Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Ku harap kau cuba memahami, luahan hati ini, yang ingin dicintai..
Ku harap kau dapat menghayati, sentuhan jiwa ini, yang ingin disayangi..
Tiada balasan, yang ada hanyalah alasan..
Tiada jawapan, yang ada hanyalah persoalan..
Di manakah kejujuran?
Di manakah ketulusan?
Di manakah keikhlasan?
Di manakah kejujuran?
Kerana Tuhan hanya mahukan kejujuran, keikhlasan cinta..
NowSeeHeart- Ku Harap Cinta
Lewat malam tadi, C7 berbunyi..
"Sy syg dia sangat2.."
Pesanan ringkas seorang teman..
Hati terjentik, terus terbangun dari hamparan..
Seolah memahami perasaan yang sedang dihadapinya..
Bisik hati.. 'Teman, kuatlah, kerana Allah sahaja yang mampu membantu kalian.."
Sahabati..
Kita bukan sehebat Hajar yang mencintai Ibrahim..
Dan terkadang kita tidak seuntung Zulaikha yang mendapatkan Yusuf..
Namun sahabat, Allah itu ada..
Dia tidak zalim, jauh sekali meninggalkan hambaNya..
Dia mendengar setiap rintihanmu..
Setiap butir air matamu yang gugur, bukan kerana mendamba cinta manusia..
Namun lantaran kelemahan diri yang terjatuh di lembah cinta manusia..
Dan aku seakan tahu, dikau tidak pernah berharap cinta itu singgah di hatimu..
Jauh sekali berjuang untuk cinta itu..
Aku tahu, kau cuma mengharapkan Dia..
Namun, ujian Allah tidak kenal sesiapa..
Teman..
Benar.. akan ada yang menyanggahmu..
Akan ada yang meminta dikau menyukai, mencintai yang lain..
Kerana mereka bukan tidak mengerti akan dirimu..
Namun, mereka kasihan akan dikau..
Dan dikau harus berpura-pura membuka hatimu buat yang lain..
Sedang engkau tidak mampu..
Jika kita bukan pilihan dia..
Siapa lagi yang kita ada selain Allah?
Siapa lagi yang mampu meredakan rasa ini selain Allah?
Pada siapa lagi mahu kita adukan hati ini selain dari Allah?
Dan Allah itu maha Adil..
Dia takkan menyakiti kita, teman..
Kitalah yang menyakiti diri kita sendiri..
Biarlah bukan kita pilihan dia di dunia ini..
Dunia ini sementara, cuma sebentar, seumpama tidur..
Dan cinta dia juga sementara di dunia ini..
Mungkin seandainya kita memaksa, dia cuma mencintai kita sebentar sahaja di dunia ini..
Berharap hanya pada Allah..
Jika bukan di tempat yang sementara ini..
Berdoalah, agar Allah menjodohkan kalian di tempat yang kekal selamanya..
Mencintai bukan untuk melemahkan hati..
Mencintai adalah untuk lebih menguatkan diri..
Mencintai agar tujuan utama ialah Ilahi..
Kecilkan dan remehkan cinta terhadap manusia itu..
Jadikan dia cuma batu loncatan menuju DIA..