Wednesday, October 24, 2007

Raya

I’m back! After having a long holiday, lemah rasanya nak masuk keje balik. Sepatutnya fresh la kan, tapi coz cuti tu sungguh memenatkan, so takdelah fresh sangat.

How was my raya? Best! Hari Khamis tu kitorang lik kelate. Arrived pun dah kul 3 lebih. Flight delayed. As expected lah kan ramai2 balik beraya, sure delaynya. Sib baik tak lama.
Was in kelate for 5 days. Rasa cam tak puas jer.

Pagi raya, aku tak sempat semayang raya, dok siapkan si kecik tu. Berbaju kurung dia tahun ni. So cute! Comel sungguh anak mummy.

Then lepas bersalam-salaman, berposing-posingan, bergambar-gambaran, kitorang balik ke Pasir Puteh, kampung ayah. Gi rumah Ayah Harith, Cik Yah and Cik dalam kampung. Not able to visits many relatives, as my sister wasn’t feeling very well. Normally malam baru lik KB semula tapi tahun ni kul 5 dah bertolak balik.

Masa gi beraya kat dalam kampung tu, Hani ‘Adalia was so excited coz banyak binatang yang dia leh jumpa. She’s an animal lover I tell you. Turun kete jer dah gi kejar kambing. Terkedek2 ngan baju kurung tu lah. Hehe! Then, nampak ayam pulak, pastu for the first time dia jumpa angsa. Siap kejar lagi angsa2 tu sampai belakang rumah sambil buat bunyi cam angsa ‘Aaak! Aaak!’. Boleh gitu? Sib baik tak kena sudu ngan angsa. Takut mummy wei!

Second day, open house. Memang tiap2 tahun mama wat open house on the second day. Masak rendang and kuzi ayam. The rest tempahlah like nasi dagang, sate and roti jala. The night before aku dok mengangkut pasir yang lebihan ayah wat landscape (landscape baru sempena raya ni) ngan hubby, sakit2 belakang bangun pagi tu. Sib baik tak jadi apa2 dalam keadaan aku sekarang. Kena berleter ngan mama jap pasal tu. Sedara mara kawan-kawan datang non-stop. Punyalah penat. Tapi seronok. Malam tu semua melepek.

Third day, sakit kepala bangun pagi tu. Lepas telan Panadol, kemas2 nak balik coz have to catch the 3pm flight back to KL. Before that gi 2 open house before heading to the airport. Ramai tanya apasal balik cepat sangat, jawapan aku,” Raya ngan Mak Mertua lah pulak. Adil la kan?” Hehe!

Arrived in KL around 5pm. Delay lagi. Sampai Segambut, semua sedara ada. Beraya rumah jiran then gi raya rumah sedara kat Bangsar dan kat Kepong. Balik dah malam. Dua2 rumah pergi ada kucing. Apa lagi, Hani ‘Adalia beraya ngan kucing la. Dan hari2 seterusnya, macam tulah. Gi rumah sedara-mara kat KL.

On Friday, we went to Ipoh for my cousin’s wedding. Hubby ada keje skit pagi tu so bertolak kul 1, sampai kul 4, siap2, kul 5 gi rumah pengantin perempuan tempat akad nikah, kadi dating kul 6, majlis mula, settle nikah, makan2 ringan, pastu dalam kul 7 kitorang bertolak lik KL. Tak sempat hadir majlis sanding esoknya coz hubby ada keje nak kena settlekan pagi2 besoknya. Reached KL around 10pm, terus gi rumah Mak Su kat Ampang coz dia wat open house and they were all waiting for us. Leh imagine tak cemana penatnya kitorang?

Mak planned to go back to Muar the next day, tapi sib baik tak jadi. Badan penat tak leh nak cite dah. Then tukar planned hari Ahad lak, tapi hubby punyalah penat bangun lambat, so kensel la jugak.

Isnin, kitorang dah keje. This Saturday, MIL ajak gi kenduri rumah sedara. Malam ada my cousin’s wedding reception kat PJ. Hari Ahad ada Majlis Jamuan Hari Raya lorong rumah. Hmm… memang bizi nampaknya bulan Syawal ni. Tu lum wat plan lik Muar lagi. Tak tau bila. This weekend bz, next 2 weeks hubby exam. Gamaknya penghujung Syawal kot sampai Muar. Gitulah citer raya tahun ni…. Penat tapi seronok. Yang tak seronoknya aku tak leh nak enjoy all the foods sangat. Keadaan tak mengizinkan. Huhu!

Wednesday, October 10, 2007

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya kepada semua
Maaf dipinta atas segala salah dan silap
Berhati-hati dijalan raya
Malapetaka datang tanpa diduga
Ingatlah keluarga tersayang
Jaga diri jaga harta jaga family

Hari ni hari last keje before cuti
Malasnya punyalah tak terkira
Otak macam dah berhenti bekerja
Asyik ingat nak cuti jer
dan juga ingat nak balik kampung
I'm brain dead today...
Mmmmmm.......

Ku undur diri dulu
Take care
Selamat Hari Raya!

Monday, October 08, 2007

Shelamat Hali Haya

Hehe! Sounds a bit pelat? Mesti la... Hani 'Adalia yang ucap. Abah dia ajar nyanyi 'Selamat Hari Raya' masa main bunga api. Dia pun confident jer, "Shelamat Hali Haya". Keh! Keh! Cuba nak betulkan Haya tu jadi Raya or at least Laya tapi tak menjadik. Takpelah... Haya pun Haya lah janji paham.
Tahun lepas 'Adalia ni penakut main bunga api, tapi tahun ni, dia tengok ramai anak2 jiran excited main, dia pun nak main sama, tapi dengan syarat ada orang pegang tangan dia la. Tapi dalam dok main tu, still sebut," Api Hot!" Hehe! Tau takpe.
Just another 2 days jer keje, tak termasuk hari ni la. Bestnya..... dah takde mood nak keje dah ni. Dah mood raya dah. At last baju Hani'Adalia and myself dah beli. Tapi baju hubby belum lagi. Baru beli t-shirt satu. Hubby ni pun jenis macam aku. Beli baju setahun sekali jer. Tu yang nak tak nak kena gak carikan untuk dia. Baju melayu pun lum beli. Sempat ker ah?
Baju ayah, mama, mak, semua belum beli. Camno nih?

Monday, October 01, 2007

Puasa and Raya

Puasa tahun ni berat sungguh dugaannya. Tahun ni extra letih, menguji kesabaran betul. Kalau iman tak kuat, maunya tak puasa. Hehe! tapi malulah nanti ngan Danial, anak sedara aku yang umur 7 tahun tu. Dia pun puasa. Huhu!
Disebabkan keletihan yang xtra tu, makanya persiapan raya pun cam buat tak buat jer. Baju Hani 'Adalia, adalah 2-3 pasang. Tapi budak2, mesti tukar baju banyak kali. Kalu tak sempat, nampak gayanya kenalah pakai apa yang ada, tu pun semua dah season. Lama dah rasanya tak belikan dia baju baru. Since dia pun dah besar, she needs new clothes oredi. Hajat hati nak belikan dia baju kurung tahun ni, tapi baru gi survey kat PKNS. Tak de yang berkenan. Ada tu cantik tapi mahal lah pulak. Tengoklah, kalu takde jugak, belikanlah dia baju yang agak mahal tu.
Rumah lum bersiap lagi, baju mama n ayah lum beli, baju sendiri pun baru ada sepasang. Selalunya time raya ni aku beli la 2-3 pasang sebab sepanjang tahun tu, memang time raya jer aku beli baju kurung baru. Jimatkan? Hehe! Plannya nak belikan hubby baju melayu baru tahun ni. Dah dua tahun dia pakai baju melayu yang tempah masa kawin dulu tu.
Kereta belum servis. Eventhough lik terobam, tapi nak kena gak servis supaya raya nanti BIL leh bawak MIL jalan2 beraya rumah sedara-mara.
Biskut raya lak. Yang tunjuk2 dah order, tapi tahun ni 2 jenis jer. Tart n biskut bangkit. Semalam, after so long tak buat sendiri biskut raya, buatlah dengan 'Amilin biskut makmur. Adoi mak! Penat woo! Pukul 1 pagi aku dah surrender. 'Amilin laa yang tersengguk2 tunggu biskut dibakar. TQ yaaa..... Hajat hati nak wat biskut chocolate chips sekali. Weekend ni lah gamaknya.
Weekend ni jugak nak beli kerepek2 and kekacang untuk raya ni. Biskut2 dah tak berapa jadik feveret sangat sekarang ni. So like every other years, beli kekacang2 ni kat Kota Damansara.
Teringin nak round Jalan TAR macam tahun2 sudah, tapi kesihatan tak mengizinkan. Hubby siap gelak lagi, katanya," Badan lembik cam gini ada hati nak round lagi tu." Huhu!
So, lagi 10 hari aku akan balik ke kampung halaman. Kalu drive kereta balik, biasanya sampai kat sempadan Kelantan sure ada banner "SELAMAT PULANG ANAK KELANTAN DI PERANTAUAN". Rasa kembang kuncup jer baca tu. Tak sabar nak sampai rumah. Sempat la berbuka puasa kat kelate tahun ni dua hari. Nak gi Bazar Ramadhan kat Stadium yang besar tu. Syoknyaa..... Nak makan cendol. Ni lagi best. Slurppp.......