Pages

Followers

Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Monday, February 2, 2015

Sawang ke dah reput

Lamanya aku tak menulis blog..Lamanya aku tak membebel kat sini...Nak kata aku membebel kat tempat lain mcm FB atau wassap,pun dah lama aku tak buat..Ke sebab aku dah penat asyik membebel dengan Faiz dan Annur? Hahaha...Ramai dah kawan2 blogger yang dah tak aktif kan..Orang kata, bukan aku kata, blog dah tak relevan kan sekarang ni..Dah banyak alternatif lain yang lebih cepat dan mudah.. Tapi blog ni ada sentimental value kan.. ada sesuatu yang tak mampu dipenuhi oleh media sosial yang lain..Entahlah,nantilah aku sambung bebel balik..banyak benda nak cerita...

Monday, January 7, 2013

Kenapa Aku Memilih Genius Aulad?

Ada teman minta aku tuliskan kenapa aku memilih Genius Aulad untuk Faiz? Yalah,dah masuk tahun kedua Faiz di GA , tentu ada sebab yang ingin aku kongsikan...Oklah,sebelum aku bercerita apa-apa,ini hanyalah pendapat aku sebagai seorang parent. Dan harus dingatkan yang GA ni ada banyak cawangan dan setiap cawangan ada owner yang berlainan..Walaupun cara pembelajarannya sama pasti sedikit sebanyak pengurusan ada yang  berbeza.

Sebab pertama aku memilih GA untuk Faiz ialah kerana faktor kedudukan GA yang berdekatan dengan rumah..Jalan kaki pun takde masalah..Sebab masa mula-mula dulu, hubby masih tak bawa motor ke opis..Jadi, kami cuma ada satu kereta dan hubby gunakan kereta untuk ke opis..Aku kalau boleh taknaklah Faiz naik transport GA sebab dia masih 4 tahun dan aku ni surirumah..Rasa macam tak best jer...Hehehe..Dua hari je aku hantar Faiz jalan kaki sbb lepas tu hubby naik komuter dan cuma kadangkala kalau dia ada seminar yang menyebabkan dia perlu bawa kereta..Masa tu motor hubby masih belum dibaiki sbb dah tersadai hampir 3 tahun.Jadi,faktor GA yang dekat adalah sebab utama aku pilih GA..

Sebenarnya,sebelum aku nak masukkan Faiz ke GA,aku ada tanya jiran sebelah rumah ttg GA ni sebab anak dia pernah sekolah kat GA selama setahun..Jawapan yang aku terima bukanlah jawapan yg baik tentang GA  sebab itu dia tak nak hantar anak dia ke GA lagi..Tapi sebabnya bukanlah 100% kerana sistem GA itu tapi pengurusannya iaitu teacher kat situ..Aku fikir takpelah,ada ramai lagi teacher kat situ dan mungkin yang seorang tu tak akan menjejaskan yang lain..Aku tak tahupun teacher yang dimaksudkan yang mana satu...Hari pertama Faiz ke GA,dia ok tapi hari seterusnya dia KO...hehehe...Bila aku jumpa teacher kelas dia dan tanya macam mana perkembangan Faiz, jawapan yang aku terima dari teacher itu adalah sesuatu yang tidak aku duga..Baru 2 hari Faiz di GA,dan dia dah beri aku jawapan yang buat aku susah hati...Tapi,aku tak melatah..Aku selalu berdoa supaya segalanya berjalan lancar dan 3 minggu selepas tu,teacher tu berhenti sebab dia dapat tawaran masuk maktab..Aku lega disitu...

Sepanjang setahun Faiz di GA, perkembangan dia memang memberangsangkan...Kiranya tak rugilah kami labur duit supaya Faiz dapat yang terbaik...Tapi itulah, yang masalahnya kat GA ni teachernya selalu bertukar...Teacher kelas Faiz setahun je 3 kali tukar..Teacher untuk Iqra' dan BI plak entah berapa kali tukar sampai aku tak terkira...Macam mana aku tahu? Aku ni setiap bulan bayar yuran ke GA jadi mestilah aku akan jenguk kelas Faiz sambil sibuk2 ambil tahu...Aku tak tahu apa masalah sampai teacher kat GA ni asyik bertukar je...Sangat tak bagus untuk perkembangan walaupun Faiz tak kisah pun entah berapa kali teacher dia bertukar...Hahahaha...

Aku sebenarnya dah decide nak sekolahkan Faiz kat tempat lain untuk 2013 sebab ada satu eksiden yang menyebabkan Faiz tak nak pergi sekolah..2 minggu kot dia menangis setiap kali sampai kat pintu sekolah...Bila aku slow talk ngan teacher dia dan Faiz barulah keadaan reda..Bukanlah aku tak nak percaya cakap Faiz 100% tapi aku tahu Faiz kadang2 cerita dia maksud lain walaupun kita faham lain..Tapi bila dah hujung tahun dan Faiz pun ok dan masih mahu ke GA,aku decide biarlah dia di GA untuk setahun lagi...Lagipun,biarlah dia habiskan modul BI dan BM serta Iqra'...

Eh,panjang pulak aku cerita kan...Bagi aku,mana2 tempat sekolah pun sama..Kalau kita nak anak kita cepat membaca dan menulis,kita kena follow up..Tak boleh harapkan sekolah semata-mata..Aku lebih prefer Faiz sekolah tadika Islam dari montesssori yang bercampur ni..Banyak kebimbangan aku di situ..Apapun,bagi aku GA masih terbaik walaupun ada kekurangan yang mana masih boleh diperbetulkan...

p/s :- 2013 ni ada CIC dan Little Caliph kat Sri Dmanasara...Ada banyak pilihan disitu...Hehehe...

Friday, January 4, 2013

Aku Cemburu Tau!

Aku cemburu tau pada kawan-kawan yang masih mempunyai ibu bapa yang sihat...Itu je yang aku cemburu sebenarnya...Kenapa plak aku nak cemburu? Jiran depan rumah aku ni pasangan suami isteri anak satu..macam aku jugaklah...Umurnya tak pernah plak aku tanya tapi tak jauh rasanya dari aku...Aku cemburu tau sebab parent jiran perempuan aku ni selalu datang rumah dia...duk dalam seminggu dua..Bestkan kalau aku gak dapat merasa macam tu...Seronok tengok diaorang sebab bila parent dia ada,ramailah orang datang rumah dia..meriah je...

Masa aku kahwin 2007,mak dah takde...Mak meninggal 2004..Tapi Dia hadiahkan aku mak mertua...Tapi mak mertua aku pun tak berapa sihat..Badan tu sihat lagi tapi kaki dah tak kuat...Tak boleh nak berjalan jauh..Masa aku berpantangkan Faiz,mak mertua aku yang jaga...Gigih dia untuk cucu sulung dia...Walaupun jalan dah tak larat,tapi mak mertua aku gigihkan juga...

So,aku rasa orang yang masih ada mak bapak,yang masih sihat,yang takde halangan untuk kemana-mana melawat anak2 dan cucu.mereka sunggu bertuah...Hargailah mereka selagi mereka ada...

Monday, December 31, 2012

Sayonara 2012...Selamat Datang 2013

2012 melabuhkan tirainya....Banyak cerita yg nk dikongsi tp itulah masa sering kali tergendala dgn urusan yg entah apa-apa...tiada dugaan besar buat kami di 2012...semuanya berlaku baik- baik saja...2012 hadirnya rezeki tidak terhingga utk kami...apa dia...tunggu bulan 3 nanti yer...untuk rakan-rakan blogger diluar sana,semoga 2012 yg melabuhkan tirainya hari membuatkan kita semakin matang dn kuat utk menempuh 2013 yg belum tentu halanya...l

Monday, December 17, 2012

Sawang yang Bersawang...

Lama sungguh aku tak membebel dalam blog ni walaupun tiap-tiap hari aku tak miss dok jenguk blog kekawan...Aku masih di sini,masih mencari mood yang terbang entah ke mana..Ada banyak benda aku nak cerita tapi itulah ada benda yang kena tunggu masa dan waktu yang sesuai...hehehe....Aku rindu nak menulis....

Monday, September 10, 2012

Aku masih di sini....

Setiap kali aku masuk blog sendiri sekarang ni,aku rasa macam kosong je...semua entri aku sebelum ini telah hilang..sedih woooo..Apalah pengodam tu nampak dekat blog aku ni sampai dia dengki sangat...Tapi takpelah,aku redha jelah dalam paksa..oklah,nanti2 aku citer lagi...
Published with Blogger-droid v2.0.9