Diary lagi.. =) 27 Nov

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah..
Alahan makin kurang..
Even masih muntah..

Mohd Asnawi Sulong..
Terima kasih abang..
Kerana menjaga diri ini..
Sayang sayangkan abang.. =)
Kerana Allah..

Baby, kamu asyik gerak2 bila ummi lepas makan..
Hihi, mesti kamu tengah hadam makanan tu kan?!
Jangan muntah sudahlah ye..
Jadi anak yang baik..
Ummi rindukan kamu..
Ummi nak lahirkan kamu secara normal, x nak ceaser mahupun gunting..
Ummi nak susukan kamu sejak mula kamu keluar dari rahim ummi..
Sehinggalah kamu berumur 2 tahun, insyaAllah..
Ummi nak didik kamu dengan Al-Quran.. =)
Ummi nak didik kamu dengan ketegasan dan kebaikan..
Ummi nak didik kamu dengan islam!

Ya Allah..
Takut jua rasa perasaan ingin bersalin nanti..
Tentu sahaja sakit kan.. =.='
Dan bagaimana daku yang kebudakan ini mampu menjaga seorang anak, seorang bayi kecil?
Waduh, risau benar memikirkannya..
Bagaimana, adakah aku akan menjadi ibu yang baik? yang solehah?
Adakah..? adakah...? adakah......?
Dapatkah aku mendidik anakku dengan baik?
Bolehkah aku deliver baby dengan sempurna..
Hasbunallah..
Ya Allah bantulah daku..
Ya Allah bantulah kami dalam mendidik khalifah di muka bumi ini..

oh~ feeling a bit worried..........
I want to be a good mother..
A good wife..
InsyaAllah..
Allahus mus ta'an~

Why I love my husband..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

I love my husband..
=) *wink*wink*wink*

Dia seorang yang manis ketika ketawa dan tersenyum..
Dan aku sukakan senyumannya..
I could stare at his smile for hours..

Dia seorang yang hardworking..
Bersungguh dalam setiap pekerjaannya..
And it relief me, insyaAllah we get halalan thoyyiban makanan..
Because my husband really work hard, tak makan gaji buta..

Dia amat caring..
Walaupun penat seharian bekerja..
Jika melihat daku terbaring di katil kerana alahanku ini..
Dia akan mendekati, mengusap-usap belakangku..
Meletakkan minyak panas di belakangku..
Mengurutku..

He was a good husband..
Selalu tanya 'sayang nak makan apa? meh abg belikan..'
Dan he always bought anything that i asked.. even menda tu mahal dan pelik..
Dan saya kesiankan dia kerana saya masih tak boleh masak kerana alahan ini.. =(

Dia mengemas rumah..
Mengemop rumah..
Membasuh pinggan..
Terkadang membasuh dan menjemur baju..

Dia memelukku saat kami tidur..
Dan aku selalu melepaskan pelukannya kerana mencari posisi yang sesuai bagi keadaan perutku yang tidak selesa.. huhu..
Dia menciumku saat kepergian ke kerja dan balik dari kerja..
Dia mengusap air mataku saat aku menangis kerana sakit dan sedih..

Dia memaksaku makan..
Dia mengajakku agar masuk air di wad..
Dia menyuruhku berehat dan tidur..
Dia menyarankanku agar membuka air-cond sentiasa di bilik agar aku tidak resah kepanasan..

Dia gelak dengan ketelah dan ceritaku..
Dia senyum ke arahku..
Dia bergurau denganku..
Dia menyakat dan bermanja denganku..

I love my husband..
Oh Allah, reunite us again in Jannah..
I just want to be with him..
Forever..

"Cause I don't want to lose you now
I'm looking right at the other half of me
The vacancy that sat in my heart
Is a space that now you hold
Show me how to fight for now
And I'll tell you baby, it was easy
Coming back into you once I figure it out
You were right here all along
It's like you are my mirror
My mirror staring back at me
I couldn't get any bigger
With anyone else beside of me
And now it's clear as this promise
That we're making two reflections into one
Cause it's like you are my mirror
My mirror staring back at me, staring back at me"

He is my mirror..
I love you my other half, Mohd Asnawi Sulong..
<3 p="">

Diari Hamil 1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

First dan all, alhamdulillah atas kurniaan Allah..
Ada si kecil yang berdegup jantungnya di dalam rahimku ini..
Although seriously tak sangka akan pregnant secepat ini..
Hehe.. rezeki Allah, siapa yang sangka..
Even masih tidak berkeupayaan bekerja, pengalaman ini sesuatu yang baru buatku..

Dah hampir memasuki 3 bulan 1 minggu..
Dan aku masih muntah-muntah..
Ya Allah, memang ujian sangat buatku..
Dengan ketidakselesaan perut..
Tidak mampu makan makanan yang sedap-sedap sebab rasanya dah jadi tak sedap..
(selalu melopong, meleleh air liur bila terkenangkan makanan yang sedap-sedap..huhu)
Kekurangan air dalam badan, dah dimasukkan ke wad 2 kali..
Dan aku TAK SUKA masuk wad! huhu..
Ketidakmampuan untuk memasak, melakukan kerja-kerja rumah..
Dan kadang-kadang tak boleh mengaji dan terpaksa solat duduk..
=.='
Amat penat dan payah, dan seumur hidup, tidak pernah lagi aku merasakan kepayahan yang sebegini..
Namun, ini ujian Allah buatku, seperti pesan suami tersayang, sabarlah..
=) saya sayang suami saya..

And about my husband..
Alhamdulillah, abang sangat memahami dan caring..
Walaupun selalu ajak isteri dia ni masuk wad.. huhu.. =(
Tapi semua tu adalah untuk kebaikan sayang dia ni..
Setiap hari pasti tidak bosan melayan kerenah isteri dia ni..
Yang kadang-kadang nak makan charquetiow, big apple, ABC dan macam-macam lagi..
Semuanya dipenuhi..
Selalu juga mengurut-urut belakang badanku saat perut tidak selesa..
Bersyukur sangat dapat abang sebagai suami..
Alhamdulillah..
Allah bagi kesempitan dalam hal lain, dipermudahkanNya dalam hal yang lain pula..
Semoga rahmat Allah mengiringi hari-harimu, abang..
Sayang sayangkan abang..

Baby..
Lagi lebih kurang 6 bulan baby akan berada dalam rahim ummi..
(wah, rasa pelik bila bahasakan diri sendiri ummi.. LOL)
Sekarang baby dah punyai degupan jantung..
Dah gerak-gerak dalam rahim ummi tapi ummi still tak dapat rasa kehadiran baby lagi..
Ummi harap baby sihat walaupun ummi selalu muntah-muntah..
Tak sabar nak rasa tendangan baby dari dalam perut..
Cepat-cepat membesar dengan sihat ya..
Semoga menjadi anak yang soleh buat ummi dan abi..
Kami sayang kamu..
<3 p="">

pui..!

Moga Allah mengampunkan aku atas perasaan ketidak puasan hati ini..

Dear KPM..
YOU are awesomely stupid..
YOU are like sihr that can separate between a husband and a wife..
and YOU are full of liars! Pukul 5 kepala hotak kau!
If I not in a contract with you..
I will take another way, better than being under u, KPM..

Aku benci KAU, KPM..
Boleh berambus!

Hard work.. inshaAllah will be rewarded..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Hard work will definetly be rewarded!
=)

Sukar dan sulit untuk merubah diri..
Menjadi yang lain dari diri ini..
Tapi bukan aku lakukan demi siapa-siapa..
Melainkan kerana Allah..
Dan keredhaan Allah terletak di bawah keredhaan dia..

Tahan dan sabar di dunia..
Pasti membuahkan hasil di syurga..
I definetly not being anis for 50 years..
Its enough being anis, the very nakal and mischieve girl over 22 years..
And now i've got to change..
For him to please with me.. =)
Keredhaannya syurga buatku..
Menahan sabar dan cemburu..
InsyaAllah, I can do this!!
For this is the price for jannah, then it was nothing!

Dalam setiap sujudku, selama ini aku berdoa..
Ya Allah, jadikanku isteri solehah..
Dan aku tahu, bukan semata hanya doa yang perlu ku lakukan..
Aku perlu berusaha, merubah diri, menjadi solehah..
Setidaknya, mengikuti dan menepati piawaian yang ditetapkan suamiku..
Agar redhanya membuka pintu syurga buatku..

Bermasam muka, menjauhlah dikau daripadaku..
Ketermenungan, larikanlah dirimu dariku..
Rasa keterpaksaan, nyah kau dari hati ini..
Aku ingin rasa mahu, redha, gembira, dan syukur dalam menepati pesanan dia..
Dan aku.. aku ingin menjadi isteri solehah..
Bukan mudah.. tapi bukan mustahil.. dan aku mampu..

Go anis, chaiyok2!!
=)

Bila yang diharapkan tidak sudi.. =(

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

.titik.

.diam.

.merajuk.

tak lah mengharapkan intan berlian, permata apa semua..
TAPI, cukup dengan sedikit perhatian dan penghargaan..

Bila bisikan tidak didengari..
Aku mungkin sahaja tidak akan menjerit..
Tapi akan terus diam..

DIAM

Being strong..

In the Name of Allah, the Most Glorious, The Most Merciful..

It was tired to run back from KL to Pahang..
In 2 days marathon..
With a thousand of goodies -bag waiting to be done..
Its parching..
=(

With no support..
With no one to help..
Thinking about quit is not the best way..
I'm not quitting..
But, a little help could keeping away my sore..

I guess this is it..
Doing it quietly..
What to bother, when talking to someone who never heard..

I'll put my trust in Allah..
He knows..
He always know..
=')
Allah, ease me..

Pendaftaran Konvo Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, bergelar DG41..
Even tak ada kerja lagi..
Boleh tak nak berlagak dengan DG41 dan lepas ni menjaja ijazah ke merata hala?
Haha.. ok, itu sarkastik.. =P

Konvo? errr.. biasa jerlah..
Ai actually takde-lah anggap konvo ni event seumur hidup ke apa ke..
Haha, takkk pun..
Cuma seronok dapat jumpa kawan-kawan..
Seronok dapat hadiah, haha, ade ker org nak bagi ai hadiah? =P
Seronok dapat buat umi abah bangga anak dia dapat ijazah..
Ai kira hapa ijazah ke, master ke, PhD ker, bukan boleh buat tambah markah dalam buku amalan..
Kot2, kalau ada PhD, dari buku amalan gred C boleh ke gred A, berbaloi-baloi..
Tapi tak kan?
Ramai jerr yang ada pangkat Dr. tapi perangai hampeh, tak hormat orang apa semua.. baik tak payah!

Ramai juga rakan-rakan mengepos gambar baru masing-masing dalam pesbuk..
Alhamdulillah, tahniah kalian, berjaya dan bakal mengenggam ijazah masing-masing..
=)
Ai? bergambar dengan baju jubbah konvo?
Tidak-ler... ai tak minat.. dahla baju tu macam jubah priest..
Kenapa kat Malaysia Negara islam tak buat time konvo, pakai jubah macam konvo darul syifa'?
Haha, ok berangan.. =P tapi ai jeles dengan yang macam tu..
Sampai umi berbunyi.. "ha, along lepas ni nak g tangkap gambar kat mana dengan baju tu?"
Ai jawab.. "haha, along tak heran langsung, dahla jubah tu macam jubah paderi!"
Terus umi terdiam..
Dun worry umi, along tak nye berfoya2 dengan jubah tu, along akan siapkan kerja2 menjelang BigD yang bertimbun2 ini, insyaAllah.. =)

Alhamdulillah, dah DG41..
Bakal berkonvo dua hari lagi..
Nak jumpa kawan-kawan semua..
Lama tak jumpa..
=) rindu mereka dan gelak tawanya..
Dan teruskan hidup di bawah rahmat dan taqdir Allah..

Apa-apa yang Allah taqdirkan buatku adalah yang terbaik! =)

No racist please, bro!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Ramai di antara kita yang suka menulis dan menghentam pelbagai pihak..
Termasuk-lah menghentam para alim ulama'..
Sudah menjadi sunnah, para ilmuan sering diperkecilkan dan diapi-apikan oleh golongan bodoh ini..

Aish, geramnya saya membaca komen-komen yang langsung tidak menghormati taraf dan kedudukan seseorang sebagai alim ulama..
Betapa ramai macai yang mengata dan mempersendakan Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi..
Juga tidak sedikit dari golongan yang berpendidikan menghentam Us Hasrizal dek kerana kepedasan tarbiyah yang diutarakan..
Sedang Us Azhar Idrus sendiri, yang mempunyai peminat dari pelbagai lapisan masyarakat turut dijadikan bahan sasaran cai-cai ini untuk terus menambah dosa..
Sehinggakan Us Zaharudin semakin kurang bicaranya di muka buku lantaran tidak mahu melayan perangai cai-cai yang menyampahkan hati ni..
Terbaru, Us Nik Abduh diperli dan dikatakan dengan pelbagai bahasa yang menyakitkan hati, dek kerana mereka tidak memahami analogi yang disampaikan..

Ai cukup marah dan geram bila puak-puak cai ini sesedap rasa mengutuk, memfitnah dan mengata para ustaz dan ulama..
Sedih orr.. =( huhu..
Macamlah ilmu depa tinggi sangat nak cakap dan fitnah macam-macam..
Huhu..

Dan papagomo nampaknya masih belum bertaubat..
Suruh cai-cai boikot air asia..
Ape kena dengan mereka semua ni?
Takut sangat dengan cina..
Haha..

Kebencian..
Dendam..
Iri hati..
Semakin bertambah dalam negaraku ini..
Entah di mana harusku temui tempat nan indah untuk bercinta nanti..
huhu..

Ya Allah, ampunkan mereka kerana mereka tidak tahu..
Dan musnahkanlah mereka yang melakukan kezaliman..
Izinkan dengan kudrat-Mu, islam pula yang berkembang biak subur di bumi ini..
Kerana aku rindu akan pemuda yang merapatkan safnya pada awal waktu..
Dan pemudi yang menutupi segala kekurangan(aurat) dari mereka yang tidak hak..
Kembalikanlah islam kepada Malaysia..

wife in 15-+ days..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Serius, berdebar, takut..
Dan aku pun tidak terlalu membayangkan keindahan-keindahan yang dicanangkan selepas perkahwinan itu..
Sesungguhnya aku takut, dengan tanggungjawab yang besar sebagai seorang isteri..

Tidak menolak apabila dipanggil..
Bagaimana kiranya saat itu aku letih? dan lelah?
Atau mungkin tiada mood, ah biasalah wanita dan hormonnya..
Lalu, adakah aku akan dilaknat oleh malaikat sehingga suamiku kembali redha kepadaku..?

Dan apabila ada ketikanya aku mungkin berbau seperti bawang dan peluh.. =P
Yelah, kan memasak, kemas rumah, tiba-tiba encik suami balik, erk, x sampat nak bersiap..
Aduh~ adakah senang hidungnya dengan bau dariku? =.='
Perlukah aku bersiap setiap masa?

Ada pula ketika aku merasa fikiranku sebegini sedang pemikirannya pula lain..
Perlukah aku menerangkan kepadanya apa yang kufahami sekian lama..
Dan apabila dia tidak bersetuju dengannya..
Adakah aku harus merubah kepercayaan yang telah lama aku simpan dalam diri ini..
(mengharapkan agar dia seiring dan sejalan dalam pemikiran dan usaha terhadap Palestin..huhu..)

Apabila dia terjaga dari tidurnya, mungkin sahaja mendapati bahawa bukan bidadari syurga di sisinya..
Mungkin diriku tidur serabut, rambut kusut, =.=" huhu..
Maafkan saya, duhai suami, andai nanti tidak mampu menepati setiap pesanan yang sepuluh itu.. =(

Ingin aku menerimanya seadanya, dan ingin aku diterima seadanya oleh dia..
Moga Allah mempermudah urusan-urusan kami, dalam mengenali hati budi, memahami setiap perbicaraan, seterusnya mengizinkan kami bercinta..
Ingin aku bercinta dengan dia sehingga ke syurga..
Seterusnya menjadi bidadari buatnya..
Bakal suamiku, dan InsyaAllah suamiku, redhailah diri ini, kerana syurgaku ada dalam redhamu..


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU