SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label ISU KALIMAH ALLAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU KALIMAH ALLAH. Papar semua catatan

Selasa, 10 September 2013

INFO @ AKjr: ISU KALIMAH ALLAH !! Ayuh sama-sama doakan kemenangan ISLAM! ALLAHUAKBAR!

INFO @ AKjr: ISU KALIMAH ALLAH !! Ayuh  sama-sama doakan kemenangan ISLAM! ALLAHUAKBAR! 



'Kita harap k'jaan menang kes kalimah Allah'

Sekumpulan kira-kira 300 orang penyokong kerajaan berhimpun di luar kompleks Istana Kehakiman pagi ini sementara menunggu kes rayuan isu kalimah 'Allah' di Mahkamah Rayuan.


Kumpulan penyokong terbabit, sebahagian besarnya terdiri daripada anggota Wanita Umno dan penyokong Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) berkumpul membaca surah Yaasin di pintu masuk kompleks mahkamah tersebut.

Kumpulan lelaki dan perempuan itu, antara lainnya dipimpin Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dan CALON MAJLIS TERTINGGI UMNO Tun Faisal Ismail, berhimpun sejak kira-kira jam 8.40 pagi.

Ibrahim turut mengambil peluang untuk berucap di perhimpunan bekrenaan, selain naib presidennya Datuk Zulkifli Noordin.

Sebahagian daripada peserta lelaki bacaan Yaasin memakai pengikat kepala berwarna merah dengan tulisan 'Perkasa' dan sebahagian yang lain pula memakai baju-T bertulisan "Allah Just For Muslim, Fight No Fear".

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat, Sdr. Syamsul Baharin Putra juga turut berada di mahkamah untuk memberi sokongannya.

Sebahagian besar peserta perempuan pula, yang berpakaian warna merah putih, duduk di sebelah kanan pintu masuk mahkamah.

Sementara itu, seorang daripada penyokong tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Umairah, 26 tahun, berasa "teruja dengan perjuangan untuk mempertahankan kalimah Allah".



"Saya berharap kes ini (kerajaan) akan menang.

"Insya-Allah kami akan berjuang habis-habisan," katanya yang bertugas sepenuh masa sebagai relawan Pertubuhan Kebajikan islam Darul Falah (Perkid).

Seorang lagi penyokong kerajaan, Abdul Rahim Sat, 41 tahun pula berasa "berkobar-kobar menanti keputusan hari ini".

"Kita akan terus berjuang lagi," katanya yang turut hadir pada perhimpunan yang sama 23 Ogos lalu.

Polis yang berkawal di sekitar mahkamah menyaring orang awam yang keluar dan masuk ke kompleks mahkamah.

Sementara itu, kumpulan Kristian yang diwakili beberapa peguam dan beberapa rahib turut memenuhi galeri awam mahkamah untuk mengikuti perbicaraan.

Berita selanjutnya DISINI

Khamis, 22 Ogos 2013

INFO @ AKjr : TERKINI !! HIMPUNAN UMAT ISLAM SELAMATKAN KALIMAH ALLAH DI MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA

INFO @ AKjr : TERKINI !! HIMPUNAN UMAT ISLAM SELAMATKAN KALIMAH ALLAH DI MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA









Turur kelihatan di perkarangan mahkamah ialah bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dari Nassar Foundation dan Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Nordin yang berada di dalam mahkamah

Hari ini merupakan satu tarikh penting buat umat Islam yang mengambil berat berkenaan isu penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak gereja di negara ini. 

Rakyat Malaysia yang beragama Islam, sayangkan kalimah tauhid ini dan tidak rela ia disalahgunakan oleh penganut agama lain telah turun beramai-ramai ke perkarangan Mahkamah Rayuan, Putrajaya bermula jam 8.00 pagi tadi bagi menyatakan sokongan..

Kira-kira 150 orang yang terdiri daripada gabungan beberapa NGO Islam berkumpul di luar Mahkamah Rayuan Putrajaya untuk menunggu keputusan rayuan permohonan Ketua Biskop Roman Katolik Murphy Pakiam untuk mengetepikan rayuan kerajaan berhubung penggunaan kalimah Allah dalam bible. 

Antara NGO yang hadir ialah Persatuan Peribumi Perkasa (PERKASA) dan Gabungan NGO Persatuan Pembela Muslim (PEMBELA). 


Pssstt.. AKjr : ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!!!

Selasa, 30 April 2013

WAJIB BACA!! ISU KALIMAH ALLAH : ZULKIFLI CABAR KHALID NYATAKAN PENDIRIAN SEBELUM #PRU13 !!

WAJIB BACA!! ISU KALIMAH ALLAH : ZULKIFLI CABAR KHALID NYATAKAN PENDIRIAN SEBELUM #PRU13 !! 




SHAH ALAM 27 April- Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin mencabar Khalid Abdul Samad dari Pas untuk menyatakan pendiriannya berhubung desakan DAP agar membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible bahasa Melayu.

Menurut Zulkifli, Khalid diminta membuat kenyataan terbuka kepada penduduk Shah Alam sama ada dia menyokong kenyataan awal pimpinan Pas yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab tersebut atau menyokong keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang tidak membenarkan penggunaannya.

"Saya cabar Khalid Abdul Samad untuk menyatakan pendirian beliau sama ada menyokong keputusan pimpinan awal Pas yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu atau akur kepada keputusan melarang penggunaannya oleh Majlis Syura Ulama Pas yang diputus kemudian.

"Keputusan awal tersebut disokong oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan disediakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Justeru rakyat berhak tahu adakah Khalid masih kekal menyokong keputusan tersebut atau keputusan melarang penggunaan kalimah Allah dalam kitab tersebut oleh Majlis Syura," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program sarapan pagi bersama penduduk Seksyen 8 di rumah bekas Timbalan Pengarah Jabatan Jenayah Komersil, Bukit Aman, Datuk Kamaruddin Desa di Seksyen 8 di sini hari ini.



Zulkifli berkata, masyarakat Shah Alam perlu kenal dengan pemimpin mereka yang dilihat gemar melahirkan komen yang dilihat seperti memperlekeh agama dan pihak yang tidak sehaluan dengannya.

Mengulas sikap Khalid yang suka menyerang peribadi dan memperlekeh beliau, Zulkifli menganggap Khalid pemimpin yang tidak pandai menilai orang lain dan hanya merasakan 'dia bagus.'

"Saya nasihatkan dia (Khalid) jangan amalkan politik menyerang peribadi kerana masyarakat Shah Alam sudah boleh menilai segala tindak-tanduknya.

"Desas-desus yang saya dengar, beliau mengatakan saya tak mahu bersalam dengan dia semasa kami bertembung dalam suatu kempen, sedangkan dia yang tidak mahu bersalam, hentikanlah politik macam budak-budak," ujarnya.

Beliau menambah, ada orang memberitahunya dalam ceramah Khalid mengatakan beliau hanyalah peguam biasa yang cuma pandai menarik beg dan menumpang kehebatan peguam lain dalam pasukan guaman Anwar.

Jelas Zulkifli, jika beliau bukan peguam yang hebat, mengapa beliau menjadi peguam Anwar selama 10 tahun dan Anwar tetap mengharapkan dirinya sedangkan peguam lain semuanya sudah berundur dari mewakilinya.


Sabtu, 6 April 2013

PANAS TERIK!! Isu kalimah Allah terus dapat bantahan umat Islam

PANAS TERIK!! Isu kalimah Allah terus dapat bantahan umat Islam


RATUSAN wakil pertubuhan Islam mengadakan bantahan berhubung isu kalimah Allah di perkarangan Masjid Jamek Seberang Jaya, Seberang Prai hari ini.

BUKIT MERTAJAM 5 April - Kemarahan umat Islam terhadap isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu ternyata belum reda malah semakin meluap.

Di Masjid Seberang Jaya di sini selepas solat Jumaat hari ini, beratus-ratus didakwa penyokong Pas dan ahli daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun bagi membantah cadangan tersebut.

Perhimpunan tersebut diketuai oleh Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.

Menurutnya, bantahan sedemikian akan berterusan selagi cadangan tersebut tidak ditarik balik dan pihak terbabit memohon maaf kepada umat Islam.

"Kalau ada sesiapa yang mendakwa ini merupakan gimik untuk menghadapi pilihan raya umum, mereka silap kerana kita menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sejak 2010.

"Tujuan kita memilih Masjid Jamek Seberang Jaya juga adalah kerana kawasan ini terletak dalam Parlimen Permatang Pauh iaitu kawasan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanggungjawab dalam isu kalimah Allah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas demonstrasi itu di sini hari ini.

Perasaan marah dan kecewa para peserta demonstrasi itu turut dizahirkan dengan tindakan membakar gambar Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng.