula bercambah.. sebelum ni cuba semai kailan tapi tak menjadi. mungkin sebab hilang dihanyut air sebab aku main tabur gitu je.. setelah mendapat info kaedah semaian dari bro affnan, aku gunakan tisu untuk membalut biji benih sebelum semaian pada growbed dan hasilnya Alhamdulillah.. credit to bro affnan for the tips..



[06.03.2011] benih pak choi dah mula bercambah.. waa.. syoknya.. Alhamdulillah