SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label HARAKAH DAILY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HARAKAH DAILY. Papar semua catatan

Rabu, 5 Jun 2013

PANAS BERAPI!! Akhbar HARAKAH @hdaily09 KANTOI Buat FITNAH Ish Ish!! Memalukan...

PANAS BERAPI!! Akhbar HARAKAH @hdaily09 KANTOI Buat FITNAH Ish Ish!! Memalukan...


Tu dia jangan lupa Hadi Awang tu Presiden PAS dan kalau di ikutkan dari gambar kat atas sana tu jelaslah PAS menjadikan Harakah sebagai media utama pilihanraya baru-baru ni.Hmm biasalah setiap parti politik yang bertanding akan mempunyai media tersendiri cumanya media PAS ni agak menarik sebab bukan setakat melaporkan berita siap buat FITNAH lagi hahahahahaha....Jom tengok apa dia yang kata fitnah tu...


Perghh tu dia BUKTI yang selama ni di cari-cari puak-puak bangla sedang beratur nak mengundi.Huh patutlah bukan main lagi hantam BN.Tapi nanti dulu bro...nak bagitau bukan setakat buat FITNAH harakah ni tapi dah sampai tahap menghina orang.


Orang Asli dituduh sebagai orang Bangla !

Lihatlah betapa jijiknya propaganda lidah rasmi pembangkang itu yang didakwa menabur fitnah di dalam facebook dan mungkin akan dipercayai oleh pengguna internet yang kebanyakannya generasi muda.

Dan bayangkanlah, propaganda kotor ini telah digunapakai untuk sekian lama terutamanya dikalangan facebookers yang menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Cina.

Kesian dan sedih dengan juak-juak macai pembangkang ni..Bukan boleh tegur nanti mengamuk macam budak-budak...serah kepada semua untuk nilai sendiri.


Psssttt... AKJr : KAHKAHKAH... MEMANG MEMALUKAN!!! LIDAH RASMI PARTI ISLAM KONON... PIIIRRAAAHHHHH!!!!

Sabtu, 25 Mei 2013

INFO @ AKJr : HARAKAH DIDAPATI BERSALAH MEMFITNAH TUN AMMAR

INFO @ AKJr : HARAKAH DIDAPATI BERSALAH MEMFITNAH TUN AMMAR



Lidah rasmi Pas, Harakah didapati bersalah menyiarkan artikel fitnah terhadap seorang peguam lima tahun lalu, dan diarah membayar ganti rugi kepada peguam berkenaan.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Rasidah Chik pada 12 Julai 2011 yang memihak kepada peguam tersebut, Tun Mohammad Ammar Aziz. 

Hakim Lee Swee Sing memutuskan demikian setelah menolak rayuan Ahmad Lutfi dan tiga yang lain untuk mengetepikan keputusan sebelum ini. 

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan tiga yang lain membayar ganti rugi RM50,000 kepada Tun Mohammad Ammar. 

Swee Sing juga memerintahkan pihak perayu membayar kos mahkamah. 

Menurut Swee Sing, mahkamah berpuas hati dengan keputusan Hakim Rasidah yang disifatkannya tepat dan tidak terkhilaf. 

Pada 15 September 2009, Tun Mohamad Ammar yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Timur memfailkan saman terhadap Ahmad Lutfi, bekas pemegang permit akhbar Harakah, Halim Arsyat dan pencetaknya, Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. Beliau mendakwa artikel diterbitkan Harakah edisi Isnin, Bilangan 1,391 bertarikh 17 hingga 20 November 2008 berjudul Mukhriz Juga Didakwa Rasuah Politik? berunsur fitnah terhadapnya.

Psssttt... AKjr : Haaa kan dah kena dahh.. Amacam MACAI2 PAS? Masih x percaya lagi ke?? Ini Baru Satu beb, hakikatnya tiap2 hari ada saja laporan berita palsu atau FITNAH yang dikeluarkan oleh Lidah Rasmi PAS ini bertujuan hanya satu iaitu menjatuhkan Parti Keramat Orang2 Melayu yakni UMNO.. Hurmmm ..

Ahad, 17 Mac 2013

PANAS TERIK!! Harakah Daily Sahkan Lelaki Itu Adalah Anwar???...

PANAS TERIK!! Harakah Daily Sahkan Lelaki Itu Adalah Anwar???...





Harakah Daily dikesan menyiarkan berita bertajuk Gambar 'Anwar' bercumbu dengan lelaki mula beredar. 
Namun, entah mengapa dalam beberapa jam, entri berkenaan telah ditarik balik. 

Apakah Editor Harakah bimbang kena saman kerana mengesahkan Anwar Ibrahim memang dalam gambar-gambar gay yang tersebar di internet sejak beberapa hari lalu. 

Yang dipersoalkan Harakah Daily hanya dalam bentuk 'Anwar'…. Apa maksud ada dua tanda tu? Kononnya itu bukan Anwar…? 

Kalau tidak mahu mengesahkan itu Anwar, sepatutnya Harakah guna tajuk lain seperti 'satu lagi serangan ke atas pembangkang'. 

Itu contohlah… Tapi bila terus bagi tajuk Gambar Anwar… Maka itu sudah mengesahkan. 

Tahniah kepada Harakah Daily kerana untuk sekejap membuktikan diri mereka memang ada kebebasan media yang sering dilaungkan dan tidak bimbang untuk bercakap yang benar. 

Sebentar sahajalah… Lepas tu berita tersebut hilang terus.