Ads: (Please Click!)
Showing posts with label perempuan. Show all posts
Showing posts with label perempuan. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Rabu Yang Tak Terkata-kata (Bahagian 2)

bibir pantat melayu
Rabu Yang Tak Terkata-kata (Wordless Wednesday la tu!)

READ MORE / LESS >>

perempuan sial
Kata-kata orang perempuan ni kadang-kadang macam emas, kadang-kadang macam tahi. Kahkahkah!

Friday, September 16, 2011

Aku Suka Kucing

Salam.

Aku lelaki yang kasar dan ganas. Aku ada sifat panas baran yang berkampung dalam jiwa sejak azali. Kalau perempuan, 'angin monsun barat daya' datang time period. Time datang bulan. Aku plak tak menentu. Ikut mood dan kepenggunaan enjin turbo kepalaotak aku ni. Boleh kata overall; lelaki yang 60% normal.

Tapi seburuk-buruk aku, sejahat-jahat aku, seganas-ganas aku, aku ni lelaki yang suka kucing. Nak kata pencinta tu idak ler. Tapi suka la kat kucing.

Suka. Bukan cinta. Auuuwww nyaaahhhhhh!!!

Kucing ni binatang yang manja tau. Comel. Kalau kena baka jenis yang cerdik, senang nak ajar ingat nama. Yang tu la paling syok tak terkata. Macam anjing beb! Panggil je nama, tuuuu diaaaaaaa..! Dari jauh berlari datang kat kita. Tapi ada gak jenis baka yang bangang. Dari kecik sampai besor panggil nama 100 kali pun tak reti-reti nak datang. Bagi kepala ikan goreng baru datang.

Zaman aku kecik dolu-dolu.

Masa tu aku belum sekolah lagi. Cukup sayang dengan kucing. Main ngan kucing. Berlari ngan kucing. Mandi ngan kucing. Dah jadi macam kawan. Cuma time makan je selalu hambat-hambat. Sebab aku makan atas lantai biasa. Biasa la orang kampung. Jadi kucing ni selalu nak sambar ikan goreng dalam pinggan aku. Mak aku la biasanya bagi kucing aku makan. Kalau nak tidur, tidur ngan kucing skali. Takde kucing, takleh nak tidur. Tu pasal kecik-kecik aku ada alahan. Terus ada penyakit lelah. Kihkihkih!

setubuh gadis


Kalau aku geram atau marah sangat ngan kucing ni, aku genggam kuat-kuat. Tak pun penyek-penyek dengan kaki. Mengiau bukan main kuat kucing aku. Yang masih aku ingat, aku penyek-penyek ngan kaki sampai terkeluar taik dah kucing aku tu. Aku TERpijak kuat sangat. Mak aku bukan main marah kat aku.

Alaaa makkk.. time tu kite kecik lagi leerrr.. tak tahu ape-apeeee.. Kihkihkih!

pantat melayu

Bila imbas balik, aduh.. kejamnya aku.

Dulu family aku tak suka sangat bela kucing banyak-banyak. Serabut, kata mak dan ayah aku. Sakit hati bila bela banyak-banyak. Nak nak bela kucing betina. Bila sampai waktu mengawan, beranak seekor takpe. Ni banyak! Lagi serabut kepalaotak bila anak-anak kucing yang kecik-kecik ni berak merata-rata. Alamatnya... diorang kena kat pasar ikan!

Jadi, kat rumah aku tak banyak la kucing waktu tu. Paling banyak dua ekor je. Bila datang 'pendatang baru' yang datang entah dari mana, biasanya aku jadi pilih kasih. Kalau datang yang comel-comel, cantik-cantik, takpe. Aku bela. Kalau tak kena selera, samada hambat dengan menyimbah air, ataupun tangkap dan buang kat pasar ikan! Haha! Dan yang paling kejam.....

tetek besar

Heh!

Tu cerita dulu laaaa.. zaman kecik-kecik.. Belum lagi mumayyiz time tu. Mana aku tau dosa pahala.

Sekarang ni dah lain daaaaahhh.. sifat 'kebapaan' tu ada kaaaannn.. Kihkihkih!

Aku sayang kat binatang yang manja ni.

Aku ada tiga ekor kucing sekarang. Dopot, Kadir, dan Cabang. Semua jantan beb. Senang nak bela. Bagi je makanan apa pun. Diorang makan. Sebab?

Aku bagi makan sekali sehari! Kahkahkah!

Saturday, August 06, 2011

Bila Aku Membebel : Ada Dara = Kolot?

Dara
Salam.

Hah. Dah mula dah siri membebel aku ni. Ada ke orang nak baca ni? Kihkih.. Lantak ler. Aku nak bebel benda yang ade point. Nak bagi sedar sikit orang-orang kita yang dah start kembali ke zaman batu dolu-dolu, atau lebih tepat lagi; zaman jahiliyah ni!

Tengok dan baca tajuk.

READ MORE / LESS >>

Eh eh. Apsal aku plak yang sentap dengan statement kat atas ni? Siap buat entry lagi. Beb! Aku laki la weh! Aku bukan ada dara @ selaput dara pun. Ada taraf teruna aje. Haha. Well, lelaki takde 'selaput teruna', okey. Ilmu sains. Hehe. Tapi apehal aku tergerak hati nak buat entry blog plak ni? Ehem2. Ini penyakit dalam masyarakat. Sebab itu ia menarik minat aku untuk mengarang untuk entry kali ni.

Sorry ler entry aku kali ni guna bahasa pasar + hentam kromo. Janji korang paham udah ler ye.

First, aku tergerak hati nak tulis entry disebabkan video dari minah ni.


Tengok gaya dan cara dah tahu yang minah ni buat video secara spontan. Takde guide atau skrip pun. Takpe, takpe. Newbie vlogger. Sebab tu la banyak betul gagap-gagap dan sasul-sasulnya. Haha!

Ops! Entry aku kali ni bukan nak bebel pasal minah dalam video ni. Bukan nak mengutuk minah ni. Bukan nak menghina minah ni. Bukan nak menghentam minah ni. Oh, tidak. Cuma aku nak cakap yang isu yang diutarakan oleh minah ni sangat menarik! Tapi sayang.. point-point dari minah ni lemah. Sangat kurang ayat-ayat atau perkataan yang membidas tahap 'cili api'. Fakta pun lemah. Ada pun dia mention; 'kitab', 'maruah / martabat', 'kahwin', 'zaman jahiliyah', 'something wrong', dan... 'bodoh'!

Kasar sikit la cara penyampaian minah ni bila ada perkataan bodoh-bodoh ni. Hehe. Cam tak sesuai la bagi vlogger buat video camni. Tu pendapat aku la.

Okey. Back to the topic.

Isu ni bukan isu baru. Acap kali keluar dalam majalah dan akhbar. Contohnya, Mastika. Mastika pernah kupas isu ni sewaktu ketika dulu. Pengarah-pengarah negara kita pun siap buat filem lagi! Cerita apa tu? Aku Masih Dara? Ye kot! Isu ni memang gempar bagi kaum ibu-ibu, makcik-makcik, atuk-atuk, hatta pakcik-pakcik yang suka main dam di kedai kopi sana. Tapi kalau di dengari oleh remaja-remaja bandar kita sekarang, yang up-to-date la kononnya otak diorang, akan menganggap isu ni isu biasa. Trend. Peredaran zaman. "So, apa mau kecoh-kecoh? Aku tak sibuk-sibuk pun hal kau, kau sibuk-sibuk peduli hal aku, kenapa?" Itu la ayat diorang selalunya buat telinga kita berdesing.

Minah dalam video ni ada cakap tentang maruah.

Beb.. kalau puak-puak ni (puak yang takde dara - PTD) fikir fasal maruah, takde ler nyer diorang nak bagi 'dara' diorang tu kat lelaki-lelaki atau pakwe-pakwe jongos diorang. Of course ler diorang tak fikir beb. Diorang pakai tudung ke ape ke tapi kalau ilmu agama diorang tak cukup khatam pun, otak lembu pun lebih berkualiti tinggi, lagi setaraf dengan rokok Dunhill beb. Gaya, mutu, keunggulan. Haha.

Apa diorang fikir tentang dara?

Satu aje. Keseronokan! Nak kata 'tanda setia dalam cinta' mungkin ada la sikit-sikit. Setia murahan. Heh!

Puak-puak takde dara (PTD) ni bagi aku tak boleh dihentam dengan cara lembut. Bagi ayat pedas-pedas dan kasar terus. Bukan nak bagi insaf, tapi bagi depa sentap. Insaf ke tak, itu otak depa la plak punya function. Kalau diri tu berubah, bermakna otak depa ni berfungsi dengan baik. Kalau tidak, maknanya otak depa ni kena overhaul la. Haha!

Sebenarnya aku sendiri pun tak faham kenapa PTD ni tak sayang dengan 'mahkota' diorang. Yang penting seronok. Seks = seronok. Seks = seronok. Tapi sayang diorang tak sedar bahawa formula matematik bagi seks tu sebenarnya masih beum complete 'penyelesaian'nya.

SEKS * SERONOK = MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH + MALU + HUKUMAN PENJARA (MEMBUNUH SEBAB GUGURKAN ANAK + MENYEMBUNYIKAN KELAHIRAN) / KAHWIN LARI

Ada sapa-sapa mau complete-kan lagi formula di atas? Haha!

Bagi aku PTD ni abnormal. Psiko. "Otak letak kat kaki", kata minah dalam video tadi. Rileks, beb. Jangan hinakan sangat PTD ni. Mana la tau kot-kot Allah swt bukakan hati depa untuk insaf, kan? Berdoa sajalah.

Kalau la aku ni perempuan (wanita suci la.. yang ada dara la..), aku takkan jawab macam minah dalam video ni jawab. Takyah kutuk-kutuk, takyah maki-maki. Just senyum dan kata dengan suara yang agak meninggi. Biar orang sekeliling dengar dengan jelas, terang lagi bersuluh! Ini jawapan aku. Siap pantun lagi nih! Hehe.

"I ada dara, I kolot? Ye ke?"

I ada dara, I ade maruah,
U takde dara, U takde maruah.

I ada dara, I terpelihara dari neraka,
U takde dara, U makanan api neraka.

I ada dara, untuk bakal husband I,
U takde dara, untuk jantan jongos U.

I ada dara, I berharga,
U takde dara, U langsung takde nilai.

I ada dara, I ni manusia,
U takde dara, U tak ubah macam kambing.

I ada dara, I bertuhankan Melayu Islam,
U takde dara, U bertuhankan Yahudi Amerika.


Agak-agak PTD ni akan tersentap tak? Hehe.

Cukup untuk aku membebel kali ini. Be positive, think positive!

Friday, July 29, 2011

Bila Aku Membebel : "Perempuan Gampang! Lelaki Celaka!"

Salam.

Dah banyak sangat perkara ni berlaku di kalangan remaja kita. Tak kisah la umur berapa pun. Yang pentingnya lelaki atau perempuan yang belum kahwin. Specifically yang tengah hangat bercinta. Biasanya di kalangan remaja la. Bagi aku, remaja yang 'kurang cerdik' pemikirannya. Kenapa aku kata 'kurang cerdik' pemikirannya? Yalah. Kalau 'terlalu cerdik', tak akan buat statement atau pengakuan yang bodoh atau yang tak boleh diterima dek akal.


READ MORE / LESS >>

Menyalahkan takdir.

"Semua LELAKI dalam dunia ni sama je! Tak boleh dipercayai langsung! Macam GAMPANG!" (STATEMENT PEREMPUAN)

"Perempuan HIPOKRIT! JALANG! Pegi mampus la! Kalau takde perempuan, aku pun boleh hidup la!" (STATEMENT LELAKI)

Hamboi hamboi hamboi.. Senang sungguh lidah berkata-kata. Mudah sungguh mulut memancul ayat-ayat. Aku bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak. Tapi, aku mahu bercakap tentang apa yang dinamakan TAKDIR dan UJIAN dalam hidup.

Nak kata aku berpengalaman dalam bersosial ni, takde la banyak sangat. Tapi ada la sikit-sikit. Aku bercakap atas dasar apa yang aku rasakan betul. Nak setuju atau tidak, terserah. Lain orang, lain persepsi dan pendapat.

Mereka-mereka yang keluar statement begini overall-nya dari remaja lelaki dan perempuan yang kecundang dalam CINTA! Selebihnya mungkin dari perbalahan sesama rakan rapat, masalah kekeluargaan, dan penghukuman membuta tuli. Eh, apa maksud penghukuman membuta tuli plak ni? Heh. Maksud aku, sesuatu statement tu keluar dengan meihat orang lain menderita akibat dikhianati. Lantas terus menghukum seseorang tanpa usul periksa.

Takyah cakap la. Memang banyak berlaku sekarang. Bila gaduh, mula la cakap LELAKI GAMPANG. PEREMPUAN CELAKA. Walhal, diri sendiri lebih CELAKA dan GAMPANG dari apa yang dituduhnya.

Aku bukan mahu beremosi di sini. Cuma aku mahu menegaskan bahawa, kalau marah sekalipun kepada pasangan, tak perlulah sampai menghukum sesuatu kaum pasangan itu sepenuhnya. Contohnya, aku lelaki. Sampai suatu masa aku gaduh besar dengan awek aku yang membuatkan hubungan jadi renggang. Lantas aku kata, "Perempuan semuanya sama! Perangai cam CELAKA!"

Woi, takyah la cakap macam tu. Kalau perempuan ni sama, kata-kata kau tu boleh tuju kepada mak kau, kakak kau, adik perempuan kau, sepupu perempuan kau, anak saudara perempuan kau, malah nenek dan moyang-moyang perempuan kau sekali!

Dari sudut agama plak aku nak cakap. Ini semuanya takdir dan ujian dari Allah swt. Buat apa kita nak merungut? Buat apa kita nak memaki hamun? Kalau diikutkan marah, terbalikkan gunung pun belum tentu kita boleh redakan marah. Ingatlah bahawa amarah adalah sebahagian dari bunga-bunga api neraka. Malah dengan amarah jugalah syaitan mampu menghasut manusia untuk bertindak di luar batasan agama.

Ya, memang tidak disangkal lagi bahawa kecewa dengan sikap pasangan dan kecewa dalam percintaan ni memang perit. Namun, ia bergantung kepada tahap otak kita berfikir dan tahap kematangan kita untuk menghadapi masalah tersebut. Walau bagaimanapun, segelintir remaja ini biasanya mengambil tindakan yang sangat bodoh. Contohnya; bunuh diri, menyerang pasangan dengan senjata atau tanpa senjata yang boleh menyebabkan kecederaan, dera, serangan seksual, dan sebagainya. Lihat saja di dada-dada akhbar. Lihat saja rekod-rekod dan statistik permasalahan remaja sekarang. Apa sudah jadi?

Ayat "Lelaki/Perempuan semuanya SAMA" tu la yang tidak boleh diterima. Ya, mungkin sebahagian sama. Lelaki dengan egonya. Perempuan dengan sifat suka meninggi dirinya. Lumrah. Perlulah diingat bahawa Allah swt menciptakan makhluknya sudah sempurna. Tiada yang cacat celanya. Apa yang membezakan sesuatu sifat kaum atau jantina sebenarnya melengkapkan lagi perhubungan antara manusia. Kalau la semua lelaki dan perempuan memiliki sifat yang sama, habislah populasi manusia! Setuju?

Ironinya kita tak mampu mengawal emosi kita sendiri lalu bertindak dengan sesuatu yang tidak logik. Susah sangat ke mahu terima bahawa manusia ni tidak perfect? Dan susah sangat ke mahu memaafkan kesalahan orang? Dan yang paing penting sekali, pepatah ni sangat berguna. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Kalau tak mahu pasangan kita sekalipun, nah cari aje orang lain yang kau rasakan lebih sempurna 'di mata' kau.

Takyah kutuk, takyah maki. Nanti kata-kata kau akan terbalik dan terkena pada diri kau sendiri.

Tuesday, June 14, 2011

Fakta Sebenar Tentang Perbezaan Lelaki Dan Perempuan Di Facebook!


Salam.

Ini fakta mengenai perbezaan lelaki dan perempuan di Facebook secara umum. Bukan di Facebook aje beb. Bahkan sejak dari zaman Friendster atau rangkaian sosial yang lain lagi. Ini sekadar gurauan umum, okey. Don't take it seriously la kepada yang terasa tu.

READ MORE / LESS >>

Aku malas la kan nak cakap banyak kat sini. Aku tulis panjang-panjang pun bukannya ada orang baca. Cukuplah sekadar menatap ilustrasi di bawah ni. Korang fikir-fikirlah sendiri. Mungkin 10 peratus tak betul, tapi kenyataan dan lumrahnya memang seperti ilustrasi di bawah laaa..

Haha.

Klik untuk perbesarkan.

Amacam?

Aku bukan nak cakap la.. Ini lumrah. Nak-nak profile perempuan yang cun melecun, kiut miut, comey lotey, seksa seksi meksi, tayang itu ini.. Like atau komen berpuluh-puluh, malah beratus-ratus tapi status entah apa-apa je pun. Kalau lelaki? Jangan nak kata ratus, belas-belas pun payah nak tak dapat beb! Kalau ada tu mungkin dia dari golongan artis. Tak pun, yang like atau komen dia tu datang dari golongan-golongan GAY! Haha.

Peace! :P

Friday, March 11, 2011

Panas!!! Perempuan Melayu Islam Bodoh Anjing?

Waktu itu petang dan aku berada di bandar keseorangan. Tujuan asal ke bandar semata-mata mahu online di internet. Usai itu, aku berdiri di luar cybercafe sambil melihat dan memerhati orang yang sibuk lalu lalang di kaki-kaki lima deretan bangunan kuning yang tanpa mengetahui tujuannya. Lelaki, wanita, tua, muda, semuanya bergerak seperti tanpa arah tuju.

READ MORE / LESS >>

Aku didatangi oleh seseorang yang aku kenali. Lelaki. Sambil bersalaman, dia menegur aku yang hanya termenung keseorangan di luar cybercafe itu. Dengan tersenyum, aku menjawab pertanyaannya itu kemudian bertanyakan pula tujuannya ada di bandar.

"Saja melilau sekitar Yellow Town (bangunan yang di cat berwarna kuning di bandar Chukai, Kemaman). Bosan, tak ada kerja," katanya sambil tersengih.

Kami berbual seketika. Masing-masing seperti sudah lama tidak berjumpa. Bertanyakan hal pekerjaan, rumahtangga (walaupun aku belum berkahwin), kehidupan, dan aktiviti harian yang lain. Tiba-tiba dia mencuit lenganku sambil memuncungkan mulutnya ke arah sesuatu.

"Apa dia?" soalku sambil mengalihkan pandangan ke arah yang ditunjukkan oleh rakanku tadi.

Aku lihat seorang gadis sedang melintas jalan dari seberang bangunan ke arah kami.

"Apa hal?" soalku, kemudiannya. "Kau nak mengorat ke? Sila la."

"Cis! ANJING!" katanya dengan nada suara yang agak berat.

Aku agak terkejut dan kaget. Anjing?! Aku mengerutkan muka sambil memandang tepat ke arah wajah rakanku tadi. Wajahnya agak serius. Aku yakin perkataan 'anjing' yang dikatanya tadi memang dituju kepada gadis yang melintas jalan tadi. Dengan seribu persoalan yang terbuku dihati, aku bertanya apakah sebab rakanku tadi menuduh gadis tadi sedemikian rupa. Nampak kasar sangat.

"Kau tengoklah cara pemakaian dia tu. Pakai tudung tapi pakai seluar sendat. Pakai plak baju nampak lengan. Tak ke bodoh namanya tu?" gumam rakanku tadi.

Aku sempat menoleh ke arah gadis tadi yang menjauh menyusuri kaki lima bangunan tersebut. Memang benar kata-kata rakanku perihal pemakaian gadis itu.

"Kau tengok sekarang. Mulut je kata Islam. Mengaku sangatlah diri tu Islam. Tapi hukum hakam agama bukannya nak ikut pun. Entah solat ke tidak. Kau tahu kenapa dia pakai macam tu?"

Aku tidak berkata-kata. Hanya menggelengkan kepala.

"Fesyen! Kerana fesyen yang entah apa-apa, perempuan Melayu kita sekarang buta! Buta agama!"

Bersungguh benar rakanku tadi mengutarakan 'syarahannya'. Terdetik dihati, kalaulah didengari oleh perempuan, pasti panas telinga! Boleh 'makan' pelempang percuma!

"Kau tengok la sekeliling kau ni, Latip. Mana ada dah perempuan pakai kain batik. Pakai tudung labuh. Pakai baju kurung Melayu. Kuno katanya!"

"Hei, kita kan hidup zaman moden. So benda-benda tu semua ketinggalan zaman la bro! Sekarang jeans lebih elegan. Ikut fesyen la. Baru orang kata tak ketinggalan zaman!" sambung rakanku tadi sambil membuat-buat muka, perli.

"Ketat sendat lagi sedap la 'mata lelaki' memandang. Tapi kau hairan tak. Diorang pakai seksi untuk apa? Bila lelaki tengok, dimarahnya plak. Tak ke bodoh dan tolol namanya tu?! Perempuan jenis macam ni memang ANJING!"

Aku mengangguk perlahan-lahan. Masih ada logiknya kata-kata rakanku ini. Akan tetapi, perkataan bodoh, tolol, dan anjing itu yang tidak berapa sedap didengari. Mahu saja aku tegur kata-katanya. Namun, aku biarkan saja. Aku sangkakan habis sudah bebel rakan aku ini. Eh, tidak! Ada lagi!

"Yang aku tak tahan, time diorang (perempuan) ni duduk. Fuhlamak! Nampak lurah bontot! Kalau lawa, tak apa jugak. Boleh aku 'tumpang' tengok! Ini tak. Longkang belakang rumah aku lagi cantik dari lurah bontot perempuan tolol ni!"

Duduk Nampak Lurah Bontot
Kata-katanya yang tidak berlapik dan lucu itu membuatkan aku ketawa. Dia pun turut ketawa terbahak-bahak. Walau bagaimanapun, aku masih lagi tertanya-tanya. Kenapa sakit hati sangat rakanku ini sampaikan mengutuk dan mengata perihal pemakaian perempuan? Rasa macam diskriminasi kaum pula.

"Yang paling best, tang baju diorang, Latip. Mak oi. Tersembul sana sini. Yang bersaiz 'buah epal' tu aku tak heran mana. Ni ha yang bersaiz 'buah tembikai' ni. Nasi lemak 50 sen ni. Mak oi. Yang berbadan saiz L ni kalau boleh nak pakai baju saiz XS! Kau tau sebab apa?"

Aku menggelengkan kepala.

"Kau ni lembab la, Latip. Nak bagi nampak tetek diorang shape la! Lagi besar tetek diorang, lagi cun la shape tubuh kalau pakai baju kecik dan sendat!"

Oh, begitu. Alahai. Aku pula dituduhnya 'lembab'! Aku mengangguk-angguk laju.

Pakai Ketat Terjojol Tetek
"Lagi satu. Betina-betina bodoh ni kalau nak cari baju, mesti cari yang kolar labuh, kau tau?"

"Kenapa?" soalku.

"Haaa.. bila kolar labuh, senang la nak bagi nampak 'lurah dendam' diorang tu, Latip! Kalau yang pakai tudung, silang aje tudung ke belakang! Nah, tu diaaaa!"

Nampak Lurah Tetek
"'Lurah dendam'?"

"Ish, kau ni. Lurah tetek diorang la!"

Aku mengangguk lagi. Rasa macam ayam belanda pula angguk banyak-banyak kali.

"Tu baru baju. Belum seluar lagi bro. Kalau tak ketat, tak sah!"

Rakan aku bertambah galak mengutuk mengata. Gelak ketawa juga makin galak. Aku sedari tadi hanya terdiam. Bimbang kalau-kalau ada kaum hawa yang lalu lalang berhampiran kami terdengar perbualan itu. Takut dan bimbang juga sebenarnya.

Pakai Seluar Ketat
"Teruk dah perempuan zaman sekarang ni, Latip. Kau tengok la kawan-kawan sekolah lama kita. Dulu sikit punya baik pakai tudung. Mana-mana pergi pun pakai tudung. Sukan ke aktiviti kelab ke. Sekarang? Dah besar panjang, masuk U, kerja kat KL, terus buka tudung! Walhal yang selogiknya, lagi besar panjang manusia, lagi berotak sikit la diorang ni. Tahu menilai mana baik mana buruk, mana halal mana haram! Hairan betul aku. Memang dasar otak cam udang diorang ni."

Aku terdiam. Rasanya sudah jauh terlanjur kata-kata rakanku ini. Lantas, aku cuba meniru kata-kata rakan aku yang pernah mengirim status di Facebook. Bunyinya seperti ini.

"Alaaa.. itu diorang punya pasal la. Dosa diorang tanggung la bro," kataku, dengan niat sengaja mahu menguji rakanku itu.

"Hah! Ni lah orang Melayu kita. Orang Islam kita. Pantang ditegur, terus melenting! Aku cakap benda betul la, bro! Aku bukannya nak jadi ustaz, ceramah itu ini. Tapi, yang mana aku tahu, wajib bagi aku menegur tau!"

Eh, eh dia ni. Begitukah cara menegur yang betul? Sambil memaki hamun, cakap tanpa berlapik?

Sebenarnya, malas aku mahu mengutarakan pendapat. Bahkan di dalam blog juga sudah malas aku mahu memberi komen-komen pedas tentang hal ini. Kadang-kadang ada benarnya juga kata-kata rakanku itu tadi. Tidak semua orang boleh menerima kata-kata dan teguran kita. Pasti yang ada membangkang dan hal sebegini mereka akan mendakwa bahawa ia mencampuri dan mencabuli hak kebebasan mereka. Walhal pada segi teorinya, hak kebebasan seperti ini tidak pernah wujud dalam konteks agama! Cuma, kita lalai dari mana dan dari siapakah 'hak kebebasan' dari sudut pemakaian ini wujud? Adakah kita pernah mengambil cakna? Adakah hanya sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri?

Aku meminta diri selepas secara kebetulan azan Asar berkumandang di surau berdekatan. Kami bersalaman dan sempat aku menegur berbaur perli rakanku itu tadi.

"Rileks la bro. Jangan marah-marah kat perempuan, okay? Sebab perempuan camni gak la yang kau mengorat ketika melilau!"

Aku menegur sedemikian bukanlah bermakna aku memihak kepada kaum wanita. Yalah. Kita kebanyakkannya hanya pandai berkata-kata. Tapi apa tindakan kita? Adakah serupa dengan apa yang akan dibikin?

*********

Malamnya, aku telah dipertontonkan dengan beberapa keping gambar di internet oleh rakan Facebook. Gambar itu membuatkan aku tergamam. Aku beristighfar panjang. Patutlah bersungguh benar marah rakan aku petang tadi, sampai memaki hamun. Inilah gambarnya.

Perempuan Bodoh! (1)
Perempuan Bodoh! (2)
Perempuan Bodoh! (3)
Adakah benar wanita, gadis, perempuan kita zaman sekarang sudah jahil bab-bab agama? Aurat? Batas-batasan pemakaian? Atau, sudah tahu tetapi sengaja mengambil ringan hukum hakam agama?

Kemudian, sampai satu komen yang agak pedas dari rakan wanita;

"Alaaa.. lelaki ke pompuan ke sama je! Korang memang hipokrit kan? Yang lelaki pakai seluar pendek time bersukan ada kami bising2????? Yang lelaki kerepot berzina dgn pelacur murahan, berdua2 dlm hotel ada kami pertikai? Ada kami bising2??? Helo kaum lelaki! Igt korang bagus sangat??!! Kalu nak ceramah, pegi surau. Tak pun pegi masjid. Takpayah la nak bagi ceramah kat sini nak buruk2 org pompuan!!! Igt korg tu perfect sgt ke???!!! Tanpa kami, korg kaum lelaki haprak takkan wujud dlm dunia ni!!!"

Pedas.. sangat pedas komen ini, bukan? Berdesing telinga aku dibuatnya. Haha.

Pada pendapat aku, tidak semua perempuan sebegitu. Masih ada yang baik dan tahu mengikut suruhan dan tuntutan agama. Jika dikatakan semua, musnah dan pincanglah masyarakat. Runtuhlah asasi manusia Islam. Tiadalah lagi perempuan baik untuk lelaki yang soleh. Tuduhan melulu hanya melemahkan persepsi kaum.

Walau apa pun pandangan, pastikan diri kita berpijak dalam jalan ke arah-Nya. Selagi boleh menegur, tegurlah dengan cara yang berhemah dan betul. Kalau dengan maki hamun, bukan saja membuatkan orang marah malah tidak memberi kesan apa-apa pun.

Sebenarnya diri kita mudah bersangka buruk pada seseorang. Lebih gemar bertanggapan orang lain selalu saja salah, walhal kita jarang sekali melihat ke dalam diri kita sendiri adakah kita juga sama dengan sangkaan buruk atau tanggapan salah tersebut. Kita selalu merasakan orang lain itu silap dan salah, namun adakalanya kita tidak perasan kita juga mungkin telah melakukan kesilapan yang sama!

Tepuk dada, tanyalah selera!

Tuesday, February 15, 2011

Cikgu Shida Muncul Di TV9! Sudah Ada Yang Tumpang Populariti?

Cikgu Shida Dari Parit
Salam.

Anda tentu kenal dengan Cikgu Shida dari Parit, bukan? Alah, cikgu popular sekarang ini dengan aksi miming-nya itu. Baru-baru ini, beliau muncul di televisyen. Beliau telah muncul di salah satu rancangan bual bicara bersama Faizal Ismail iaitu 'Apa Saja FBI' pada Jumaat, 4 Februari 2011. Percaya atau tidak?

READ MORE/LESS..

Inilah dia video Cikgu Shida keluar di TV9.



Tapi sayangnya. Seolah-olah banyak scene yang sudah dipotong dan di-edit. Tertanya-tanya juga. Adakah sebab iklan, atau sengaja dipotong atas sebab-sebab tertentu?

Terdahulu, aku pernah membuat satu artikel mengenai beliau. Bukan mengutuk, bukan memuji. Rata-rata ramai yang mempersetujui artikel aku. Walaupun begitu, ada juga yang tidak mempersetujui pandangan yang aku lontarkan pada artikel tersebut. Biasalah. Yang taksub, menyokong. Yang meluat, memaki. Heh! Mungkin mereka mengambil satu baris ayat yang terakhir yang seolah-olah melabelkan Cikgu Shida ini adalah bodoh (stupid). Walhal, banyak lagi blog yang mengutuk secara terang-terangan.

"Eh, orang MELAYU kita ni memang jenis cepat melenting, kan?"

Baru tulis perkataan 'STUPID' pun sudah melenting. Itu pun belum lagi aku tulis perkataan maki dan sumpah seranah seperti mana yang ada di blog-blog yang lain. Blog-blog tersebut tidak payahlah aku senaraikan. Nanti aku dihentam oleh mereka pula. Tengok saja video di bawah ini.



Kepada pihak yang buat video ini, bikin malu orang pantai timur saja! Orang yang sebegini sepatutnya dihentam. Bukan di blog kerdil aku ini.

"Biasalah. Orang pandang KEBURUKAN dahulu sebelum KEBAIKAN."

"Kau tulis yang positif pun, orang akan pandang negatif, beb!"


Ya, memang benar. Ini sesuatu yang boleh aku persetujui. Sebab itu kebanyakan (baca elok-elok, KEBANYAKAN!) orang MELAYU kita tidak boleh menerima apa pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara. Hanya memandang dan menilai bulat-bulat pada apa perkara yang memuaskan hati diri sendiri sahaja. Tidak pada konteks pro dan kontra.

Memetik salah satu komen pembaca blog aku:

Ramai jugak yang nak popular dengan cara mengutuk kejayaan orang lain... tapi berlainan dgn c.shida hanya dgn idea dan kebolehan sendiri telah meletakkan dirinya sebagai penghibur cyber yg popular sekarang ni... Tahniah dan Syabas kpd C.Shida - Aziman Abd Azis.


Kabur-kabur sebenarnya komen saudara Aziman ini. Ini ulasan aku.

Aku tahu komen dari saudara tampak menyeluruh. Namun aku tidak sedikit pun melenting. Sebab begini pemikiran aku; "Kalau aku ini gila populariti, sudah lama aku ikut cara dan menyokong Cikgu Shida. Kalau tidak di dunia cyber pun, aku masuk AF, Raja Lawak, dan macam-macam lagi hiburan realiti TV sekarang ini. Bukannya expose dalam blog." Kalau orang yang mengutuk itu, tidak tahulah. Mungkin mereka cemburu dengan populariti Cikgu Shida agaknya, atau mungkin cara ekspresi mereka tonjolkan tidak kena pada tempat dan caranya.

Dalam komen saudara Aziman ini juga ada menyebut tentang 'idea'. Idea? Adakah maksud idea itu adalah 'pencetus idea'? Haha. Lawak! Tahukah anda siapa pencetus idea aksi miming di YouTube? Kalau tidak tahu, jangan pandai-pandai mahu letakkan Cikgu Shida sebagai pencetus idea atau pelopor aksi miming 'murahan' di internet. Kalau 'kebolehan' itu bolehlah aku tidak menyangkal. Cikgu Shida memang berkebolehan dan berbakat.

Dalam kes Cikgu Shida ini, aku sokong pun tidak, kutuk pun tidak. Kenapa aku menulis tentang beliau? Kerana ada beberapa perkara yang tidak kena dengan 'hobi' beliau tersebut. Satu, beliau itu cikgu. Dua, pengaruh kepada orang lain yang melihat. Tiga, Cikgu Shida itu perempuan Muslim. Empat, beliau orang Melayu yang kaya dengan adat dan adab.

"Blog aku. Aku punya fasal la nak tulis apa pun!"

Sekarang barulah ayat ini boleh digunapakai, bukan? Haha.

Okey. Cukup untuk membebel. Lantaklah. Orang kita memang sensitif pada kritikan. Seperti katak yang keluar dari bawah tempurung, tapi ANGKUH bak enggang di awanan! Maksud? Fikir sendiri.

Jika pembaca, sila bukakan minda luas-luas. Mahu lihat siapa yang sudah terpengaruh dengan Cikgu Shida? Siapa yang menumpang populariti atas nama Cikgu Shida? Tapi orang ini bukan mengutuk. Beliau menyokong. Jom saksikan.



Habis saja melihat video ini, tekak aku berasa teramat-amat loya! Kahkahkahkah!

Dari hobi kepada 'penyakit'. Ingat pepatah orang tua-tua lama? Cakap bohong (tipu), nanti besar akan jadi pencuri? Pernah dengar? Jadi, apa yang aku maksudkan 'penyakit' tadi? Hah, yang 'pandai' sangat tu, fikirlah.

UPDATE!

Oh, rupa-rupanya ada versi penuh untuk video Cikgu Shida yang muncul di TV9 di YouTube! Ini dia.



Paku?! Belacan?! Kahkahkahkah!

Sedang asyik melayan YouTube, aku terjumpa satu video dari seorang mamat ni. Ini baru dikatakan kreatif dan... poyo? Saksikan.



Aduka: Agaknya artikel aku kali ni pasti akan dihentam lagi oleh pro-Cikgu Shida. Kehkehkeh.

Thursday, December 02, 2010

Kenangan Sekolah Rendah (Bahagian 1)

Salam.

Sudah lama sebenarnya aku tak bercerita tentang sejarah hidup aku dulu-dulu, kan? Beberapa minggu yang lepas, aku ada buat scanning gambar-gambar lama, termasuklah sewaktu di sekolah rendah dan menengah. Ada juga gambar ketika aku masih bayi. Oh, aku sangat comel aku dulu jika dibandingkan sekarang. Sekarang tak comel. Tapi hensem kot. Haha!

Read more/less..

Cerita ini adalah cerita zaman sekolah rendah. Seingat aku, aku dalam darjah satu, tahun 1991. Darjah 1 Dahlia.

Dari pertengahan darjah satu hingga darjah enam, aku ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. Seawal 5.30 pagi aku sudah bangkit dari tidur kerana bas sekolah itu selalunya mengambil budak-budak seawal dari pukul 6 pagi. Jika bangun lewat, tak ke sekolahlah aku jawabnya. Jika berjalan kaki, mahu tercabut kepala lutut. Jauh. Biasanya akulah orang pertama yang di ambil oleh pemandu bas sekolah memandangkan rumah aku berada di pusat bandar.

Ada seorang budak perempuan ni satu kelas dengan aku juga menaiki satu bas sekolah dengan aku. Sudah lupa namanya. Biarlah aku namakan dia Fatin. Cuma Fatin ni dalam trip kedua ke sekolah. Hanya pulang dari sekolah saja sekali dengan aku. Maka, waktu pulang dia biasanya duduk di sebelah aku. Maklumlah, classmate. Hehe. Walaupun Fatin ke sekolah pada trip kedua, dia juga bangun awal pagi seperti aku. Maka, biasanya waktu pulang dari sekolah dia selalu saja mengantuk.

Kebetulan, sepupu aku menaiki bas sekolah yang sama. Perempuan. Cuma aku jarang sangat bercakap dengan dia. Lagipun dia seorang yang pendiam.

Di dalam bas, aku dan Fatin bersembang. Banyak perkara kami sembangkan. Tiada perasaan malu waktu itu. Yalah, masih budak-budak. Setiap hari kami bersembang namun tidak lama. Fatin akan menguap dan memberitahu aku dia mengantuk. Aku mengangguk. Fatin akan terus pejamkan mata dan tidur. Aku hanya membiarkan saja dia tidur. Waktu tidur itulah kepalanya selalu melentok ke kanan, ke kiri. Akhirnya jatuh di atas bahu aku. Oleh kerana kasihan dan atas dasar sifat kawan, aku biarkan saja dia tidur di atas bahuku. Dan tiap-tiap harilah dia begitu. Selalu saja mengantuk dan tidur di atas bahuku.

Seronok. Itulah perasaan yang ada dalam hati aku walaupun pada waktu itu tak kenal dan tak tahu apa makna sayang, cinta, dan kasih. Yang aku tahu, seorang yang berlainan jantina yang comel telah tidur di atas bahuku. Haha.

Pada suatu hari, aku telah kantoi. Fatin mengadu yang dia sangat mengantuk. Walhal kami baru saja melabuhkan punggung di atas kerusi bas sekolah. Kami tidak bersembang dahulu seperti kebiasaan. Tak apalah. Aku biarkan dia tidur. Seperti biasa, dia meletakkan kepalanya di atas bahu aku. Setelah bas sekolah bergerak, tiba-tiba aku berasa seperti ada orang yang memerhati. Aku memandang ke depan. Alamak! Sepupu aku merenung dengan mata yang bersinar. Muka yang mencuka. Namun, aku buat tak tahu saja. Aku tahu sepupu aku tu cemburu!

Begitulah setiap hari. Sepupu aku pasti akan memandang aku dengan muka yang... ntah. Tak dapat aku ungkap di sini. Nampak seperti jealous. Haha.

Sehinggalah pada suatu hari, aku tidak nampak kelibat Fatin. Pada mulanya, aku fikir... tak apa. Mungkin dia sakit demam. Mungkin esok, lusa, tulat adalah dia. Namun esok, lusa, tulat begitu juga. Kelibat Fatin tidak muncul-muncul. Hatta di dalam kelas, tak nampak pun batang hidung Fatin.

Ke mana perginya Fatin?

Pada petang itu, tergerak hati aku untuk bertanya kepada pemandu bas, Makcik Nab. Aku bertanya ke mana perginya Fatin setelah sekian lama tak jumpa. Agak terperanjat, Makcik Nab menkhabarkan bahawa Fatin telah berpindah sekolah. Entah kenapa aku tidak berasa sedih. Cuma hari-hari aku rasakan seperti ada sesuatu yang kurang. Sesuatu yang tidak kena. Adakah aku rindu pada Fatin?

Alahai. Tiada lagi budak perempuan comel tidur di atas bahuku.

Hari-hari berikutnya, aku lihat sepupuku tidak lagi menoleh ke belakang melihat aku 'bermesra' dengan Fatin. Seronok sangatlah tu!


Dalam bulatan ialah Fatin yang aku maksudkan. Sila teka, yang mana satu aku?

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger