Ads: (Please Click!)
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Wednesday, August 31, 2011

Cerita Hari Raya. Best Ke?

Salam Syawal.

Eh. Sedar tak sedar, dah beraya pun kita ek? Best tak? Yang best tu best la kan. Macam aku ni, dah tua dah pun best apekebendenye. Nape tak best?

Yang best, bila macam-macam yang bermain guling-guling dalam kepalaotak.


Yang tak best, bila semua yang berguling-guling dalam kepalaotak tadi, tak menjadi realiti pun! Cissss...

Syawal pertama; demam kura-kura (rasa nak taknak je demam ni datang). Pukul 6.30 pagi, dah gerak amik sate yang dah ditempah dengan awek (awek orang, bukan awek kambing okey). Balik dari solat sunat hari raya, terbongkang atas katil. Raya apekebendenye sedar-sedar dah pukul 5 petang. Siot je.
Sebut hari raya, pergh memang berbeza la dulu dengan sekarang. Al-maklum ler.. usia dah meningkat.. kawan-kawan plak ramai yang dah berumahtangga.. bina hidup baru bersama pasangan hidup.. yang merantau-warrior pun ada. Jadi, tinggal ler aku sorang-sorang. Duk kat rumah je macam anak dara. Awek plak jauh. Dekat leh ler raya bersama. Jumpa bakal mertua ke ape ke. Eceececeee.. Sedih tu sedih jugak. Orang lain cam best je leh raya-raya ngan awek diorang masing-masing. Sob sob..


Duit raya.

Dulu takyah cakap ler. Paling cikai dapat maplosen (50 sen). Paling kaw-kaw dapat maplohengget (RM 50). Gile kau. Maplohengget dulu mana nak sama maplohengget sekarang. Maplohengget sekarang tengok ler. Jangan kata masuk mall, masuk The Store pun buat keluar ubat nyamok elektrik je 2 bijik. Hek elleh.

Sekarang ni bila dah besar panjang dah kerja, kita ler kena keluarkan duit bagi kat budak-budak duit raya. Suka bebenor ler budak-budak. Bior ler. Memang itu rezeki diorang. Time raya ni la diorang cari RM. Seringgit pun jadi ler. Kumpul sikit demi sikit, lama-lama jadi bukit! Bagus pepatah ni. Yela. Kumpul duit banyak-banyak lama-lama jadi BUKIT. Bukannye jadi KAYA! Kihkihkih.

Dulu; kerjanya bagus. Bagi RM 10 untuk seorang budak. Paling cikai RM 5. Maklum ler.. kerja jadi Engineeeerrrr.. berlagak bagi RM besor-besor kat budak-budak yang datang beraya ke rumah haa!


Tapi yang sakit hatinya bila tengok budak-budak sepahkan pembungkus duit raya depan rumah. Ceehhh! Last-last aku gak kena kutip baik dan buang ke dalam tong sampah. Tak pun dengar diorang cakap, "Malam ni kita beli mercun ketupat dengan Abang Man!"

Abang Man mane ntah. Siot je budak.

Pastu; tanam anggur putih (nak buat arak! kihkih!) yang cemerlang gemilang terbilang. Budak-budak datang rumah, cepat-cepat sembunyi dalam bilik! Macam anak dara bila tahu sang teruna idaman datang rumah! Ececeeceeee.. Takutnye RM yang berbaki RM 15.80 yang ada dalam poket jadi DEBU!

Yang lagi sakit hati, bila budak yang muka samaaaaaaa tahun lepas-lepas datang beraya. Nak nak yang tau aku dulu bagi duit raya yang banyak. Tengok la.. 2 3 tahun akan datang, muka yang sama datang lagi. Tak attack mak ayah aku. Attack aku sorang je! Kihkihkih. Nakal betul budak-budak ni.

Sekarang; gaji kira bagus dari dulu. Tapi kedekot 'taik-idong-yang-makcik-sitt-wizura-sendiri-rasa-masin'. Mana tak nya. Syawal pertama; bantai tidur. Kahkahkahkah!

Mercun.

Dulu tiap-tiap tahun aku beli mercun telur ayam. Takpun mercun bola. Biasanya aku suka mercun telur ayam sebab dia lebih besar dari mercun bola. Bentuk dia macam telur ayam tapi tak la sebesar telur ayam. Dah besar panjang pun masih main mercun. Perghhhh syok toksah cakap ler. Korang ape taw?

Ada sebab kenapa syok. Sebabnya boleh terkenangkan zaman kecik-kecik nakal-nakal dolu-dolu. Main mercun tak hengat donia. Pong pang pong pang! Sampaikan tak sedar terbaling mercun betul-betul nak kena pakcik tengah bawak motosikal. Menggelabah pakcik tu sebab terkezut. Mujur tak jatuh. Lucu betul tengok pakcik tu terkezut. Handle motosikal ditolak menggelewang kiri kanan kiri kanan.


Baju raya.

Bab ni aku lemah sikit. Jarang sebenarnya aku tukar baju raya tiap-tiap tahun. Bukannya apa. Baju raya banyak sangat. Yang tahun lepas pun tak terpakai. Maklum ler. Yang lagi lagi tahun lepas nuuuu boleh pakai lagi. Aku ni jenis penyayang tang baju-baju termasuk seluar. Pakai, simpan. Kotor sikit, basuh. Cerewet la juga kadang-kadang. Lagipun, pakej saiz badan aku ni special sikit. Tahun 2006 dengan tahun 2011, tak jauh beza. Sama je. Sekarang je gemuk la sikit. Seluar je banyak yang ketat. Kihkihkih.

Apa lagi? Cukup je la ni kot. Malas la na cerita banyak-banyak.

Nah, turn korang la plak cerita pasal hari raya korang. Nak share cerita, sila bagi link kat ruangan komen.

Sekarang ni aku addicted dengan karikatur. Sebab tu entry ni banyak karikatur yang aku buat dari Adobe Photoshop CS 3. Eh syok juga main karikatur ni ek. Korang panggil ape? Goodle? Moodle? Soodle? Ah lantak ler apenamenye.

Best ke cerita hari raya aku? Fuh! Tak best!

Thursday, August 25, 2011

Filem Pendek Hari Raya 2011


Salam Ramadhan.

Hanya tinggal beberapa hari je lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dengar khabarnya, tarikh hari raya jatuh pada 30hb Ogos 2011? Jika benar, ini bermakna kita hanya berpuasa selaa 29 hari je kan? Sepatutnya 30 hari baru dikatakan sebulan kan? Adoiii..

Okey. Kita lupakan sekejap fasal tarikh hari raya tu. Biasalah. Bila hari raya, bukan saja baju, malah perabot, kuih, kereta, rumah, isi rumah, promosi, semua mahu baru. Termasuklah iklan-iklan di televisyen. Namun kali ni, aku bukan mahu sentuh iklan raya di televisyen. Ini filem pendek.

Filem pendek ini dihasilkan oleh CST Production, sebuah team DSLR Videographer di Malaysia. Pertama kali tengok.. aduh! Sungguh touching! Malas nak cakap banyak la kan. Korang tengok sendiri. Aku bagi 5 bintang untuk filem pendek ni!



Sedikit maklumat untuk filem pendek ini:

"Kadangkala kita hampir terlupa degan apa yang pernah kita dapat"

Barisan Pelakon
Wan Maimunah - Ibu Amin
Khairul Azhar - Amin Dewasa
Aiman - Amin Kecil
Zakaria - Penjual kuih
Aiman - Kawan Amin 1
Hakim - Kawan Amin 2

Penata Cahaya: Adam
Penata Bunyi: A Are
Penata Seni: Zulkifli & Ayen
Pengarah fotografi: Zabidi Ali
Cameraman:
Zabidi Ali
Rudy Bahar
Al-Fahim
Zakaria
Rody Teng

Skrip: CST PRODUCTION

Pembantu Pengarah: A are & Hakeem

Pengarah: Rosli Mohamed

Produser: CST PRODUCTION

Song credit to "Doa Untuk Ibu - UNGU"

http://www.facebook.com/cstproduction

Aduka: Korang nak menitik air mata tak? Hahaha!

Thursday, September 09, 2010

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin


Assalamu'alaikum kepada semua umat Islam dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam.

Di kesempatan ini, ingin aku membuat satu ucapan ringkas sempena Aidilfitri yang bakal menjelma esok (Jumaat). Kepada semua follower, silent reader, pengunjung baru dan lama blog aku terutama yang beragama Islam, aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari kalian jika ada sebarang kesalahan, kesilapan, kekhilafan, mana-mana yang menyinggung hati dan perasaan serta terkasar bahasa yang mampu melukakan sesiapa samada di blog, di Facebook, di laman ping blog seperti Innit Nuffnang, serta di ruang sembang. Sesungguhnya segala kebaikan datangnya dari Allah s.w.t. dan segala keburukan datangnya dari diri aku sendiri. Ingin juga aku ucapkan ribuan terima kasih yang tidak ternilai kepada kawan-kawan yang menyokong aku ketika aku dalam kesedihan dan susah hati baru-baru ini. Terima kasih semua.

Walaupun dalam kemeriahan menyambut lebaran nanti, sama-samalah kita berdoa supaya kita sentiasa dilindungi oleh Allah dari segala mara-bahaya, kecelakaan atau apa jua musibah.

Kepada semua rakan-rakan, tidak kiralah blogger mahupun bukan blogger yang mengenali diri ini, jemputlah datang ke rumah samada pada hari raya pertama atau kedua. Pada hari seterusnya kebiasaan aku tiada di rumah. Pada tahun ini, rancangan pada hari raya ketiga aku akan beraya ke rumah kawan-kawan lama di Kuala Terengganu. Oleh itu, kepada blogger-blogger yang berada di KT, jom jumpa. Sila tinggalkan nombor telefon di inbox Facebook. Itu pun kalau korang mahu jumpa aku lah..

Akhir kata, semoga anda semua bergembira di hari raya yang mulia ini. Aku dan blog ini akan bercuti buat beberapa hari. Aku hanya akan aktif di Facebook. Jika ada apa-apa, cari aku di Facebook, okey?

Sekian.

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger