SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label MENYOKONG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MENYOKONG. Papar semua catatan

Isnin, 10 Jun 2013

PANAS BERAPI!! Banner DAP Johor Menyokong Tindakan Biadap Cikgu Rasis, Poh Kim Thye..

PANAS BERAPI!! Banner DAP Johor Menyokong Tindakan Biadap Cikgu Rasis, Poh Kim Thye..




Gambar-gambar ini telah diambil oleh seorang rakan di Johor pagi tadi, satunya di hadapan Kedai MARA Gelang Patah, Johor. Banner yang lebih kurang sama turut kelihatan di hadapan padang bola MPJBT Johor. Adakah ini perbuatan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menaikkan sentimen perkauman ataupun adakah ini sebenarnya hasrat DAP Johor yang rasis menyokong tindakan seorang guru Cina yang rasis?

Melayu tengok sajakah?

Atau Melayu masih lena diulit mimpi?

Orang Johor yang begitu fanatik dengan sukan bolasepak sejak akhir-akhir ini diam sajakah?


Sumber

Khamis, 11 April 2013

PANAS TERIK!! DAP Johor Berpecah belah Kemungkinan Akan Menyokong BN..

PANAS TERIK!!  DAP Johor Berpecah belah Kemungkinan Akan Menyokong BN..




KULAIJAYA - Perpecahan dalam kalangan ahli DAP Negeri Johor di bawah pimpinan Pengerusinya, Dr. Boo Cheng Hau sememangnya berlaku pada masa ini.

Perkara itu disahkan sendiri Naib Pengerusinya, Ong Kow Meng.

Sehubungan itu, beliau meminta Cheng Hau mengotakan janjinya mahu melepaskan jawatan Pengerusi selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dibuatnya pada Mesyuarat Jawatankuasa Negeri pada 7 April lalu.

Jika Cheng Hau gagal berbuat demikian, Kow Meng tidak teragak-agak menyeru ahli parti supaya tidak mencalonkan Pengerusi DAP negeri itu daripada bertanding pada pemilihan pemimpin DAP Johor, Oktober depan.

"Dalam negeri ini, memang berlaku pecah-belah dan ia harus diperbaiki. Justeru, kita berharap boleh dapat Pengerusi baru yang fleksibel dan bertolak ansur," katanya kepada pemberita di sini hari ini.