Cari Blog Ini

19 Februari 2009

AQIDAH ' ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT ' - AQIDAH PARA NABI


ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT

Assalamu'alaikum semua.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Alhamdulillah Tuhan Sekalian alam. Alhamdulillah telah memberi hidayah kepada kita semua, jika bukan dengan pemberian hidayah Allah kepada kita, kita semua tidak akan mendapat hidayah kecuali Allah menetapkan hidayah kepada kita.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad Rasulullah,ahli keluarga baginda, para sahabat dan pengikut baginda.

Maka disini Kami katakan:

Wahai seluruh umat Islam!
Ketahuilah sesungguhnya kepercayaan bahawa "Allah Ta'ala Wujud Tanpa Bertempat" merupakan akidah Junjungan Besar kita Nabi Muhammad, para sahabat, Ahlil Bayt baginda dan semua yang mengikut mereka dengan kebaikan.



Ini kerana Allah Ta'ala tidak memerlukan kepada makhluk-makhlukNya, Azali dan Abadinya Allah tidak memerlukan kepada selainNya. Maka Allah tidak memerlukan kepada tempat untuk diduduki dan tidak pula memerlukan kepada benda untuk diliputiNya dan Dia tidak memerlukan kepada arah. Cukup sebagai dalil pada mensucikan Allah dari bertempat atau berarah itu dengan firman Allah Ta'ala :



yang bermaksud:

" Tiada sesuatupun yang menyerupai Allah".

Sekiranya Allah bertempat maka sudah pasti bagiNya persamaan dan berukuran tinggi lebar, dalam, dan sesuatu yang sedimikian pastinya adalah makhluk dan memerlukan kepada yang lain menetapkan ukuran panjangnya, lebarnya, dalamnya. Demikian tadi dalil 'Allah Wujud Tanpa Bertempat' dari Al-Quran.

Manakala dalil dari hadith Nabi pula adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan selainnya dengan sanad yang sohih bahawa Rasulullah (Selawat dan Salam ke atas Baginda) bersabda :



yang bermaksud :
"Allah telah sedia wujud (azali) dan selain Allah tiada sesuatupun yang sedia wujud (Azali)
dan adapun 'arasy-Nya di atas air ".

Makna hadith Nabi tadi adalah Allah telah sedia ada pada azal lagi, tidak ada bersama Allah selainNya, air belum ada lagi, udara belum ada lagi, bumi belum wujud lagi, langit belum wujud lagi, kursi belum ada lagi, arasy belum ada lagi, manusia belum wujud lagi, jin belum wujud lagi, malaikat belum ada lagi, masa belum ada lagi, tempat belum wujud lagi dan arah juga belum wujud lagi.

Manakala Allah telah sedia wujud tanpa tempat sebelum tempat dicipta dan Allah tidak sama sekali memerlukan kepada tempat. Inilah yang dinyatakan dari Hadith Nabi tadi. Saidina Ali (semoga Allah meredhoinya) berkata:



" Allah telah sedia ada tidak bertempat dan Allah sekarang juga atas sediakalaNya tanpa bertempat".
Diriwayatkan oleh Imam Abu Mansour Al-Baghdady dalam kitabnya Al-farqu Bainal Firaq.

Dari segi akal, sebagaimana diterima akan kewujudan Allah ta'ala itu tanpa tempat dan tanpa arah sebelum adanya tempat dan arah maka benarlah kewujudan Allah itu setelah mencipta tempat Dia tidak bertempat dan tidak memerlukan arah.
Semua dalil ini, bukanlah menafikan kewujudanNya sepertimana yang dituduh oleh ajaran yang menjisimkan dan menyamakan Allah dengan makhluk pada zaman ini iaitu ajaran Wahhabiyah.


Kita mengangkat tangan ke langit ketika berdoa bukanlah kerana Allah berada dilangit akan tetapi kita mengangkat tangan ke langit kerana langit merupakan kiblat bagi doa, tempat terkumpulnya banyak rahmat dan berkat. Sepertimana kita menghadap ke arah ka'bah ketika solat tidaklah bererti Allah itu berada di ka'bah akan tetapi kerana ka'bah itu kiblat bagi solat. Inilah yang telah dinyatakan oleh para ulama Islam.

Saidina Ali (semoga Allah meredhoinya) turut menjelaskan:
" Akan kembali satu kaum dari umat ini ketika hampir hari kiamat kelak mereka menjadi kafir, lantas sesorang lelaki bertanya: ' Wahai amirul mu'minin! Kekufuran mereka itu disebabkan apa? kerana mengada-adakan sesuatu dalam urusan agama atau mengingkari sesuatu dalam agama?' Saidina Ali menjawab: Kekufuran mereka kerana mengingkari sesuatu dalam agama iaitu mereka mengingkari Pencipta mereka dengan menyifatkan Pencipta itu berjisim dan beranggota". Diriwakan oleh Ibnu Al-Mu'allim Al-Qurasyi dalam kitabnya berjudul Najmul Muhtady Wa Rojmul Mu'tady.

Berkata Imam Zainul Abidin (semoga Allah meredhoinya) :

" Engkaulah Allah yang tidak diliputi tempat". Diriwayat oleh Al-Hafiz Az-Zabidy.

Imam Abu Hanifah menyatakan dalam kitabnya Fiqhul Absat:

" Allah ta'ala telah sedia ada tanpa tempat, Allah telah sedia wujud sebelum mencipta makhluk, dimana sesuatu tempat itu pun belum wujud lagi, makhluk belum ada lagi sesuatu benda pun belum ada lagi, dan Allah lah yang mencipta setiap sesuatu.

Dinyatakan dengan sanad yang sohih oleh Imam Baihaqi dari Abdullah bin Wahb berkata:

" Ketika kami bersama dengan Imam Malik, datang seseorang lelaki lantas bertanya: 'Wahai Abu Abdillah Imam Malik! 'Ar-Rahman 'Alal Arasyi Istawa' bagaimana bentuk istiwa Allah? maka Imam Malik kelihatan merah mukanya kemudian beliau mengangkat wajahnya lantas berkata: 'Ar-Rahman 'Alal Arasyi Istawa' ianya sepertimana yang telah disifatkanNya dan tidak boleh ditanya bentukNya kerana bentuk itu bagi Allah adalah tertolak dan aku tidak dapati engkau melainkan seorang pembuat bid'ah! maka keluarkan dia dari sini".

Manakala riwayat yang berbunyi 'dan bentuk bagi Allah itu adalah dijahili' ianya riwayat yang tidak sohih.

Imam kita Imam Syafie (semoga Allah meredhoinya) telah berkata:

" Barangsiapa mempercayai Allah itu duduk di atas Arasy maka dia telah kafir".
Diriwayatkan oleh Ibnu Al-Mu'allim Al-Qurasyi dalam kitabnya Najmul Muhtady Wa Rojmul Mu'tadi.

Berkata juga Imam Ahmad bin Hambal (semoga Allah meredhoinya) :

" Barangsipa yang mengatakan Allah itu jisim tidak seperti jisim-jisim maka dia juga jatuh kafir".
Diriwayat oleh Al-Hafiz Badruddin Az-Zarkasyi dalam kitabnya Tasynif Al-Masami'.

Berkata Imam Ahli Sunnah Wal jamaah Imam Abu Hasan Al-Asy'ary dalam kitabnya berjudul An-Nawadir:

" Barangsiapa yang mempercayai Allah itu jisim maka dia tidak mengenali Tuhannya dan sesungguhnya dia mengkufuri Allah".

Maka jelaslah dari kenyataan Imam Al-Asy'ary tadi bahawa kitabnya yang berjudul Al-Ibanah pada hari ini telah ditokok tambah.


Berkata Imam Abu Ja'far At-Tohawi yang mana beliau ini merupakan ulama As-Salaf As-Soleh :


" Maha suci Allah dari mempunyai ukuran, penghujung, sendi, anggota dan benda-benda kecil dan Allah tidak diliputi dengan mana-amana arah enam sepertimana makhlukNya".

Beliau berkata lagi:

" Barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan sifat-sifat makhluk maka dia jatuh kafir".

Antara sifat makhluk adalah bergerak,duduk diam, turun, naik, bersemayam, duduk, berukuran, bercantum,berpisah, berubah, berada di tempat,berarah, berkata-kata dengan huruf, suara, bahasa dan lain-lain.

Telah dinukilkan oleh Imam Al-Qorofy dan Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitamy dan selainya menukilkan kenyataan bahawa:

" Imam Syafie, Imam Malik Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah (semoga Allah meredhoi mereka) berkata bahawa jatuh hukum kufur bagi sesiapa yang berkata Allah itu ber-arah dan berjisim dan benarlah penghukuman Imam-imam tadi".

Wahai seluruh orang-orang muslim.
Kami mengakhiri penjelasan ini dengan ungkapan kaedah yang dinyatakan oleh Imam Ahmad Bin Hambal (semoga Allah meredhoinya) :

" Segala yang terbayang dibenak fikiranmu maka ketahuilah bahawa Allah tidak sedemikian" . Dan ini merupaka kaedah yang telah disepakati disisi seluruh ulama Islam.

Berkata Imam kita Abu Bakar (semoga Allah meredhoinya) :

"Merasai diri itu lemah dari membayangi zat Tuhan maka itulah tauhid mengenal Tuhan dan memcari-cari serta membayangkan zat Tuhan itu pula adalah kufur dan syirik".

Alhamdulillah kita berada dalam akidah yang benar ini, memohon kepada Allah ta'ala agar mematikan kita diatas pegangan ini. Amin ya Arhamar Rohimin Wa akhiru da'wana 'anil hamdulillahi robbil 'alamin.

Disediakan Oleh Tuan Blog :
www.al-hanief.blogspot.com
( 012 9879948 )

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

18 Februari 2009

SYI'AH - ANCAMAN DAN TENTANGAN TERHADAP AQIDAH ISLAM




SYI'AH
ANCAMAN DAN TENTANGAN
TERHADAP AQIDAH ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan Pencipta alam, Maha Suci daripada berpenghujung, bersudut mahupun beranggota tubuh, tiada pula diliputi arah yang enam (atas, bawah, kanan, kiri, depan & belakang) sebagaimana seluruh kejadianNya. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallaahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga serta Para Sahabat Baginda seluruhnya.

Mutaakhir ini umat Islam khususnya Ahli Sunnah Wal Jama'ah berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman dan tentangan samada dari golongan yang menzahirkan mereka bukan Islam seperti Yahudi dan Nasrani (Kristian) mahupun golongan yang bertopengkan Islam (mengaku sebagai Islam) seperti Rofidhoh Syi'ah Mu'tazilah Hizbut Tahrir, Mujassimah Musyabbihah Wahhabiyyah, Khawarij Ikhwanjiyyah , Liberal Sisters In Islam dan banyak lagi. Ancaman, tentangan serta serangan dari golongan ini merupakan Ibtila' (ujian) Allah terhadap kita semua umat Islam di zaman kini yang berpegang dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah agar terus mempertahankan, memperjuangkan serta menghidupkan Sunnah (Aqidah dan Syariat) bagi mendapatkan ganjaran syahid (dalam peperangan). ini bersumberkan dari hadith baginda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bayhaqiyy :

مَنْ أَحْيَا سُنَّتِي عِنْدَ فَسَادِ أُمَّتِي فَلَهُ أَجْرُ شَهِيدٍ

Maksudnya :
" Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku (Aqidah dan Syariatku) ketika rosaknya umatku, maka baginya ganjaran pahala syahid"

Menyedari betapa pentingnya mempertahan dan memperjuangkan Aqidah Islam bermanhajkan Ahlussunnah Wal Jama'ah ini, saya selaku Tuan Blog Al-Hanief berusaha sedaya dan seada mungkin membuat rujukan, susunan serta olahan berkenaan ancaman dan tentangan terhadap Islam secara berfakta dan ilmiyyah. Artikel ini merupakan Ancaman & Tentangan Siri Pertama, InsyaAllah Siri yang kedua akan menyusul sesudah ini. - www.al-hanief.blogspot.com

ANCAMAN 1 : BAHAYA SYI'AH

Fahaman Syi'ah atau dikenali juga sebagai Rofidhoh jelas terkeluar daripada Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah kerana percanggahan ketara dari pelbagai sudut dan yang paling asas dalam soal-soal aqidah. Rasulullah telah memberikan peringatan dan mengkhabarkan tentang kemunculan golongan ini di akhir zaman.

Di Antara Kesesatan Syi'ah Dalam Aqidah :

- Mendakwa Imam-imam mereka adalah ma'sum (معصوم).

- Hanya berpandukan Quran dan Hadith versi Syi'ah.


- Para sahabat dihukum kafir kerana tidak melantik Sayyidina Ali sebagai khalifah selepas kewafatan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam.


- Syi'ah mengkafirkan Sayyiduna Abu Bakar dan Sayyiduna 'Umar bahkan mendakwa mereka adalah berhala Laata & 'Uzza.
Jika para Sahabat seperti Sayyiduna Abu Bakar itu ahli neraka ? dari manakah penganut ajaran Syi'ah ini mengambil agama mereka ? Bukankah agama itu sampai kepada kita melalui perantaraan para sahabat Nabi ?

- Bukankah al-Quran itu sampai kepada kita melalui perantaraan para sahabat Nabi ? Demikianlah betapa karut-marut dan sesatnya ajaran Syi'ah. Lihat bukti dari kitab rujukan mereka sendiri Bihar al-Anwar :


- Syi'ah dakwa Al-Quran ada kepalsuan.


- Syi'ah mendakwa Sayyidina Ali (Khalifah ke 4) adalah nyamuk berpunca dari tafsiran mereka terhadap Al-Quran secara salah & melulu.





Di Antara Kesesatan Syi'ah Dalam Furu' (فروع) :
  • Tidak menerima Qiyas (قياس)
  • Tidak menerima ijma' (إجماع)
  • Hukum agama hanya untuk orang awam dan bukan Imam.
  • Solat Syi'ah - Mereka wajibkan sujud di atas batu 'karbala'
- Nikah mut'ah (متعة) dihukumkan halal. Ini bercanggah sama sekali dengan ijma' para ulama' dimana nikah mut'ah dihukumkan sebagai zina. Syiah sering menuduh Saidatuna A'isyah melakukan zina maka Allah balakan kepada mereka dengan anak-anak haram zina hasil dari amalan mut'ah mereka.



Dan banyak lagi kesesatan mereka yang pembongkarannya akan menyusul dari masa ke semasa, InsyaAllah.

MODUS OPERANDI SYI'AH
DI MALAYSIA & DI NEGARA JIRAN MALAYSIA :

Golongan Syiah terutama di malaysia dan beberapa buah negara kejiranan yang lain menyebarkan fahaman pegangan mereka ibarat 'api dalam sekam' , membakar tanpa kelihatan kerana pergerakan da'yah mereka adalah secara sembunyi dan licik. Mereka menyembunyikan identiti aqidah pegangan mereka dari kacamata umum.

Berikut adalah diantara modus operandi mereka :

- Mereka mengaku sebagai keturunan Nabi, Ahli Bait Nabi (أهل بيت النبي)

- Mereka mengaku sebagai pencinta Ahli Bait Nabi (
konon-kononnya...)

- Mendakwa mengikut jalan Penghulu keluarga Rasulullah seperti Sayyidina Hassan, Sayyidina Hussain, Ayahanda mereka Sayyidina Ali, Ali Ibnu Al-Hussain dan Zaid Ibnu Ali.

- Mendakwa sebagai penentang Amerika.

- Menggalakkan anak-anak dara mereka untuk bernikah mut'ah (nikah kontrak) sebagai daya tarikan dan insentif kepada kaum lelaki.

AMALAN-AMALAN SONGSANG GOLONGAN SYI'AH

SYI'AH DI HARI 'ASYURA' (10 MUHARRAM)

Golongan Syi'ah mendakwa pada hari pembunuhan Sayyidina Hussain, hujan darah telah turun mencurah-curah dari langit. Demi mengenang dan meluahkan rasa kesedihan serta merasai sendiri kesakitan sebagaimana yang ditanggung oleh Sayyidina Hussein (konon-kononnya) , Syi'ah memerintahkan penganutnya untuk melukakan diri sendiri dengan senjata tajam seperti pisau, parang dan pedang.

Cecair Merah Ditubuh Mereka Ini Bukan Cat,,,
Ini Darah Mereka Sendiri !!!




Bukan itu sahaja !
Syi'ah bahkan mengajar dan mendidik kanak-kanak kecil mereka untuk menyiksa diri dengan melukakan badan mereka menggunakan cangkuk besi....




disuruh berjalan di atas bara api...



Jangan tak percaya!!!
Bayi kecil yang masih menyusu pun turut dilukakan dan ditarah kepala oleh ibu bapanya sendiri semata-mata melaksanakan kepercayaan karut mereka.



AWAS !!!

MAHUKAH ANDA SEMUA MELIHAT PERKARA SEPERTI DALAM GAMBAR DI ATAS BERLAKU DI DALAM MASYARAKAT KITA ??? BERDASARKAN FAKTA, JELAS TERBUKTI BAHAWA SYI'AH PEROSAK ISLAM. JAUHILAH MEREKA DAN BERHATI-HATILAH DARIPADA TERPENGARUH DENGAN AJARAN KUFUR MEREKA.

Seruan Ikhlas Dari Tuan Blog
Khusus Kepada Golongan Ashraf, Syed-Syed dan Habaib
Berketurunan Rasulullah Yang Dimuliakan Allah :



JANGAN CEPAT TERMAKAN DENGAN KATA-KATA MANIS GOLONGAN SYI'AH YANG SENTIASA MEMUJI DAN MENGAKU MENCINTAI AHLUL BAYT, ITU SEMUA ADALAH TIPU MUSLIHAT MEREKA YANG INGIN MENGSYI'AHKAN AHLUL BAYT YANG SEBENAR DI TANAH AIR KITA.

KITA TIDAK RELA MELIHAT ANAK-ANAK GADIS KITA DIMUT'AHKAN SEPERTI SEORANG BOHSIA DAN BAYI-BAYI KITA DITOREH DAN DITARAH KEPALANYA DENGAN PISAU BELATI.

TUAN BLOG TELAH MENDAPAT KHABAR YANG SOHIH BAHAWA TELAH ADA DARI KALANGAN HABAIB YANG TERPENGARUH BAHKAN TELAH MENJADI SYI'AH (TASYAYYU') DISEBABKAN KEJAHILAN MEREKA TENTANG ILMU AHLUSSUNNAH WAL-JAMA'AH.

Wallaaahu Aa'lam.


Disediakan Oleh :
Tuan Blog Deen Al-Hanief
(012 9879948)
www.al-hanief.blogspot.com

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "


JOM TALAQQI KITAB AQIDAH !


PENGAJIAN
KITAB AKIDAH MUSLIMIN

SECARA TALAQQI

(TALAQQI : BELAJAR DARIPADA GURU
YANG THIQQAH & BERSANAD)


AKAN DISAMPAIKAN OLEH :



YBHG. AL-FADHIL
AL-USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM
MOHD AL-HAJJ ALAWI


HP : 0199181278
EMAIL : fa_him@hotmail.com


TEMPAT :


SURAU MADRASAH ITTIHAD DIINIYYAH,
SEKSYEN 6, SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN


MASA:

SELEPAS SOLAT MAGHRIB

SETIAP JUMAAT MINGGU PERTAMA & KETIGA


UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI :


USTAZ HANIF AL-HAFIZ
(019 3811979)




" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "