Cari Blog Ini

27 Mei 2009

CERAMAH MULIA

Ceramah Ter - Istimewa
Di
BUKIT JELUTONG



Tajuk :
" PENJELASAN MANHAJ
AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
"



Penceramah :
AL-FADHIL ASY-SYEIKH
AHMAD FAIDZURRAHIM AL-HAJJ
MUHAMMAD 'ALAWY


Tarikh :
28 Mei 2009
(KHAMIS)


Masa :
Selepas Solat Maghrib




Tempat :
Masjid Bukit Jelutong
Lot No 1, Jalan Mimbar u8/13, Bukit Jelutong
40150 Shah Alam Selangor.


KEPADA SEMUA PENCINTA ILMU
KHUSUSNYA WARGA SHAH ALAM...
ANDA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI !!!

BERSAMA MENGHARAPKAN KEREDHOAN ILAHI

MOHON SEBARAN
DEMI ALLAH UNTUK ISLAM !!!

www.al-hanief.blogspot.com

" ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT "


" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

18 Mei 2009

DATO' MUFTI : AQIDAH AHLUSUNNAH WAL JAMA'AH & BAHAYA WAHHABI

Jom! Program Mufti Melaka Bersama Ummah

SERTAILAH PROGRAM MUFTI MELAKA BERSAMA UMMAH.
MENJELASKAN ISU-ISU SEMASA BERKAITAN AQIDAH DAN ANCAMAN TERHADAP
AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH SERTA BAGAIMANA CARA MENGATASINYA.


Tempat:
MASJID MELEKEK LUAR,
ALOR GAJAH,

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.

Tarikh:
22hb MEI 2009

Hari:
Jumaat

Masa:
6.00 Petang - 10.00 Malam.

Bayaran:
PERCUMA TAK PAYAH BAYAR APA-APA!

Aturcara:

6.00 ptg:
Pameran Jabatan Agama & Jabatan Mufti Melaka


7.00 mlm:
Persiapan dan Solat Maghrib


7.30 mlm:
Kata-kata aluan YB


7.45 mlm:
Ceramah Isu Semasa & Aqidah Islam Serta Bahaya Ajaran Songsang Oleh: Datuk Wira Hj. Rashid Redza Bin Hj. Md. Saleh Mufti Negeri Melaka & Penceramah Khas Jemputan Jabatan Mufti Negeri Melaka

9.30 mlm:
Solat Isyak berjemaah


9.45 mlm:
Jamuan Makan


10.00 mlm:
Bersurai.



" SEMUA DIJEMPUT HADIR DENGAN BERADAB DALAM MAJLIS ILMU "

" MAKHLUK PEROSAK & VIRUS-VIRUS SEPERTI
WAHHABI, SYIAH, HIZBUT TAHRIR DAN LIBERAL
DILARANG BUAT KACAU !"


!!! DOK DIAM-DIAM !!!



...MOHON SEBARAN...
'DEMI ALLAH UNTUK ISLAM'

" ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT "

Disediakan Oleh Tuan Blog :
www.al-hanief.blogspot.com
_____________________________

Untuk maklumat lanjut sila layari:


http://www.al-azim.com/jmm/main.php

www.al-azim.com

---------
Program Mufti Bersama Ummah Negeri Melaka

Pengenalan

Mufti merupakan institusi tertinggi dalam hirarki kepimpinan agama bagi sesebuah negeri. Kedudukan yang demikian ini menyebabkan masyarakat merasa terasing dan sukar untuk mendampingi serta mengenalinya dengan lebih dekat. Mufti selaku ketua agama pula, perlu mendekati ahli masyarakat untuk menyelami dan memahami keadaan mereka supaya dapat menangani permasalahan dan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu isu agama dengan lebih realistik. Program Mufti Bersama Ummah ini merupakan satu pendekatan Jabatan Mufti Melaka dalam usaha mendekatkan masyarakat dengan fungsi jabatan ini dalam menjelaskan sesuatu isu yang menimbulkan kontroversi menurut perspektif hukum syarak.

Objektif

1. Memperkenalkan institusi Mufti kepada masyarakat dengan lebih dekat
2. Mengeratkan hubungan silaturrahim dan kemesraan antara institusi Mufti dan masyarakat setempat
3. Memberi kefahaman kepada masyarakat setempat mengenai isu yang kurang jelas berkaitan perkara agama melalui sesi ceramah dan pengedaran risalah-risalah yang berkaitan
4. Dapat menyelesaikan urusan pentadbiran masjid yang ada kaitan dengan Jabatan Mufti melaka seperti sempadan kariah, arah kiblat, hukum syarak dan sebagainya.

Sasaran

Penduduk kariah setempat dan yang berhampiran serta Jawatankuasa Masjid.

Pendekatan

Penyampaian khutbah/ceramah menyentuh isu semasa dengan menggunakan bantuan multimedia dan LCD projektor. Selain dari penyampaian khutbah/ceramah, pihak Jabatan Mufti Negeri Melaka turut bersama-sama menjemput lain-lain agensi untuk mengadakan sesi pameran di masjid-masjid terpilih.

Disediakan Oleh Tuan Blog :
www.al-hanief.blogspot.com

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

13 Mei 2009

PROGRAM ILMIYYAH SISWAZAH SELURUH MALAYSIA (Peta Lokasi Disertakan)

MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ [Siri 2]
[23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]

Anjuran :


PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),

&


Kolej Dar Hikmah,
Jalan Sungai Ramal Dalam,
43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan


OBJEKTIF :

* Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
* Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
* Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
* Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

TEMA :
Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

TARIKH :
23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H

TEMPAT :


Kolej Dar Hikmah,
Jalan Sungai Ramal Dalam,
43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan


TENAGA PENGAJAR SENSASI LAGI BERPRESTASI TINGGI :


Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
(012 2850578)
Tuan Punya:-
www.abu-syafiq.com
www.abu-syafiq.blogspot.com


Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
(012 2465518)
Tuan punya :-
www.al-ghari.blogspot.com


Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
(019 9181278)
Tuan Punya :-
www.khazanah-salafiyyah.blogspot.com


SASARAN :
Seramai 150 orang yang terdiri dari:
* Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
* Orang Awam
* Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

YURAN TERAMAT MURAH !!!
RM 15 [INDIVIDU]

MODUS OPERANDI :
Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu 'Asakir (Aqidah Mursyidah).

(Talaqqi kitab/Pembentangan/)

TENTATIF PROGRAM

Sabtu (23/05/2009)

7:30 pagi : Sarapan dan Pendaftaran

8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;

Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli

Timbalan Presiden PKPIM

9: 15 pagi : Slot 1 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

Syarah Kitab Aqidah Muslimin (Diiktiraf Universiti Al-Azhar).

10:45 pagi : Minum pagi

11:00 pagi : Slot 2 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

Penjelasan Ajaran Bertentangan Dengan Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor

2:00 petang : Slot 3 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

Kitab Mukhtasor (1).

4:00 petang : Slot 4 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

Kitab Mukhtasor (2).

6:00 petang : Makan Malam

7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’

9:00 malam : Slot 5 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

Penjelasan Bid'ah & Ancaman Terhadap Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

9:45 malam: Slot 6 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

Talaqqi & Ijazah Kitab Aqidah Ibnu 'Asakir (Aqidah Mursyidah).

10:00 malam : Minum malam & Berehat


Ahad (24/05/2009)

4:00 pagi : Qiamullail

6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi

8:30 pagi : Slot 7 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

10:30 pagi : Minum pagi

11:00 pagi : Slot 8 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh;

Saudara Mohd Hilmi B. Ramli

Presiden PKPIM

1:00 tghari : Makan Tengahari

2:00 petang : (Check-out)


Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi ;

Saudara Ikhram Husin [019-3731744]
Saudari Izzah Khanani [013-2197192]

...MOHON SEBARAN...
'DEMI ALLAH UNTUK ISLAM'

" ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT "


http://almukminun.blogspot.com/2009/05/majlis-pengajian-intensif-kitab-turath.html

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

06 Mei 2009

AGAK LEWAT TAPI MASIH BELUM TERLLAMBAT....

Kasih Ibu membawa ke Syurga...



" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

Maha Suci Allah Dari Berjisim & Beranggota Tubuh - JAKIM


Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz
Ketua Pengarah JAKIM



JAKIM :

‘‘Tetapi kalau dimaksudkan Allah itu adalah Tuhan yang mempunyai anak dan diperanakkan, yang mempunyai tangan dan kaki dengan sifat-sifat tertentu, maka itu bukan Allah, inilah jawapan Jakim,”
____________________

Jakim pertahan perkataan Allah hanya untuk Islam

PUTRAJAYA 2 Mac – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tetap berpendirian bahawa perkataan Allah tidak boleh digunakan untuk agama lain selain Islam, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Beliau menegaskan, langkah itu selaras dengan keputusan jemaah menteri sejak sekian lama dan larangan penggunaan nama Allah serta beberapa istilah Islam lain turut diwartakan oleh 10 buah negeri. ‘‘Kita perlu menghormati keputusan jemaah menteri dan undang-undang sedia ada yang telah diperkenankan oleh Sultan dan Raja-Raja Melayu. ‘‘Jadi, keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik perintah membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan agama lain adalah satu langkah profesional yang menghormati undang-undang sedia ada,” katanya.

Wan Mohamad berkata demikian pada sidang akhbar mengenai sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1430 Hijrah di sini hari ini.
Beliau mengulas pandangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam yang menganggap tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan. Bagaimanapun Menteri Besar Kelantan itu menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama Kristian.

Setakat ini hanya Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak mempunyai undang-undang yang memaktubkan tentang pengharaman penggunaan perkataan Allah kepada agama lain.


Wan Mohamad berkata, sekiranya penganut agama lain mengiktiraf dan berikrar bahawa tuhan mereka adalah Allah yang Maha Esa seperti yang diakui oleh orang Islam, maka beliau orang pertama yang paling gembira. ‘‘Allah adalah Tuhan yang tidak mempunyai anak atau diperanakkan, jika ini yang diterima, maka ia adalah satu kejayaan dalam dakwah kita. ‘‘Tetapi kalau dimaksudkan Allah itu adalah Tuhan yang mempunyai anak dan diperanakkan, yang mempunyai tangan dan kaki dengan sifat-sifat tertentu, maka itu bukan Allah, inilah jawapan Jakim,” jelas beliau.

Beliau menyatakan, pada peringkat awal jika perkataan Allah dibenarkan untuk digunakan oleh agama lain, ia akan mengelirukan banyak pihak.
‘‘Lazimnya kekeliruan akan membawa kepada ketegangan dan ini patut dielakkan kerana Malaysia kaya dengan sejarah ketegangan agama dan kaum. ‘‘Jadi, bagi pihak pemerintah, kita bertanggungjawab memastikan keamanan dan persefahaman antara agama dan adalah lebih baik kita ambil langkah awal untuk mengelakkan ketegangan,” katanya.

Justeru Wan Mohamad berkata, Jakim bersedia mengadakan dialog antara agama bagi mencari persefahaman mengenai pelbagai isu yang berbangkit.
‘‘Jakim dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sentiasa menganjurkan dialog antara agama tetapi kebiasaannya ia tidak menjadi satu forum bersifat ilmiah sebaliknya lebih kepada perbincangan mengenai isu perkauman.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0303&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_19.htm

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

03 Mei 2009

Subhaanallaah...Anak sapalah ni?!









" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

02 Mei 2009

Majlis Ilmu Di Bandar DiRaja Pekan, Pahang Darul Makmur

Kuliah Maghrib Istimewa
Bandar DiRaja




Tajuk :
" PEGANGAN AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH "

Penceramah :
AL-FADHIL ASY-SYEIKH
AHMAD FAIDZURRAHIM AL-HAJJ
MUHAMMAD 'ALAWY AL-BAKANY


Tarikh : 2 Mei 2009
(Sabtu)


Masa :
Selepas Solat Maghrib






Tempat : Masjid Kg, Padang Polo,
Bandar DiRaja Pekan,
Pahang Darul Makmur.


KEPADA SEMUA PENCINTA ILMU
KHUSUSNYA WARGA BANDAR DIRAJA PEKAN...

ANDA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI !!!

BERSAMA MENGHARAPKAN KEREDHOAN ILAHI

www.al-hanief.blogspot.com


" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "