Cari Blog Ini
27 Disember 2009
Panas...Panas...Panas...Kedurjanaan Wahhabi bakal Ditelanjangi Lagi Dan Lagi...
10 Disember 2009
Asri (Dr Maza) Dapat Tauliah Artis Seksi & 'Seksa' Berdakwah Di Disko?!
AWAS !
(Senjata Terbaru Wahhabi)
DI SETIAP KELAB-KELAB MALAM (DISKO)
Nabi tak pernah ajar umatnya masuk disko. Tiada dalam hadis-hadis yang sahih menyatakan sedemikian. Ini adalah satu perbuatan yang bid'ah sesat masuk neraka. Berhati-hatilah memilih pembimbing dalam agama !!!
Artis-artis sibuk nak ke masjid...
Asri sibuk nak ke disko...
Pengarah & Penerbit : Ahmad Idham Nazri
“Sekiranya mahu berdakwah, lebih baik mulakan dari akar umbi. Maksud saya, mengapa remaja gemar ke pusat hiburan? Perkara ini perlu ditangani dahulu sebelum menerjah pusat hiburan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Ahmad Idham mencadangkan lebih banyak majlis ilmu diadakan untuk generasi muda supaya mereka sedar dan elak daripada tempat yang tidak wajar dikunjungi.
Sumber :
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6140504.asp
Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid
“Pendekatan itu macam tidak betul...apa yang saya nampak aktiviti di pusat-pusat hiburan itu akan mencemarkan imej dan pandangan masyarakat terhadap pendakwah.
“Ibarat hendak membersihkan tong najis, pastinya kita akan bersihkan tong itu dari luar, sekiranya kita bersihkan dari dalam tentu kita pun akan terkena najis itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sumber :
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6140716.asp
" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "
09 November 2009
SENJATA TERBARU WAHHABI :> TAKMENGAKU WAHHABI !!!
SENJATA TERBARU WAHHABI :-
..." SAYA BUKAN WAHHABI !"
... ..." APA ITU WAHHABI ? "...
..." SAYA TAK PERNAH DENGAR TENTANG WAHHABI"..
..."JANGAN TUDUH ORANG LAIN WAHHABI"...
..." HABIS HUJJAH GUNA FITNAH "....
..." TAKKANLAH BERBEZA PENDAPAT TERUS DITUDUH WAHHABI?! "...
..." SAYA BUKAN WAHHABI, SAYA CUMA BERPEGANG PADA MAZHAB SYAF'IE TULEN "...
..." INI BUKAN WAHHABI, INI BAHTERA PEMBAHARUAN "...
..." INI ISLAM PROGRESIF, KATAKAN TIDAK PADA WAHHABI "...
..." MAZHAB HANBALI TAK BACA QUNUT, ADAKAH MEREKA JUGA DIKATAKAN WAHHABI? "...
..." ADA YANG KATA WAHHABI ADALAH MEREKA YANG BELAJAR DI ARAB SAUDI, SAYA KATA SAYA TAK BELAJAR DI ARAB SAUDI PUN ADA JUGA YANG MENUDUH WAHHABI "...
BANYAK LAGI SENARAI SENJATA TERBARU WAHHABI
YANG AKAN DIPAPARKAN NANTI...
HAKIKATNYA WAHHABI ADALAH WAHHABI WALAU MEREKA
TAK MENGAKU WAHHABI...
WALAU APAPUN TOPENG YANG MEREKA PAKAI...
MEREKA TETAP VIRUS BERBAHAYA YANG PERLU DIJAUHI !
AWASI DIRI ANDA, AHLI KELUARGA DAN MASYARAKAT DI SEKITAR ANDA DARI SEBARANG BENTUK PENJENAMAAN SEMULA WAHHABI !!!
HATI-HATI DGN AUTAR
Memiliki sarjana Hadith bergelar Doktor @ bekas Mufti bukanlah boleh dijadikan lesen untuk menipu masyarakat. Menipu tetap haram sekalipun ia dilakukan secara profesional. Jika menggunakan nama agama..ia boleh diistilahkan sebagai 'haram jadah'. Demikianlah situasi tipu daya yang dilakukan Dr MAZA.Buktinya, bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau tidak pernah mendokong fahaman Wahabi seperti tanggapan umum terhadapnya selama ini. Oleh itu, beliau menolak tanggapan bahawa beliau terbabit dalam usaha untuk mengembangkan fahaman tersebut ketika menjadi mufti Perlis. Sebaliknya, kata tokoh agama yang sering mengundang kontroversi itu, Wahabi tidak pernah bertapak di Perlis. Menurutnya, fahaman juga tidak sama dengan "Sunnah Perlis" yang diamalkan oleh sebahagian penduduk Perlis sekarang."'Sunnah Perlis' bukanlah Wahabi, sebaliknya satu aliran pembaharuan bagi memajukan umat Islam dalam pelbagai bidang," katanya kepada Malaysiakini hari ini."Perlis tidak pernah menjadi Wahabi. Buku-buku (tokoh Wahabi) Muhammad Abdul Wahab tidak pernah diajarkan di Perlis. Pandangannya tidak pernah timbul dan dirujuk.
Lihat: http://www.malaysiakini.com/news/113886
SELAMATKANLAH AQIDAHMU !!!
Olahan Tuan Blog :
" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "
07 November 2009
KDYMM SULTAN SELANGOR & MENTERI BESAR SOKONG JAIS...ARTIS-ARTIS SEKSI SOKONG DR.ASRI CABUL TAULIAH...nak jadi PENDERHAKA ke ???
SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH TEGAS ISU TAULIAH Sultan Sharafuddin Idris Shah Sultan Sharafuddin amat menitikberatkan isu berkaitan isu ceramah tanpa tauliah. “Baginda amat menitikberatkan fasal tauliah kerana ia (tauliah) adalah satu instrumen untuk memastikan setiap ceramah, khutbah serta kuliah agama yang diberikan selaras dengan tuntutan agama Islam. “Malah, perkara itu perlu (tauliah) bagimengelakkan ia terpesong, serta tidak dipolitikkan oleh sesetengah pihak,” Sumber : MENTERI BESAR SELANGOR SOKONG JAIS Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, tangkapan yang dilakukan oleh Jais terhadap Dr Mohd Asri adalah berdasarkan enakmen yang sudah diluluskan. “Jais mempunyai kuasa, mereka tidak memerlukan waran tangkap, itu hak mereka,” katanya Sumber : ARTIS-ARTIS SEKSI SOKONG DR.ASRI CABUL HAK JAIS |
06 November 2009
KES MEMORANDUM PGSM & DR. ASRI
Kenyataan di atas dilihat banyak kebenarannya kerana Dr. Asri selalu menyampaikan perkara yang dinilai bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah antaranya: -
( Dr. Asri dalam ceramahnya kerap membawa fahaman yang amat mirip kepada ajaran Tashbih/Tajsim (menyamakan Allah dengan makhluk). Ini terbukti apabila Dr. Asri mendakwa "Allah itu bersifat duduk di atas 'Arasy dan berada di atas 'Arasy".
(Rujuk ceramahnya berkisar ayat Istawa).
Dalam ceramah Dr. Asri di Taman Sri Ukay pada 20.Julai 2008 Dr. Asri memgunakan hadith Mutasyabihat dan dilihat ia diterangkan secara zahirnay sehingga dilihat membawa kepada Tashbih. Antaranya Dr. Asri mengatakan :
2- Nabi Muhammad merasai kesejukan jari jemari Allah pada dada Nabi. Pada minit ke 8.
3- DR. ASRI TIDAK MENGIKTIRAF AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH : ASY-SYAFI’E, HANAFI, MALIKI DAN HANBALI
Dr. Asri juga dilihat selalu mengunakan fahaman yang mirip kepada Wahhabi pabila menyatakan perihal akidah dalam kes mengisbatkan semua yang disandarkan kepada Allah secara fahaman yang zahir.
Perkara di atas bermaksud wujudnya kenyataan-kenyataan Dr. Asri yang dilihat terdapat ketidak seiringan dengan para ulama dan menjatuhkan kredibiliti ilmuan ulama. Demikian yang dimaksudkan dari perkataan ‘mencerca ulama’. Tidak semestinya seseorang itu mesti sampai ketahap memaki hamun ulama dengan perkataan kesat barulah dibolehkan kita mengatakan dia ‘mencerca ulama’. Apapun yang dimaksudkan Dr. Asri ‘mencerca ulama’ adalah kritikan pedasnya dan kenyataannya yang dilihat seolah menghina para ilmuan dan ulama.
(Rujuk ceramahnya berjudul Tarekat Sesat di AlMuhammadiyah 9. Ogos).
2- Dr. Asri Asri menghukum ulama dan golongan sufi sebagai sesat juga dengan mengunakan fakta palsu dan bohong yang direkanya sendiri. (Rujuk laman webnya Dakwaan Liwat). Ini adalah mirip kepada fahaman Wahhabi yang menyuruh umat Islam membunuh golongan dan ulama sufi dahulu sebelum memusuhi Yahudi.
3- Didapati Dr. Asi memberi kenyataan di dalamnya terdapat unsur jelas penghinaan kepada Imam Abu Hasan Al-Asy'ary dengan mengaitkan akidah beliau (Imam) serupa dengan ahli falsafah dan ilmu kalam. (Rujuk tulisanya berjudul Imam Syafi'e Antara Tanggapan&Fakta).
Dr. Asri yang sering menghina dan mencerca ilmu kalam mengaitkan pula Imam tersohor Abu Hasan Al-Asy'ary dengan erti lain kononnya berakidah ilmu kalam dan falsafah. Mengaitkan penghinaan ilmu kalam dengan Imam Abu Hasan Al-Asy'ary adalah satu cercaan yang boleh ditujukan kepada seluruh ulama dan umat Islam bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.
5. DR. ASRI MENOLAK HADITH AL-BUKHARI
Kata Dr. Asri :
Perkara ini adalah dilihat apabila Dr. Asri mengatakan solat hajat tidak dilakukan secara berjamaah sedangkan di Malaysia terdapat amalan tersebut. Dan sudah pasti kaedah yang dipegang oleh Dr. Asri bahawa jika satu amalan/ibadah itu tidak dilakukan dizaman Rasulullah maka ia adalah bid’ah yang sesat. Maka secara mafhumnya Dr. Asri menghina solat hajat iaitu solat hajat berjemaah atas dasar ia bid’ah yang sesat.
" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "
05 November 2009
MUFTI-MUFTI SOKONG JAIS...ARTIS-ARTIS SEKSI SOKONG DR. ASRI...ada apa-apa ke???
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/11/4/mstar_hiburan/20091103184240&sec=mstar_hiburan
MUFTI-MUFTI berkelulusan
UNIVERSITI AL-AZHAR ASLI (BUKAN PALSU)
SOKONG
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
-Sinar Pahang-
MUFTI PERAK, HARUSSANI ZAKARIA
termasuk saya sendiri. Jika saya hendak berceramah di negeri lain,
saya juga mohon tauliah.
- Sinar Pahang-
MUFTI PAHANG, ABDUL RAHMAN OTHMAN
PAHANG tidak membenarkan Dr Asri mengadakan ceramah di sini
atas dasar itu.
-Sinar Pahang-
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story5569563.asp
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story5570667.asp
http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/
" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "
04 November 2009
Sijil Dr. Asri Abdul Talib...Tulen atau Palsu???
- Adakah ianya ditulis pada masa yang sama dan orang yang sama ?
- Tulisannya juga kelihatan seperti berbeza?
- Benarkah sijil ini asli ?
- kenapa dia(maza) tak tunjukkan transkrip subjek yang dia dah ambik ?
" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "
03 November 2009
Mufti palsu...sijil palsu...apa sudah berlaku???..masyarakat tertipu...
Jakim: Asri palsukan kelulusan Syariah
KUALA LUMPUR 2 Nov. - Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin didakwa memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari Universiti Jordan.
Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zain AlGhari mendedahkan, berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Asri hanya melibatkan Bahasa Arab dan Sastera.
"Universiti Jordan tidak menawarkan dua pengkhususan dalam satu ijazah. Sekiranya seseorang itu berkelulusan syariah, minor pengajian biasanya melibatkan bidang berkaitan seperti 'fiqh wa usul'.
"Pengajian Bahasa Arab dibenarkan untuk mengambil minor Syariah tetapi hanya sebagai subjek elektif.
Sekiranya ia diambil sebagai elektif, maka ia tidak dikira sebagai pelajar syariah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan Mohd. Asri selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay semalam.
Penahanan Mohd. Asri pada pukul 12 tengah malam itu disebabkan beliau menyampaikan kuliah tanpa tauliah.
Dalam pada itu, Zamihan berkata, tindakan JAIS adalah berlandaskan Akta Kesalahan Syariah yang diguna pakai di seluruh negeri di bawah kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri.
Menurutnya, kebenaran mengajar agama di seluruh negeri memerlukan pentauliahan bagi menjamin keharmonian pegangan agama umat Islam di negara ini.
"Tidak kira seseorang itu professor sekalipun, dia perlu memohon dan menghadiri temu duga yang dijalankan oleh pihak agama Islam negeri," katanya.
Beliau turut mendakwa, pendekatan Asri banyak menggunakan metodologi fahaman Wahabi iaitu sayap dalam Islam yang memahami ajaran agama secara ekstrem.
Menurutnya, golongan tersebut tidak mengikut pendekatan mazhab yang diamalkan di negara ini.
"Bacaan talkin, tahlil, wirid, qunut dan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat semuanya dikatakan bidaah sekali gus mengelirukan masyarakat di negara ini.
"Selain itu, kebanyakan hujahnya juga banyak bertentangan dengan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya.
Sumber :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm
" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "
02 November 2009
Tanda-Tanda Kiamat - munculnya mufti palsu !
– UTUSAN/Ahmad Zakki Jilan
-------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay dekat sini, malam ini.
Penahanan Mohd. Asri pada pukul 12 tengah malam itu disebabkan beliau menyampaikan kuliah tanpa tauliah.
Bagaimanapun beliau dibebaskan selepas keterangannya diambil hampir sejam di balai polis Ulu Klang.
Sebelum ditahan, sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS berada di luar rumah banglo itu sejak pukul 8 malam.
Dianggarkan, terdapat kira-kira 100 orang hadir mengikuti kuliah tersebut.
Anggota polis dan JAIS mula memasuki pekarangan kediaman itu selepas orang ramai meninggalkan banglo tersebut kira-kira pukul 9.30 malam.
Pegawai JAIS kemudiannya dilihat berbincang dengan Mohd. Asri kira-kira sejam, sebelum beliau dibawa tanpa digari ke Balai Polis Ulu Klang.
Mohd. Asri sempat memberitahu para pemberita yang turut berada di kediaman itu supaya mengikutnya ke balai polis tersebut kerana beliau mahu memberi penjelasan mengenai kejadian itu.
Turut berada di banglo itu ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib.
Semalam, Mohd. Asri mendakwa Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Pgsm) memfitnahnya dalam memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin baru-baru ini.
Mohd. Asri yang juga kolumnis Minda Dr. Maza dalam akhbar Mingguan Malaysia berkata, antara tuduhan fitnah dalam memorandum bertarikh 12 Oktober lalu yang dimuatkan di laman web Pgsm mendakwa beliau tidak mengiktiraf iktikad ahli sunnah dan keluar daripada mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hambali serta menolak hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.
Pgsm hari ini mengaku menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah sebarang cadangan melantik Mohd. Asri sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
Presidennya, Mohamad Isa Abd. Ralip berkata, tindakan itu diambil bagi menjaga kepentingan seluruh umat Islam di negara ini.
Sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
28 Oktober 2009
12 Oktober 2009
Ceramah Dan Pengajian Kitab Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Di
MASJID SOBIRIN
KULIAH BULANAN
Mukadimah bertajuk :
" PENJELASAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH "
Penceramah dan Pengajar :
USTAZ
AHMAD FAIDZURRAHIM
AL-HAJJ MUHAMMAD 'ALAWY
KHAZANAH SALAFIYYAH
www.khazanah-salafiyyah.blogspot.com
Tarikh :
9/10/ 2009(JUMAAT)
&
23/10/2009(JUMAAT)
Masa :
Selepas Solat Maghrib
Tempat :
MASJID SOBIRIN
AU5, LEMBAH KERAMAT
HULU KELANG, SELANGOR
Maklumat lanjut boleh hubungi:
Saudara Azli
(0133324019)
MOHON SEBARAN
DEMI ALLAH UNTUK ISLAM !!!
" ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT "
" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "
Kitab Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Di
MASJID SOBIRIN
KULIAH BULANAN
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEia06JRTqCAjeqPO0VX8HeI0Fm1lugoki5n5PZ_aQlRz4RoyFIRbH9TyFJFS7W3AuXaluFxc4KWMXW-gKC_niVncOYSUt581nIa0wrJGdIZQwQ3xsi9_45DM7zQ6s5Cs-w2GpW0PIxDIFY/s200/Aqidah+Muslimin.jpg
Mukadimah bertajuk :
" PENJELASAN AKIDAH
AHLI SUNNAH WAL JAMAAH "
Penceramah dan Pengajar :
USTAZ
AHMAD FAIDZURRAHIM AL-HAJJ
MUHAMMAD 'ALAWY
KHAZANAH SALAFIYYAH
www.khazanah-salafiyyah.blogspot.com
Tarikh :
9/10/ 2009(JUMAAT)
DAN:
23/10/2009(JUMAAT)
(KHAMIS)
Masa :
Selepas Solat Maghrib
Tempat :
MASJID SOBIRIN
AU5, LEMBAH KERAMAT
HULU KELANG, SELANGOR
Maklumat lanjut boleh hubungi:
Saudara Azli
(0133324019)
MOHON SEBARAN
DEMI ALLAH UNTUK ISLAM !!!
" ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT "
" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "
14 Julai 2009
Hadiah Surah al-Ikhlas
Dan hal ini (yakni manfaat amalan tersebut) telah dilihat dalam mimpi-mimpi yang berkat (yakni ru'yatush sholihah / mimpi-mimpi yang benar sebagaimana disabdakan oleh Junjungan bahawa ianya adalah 1/46 daripada nubuwwah).
Maka sewajarnya seseorang itu membaca surah al-Ikhlash menurut bilangan tersebut (yakni 11 kali), sama ada pada setiap malam atau pada setiap hari, atau lebih kerap daripada itu ataupun kurang daripada itu, walaupun hanya setiap malam Jumaat, dan dihadiahkannya pahala yang sedemikian itu kepada dua ibubapanya, para gurunya dan mereka-mereka yang mempunyai hak atasnya.
Wahai diri, amalkanlah anjuran Imam al-Haddad r.a. ini, mudah-mudahan bermanfaat buat ibubapamu, guru-gurumu dan saudara-saudaramu yang telah berpulang dan juga bermanfaat buat dirimu yang bakal menyusuli mereka.
**********************************************
Cara Membaca Surah al-Ikhlas - Ust. Asbahanie :
Dipetik daripada : http://bahrusshofa.blogspot.com
Olahan : Tuan Blog - www.al-hanief.blogspot.com
" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "
10 Julai 2009
Kuliah Aqidah Ahlussunnah Wal Jama'ah Di UPM
Aqidah Ahlussunnah Wal Jama'ah
Anjuran:
SEKRETARIAT KEROHANIAN KOLEJ 14
KOLEJ SERUMPUN, UPM SERDANG
(SABTU)
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM
+ BONUS HEBAT
KULIAH MINGGUAN
PENGAJIAN TALAQQI
KITAB AQIDAH MUSLIMIN
SETIAP SABTU MALAM AHAD
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
BERMULA 18 JULAI 2009
BERTEMPAT DI
SURAU MUHAMMAD AL-FATEH,
KOLEJ SERUMPUN, UPM SERDANG.
OLEH :
USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM
TUAN BLOG KHAZANAH SALAFIYYAH
www.khazanah-salafiyyah.blogspot.com
Maklumat Terperinci SIla Hubungi :
SAUDARA HANIS
(019 7658242)
SERUAN DARI HATI KE HATI BUAT SISWA-SISWI UPM YANG DAHAGAKAN SECANGKIR ILMU WARISAN AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH...
HADIRKANLAH DIRI KALIAN SERAMAI-RAMAINYA KE MAJLIS ILMU YANG PENUH BARAKAH...
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI !!!