Showing posts with label malberi. Show all posts
Showing posts with label malberi. Show all posts

Monday, May 30, 2011

Malberi : Semaian Terus Berbuah

Benih Malberi yang diambil dari kampung disemai dalam pasu sebagai penambah koleksi pokok malberi kat rumah. memandangkan ramai peminat malberi.. supply sekarang tidak mencukupi.. terima kasih cik ani, jiran kampung belah wife saya dekat wakaf che yeh kerana sudi berkongsi batang malberi dengan saya.. banyak dapat hari tuh tapi saya simpan dua je.. yang lain bagi kat kakak ipar, tanam kat umah mertua dan tak lupa bagi kat my mums..  

Dapat dua pasu..



Alhamdulillah.. putik buah terus keluar bersama tunas baru.. mungkin benih daripada batang yang matang cepat menghasilkan buah..

P/S : CAMIN CONFIRM SERONOK TENGOK BUAHNYA NANTI.. HEHEHE

Tuesday, May 24, 2011

Peminat Malberi dikesan : Aina' Isyamina..

Camin dah pandai petik sendiri buah malberi.. peminat malberi tegar.. pantang keluar rumah.. terus melulu ke pokok malberi.. hehehe

mmmm.. sedapnya.. aksi setelah berjaya!!


P/S : LEPAS NI PAPA KENA TANAM BANYAK-BANYAK POKOK MALBERI..

Tuesday, May 3, 2011

Malberi : Galak Berbuah Selepas Dicantas

Sebelum ini mendapat tips daripada bro haslah pasal berkenaan pokok malberi.. katanya pokok malberi akan galak keluarkan buah selepas dicantas.. jadi selepas habis buah yang lepas, maka acara mencantas telah berjalan dan hasilnya memang luar biasa.. lihatlah hasilnya..

boleh dikatakan setiap ranting yang dicantas mengeluarkan ceding/dahan yang baru beserta dengan putik malberi..  

Pokok malberi yang ditanam di dalam pasu 

Tuesday, March 8, 2011

[5.3.2011] Update : Pokok Malberi


ini dia buah pokok malberi.. ini dah kali ke-3. buah dah mula berwarna pink.. x lama lagi boleh petik le..

ini gambar buah pada peringkat awal.. masih berwarna hijau.. actually gambar nie masa berbuah kali ke-2.. yang terbaru x sempat nak ambik.. hehehe..

Monday, December 13, 2010

Percubaan : Teh Malberi

Semasa operasi mencantas pokok malberi.. terlintas untuk menghasilkan teh malberi daripada daunnya. sebelum ni ada terbaca artikel dalam blog berkenaan daun malberi boleh dijadikan teh dan berkhasiat bagi darah tinggi dsbg. jadi mulalah projek percubaan. Harap2 berjaya. Foto : Daun malberi digunting dan dijemur kering.

Wednesday, December 1, 2010

Ahli Baru : Pokok Malberi


Alhamdulilah.. setelah sekian lama tertarik dengan pokok Malberi ini lebih-lebih lagi setelah terbaca satu isu mari berkebun dalam majalan LAMAN IMPIANA, akhirnya berjaya untuk dapatkannya. pokok dibeli dari satu nursery dalam kawasan taman perumahan yang aku duduki. Yang 'best'nya pokok dah siap berbuah dan masak. harap2 lepas nie akan terus berbuah berterusan. kos pokok ni spt berikut :

1. Pokok Malberi  (RM8.00 x 3 nos) =   RM20.00   (diskaun RM4 sbb beli pakej 3.. hehehe)
2. Pasu saiz Sederhana                       =   RM  8.00
3. Tanah Siap Campur (3 beg)            =   RM  5.00
                                       Jumlah       =   RM 33.00