Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
I've learned a lesson today..
Ape2 kes, tanya dulu.. jangan terus assume, jgn terus cakap belakang, jangan terus mengata, mengumpat, memfitnah..
Got a friend.. if can be called friend..
Jenis slow sikit, but nice to others..
Tanya dulu.. plis~
lAbEllinG my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , tazkirah
=(
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
This is my state : teruk..miserable muslim.. =(
Dan tidak pernah aku berada di state 'selamat'..
Jika takdirnya aku mati saat ini..
Aku tidak pasti adakah aku mampu menjawab persoalan mungkar nangkir itu..
Aku selalu berfikir.. alangkah beruntungnya umat nabi Musa..
Boleh membunuh diri untuk menebus dosa..
Kerana pada zaman ini, taubat nasuha itu umpama tiada lagi..
Kemanisan iman telah lama hilang..
Dan aku ingin sekali merasai kemanisan iman itu..
Tapi aku tak mampu.. aku terlalu banyak dosa..
Alangkah indahnya jika aku hidup cuma sebagai pokok..
Yang memberikan kemanisan buahnya buat manusia..
Sentiasa berzikir kepada Allah azzawajalla..
Kerana hidupku sebagai manusia..
Aku tidak selalu memberikan kemanisan kepada manusia..
Aku selalu menyakiti hati manusia..
Aku tidak selalu berzikir kepada Allah..
Cuba dikira, ada sampai 2 jam masaku dihabiskan untuk solat, berzikir dan bertilawah?!
Jangan harap! masa makanku, masa tidurku, lebih banyak dari masa taubatku padaNya..
Hamba jenis apa aku ini?!
Dan mungkin ada sesetengah yang berkata..
"tak mengapa, bukan ke makan tu ibadah, kerja tu ibadah, tidur tu ibadah..?"
Ada kau makan waktu lapar sahaja dan berhenti sebelum kenyang dan betapa engkau bersyukur atas rezeki tersebut?
Ada kau tidur cuma sebahagian malam dan kau lepaskan tidurmu untuk beribadah, ada?
Ada kau niatkan kerjamu adalah untuk memertabatkan Islam, ada, ada?? Kau kerja untuk cari duit adalah!!
Seorang mujahid pernah berkata..
Dia cuma hidup selama beberapa tahun sahaja di dunia ini..
Kerana beberapa tahun itulah masa dia berjuang menegakkan Islam..
Sedangkan masa-masa sebelum itu diumpamakan dia tidak hidup di dunia..
Dan aku.. apa yang aku lakukan di dunia ini?!
Membuat maksiat.. menambah dosa.. kufur nikmat!!!
Ya Allah!! andai sahaja aku mati sebelum dilahirkan di dunia..
Andai sahaja aku mati sewaktu masih kanak-kanak..
Kerana sukarnya menjadi dewasa yang terbeban dengan dosa-dosa sendiri..
Sering memohon ampunan dariMu..
Namun, sering juga aku melakukan perkara yang sama..
Jadi, apa pointnya aku bertaubat?!
Seumpama orang yang sakit makan ubat, dalam masa yang sama makan racun..
=.=
Sobs..
Aku sedih..
Aku nak jadi baik..
Namun aku tak dapat lakukan secara bersendirian..
Aku terlalu lemah..
Aku cuba kuatkan diri..
Tapi ibarat mendaki curam yang licin, aku jatuh ke lembah yang sama..
Kerapkali aku mencuba..
Dan kerapkali juga aku putus asa..
Lalu aku teringat bahawa tidak akan putus asa dari Rahmat Allah melainkan orang2 kafir..
Jadi aku teruskan, aku ingin berubah..
Tapi.. susahnya.. =(
Susahnya..susahnya..susahnya nak jadi solehah di dunia ini..
p/s: aku teruk.. =( maafkan aku!
lAbEllinG my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET
Janji Melayu..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Janji melayu.. selalu dengar kan??
Janji Islam.. err.. x selalu dengar..
Sebab ramai orang Islam di MALAYSIA ialah org melayu dan janji mereka kebanyakannya hampeh!
Ibaratnya jika seorang lelaki berjanji kepada seorang perempuan untuk datang menikah pukul12..
Mungkin beliau akan datang pukul 12.30ptg.. 1.00ptg.. 2ptg.. dan terkadang 4.00petang..
Ape kes? Kalau nak kahwin pun macam ni..
Lain2 hal toksah nak pandang lah..
Bab solat jauh sekali.. (janji dengan Allah tueee!!)
Dah dengar azan berkumandang, padahal surau tepi kedai makan, rilex jer dia hentam berborak sepam dua..
Kalau setakat budak umur 7 tahun tu tak ler 'yang memandang' ni panas sangat..
Tapi kalau dah berjanggut tu.. haishhhh... nak-nak lagi kalau yang pakai kopiah/songkok..
Oiii bang! simpan2 lah kopiah tu, buat malu jer masjid dah azan, ko duk lepak kat kedai makan ni..
Shamelesss!!!
Janji askar.. first time dengar waktu g kem tentera..
Sharp! memang menepati masa & terkadang lebih awal dari yang sepatutnya..
Fuh~ bagus3!!
Tapi kalau janji seorang yang ber'bin' dan ber'binti'..
Errr... kebanyakan masa, toksah percaya..
Nak-nak lagi kalau di belakangnya ada perkataan InsyaAllah..
Perkataan "insyaAllah" itu digunakan untuk melepaskan diri jika terlewat..
Weiii ayam!! ko buat main-main arrr nama Allah..
Ko ingat ko sape?!
Padahal 'insyaAllah' bermaksud 'dengan izin Allah'..
Maksudnya kita dah berjanji dan 99.9% kita akan tepati janji kita..
Cuma 0.1% peratus lagi adalah takdir Allah..
Contohnya kita tereksiden ke.. sesuatu takdir Allah yang kita takleh nak ubah..
Jangan nak auta kalau terperangkap dalam jem..
Yang tak gi guna akal rancang perjalanan awal-awal apehal?
Pastu kata terperangkap dalam jem sebab 'izin Allah'..
Ape kes? ada akai tak nak guna!
Penantian satu penyeksaan..=.= memang pun!
Kita sering menunggu kawan.. adik.. lecturer.. anak murid.. mak ayah.. anak.. suami.. isteri.. bos.. pekerja..
Hiperbolanya, setengah hidup aku, aku habiskan untuk menunggu orang..
Membazir masa!
Yang ditunggu pulak, tak reti-reti nak bagi mesej..
"weh, gua lambat 10minit, sori2, teperangkap dalam jem ni, moto eksiden dengan lori, dahsyat wooo.."
Susah sangat jejari tu nak menaip, melaksanakan janji..
(mesej dengan pakwe/makwe 24jam boleh pulak!)
Kalau takleh mesej sangat, call jelah, mampu nak bergayut sampai kong bateri..
Takkan call kawan bagitau 10min lambat pun takleh..
Dan selalunya, mereka yang lambat ni, memang dah perangai lambat..
Mereka tak pernah pun tunggu orang..
Kalau tengok muka-muka yang datang lewat kelas, muka yang sama..
Lewat assembly, muka yang sama..
Sebab mereka datang lewat adalah mereka tak pernah tahu rasa 'bengang' apabila menunggu..
Point sebenarnya..
Saya amat kuciwa tahap gaban lahh dengan mentaliti tahap zero orang-orang melayu Islam..
Kau tengok orang cina, orang puteh, ade diorang lewat kalau berjanji?
Siap datang bawak hadiah lagi kalau lewat, penebus janji diorang..
Korang ape ade? maaf pun tak cakap.. datang jumpa pun muka taik.. ape kes?
Geram..geram..geram dengan Melayu-Islam..
Terus terang arr.. rela g duduk palestin nuh, biorlah teruk macam mana pun kehidupan mereka..
Sekurang-kurangnya mereka real Islam..
Bukan Islam celupan macam melayu-melayu neh..
Bukan mentaliti pasal masa je.. pasal semua hal..
Pasal dengkinya, dialah no.1..
Pasal menjatuhkan orangnya, dialah no.1..
Pasal maksiatnyer, berzinanye, berkapelnye.. semua arrrr..
Huh! Entahape-hape..
Kepada rakan-rakan yang terasa mahupun dah kene marah dengan saya bab menjaga masa ni..
Maaf dipinta..
Kebanyakan marah saya berpunca dari geram sebab menunggu dan korang tak deserve kemarahan tu..
Tapi kadang-kala, korang memang deserve untuk dimarahi sebab tak reti bahasa..
2,3,4 kali ulang perkara yang sama..
Siapa tahan kan? =.=
Aku ni bukanlah penyabar..
Apapun maaf atas segalanya..
Menunggu..
Ya, kita semua menunggu..
Takdir Allah terkadang menuntut 1000 kesabaran..
Apapun, kita juga menunggu untuk dipertemukan denganNya kelak..
Ya Allah.. kurniakan kami kesabaran dalam menunggu.. dan dalam menghadapi musibah dan ujian dariMu..
Amin..
p/s: kau yang tengah pakai kopiah duk lepak kat warung tu, g smayang cepat, orang dah azan.. karang tak memasal high heel hinggap kat muka!
lAbEllinG Eh? , Grrrrr.. , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET
Pesanan buat sahabati..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Ku harap kau cuba memahami, luahan hati ini, yang ingin dicintai..
Ku harap kau dapat menghayati, sentuhan jiwa ini, yang ingin disayangi..
Tiada balasan, yang ada hanyalah alasan..
Tiada jawapan, yang ada hanyalah persoalan..
Di manakah kejujuran?
Di manakah ketulusan?
Di manakah keikhlasan?
Di manakah kejujuran?
Kerana Tuhan hanya mahukan kejujuran, keikhlasan cinta..
NowSeeHeart- Ku Harap Cinta
Lewat malam tadi, C7 berbunyi..
"Sy syg dia sangat2.."
Pesanan ringkas seorang teman..
Hati terjentik, terus terbangun dari hamparan..
Seolah memahami perasaan yang sedang dihadapinya..
Bisik hati.. 'Teman, kuatlah, kerana Allah sahaja yang mampu membantu kalian.."
Sahabati..
Kita bukan sehebat Hajar yang mencintai Ibrahim..
Dan terkadang kita tidak seuntung Zulaikha yang mendapatkan Yusuf..
Namun sahabat, Allah itu ada..
Dia tidak zalim, jauh sekali meninggalkan hambaNya..
Dia mendengar setiap rintihanmu..
Setiap butir air matamu yang gugur, bukan kerana mendamba cinta manusia..
Namun lantaran kelemahan diri yang terjatuh di lembah cinta manusia..
Dan aku seakan tahu, dikau tidak pernah berharap cinta itu singgah di hatimu..
Jauh sekali berjuang untuk cinta itu..
Aku tahu, kau cuma mengharapkan Dia..
Namun, ujian Allah tidak kenal sesiapa..
Teman..
Benar.. akan ada yang menyanggahmu..
Akan ada yang meminta dikau menyukai, mencintai yang lain..
Kerana mereka bukan tidak mengerti akan dirimu..
Namun, mereka kasihan akan dikau..
Dan dikau harus berpura-pura membuka hatimu buat yang lain..
Sedang engkau tidak mampu..
Jika kita bukan pilihan dia..
Siapa lagi yang kita ada selain Allah?
Siapa lagi yang mampu meredakan rasa ini selain Allah?
Pada siapa lagi mahu kita adukan hati ini selain dari Allah?
Dan Allah itu maha Adil..
Dia takkan menyakiti kita, teman..
Kitalah yang menyakiti diri kita sendiri..
Biarlah bukan kita pilihan dia di dunia ini..
Dunia ini sementara, cuma sebentar, seumpama tidur..
Dan cinta dia juga sementara di dunia ini..
Mungkin seandainya kita memaksa, dia cuma mencintai kita sebentar sahaja di dunia ini..
Berharap hanya pada Allah..
Jika bukan di tempat yang sementara ini..
Berdoalah, agar Allah menjodohkan kalian di tempat yang kekal selamanya..
Mencintai bukan untuk melemahkan hati..
Mencintai adalah untuk lebih menguatkan diri..
Mencintai agar tujuan utama ialah Ilahi..
Kecilkan dan remehkan cinta terhadap manusia itu..
Jadikan dia cuma batu loncatan menuju DIA..
lAbEllinG MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , tazkirah , Umarku
N.o.r.m.a.l = luarbiasa.. = terasing (",)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
NORMAL itu apabila kita amal maaruf..
Apabila kita melakukan sesuatu yang baik..
Seperti menolong si buta melintas jalan..
Bersolat apabila tepat waktunya, meninggalkan dunia yang fana ini seketika..
Bertadarus di mana-mana, hatta di atas tren sekalipun, di tepi2 pasar..
Berpakaian menutup aurat, berjubah, berjilbab, berpurdah setiap masa..
Memberi pabila diminta.. dan pabila tidak diminta..
Tapi sekarang..
Menolong si buta melintas jalan, bersolat tepat pada waktunya, mengaji di mana-mana, menutup aurat secara total, memberi sedekah tanpa mengharap balasan; sudah menjadi begitu aneh..
Bersolat di awal waktu, meninggalkan dunia tepat pada masanya dikatakan beriya-iya..
Mengada-ada, mungkin alim pada waktu itu sahaja..
Sedang banyak lagi urusan yang perlu disiapkan, 'urgent' katanya..
Bertadarus di mana-mana terus dikatakan ingin menunjuk..
Mana ada anak muda yang mengaji di tepian jalan, membawa naskhah al-Quran di mana-mana..
Jika ada, errr, mungkin dia seorang hafiz..
Kenapa tak berkurung sahaja dalam pondok..
Sibuk berjalan di pasar-pasar, tepian jalan.. huh..
Berpakaian berjubah, berserban, berpurdah..
Kolot.. kolot..
Nanti susah orang nak cam..
Tak perlu pakai mcm tu, muka bukan aurat!
Pakai serban tengah2 bandaraya, tak style langsung!
NORMAL itu apabila kita nahi mungkar..
Menegah rakan, bahkan keluarga sendiri dari melakukan kejahatan..
Menegah insan lain, bahkan insan di tepian jalan..
Tak perlu satu kad penguat kuasa untuk menegah..
Islam itu merupakan satu sijil dari penguasa alam semesta, Allahu Akbar..
NORMAL di zaman ini..
Ibarat menjadi luarbiasa..
Benarlah sabda Rasulullah..
"Islam itu bermula dengan asing dan berakhir dengan asing.. maka beruntunglah insan2 yang terasing.."
Aku ingin menjadi NORMAL ibarat sahabat dan tabein..
Dan aku ingin menjadi ASING di zaman ini ibarat mereka yang memegang Islam dengan gerahamnya..
InsyaAllah..
Short Life
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Inception..
Life is short..
So, live your dream..
Love much as you can..
Forgive others..
Al-Mukminun 112-114:(112) Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi? (113) Mereka menjawab: Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung (umur). (114) Allah berfirman: Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).
Genius? Nikmat atau Bala?
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
13/11/11 - mendengar penerangan Dr. Noriah mengenai pelajar genius..
Pelajar genius selalunya lain dari pelajar lain..
Dia cepat tangkap waktu belajar, sukakan penerangan yang ringkas dan padat, terlalu beremosi, sering bersendiri, melakukan sesuatu dengan cara mereka tersendiri.. dan macam2 lagilah..
Kesian pelajar-pelajar genius kan?
Live with their own life, alone, with no one to understand.. is truly a sad thing.. =.='
PTS?
Pernah seorang pensyarah memberitahu kepada pelajar kelas kami..
Budak PTS ni ade sesuatu dalam kepala otaknya..
Ibarat mentol yang menyala, kelip-kelip..
Dan lepas itu digelar OOB (out of box) oleh sakinah dan rakan2 yang lain..
(bertuah punya kawan.. nway, i lap u daling!)
Dan baru sahaja membaca mengenai pelajar-pelajar pintar cerdas, genius..
Tertarik dengan penulisan Us Hazrizal.. (http://saifulislam.com/?p=1662)
Ya, selalunya aku berbeza..
Cara berfikir, cara melakukan sesuatu, cara mengekspressi sesuatu..
Wahh, dan selalu aku merasakan semua manusia sama, akan diuji sebegitu..
Rupanya tak, baru sedar setelah sekian lama, diri ini agak special berbanding yang lain..
Agak istimewa.. kesian betul jadi insan istimewa ni..
Dan yang sedihnya, kesukaran aku untuk blend dalam masyarakat, rakan-rakan..
Begitu juga kesukaran dari pihak kawan-kawan untuk menerima caraku..
Owh.. =.=' saya mintak maaf.. saya tak sedar yang saya ni pelik..
Namun.. Alhamdulillah..
Allah mengurniakan jalan yang mempunyai cahaya buatku..
Rakan se-PTS yang sama 'otak'nya macam aku..
Dan ukhti yang bersabar sangat selama ni melayani kerenahku..
KZ yang selalu ada.. =)
Alhamdulillah..
Tapi agak musykil..
Err.. genius lagi-kah sekarang ni..?
Takpe.. apapun, segenius mana pun seseorang tu..
Semoga Allah sentiasa menunjukkan hidayah buatnya..
Kerana apa aku jadi genius..
Tak lain tak bukan adalah untuk menyumbang kepada ISLAM..
InsyaAllah.. Allahuakbar..
p/s: wahhhh... ya, saya pelik... dan saya baru sedar itu.. =.=' ok takpe, tak perlu nak jadi normal.. teruskan dengan kepelikan diri ini.. =) people who truly love u, will always love u, no matter who u are.. betul3....
Relax! =')
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
R.E.L.A.X..
= tidak serabut, tidak mengeluh, tidak meroyan, dan yang sewaktu dengannya..
TAPI!!! Rilex tak boleh di'apply'kan pada amalan-amalan wajib seperti solat..
Rilex menunggu untuk solat adalah satu perbuatan yang kalau dibuat, memang patut kena hempuk!
RELAX adalah tertakluk kepada emosi-emosi, rasa-rasa negatif yang ada dalam diri..
Contoh situasi = nak exam..
RILEX.. okei? jangan gelabah sangat.. study smart.. jangan baca yang tak patut.. jangan buang masa..
dan selepas exam, apply semula RILEX..
Dengan tidak dahsyat sangat gumbira sampai habis duit.. bersyukur kerana dipermudahkan menjawab..
=')
RELAX dalam emosi..
Tidak keterlaluan dalam mengekspresssikan emosi sampai insan2 sekeliling tak selesa..
Asyik menggila 24 jam, siapa yang tahan.. kan?
Asyik duk ketawa 24 jam pun tak boleh jugak..
Jadi, ikut sunnah Rasulullah.. rilex.. senyum 24 jam takpe.. =)
RELAX dalam melakukan sesuatu hal juga penting..
Jangan gelabah sangat.. dan jangan tak buat pulak..
Besederhana.. buat dengan rilex..
RELAX dalam menangani masalah juga sama pentingnya..
Orang mengata, rilex, bukan luak pun..
Kontrol emosi, kontrol hati, kontrol riak muka..
Relax..
Orang pedajal kita, rilex..
Biasa la tu.. kita pun penah pedajal orang jugak..
Fair n square lah kan.. he.he..
OK!!
RELAX..
=)
lAbEllinG my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE
=.=
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
'Allah tak membebani sesuatu kaum apa2 yang tidak mampu mereka tanggung..'
Recently.. sakit betul..
Ada aje pkara yang tak kena..
Dengan hati.. dengan kerja.. dengan rakan..
Hidup susah kan? sebab tu Allah sediakan pahala yang besar untuk mereka-mereka yang sabar..
Selalu sangat, terlepas air mata di khalayak ramai..
Tapi cepat-cepat cover up dengan smile dan celoteh2..
Rahsia di dalam.. Allah sahaja yang tahu..
Putus harapan kepada insan tak mengapa..
Sementelah kita juga manusia biasa..
Namun usah putus harapan kepada Allah..
Kerana kita cuma hamba..
Bakal menghabiskan semester 6..
Dan selalu di akhir semester..
Selalu sangat sedih tak memasal.. =.=
Atas sebab-sebab yang tak perlu pun sebenarnya..
Tak mengapalah..
Bertahan sebulan di UKM..
Dan kemudian boleh rasa heaven di rumah..
InsyaAllah.. =)
Hidup ni sorang-sorang kan?
Mati pun sorang-sorang..
Dalam liang lahad pun sorang-sorang..
Amalan pun sendiri-sendiri, tak kongsi..
Dosa pun sendiri-sendiri, tak boleh bagi kat orang lain..
Jadi, kenapa nak sedih kalau hidup ni sorang-sorang..
Yup.. cuma antara aku dengan Allah..
Okay? dah..!! jangan nak sedih sangat..
=.=
Quote..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
"Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya.."
::Imam Syafie::
"Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya.. kecuali setelah kalian dinikahi.."
::Insan Yang Lemah::
Perkahwinan dalam Islam didasari oleh cinta juga..
Jangan risau.. kalau tak mampu untuk mencintai.. tak usah menikah..
Bernikahlah dengan insan yang mampu kita cintai..
Atau yang sudah kita cintai dalam diam..
Err.. bukan susah pun kan?
Cuma jangan bercinta sebelum kahwin..
Bak kata fesbuk..
"no love before akad.."
Nak gelak jugak rase..
Yang like tu semua yang tengah bercinta..
Err.. ohkai.. jangan buat sesuatu yang kena pada batang hidung sendiri..
=)
lAbEllinG Eh? , Little SomeThing , MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , tazkirah , Umarku
Masa bagi Pemuda..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Pepatah Arab ada mengatakan..
Masa ibarat pedang, jika kamu tidak memintasnya..Fuh, dahsyat..
Dia akan menebas batang lehermu..
Betapa pentingnya 'masa'..
Pepatah melayu pula mengatakan..
Masa ibarat emas..Bermaksud masa itu amat berharga..
Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni selalu dan berulang-ulang kali menyebut dalam bukunya 'La Tahzan'..
Beliau sering menyeru pemuda agar tidak membuang masa..
Beliau juga mengingatkan bahawa masa yang kosong adalah saat yang berbahaya bagi pemuda..
Masa yang kosong membuatkan pemuda menjadi rimas, lesu, boring dan akhirnya memikirkan dan mengkhayalkan angan-angan yang tiada penghujung..
Membekunya akal, bertambahnya kekacauan dalan jiwa, gersangnya hati..
Betapa masa yang kosong jika tidak diisi akan berupaya membunuh seorang pemuda..
Tidak hairanlah ramai pemuda saat ini banyak menghabiskan masa dengan mencabar diri, melakukan perkara-perkara bodoh yang seringkali membuatkan kita semua terfikir 'kenapa dia buat mcm tu?'..
Mungkin antara jawapannya, adalah kerana bosan dengan hidup..
Pepatah Arab lagi..
Bertakungnya air akan merosakkannya.. Statiknya pemuda akan membunuhnya..Ayuh lihat kembali, buka kembali lembaran-lembaran yang kian hari kian berdebu..
Lembaran hidup sahabat-sahabat, tabi' dan tabiein..
Apa yang mereka lakukan..
Tak ada TV jauh sekali panggung wayang.. pusat hiburan , karoke dan seumpamanya.. tempat anak-anak muda menghabiskan waktu lantaran boring hidup di dunia ini..
Lihat kembali Mehmet Al-Fateh..
Beliau berjaya menguasai 6 bahasa sewaktu peringkat umur yang sangat muda..
Err, persoalan.. adakah kita sudah boleh dikatakan menguasai BI walaupun dah belajar selama lebih kurang err 15 tahun?
Hmm.. malu.. =.=
Entah apa yang kita lakukan selama ini dalam menghabiskan masa-masa kosong kita..
Pesan buat diri.. dan rakan-rakan andai ada yang menjengah masuk ke blog ini..
Lakukan sesuatu saat diri berasa kosong..
Sesuatu yang bermanfaat.. walaupun buat diri sendiri.. sebaiknya bermanfaat buat semua..
Contohnya berjoging waktu petang, bermanfaat juga, buat diri sendiri..
Lakukan apa sahaja, asalkan tiada perkataan 'bosan' dalam kamus hidup kita..
Oh ya, except TIDUR... ramai juga yang menghabiskan masa dengan tidur terutama bagi yang menulis ini..
Buatlah apa2 sahaja.. kemas bilik.. basuh baju.. gosok baju.. study untuk exam.. mengaji.. solat.. bersedekah.. tolong orang.. baca buku sirah.. belajar akhlak.. belajar tasawuf.. belajar fiqh..
Wahhhh!! banyaknya perkara boleh buat!!
=)
PEMUDA. AYUH JADI UMAT TERBAIK.. UMAT YANG DISEBUT RASULULLAH SEBAHAGAI IKHWAN.. YANG DIRINDUI OLEH BAGINDA.. UMAT YANG TIDAK MEMBUANG MASA! INSYAALLAH!!
lAbEllinG MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , tazkirah
Pesan..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Pesan buat diri sendiri..
Diri.. nak jadi gila mcm mana pun, sukahati kau lah..
Nak tunggang terbalik dunia mcm mana pun lantak kau lah..
Cuma jangan lupa!!
Solat 5 waktu jangan ditinggal..
Tadarus 5 muka sehari jangan ditinggal..
Dosa-dosa besar yang 7 tu jangan pernah terfikir, apetah lagi buat..
Dan aurat jangan pernah terbuka buat yang bukan muhrim..
Err.. susah nak jadi normal dalam dunia sekarang..
Semua org update baju lawo2 semua..
Nak jugak barang sepasang-dua..
Semua come2 mekap belake..
Nak jugak sesekali mekap kat dlm bilik, pahtu basuh semula.. hahah!
Semua trend uptodate branded2 dowh barang..
Nak jugak kadang-kadang beli barang berended..
Semua duk melagukan hiphop apekebende tah..
Nak jugak layan linkin park time2 tensen tuh..
Kalau nak dibuat jadual dari pagi sampai malam..
Fuhhhh, laghanye diri..
Kagum dan jealous dengan biah solehah di tempat lain..
Errr... Betullah kata-kata alim ulama..
'Iman itu ibarat ombak di tepian pantai.. terkadang pasang, terkadang surut..'
Cuma.. emm.. jangan la surut sangat ye.. sakit oden dibuatnye.. huhu.. =.=
lAbEllinG Eh? , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET
Wanita : perlukah bersikap penuh dengan kewanitaan sentiasa?
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
lAbEllinG MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , Umarku
Who do think U are?!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Dosa itu jika dilakukan berulang kali..
Ia tidak menimbulkan rasa bersalah di hati..
Dan kerapkali rasa 'bakal' diampunkan oleh Tuhan itu tersemat..
Sedang diri bukanlah alim, abid.. wali jauh sekali..
Dan terus-terusan, mengulangi dosa dan maksiat..
Dengan harapan agar suatu hari diri berubah..
Perkataan 'suatu hari' itu.. selalu bermaksud ia takkan terjadi..
T_T
Hati semakin gelap, hitam, mungkin hatiku lebih buruk dari paru-paru mereka yang merokok..
Konfius dengan diri, masyarakat dan dunia seluruhnya..
Apakah di zaman ini, Allah masih mengurniakan keampunan buat kita?
Apakah di zaman ini, Allah masih mendengar doa-doa kita?
Dan apakah kita yakin dan mengharap sepenuhnya kepada Dia?
Apakah Allah masih kasihankan kita.. yang kononnya inginkan syurga.. namun berkelakuan seperti ingin hidup selamanya atas dunia..?!
Iblis yang hidup berbilion tahun pasti ketawa melihat para alim ulama..
Dan berguling-guling menahan tawa melihat insan-insan yang bergelar muslim.. kononnya pada nama..
Kerana title muslim itu, di zaman ini, bererti terrorist, lembap, dungu, bodoh, hampeh, berfikiran tertutup, pemalas!
Dan si alim yang berilmu penuh di dada itu terus-terusan menjadi lembu yang dicocok hidungnya oleh para pemerintah..
Ya, itu boleh.. ini pun boleh.. ya, silakan, silakan Malaysia menjadi pembekal arak no.1 di asia tenggara..
Dan perkataan yang sering disebut-sebut pada zaman melenium ini..
'Duit tidak boleh membeli kebahagiaan..' sedang, siapa yang percaya pada kata-kata ini..?
Engkau percaya? tipu! Usah menipu diri sendiri.. itu perbuatan yang bodoh!
Andai engkau merasa beruntung menjadi umat Muhammad..
Fikirkan kembali.. adakah mahu Rasulullah mengaku engkau sebagai ummatnya?
Dengan dosa-dosa yang pernah engkau lakukan..
Perbuatan keji yang engkau rahsiakan dari semua orang..
Percakapan kotor, mengeji, mengata, mengumpat, memfitnah..
Dan engkau menipu andai kau katakan dalam sehari, engkau tidak pernah melakukannya..
Sudah..sudahlah..
Aku merasa jijik dengan diri sendiri dan dunia ini..
Makanmu yang tidak pernah kenal erti berhenti..
Tidurmu yang tidak pernah kenal erti cukup..
Hartamu yang tidak pernah berhenti engkau kumpulkan..
Dan amalmu yang seringkali engkau bosan dan malas dalam mengerjakan..
Dan engkau fikir.. Allah akan menerima semua amalmu..
Engkau ingat engkau siapa?!
Sedang engkau berbangga dengan jawatanmu.. wahh, aku PM! wahh, aku ulama!! wahh, aku Dr!!! wahh, aku cikgu DG 41 yang bergaji pokok RM2000 dan diberi elaun!!!!
Bangga dengan jumlah wang yang kau 'dermakan' kepada anak-anak yatim dan mereka yang meminta.. apakah aku patut tukar perkataan derma itu?
Engkau ingat engkau siapa, anis!!!
engkau ingat engkau siapa???!!!
sudahlah!!
Random Sunday
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Ya Rabb..
Jika ada 2 pilihan & diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya..
Jika ada 10 pilihan & diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya..
Jika ada 100 pilihan & diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya..
Dan jika hanya 1 pilihan & tidak ada dia dalam pilihan itu..
Maka, aku pun akan menerimanya sebagai PEMBERIAN TERBAIK dari-Mu..
Buatlah aku mencintai pilihan yang Kau berikan..
Buatlah aku setia pada pilihan-Mu..
Buatlah aku menyayangi pilihan yang Kau amanahkan.. (AkuIslam.com)
lAbEllinG From Others , Little SomeThing , MotivatE , S.H.E.. nEw lIfE , tazkirah , Umarku
Kepercayaan & kerahsiaan..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
"Trust is like a glass.. once its broken.. its can never be fixed again.."
Once said.. true enuff..
Pesanan buat diri sendiri jua..
" woman.. without its secret, is no longer woman.. "
Huh~
T_T
lAbEllinG Eh? , Little SomeThing , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET
Silent..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Pernah x rasa..
Kadang2 diam itu lebih baik..
Warghhh~
Sometimes, I felt jealous to whom can speak well..
Sebab, saya tak reti cakap..
Kalau cakap pun, ramai org akan misunderstood.. apehal?
Alamak! huhu..
Astaghfirullah..
Huh~ *mengeluh*
Mengeluh bukan sebab tak bersyukur.. tak..tak..
Tapi letih lahhh..
Berusaha untuk cakap dengan elok-elok..
But at the end..
Semua yang dicakapkan.. erkk.. macam semua point salah..
Hah.. ape kene nie, anis oii..
*mungkin perlu belajar public speaking pulak lepas ni..*
Takpelah..
Sekurang2nya, manusia tak faham, Allah tetap memahami..
Walaupun cuma terlintas di hati..
Allah dah mengetahui..
=)
Its cheers me up..
Teringat cerita cicak dan burung di zaman Nabi Ibrahim..
Burung yang kecik tu berusaha memadamkan api yang Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalamnya..
Sedang cicak menggelakkan.. 'air setitik manakan mampu memadam api yang besar..'
Sedang si burung berusaha.. yup, usaha..
Dan apa yang dipandang Allah adalah usaha..
Jadi, dah berusaha kan untuk bercakap..
Kalau tak difahami, x perr.. janji dah berusaha..
Tak perlu nak sedih2.. =)
Takkan sebab tak pandai cakap, nak sedih sepanjang usia..
Hargh.. buang masa jerk.. kan?
OK diri, senyum!
Haiyarkkkk!!!!
lAbEllinG MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET , tazkirah
Kuasa DOA.. =)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Mendengar tazkirah adik mengenai kuasa doa..
Yup, tepat dik! betul, setuju!
Cerita 1:
Ketika saya telah mendapat sms kononnya menang sejumlah wang yang agak besar..
(time tu muda remaja lagi, baru masuk KL, tak berfikir secara kreatif n kritis lagi)
Lalu saya diminta untuk memasukkan beberapa ratus ke dalam akaun bank syarikat tersebut, untuk bayaran pemprosesan katanya..
Lalu saya pinjamlah kawan punya bank card, sbb kad sy x leh guna untuk aplikasi tu..
Sepanjang perjalanan, saya berulang2 kali membaca ayat seribu dinar dan berdoa, yela, orang nak dapat rezeki kannn..
Huh, malangnya ada masalah, lalu wang tersebut x dapat dimasukkan ke akaun tu..
Dan seterusnya, dapat tahu bahawa kes tersebut merupakan satu penipuan..
Rasa terkejut sangat-sangat.. (yela, kanak2 mana tahu menda mcm tu pun org buat tipu..)
Dan bagi saya, itulah kuasa doa..
Cerita 2:
..... errr...
dah lupa..
Tapi sebenarnya..
Dalam hidup ni..
Semua perkara yang kita doakan akan termakbul..
Siyesly.. itu merupakan hadis Rasulullah dan ayat Quran..
X percaya hadis.. x percayakan al-Quran????!!!
Haaaa.. ada masalah di situ jika x percayakan hadis & Quran..
Imam Bukhari dan Muslim menjelaskan, nabi berkata, “Doa seseorang kamu akan diperkenankan selagi mana dia tidak bersikap tergesa-gesa dengan berkata, ‘Aku telah berdoa tetapi nampaknya tidak diperkenankan.”
"mintalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan.." Al-Mukmin : 60
Bak kata adik..
Doa merupakan surat..
Dan rasa yakin merupakan setem..
Kalau x de setem, mcm mana surat nak sampai.. kan?
Jadi, satu ayat yang dikopi dari fb sendiri..
:: Apakah yang anda benar-benar inginkan pada saat ini? Sudahkan anda
meminta kepada Allah swt mengenainya ::
Jom berdoa.. dan yakin.. =)
lAbEllinG Little SomeThing , MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , tazkirah
Far Away..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Mendapat hadiah sebuah buku..
=)
Bertajuk..
"Teladan Wanita Zaman Rasulullah.."
Menerangkan tentang sifat-sifat wanita muslimah pada zaman Rasulullah..
T_T
Jauhhhhhhhhhhhhhhhnya saya pada tahap itu..
Ya Allah~
Bilik pun berterabur..
OK, tapi taklah macam sarang tikus..
Tapi still, memang x boleh kahwin lagi..
Ermmm... Mcm ni keh wanita muslimah?
Waaaa... Farrrr awayyy lagi..
Dan perangai saya dengan budak2..
Haha, dikenali sebagai akak yang 'garang' dikalangan adik2..
Owh, teruknya saya!!
X leh ke jadi akak yang penyayang??
T_T
Dan dengan kerja2 saya..
Ok, memanglah siap tepat pada waktunya..
Tapi~~ emmm...... bagi saya sendiri..
Saya sukakan jika kerja tersebut lebih bagus..
Tak pernah puas hati dengan kerja sendiri..
Dan kalau saya yang buat pun x puas hati..
Ingat org lain nak puas hati ke??
Owhhhh~~
Wahhhh..
Jauhnya lagi saya dengan perkataan 'wanita muslimah' tu..
Sobs~~
Tu tak bincang pasal akhlak, agama, ibadah lagi..
Lagi failed..
Kerana bagi saya..
Dalam hal agama, kita perlu lihat insan yang lebih tinggi dari kita..
Dan dalam kehidupan, kita perlu lihat insan yang lebih rendah dari kita..
Owhh~
Sesiapa please tolong saya dalam mengelokkan akhirat saya..
Plis.. plis.. plis..
Marah dan nasihatlah saya~ T_T
So hard to live as a big girl..
Huhu, tula, dulu2 x bersyukur kene bebel dengan umi, dengan cikgu semua..
Sekarang minta2 pulak nak diingatkan sebegitu lagi..
Huhu.. ok2... berSYUKUR!!
Astaghfirullah.. T_T
lAbEllinG my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , tazkirah
Persoalan takdir dan pilihan..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Just have watched 'the Adjustment Bureau'..
Such a story I think..
Refresh my thought about life..
Choices that we made everyday..
Big and small choices..
Its leads to another..
And that's what we become..
Just a simple phase from the movie..
Although it was a 'mat salleh' movie..
But it has a little meaning to life, if I should say..
Emm, I like the bright side of something..
Better than the dark..
"If I'm not supposed to be with him, how come I feel like this?"
"It doesn't matter how you feel. What matters is what is in black and white."
"No one know why I'm not supposed to be with him, is it? That's why no one can't tell me, no one know!"
Now I remember some speech of my teacher (if I can say that)..
Ustaz Hasrizal..
He said that life is a path that continued another path..
Its the decision that we made..
And sunnatullah is applied on it..
Means that when we eat, we are full..
When we drive, we reach the destination..
That is sunnatullah..
Well, I'm kinda fighting for it..
For what I believed..
To take a good choice and fight for it..
Allah said..
" Aku tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka merubah nasib mereka sendiri.."
See.. I dont say that its not fated, our life.. no..
Its is fated, but the way, what choose that we made, how we manage it..
That's changes life..
Life is like a tree question, one answer lead to another..
Some sort of puzzle, I guess..
And THIS is my choice..
To be what I felt meaningful to me..
To act what I believed for..
To felt what I see good in it..
And I will fight for it..
InsyaAllah..
God, bless me..
Wahai Tuhan yang mempunyai kasih sayang..
Yang mengetahui kelemahan dan kemampuan hambaNya..
Tuhan yang mentaqdirkan kebaikan dan ujian sesuai dengan keadaan hambaNya..
Ya Allah..
Aku meminta kepadaMu agar dipermudahkan ujian..
Aku memohon agar diperkenankan segala doa..
Aku merayu agar ditenangkan jiwa, disabarkan hati menerima segalanya..
Kerana akhirnya, semua akan kembali kepadaMu..
Dan aku ingin kembali kepadaMu dengan senyuman..
Senyuman tanda aku telah berusaha semampuku menjadi insan terbaik yang terdaya aku lakukan..
Senyuman tanda aku puas dan bersyukur atas segala kurniaanMu..
Alhamdulillah Ya Allah..
Qada' dan QadarMu mengatasi, menenangkan rasa hati ini yang dulunya kacau..
Alhamdulillah Ya Allah..
Takdir ini terbaik buatku..
Aku bersyukur..
Alhamdulillah Ya Allah..
Tempatkan aku di golongan hambaMu yang bersyukur..
=)
Praise to Allah..
The most Gracious, the most Merciful..
<3
Pencetus Gerakan Perubahan..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Wah~ Tajuk x leh blah..
Tak pe, perubahan kecil dalam diri itu pencetus perubahan yang lebih besar..
Mungkin bisa merubah keluarga, sahabat, masyarakat dan seterusnya negara..
Mungkin.. dan siapa jua yang tahu melainkan Allah..
Alhamdulillah..
Aku ingin terus begini..
Terus berperibadi begini..
Ya, sukar mengekalkan peribadi begini..
Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang muslimah yang masih lagi dalam proses mencari kemilau cahaya Islam sebenar. Berusaha menjadi muslimah solehah tapi bukan bermaksud aku adalah manusia sempurna. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari redha Allah. -Muslimah-
Pernah suatu ketika..
Seorang rakan memberikan seuntai mesej buatku..
Dia berkata..
"Anis mesti dah pakai tudung labuh kan? baguslah.. kekalkan mcm tu.."
Uish, tersentak..
Sedangkan tika itu aku sedang jauh diulit mimpi dunia yang menipu..
Dan baru-baru ini, seorang rakan praktikum menegur..
Menjentik perasaanku untuk terus begini..
"Mu ni bakpe arr anis, kejap tudung pendek, kejap tudung labuh, mende toh~"
Huhu, sedih gak dengar statement macam tu..
Tapi aku tahu, itulah permulaan..
Teguran dari Allah sebenarnya itu, disalurkan melalui manusia..
Alhamdulillah Ya Allah..
Kau menjentik hatiku untuk berubah..
Syukur, Alhamdulillah..
Dan rakans~
Doakan saya, agar terus berusaha menjadi muslimah..
Wanita berperibadi Muslim, peneguh Agama, penyeri Dunia, bidadari Syurga..
Subahanallah, InsyaAllah..
=')
Teguran dan nasihat amatlah dialu-alukan..
Kita semua kan insan yang bererti 'pelupa'..
lAbEllinG MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , tazkirah
Family Day 1st KZ
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah..
Bersyukur ke hadrat Allah..
Family Day KZ yang first sudah terhasil..
Walaupun tempat duk pusing dari melaka, selangor, perak..
Dan akhirnya singgah di Ulu Yam, Batang Kali & Genting Highland..
As selalu, update blog.. =)
Start dengan hari khamis, beli barang-barang di Giant, VIVA..
First time pergi.. tapi VIVA memang nice.. chantek lahh tempat tu..
Rasa nak kahwen dengan org kaya.. oh tidak!!
Kaya Iman itu yang penting!! =)
Beli ikan, ayam, barang2 basah.. semua dibeli untuk program 2 hari, 1 malam..
Malamnya, siang ikan, basuh ayam..
Terus marinate dengan bahan2 yang dah dibeli dan simpan dalam peti ais Asy-Syakirin..
Pukul 12.00 malam jugak balik bilik.. tidur~ serius, hari yang letih..
Jumaat petang at 1.30 PM..
Duk packing barang2 kat tempat bas..
Haha, dah tempat itu sahaja yang redup.. sesuai nak kemas kereta..
CAM bertolak bersama dengan WNG..
Doa dibacakan oleh ZKh Sakinah Idrus.. =)
Sampai di ulu yam lebih kurang pukul 4.15 ptg..
Negotiate dengan pihak pentadbiran The Woods..
Alhamdulillah.. dapat 1 chalet..
Fuh, punyalah jauh kena berjalan ke chalet..
Semua dah letih.. =(
Tapi sebab mood jalan masih kuat..
Usai Asar, elbow dah dicampur dengan sos spagheti..
Dan semua bersedia untuk mandi air terjun!! =')
Minum petang di tepi air terjun..
Best.. Seronok!!
Malamnya diisi dengan beberapa pengisian rohani..
Sementelah ukhuwah juga dibina atas dasar iman.. =)
Jadi harus berkekalan kerana Allah jua..
Jadi, bukankah puji-pujian buat Allah kerana mengekalkan ukhuwah ini? =)
Sedikit bacaan tadarus, clip movie dan tazkirah ringkas..
Seronok sangat Usrah kami ini..
Seterusnya bersiap untuk BBQ..
Fuh, letih mengipas bara api..
Haha.. mujurlah kami wanita-wanita gagah..
Siapa kata org perempuan tak pandai buat BBQ?
Ohkai~ sambil makan sambil tengok api.. paling2 ikan, ayam, berbagai~
Kemudian bermain permainan truth or dare (eh entah betul x nama dia ni?)..
Haha, sorang-sorang KANTOI malam tu..
=p
Balik bilik terus tengok video clip sepanjang xtvt..
Gelak sakan tak hingat~ masing-masing baru perasan betapa lawaknya diri sendiri.. =p
Bangun awal pagi alhamdulillah, wlaupun tidur lewat.. (~.~)
Tapi tidur semula sebab letih.. T_T huhu
Dan check-out lebih kurang 9.30 pagi..
Terus bertolak ke Batang Kali untuk sesi berkelah pagi..
Bersarapan tepi air terjun.. sejuk sangat..
Menyelam berbagai, rasa macam boleh kikis ais kat pipi.. VERY COLD!! ~~~~
Bersiap di Batang Kali, which amat kelakar..
Nak berbedak mekap semua dalam keadaan tak ada tempat proper~
Then, terus menuju ke Cable Car Genting Highland..
Naik Cable Car, which x rancang pun nak naik Genting..
2,3 orang KZ's dah mula meloya + letih.. muka pun semacam dah.. hehe..
Tapi still sempat naik flying coaster..
Serius, best.. + cuak.. macam terbang aje rasanya..
Dan tangkap-tangkap gambar.. (the best part! haha)
Dan bertolak pulang~~~
Alhamdulillah again..
Hope this ukhuwah will stay forever, until jannah..
And another Family Day for KZ can be made..
With Zauj altogether.. woha! looking forward!
It must be more fun + havoc..
Thanks to all KZs..
Zaujah Uthman, Nurnazurah Nazaraly..
Zaujah Amru, Nur Syamsiddar Harudin..
Zaujah Uwais, Nabilah Abdullah Sani..
Zaujah Thariq, Nor Ain Che Manaf..
Zaujah Khalid, Nurul Sakinah Mohd Idrus..
And me.. Zaujah Umar, Anis Syazwani Ahmad Termizi..
OOoo Allah, make US stay together until jannah..
RumaH
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah..
Home is where the heart is!
Seronok, balik rumah..
Boleh senang-senang melupakan segala permasalahan hati di kampus..
It wasn't nice to keep fighting with your own heart..
=.=
Dan ahad ini..
Kembali merungkai permasalahan hati dan minda..
Ouch~ kacau sungguh..
Esaimen perlu disiapkan..
Hati perlu ditenangkan..
Sobs..
Yeay! seronok dengan Isnin..
Makan+makan+makan..
Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang..
Tapi, mcm mana bila kita sentiasa lapar dan jarang-jarang kenyang..
Ouch~ badan saja kucik.. huhu..
Rabu.. sg pisang..
Adush..
Lama betul rasanya tak warm up badan..
Lama tak joging..lama tak berpeluh..
Mcm mana nak jungle tracking..
But.. I do really hope.. it have to be fun.. it must!
huhuhu..
Jumaat, Sabtu, Ahad..
Super NICE!!
Bakal berjimba dengan KZ..
Subahanallah..
Ku impikan ukhuwah ini mencecah syurga..
Semoga kami tetap berkekalan sampai bila-bila..
Nice..
Nanti bila semua dah kahwen, boleh anjurkan aktiviti serupa ini lagi..
Dengan kehadiran zauj masing-masing..
InsyaAllah.. =')
And now..
Be nice anis..
Be super nice to people..
Allah kan suka manusia yang menyukakan hati manusia lainnya..
Life's good..
Alhamdulillah..
KMS : Muslim fi ibadati..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Saya mestilah muslim dalam beribadah..
=) alhamdulillah..
Terima kasih buat Us Hasrizal..
Pencerahan yang diberi, bukan sekadar ilmu, ia juga mengetuk pintu hati..
Nota-nota yang sempat disalin.....
Jika Allah mengkehendaki kebaikan kepada hambaNya..
~diberi ujian..
~difahamkan mengenai agama..
Tujuan rukhsah (kemudahan) dalam agama:
~menyelamatkan manusia dari maksiat..
~meraikan kemanusiaan..
Tiada perkara dunia yang tiada neracanya di akhirat..
dan tiada perkara akhirat yang tidak mempengaruhi dunia..
Tiada istilah pencen dalam hidup.. Rasulullah sendiri, jika mengikut umur pencen, sedang meneruskan dakwah dengan perang badar.. huhuh..
Imam Ghazali.. : Perkara yang paling berdosa adalah apabila kita berbuat dosa dan tidak merasakan perkara tersebut adalah dosa..
(http://saifulislam.com/?p=285)
Allah menilai kerja yang kita buat secara bersungguh-sungguh..
sedang kita juga sukakan kerja manusia lain yang bersungguh-sungguh kan.. huhuh..
You want the best, You must give the best..
Berdikit-berdikit menuju ke jalan yang lurus itu..
Bak kata Us Pahrol..
Perjalanan menuju kebaikan itu harus dimulakan berkali-kali..
Terkadang berlari, ada kalanya berjalan, terjatuh lalu merangkak..
Dan yang pasti, usah berhenti dan menoleh ke belakang..
Teruskan usaha menuju kebaikan itu walau dengan merangkak..
InsyaAllah..
MooD: nyanyi kuat2.. hayati dalam2..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Telah ku mungkiri janji ku lagi..
Walau seribu kali ku ulang sendiri..
Aku takkan tempuh lagi..
Apakah Kau terima cinta ku lagi..
Setelah ku berpaling dari pandangan Mu..
Yang kabur kerna jahilnya aku..
Mengapa cinta Mu tak pernah hadir..
Subur dalam jiwaku agar tetap bahagia..
Tanpa cinta Mu tanpa Kau di sana..
Aku tanpa cinta Mu..
Bagai layang-layang terputus talinya..
Kasih dari Mu ku dambakan.. OH TUHANKU..
Masihkah ada sekelumit belas..
Rembes kasih Mu Tuhan..
Untuk ku berpaut dan bersandar..
Aku di sini kan tetap terus mencoba..
Untuk peroleh cinta Mu..
Walau ranjaunya menusuk pedih..
*Usaha merebut cinta Nya sehingga ke liang lahad*
lAbEllinG S.H.E.. nEw lIfE , songs , tazkirah
smile..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Nama je blog smile..
lAbEllinG LaLaLa , Little SomeThing , MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE
Menjelang..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
lAbEllinG LaLaLa , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE
Macam Best..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
lAbEllinG LaLaLa , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , Umarku
Your failure does not define you..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Terbaca di wallpaper laptop sendiri..
"your failure does not define you.."
True, indeed..
lAbEllinG my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET , Umarku
Teguran..
Alhamdulillah..
Jika ada yang menegur..
Bererti Allah masih memberikan peluang bagi kita untuk berubah..
Itu teguran dari Allah sebenarnya..
Cuma disampaikan melalui insan tersebut..
Teguran dari sang pecinta, bukankah indah?
=)
lAbEllinG LaLaLa , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE
15 Ramadhan 2011
lAbEllinG HepYY FamiLy , LaLaLa , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE
Alhamdulillah..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
lAbEllinG Little SomeThing , MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , Umarku
Nikmat Allah yang mana lagi yang mahu aku dustakan?
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Allahuakbar!!
lAbEllinG MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , tazkirah
Ramadhan Kareem... Ahlan Ya Habibi.. =)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
lAbEllinG LaLaLa , MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE
Berusaha!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
lAbEllinG MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET , tazkirah
LetiH..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
lAbEllinG Little SomeThing , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET , tazkirah
Sedu Sedan Hati
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
lAbEllinG Little SomeThing , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET , tazkirah
Ya Allah..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Daripada Tsauban r.a. berkata:Rasulullah s.a.w. bersabda:"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka."Maka salah seorang bertanya:"Adakah kerana kami sedikit ketika itu?"Nabi s.a.w. menjawab:"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir.""Dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'"Seorang sahabat bertanya:"Apakah wahan itu hai Rasulullah?"Nabi lalu menjawab:"CINTA PADA DUNIA dan TAKUT PADA MATI."Hadis riwayat Abu Daud.
Allah~~~~~~~~~~~
lAbEllinG my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET , tazkirah
Pemergian itu..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Seperti pula ungkapan asy-Syaheed Sayyid Qutb di ambang kepulangannya kepada ar-Rahmaan:
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merinduku
Taman-taman di syurga bangga menerimaku
Burung-burung berkicau riang menyambut ku
Berbahagialah hidupku di alam abadi
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana ke alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar
http://saifulislam.com/?p=10185
Takziah atas pemergian Dr Lo'lo Ghazali.. Mujahidah seperti itu di manakan dapat dicari ganti? =(
lAbEllinG S.H.E.. nEw lIfE , SAKET , tazkirah
Ayah dan Ibu..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihiku pada waktu kecil..
lAbEllinG HepYY FamiLy , MotivatE , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET , songs , tazkirah