Mummy to Charlie's Angels; 'Adalia and Humaira and latest addition 'Izzara, a wife, a daughter n daughter-in-law, a sister.....
Wednesday, December 24, 2008
Coti....
Apa agenda ek?
Malam ni lik Kelate la... dah nyer raya haji hari tu gagal.
Male ni mek kelik wei....
Tapi tok lamo. Dale 3 hari jah.
Tapi cuti lamo dok?
Sebab lepas tuh kiter nak bawak MIL lik Muor ler pulak.
Mak dah ajak balik dah sebulan lebih. Tapi ada jer halangan.
Ni sementara coti, lik lah.
Lagi pun Humaira lum pernah lik Muor lagi.
Penat?
Huhuhu.... dah dapat bayangkan keletihannya...
Hubby baru jer nak sembuh.
Tapi tu lah. Lama tak jenguk kampung halaman.
Doakan semoga selamat pergi dan selamat kembali.
Selamat bercuti.
Selamat Tahun Baru. Happy New Year 2009.
Wednesday, December 17, 2008
Adli lagi...
Abe dapat baby baru pagi tadi.
Anak ke-4.
Lelaki ker perempuan?
Adli lagi.
Ha?
Adli lagi. kekekeke..... Tak jadik Adlin or Sarah.
Ooooo... lelaki.
Tahniah lah Abe. Ni lelaki yang ke4 ler... Bertambah sorang lagi askar.
Abang2 dia semua nama kedua Adli, so yang ni pun Adli jugaklah.
Cucu mama dan ayah yang ke7.
5 hero, 2 heroin.
So Hani 'Adalia dan Hani Humaira still pegang takhta lah. Hehe...
Call Abe, gelak2 jer dia.
Kak Sya dah beli tilam pink bagai. KehKeh!
Ingat pompuan sebab 2 kali scan dua2 kali Dr kata pompuan.
Tak pikir pun nama boy.
Ingat dah nak letak nama Sarah.
Kena lah pikir nama lain.
Tahniahlah weh!
Welcome to the world baby Adli..
Tuesday, December 16, 2008
Happy 3rd Birthday Anak Abah...
Happy Birthday kakak Hani....
Mummy dan Abah selalu sayang Hani...
Kalau Mummy dan Abah ada marah-marah,
Bukan tanda kami tak sayang Hani,
Cuma kami mahu Hani jadi anak yang solehah...
Mummy tahu Hani dah masuk 3 tahun ni,
Macam-macam Hani nak cuba buat
Semua perkara Hani nak buat sendiri
Hani dah pandai berdikari
Pakai baju sendiri, seluar sendiri...
Butang baju sendiri
Sampai kekadang baju baby adik pun
Hani butangkan...
Mummy dan abah gembira Hani cepat belajar
Baju seluar sekarang Hani pilih sendiri
Mana satu nak pakai
Cuma kadang-kadang
Bila Mummy tegur
Maknanya tak berapa sesuai la tu
Yelah, time kita nak gi berjalan
Takkan nak pakai baju tidur,kan?
Kasut pun Hani nak pakai sendiri
Kadang tu siap pakai stokin sendiri lagi
Hmm... dah besar rupanya anak mummy ni...
Tapi bila manja dia datang
Nak berdukung cam baby adik pulak
Tak pelah, selagi mummy larat,
Mummy dukung kakak Hani
Sampai dua-dua sekali mummy dukung... hehe...
Mummy tahu Hani banyak belajar ngan atuk wan
Baca Bismillah dan doa makan
Mengaji walau sekarang ni dah lupa-lupa skit,kan....
Baca ABC, satu-dua-tiga, one-two-three...
Mengenal warna, tak tertukar-tukar....
Alhamdulillah... terang hati anak mummy
Tapi satu yang Hani cepat sekali belajar ngan mummy
Nyanyi lagu...
Walaupun mummy ni nyanyi tak best macam Abah
Tapi Mummy suka nyanyi lagu kanak2 ngan Hani,kan?
Hehe....
Tapi lagu paling latest skali
Bukan lagu kanak2 dah...
o' ooo, aku ketahuan... pacaran lagi, dengan dirinya, teman baikku o'oo....
Hahahaha.... teruk mummy kan....
Dulu Hani suka tengok Barney
Sampai boleh ikut lagu2 Barney
Tapi sekarang Hani dah besar
Dah suka tengok Barbie pulak
Suka tengok baju Barbie
Cantik ye....
Mummy tahu warna kegemaran Hani
HIJAU...kan?
Sebab tu sekarang kalau boleh
Mummy selalu belikan seluar baju kaler hijau
Sebab mummy tahu Hani suka..
Heran gak mummy
Sebab biasanya budak2 pompuan ni
Lagi suka kaler pink
Tapi Hani suka hijau
Hmm.. itu istimewanya anak mummy ni kan....
To kakak Hani,
We love you so much
Moga mummy dan abah
Mampu mendidik Hani
Menjadi insan yang berguna
Dan anak yang solehah....
Happy 3rd Birthday Hani 'Adalia.....
Muah!!!!
Tuesday, December 09, 2008
Ca ca ca car......
Sebabnya, Hani 'Adalia kena chicken pox, 25 Nov hari tuh.
Dah lah aku kena gi Tg Langsat dari Rabu sampai Jumaat.
Tak senang duduk rasanya.
Maka plannya berayalah kitorang 4 beranak kat rumah sendiri.
Sebab Hani nak kena kuarantin,
Takut anak2 buah yg lain berjangkit,
Tipon mak pagi raya, mak kata datanglah kejap
Sebab abg ngah yg anak ramai tu pun tak datang2 lagi
Pegi la kejap.
Hubby demam, dari hari sebelumnya lagi.
Demam sampai ke malam
Kira tahap panas meletup nih
Rupanya hubby pun kena chicken pox gak
Kecik2 dah kena, besar2 kena lagi
Humaira pun macam dah ada skit2
Adoi la... Hani 'Adalia nak baik,
abah dan baby adik lak kena.
Hari ni mummy keje,
plan asalnya abah tinggalkan anak2 kat Segambut,
then dia gi klinik
tapi.....
rupanya anak2 abang ngah ada la pulak kat segambut
Hubby call katanya dia bawak balik budak2 tu ke rumah
Sebab kakak ipar ngan anak2nya ada
Geram gak rasa hati
Sebab diorang dah tahu kitorang keje
Hari2 mak jaga Hani2 berdua
Siap call masa nak gi beraya rumah mak
Tanya pukul brapa diorang nak pegi
Sebab takut karang berjumpa
Berjangkit la pulak askar 6 orang tuh
Tapi macam tak paham lak
Ni kes pegi lambat pastu malas nak balik lah ni
Tapi nak wat cemana
Nenek diorang gak
Cumanya cuti sekolah yang panjang tu,
Kenapa time2 camni baru nak datang
So kalu lepas ni berjangkit
Tak leh salahkan kitorang yer....
So itulah cerita raya haji tahun nih,
Keluarga aku beraya dengan chicken pox
atau dikenali juga sebagai cacar air
kenapa bukan cacar ayam ek?
Eh! apa pantang larang chicken pox nih?
Nak kena gugel nih...
Selamat Hari Raya Haji semua.
Monday, November 24, 2008
Pergi tak kembali.....
At last, semalam, secara rasminya, kitorang dah tidur rumah baru. Dah handover kunci kat tuan rumah (walaupun bukan secara rasmi sebab tak jumpa pun ngan owner tu, janji nak dtg tak dtg2 gak, so tinggal jer kunci kat situ).
Selama beberapa minggu ni life kitorang cam nomad. hehe! basuh baju rumah MIL, lik jemur kat rumah lama. Jemur pun kat tangga jer sebab ampaian dah angkut rumah baru. Tido beralaskan karpet nipis dan toto single satu untuk anak2. Minggu lepas lagi lah, tv pun takde kat rumah tu. Cuma ada kain baju, tempat tido dan air panas nak wat susu anak jer.
So far, ok ler rumah baru. Cumanya masih banyak benda nak kena wat. Nak kena kemas. Fenat wei!!! Langsir pun gantung jer dulu yg mana ada. Sebab rumah baru ni siling dia tinggi, jadiknya langsir2 tu tergantung ler. Cam pakai mini skirt lak. Hehe!
Malam pertama, Alhamdulillah, semuanya ok. Harap2nya malam2 selepas ni pun sama lah jugak. Moga dilindungi dari segala bala bencana dan sifat jahat manusia (dan jin). Ameen.
Maka secara official jugaklah hubby dah tak berapa boleh melepak kat bistro tiap2 malam. Tak macam sebelum ni, tiap2 malam kat Bistro. Kiranya Bistro tuh dah jadi ruang tamu rumah lah, asal ada orang jer, mesti kuar nak entertain. Leh gitu? Tapi aku tak kisah pun. Sebab dah biasa. Dah 3 tahun hidup bersama2 Bistro. Haha! Cemana lar owner baru tuh nanti. Sure tensen bini dia. Laki biasanya tak kisah sgt benda2 gini. Terima jer lah. Jangan melayang periuk belanga dah ler.
In a way, bagus gak dapat spend lebih masa ngan family tapi aku kesian kat hubby sebab memang dah sebati lah kehidupan dia ngan Bistro. Kalu orang biasa, kehidupan terbahagi dua; kerja dan keluarga, tapi hubby (and most of the guys kat 13B tu lah), kehidupan terbahagi 3; kerja, keluarga dan Bistro. haha..... kalu outstesen, leh rendu2 nak lepak kat Bistro. Kengkadang takde nak tanya anak2 cemana, yang ditanya, ramai tak lepak kat Bistro. huhu...... kalu kena bini yang sensitip, mau makan hati tuuuuu....... Tapi macam yang aku bagitau lah, aku tak kisah sebab dah biasa.
So semalam, masa dok angkut barang2 last trip, jenjiran dok tanya hubby, "ni kira pergi tak kembali lah ni?" kuikui.... sebab before this kata nak pindah tapi tup!tup! ada jer muncul semula watu malam. hehe! Wahai jenjiran, this time it's for real. We have move out. Finally..... but we'll be back to lepak2 at Bistro.
Thursday, November 20, 2008
Ikhlas ker tak ikhlas.....
Turunkanlah jugak
Apa sebabnya ek?
Nak ambik hati menteri?
Nak beli hati pengguna?
Nak kaburkan hati masyarakat?
Hello!!!!!!
Kalau tak ikhlas
Tak yah lah turunkan rate
Kalu banyak lak cekadaknya....
Berapa kerat sgt lah yang dapat menikmati diskaun tu?
Apa benefit utk penyumbang yang tegar macam aku nih?
Hari-hari RM10-12 tabur kat dalam periuk nasik diorang
Tapi aku tetap pengguna yang setia
Sebab aku takde alternatif lain
Hah! Dapat agak tak citer pasal apa ni?
Pasal Plu*s nye announcement lah hari Selasa lepas
Kadar baru tol konon
Tapi dibuatnya dari jam 12tghmlm - 7 pagi
Pastu sapa guna smartta*g, dapatlah 5% rebet
Tapi tu pun bila penggunaan lebih RM200
Malaslah nak komen
Penyumbang2 macam aku yang tak cecah RM200
tapi lagi skit jer nak capai RM200
cemana pulak?
Allo encik2 / tuan2 / puan2 / datok2 / pak menteri2...
Kenapa tak diberi diskaun masa peak hours?
Masa ramai pengguna lebuhraya membantu mencantikkan akaun PLUS
Konsesi? Tak heran dah.....
Macam lebih kepada nak menguntungkan certain pihak sajer...
Pada pendapat aku lah yang tak berapa terer cam pemikiran orang2 kerjaraya dan lebuhraya ni
Dengan kadar tol yang dibayar sekarang ni
Patutnya dah takde dah masalah Jem2 kat hiway
Patutnya smooth jer perjalanan
Tapi ni tak...
Masuk jer tol, terhangguk2 cam siput
Kuar jer tol, terhangguk2 lagi
Especially bila kat depan tu ada kawasan bukit skit
Dan ada lori nak memotong lori
Maka berjela lah jemnya
Sape2 yang selalu guna NKVE Bkt Jelutong pagi2 sure paham
Pastu kena pulak kuar kat exit Damansara atau Subang
Perghh.....
Tu lum citer pasal jem sepanjang LDP
Start nak bayar tol kat Puchong
Sampailah ke nak kuar tol kat Penchala
Masya-Allah....
Encik, kalau tak ikhlas,
Tak yah lah buat diskaun2 tu semua
Kalau bukan dapat dinikmati oleh semua pengguna
Encik, berapa kerat sangatlah yang guna tol diwaktu2 macam tu?
Cuma hantu2 jer tumpang lalu diremang waktu begitu
Encik, ikhlas ker idok tuh?
Jawablah encik, jawab....
Friday, November 14, 2008
What a day......
I was late for work
After tapau some kueh for breakfast
Headed towards the office
I slipped
AND FELL.....
OMG! I actually fell down....
and cut my knee
eventhough just a small cut
but enuf to put in in pain....
Aku jatuh tersungkur
Buat pertama kali dalam hidup
Kaki tersadung lantai walkway
masa nak pijak naik
I tot cud stable myself when tripped
unluckily the floor was wet
My other foot slipped
and i cudn't balance myself
Maka jatuh tersungkurlah aku
Masa tu dah tak ingat malu dah
Sebab rasa sakit jer
Cepat2 bangun sebab lutut rasa sakit
Sampai ofis
Tengok lutut dah berdarah
Hasilnya sekarang ni lebamlah lutut aku
Hmmm.... semalam dah nak terjatuh sebab terslip
Lantai licin sebab hujan
Hari ni betul2 jatuh tersungkur....
Adoi mak......
Hmmm.....What a day.........
Monday, November 03, 2008
6 bulan daa....
Sebab baby adik makin lasak, dan makin suka meraung2 bila atuk takde depan mata sampaikan atuk nak masak pun tak leh, so atuk request belikan walker untuk baby adik. Nanti bila atuk masak, baby adik boleh lah dok dlm walker round2 kat dapur tu. Al-maklumlah dapur atuk kan besar, bukan cam dapur mummy. Ha! Rondalah puas2.
Kena lak minggu ni ada MyDe@r nye warehouse sale kat Puchong, so abah pun gi lar survey. Hasilnya, dapatlah tangkap walker untuk baby adik. Taapppiiiii....... abah bukan tangkap satu jer tapi dua.... Satu untuk baby adik, lagi satu untuk Kakak Hani lah, saper lagi. Sebab abah tahu karang berebut lak. Dulu Kakak Hani kitorang tak der pun belikan walker. Atuk steady jer ngan Hani dulu. Baby adik ni dia aktif skit lagi dari kakak dia. Tambah lak Atok mak makin bertambah usia, dah tak berapa larat lagi, so cuma leh monitor cicit dia dari satu tempat jer. Paling2 pun, kalu tak nak bagi merayap, atok mak pegang kaki baby. hehe! kena rantai yer anak mummy.....
So, kiranya walker tu present untuk 6m nyer birthday la yer baby adik.....
Muah!!! Mummy loves you soooooo much...... Muah! Muah!
Friday, October 31, 2008
Merangkak...kak....kak....
Otomatik dah duduk sendiri
Jadi gitulah.....
5 bulan lebih anak mummy dah duduk sendiri dan dah merangkak
Kalu tgk badan cam berat
Tapi rupanya 'ringan' jer
Masa dia nak belajar merangkak tu
Asyik tersembam jer kejenya
Dah nya angkat bontot terlebih tinggi, hehe...
Rehat jap penat merangkak....
Baby adik ni dok angkat montot tinggi2 cam menonggeng gitu
Pastu tengok orang kot celah kaki
Kekeke.... nak tengok orang ada kaki ke tak ker?
Dah start kenal orang
Nampak jer kelibat aku nak gi tempat lain
Sampai orang kat Bistro leh dengar
Thursday, October 23, 2008
Countdown....
Countdown…. Lagi beberapa hari jer boleh tinggal kat rumah sekarang
Countdown…. 8 hari lagi till next month
Countdown….Hubby plan nak dok rumah sekarang hingga hari terakhir.
Tak berapa excited nak masuk rumah baru sebab sedih nak tinggal tempat sekarang. Boleh gitu?
Happy Birthday Ayah! Dah 63 tahun ayahanda aku. Moga ayah sihat sokmo, dan bahagia selalu.
Love u sokmo,
Kak
Monday, October 20, 2008
My doters.....
Ken main kakak hani senyum....
Nak tau apasal tangan Hani atas kepala Humaira? Baby adik panas katanya. hehe! cam ler ada beza tutup cam gitu. Tapi ok lah tu. Caring, kan?
Wednesday, October 15, 2008
Cerita Ceriti....
Sebelum ni dah wat posting pasal raya, tapi bila nak publish tetiba error. Malas aku.
Raya kali ni, satu family demam. Musim kot. Maka jadiklah panjang cuti raya aku.
Raya pertama sampai ke2, kat Segambut.
Raya Ketiga, kat Bukit Subang, then petang bertolak lik kelantan. Sib baik tak jem tapi arah lik kl, kete non-stop.
Raya ke 4-6, gi rumah sedara mara.
Petang Isnin, bertolak lik kl.
Selasa & Rabu, aku MC.
Khamis, cuba2 gi ofis, tapi tak sampai half day, MC lagi.
Jumaat baru ok skit.
Penat kan?
Citer rumah
Confirm hujung bulan ni kitorang pindah rumah baru.
Tak leh nak extend dah.
Reno lum siap lagi. Huhu!
KC janjinya hujung bulan ni.
Wiring dah siap tapi PC maybe dalam next week kot.
Grill dalam next week gak.
Bosa2 grill kitorang, kasi takut itu fencuri ferampok. Hehe!
Rumah nak kena cuci
Barang2 nak kena pack.
Lum siap2 lagi…
Kipas lum habis lagi beli.
Mahal jugak menda alah tu.
Maakkk ! Duit kuar macam air terjun jer…..
Tak puas hati tul ngan contractor wat KC
Design kitorang nak tak kena ngan taste diorang
Punyalah payah nak finalized
Agaknya menyusahkan diorang kot
Fed up aku..
Last weekend gi tgk
Diorang tebuk dinding nak tambah wiring
Pecah sampai dinding luar
Tampal pakai simen jer
Sakit nye hatiii…..
Dahlah dinding rumah tu jenis batu-bata,
Bukan plastering
Camno diorang nak buat tu….
Hubby tak mo release duit selagi tak cantik
Citer Hani ‘Adalia
Hari tu raya, ken main seronok ramai sepupu sepapat
Cuma time main bunga api still takut
Kalu dgr mercun siap tutup telinga
Tapi wat perangai skit tahun ni
Tak mo salam ngan saper-saper pun
Kecuali atok wan ngan atok mak jer
Orang lain, hampeh…
Kengkadang duit raya pun tak nak ambik
2-3 minggu lepas suka main kat luar tak pakai slipar
Ni dah seminggu gatal2 tapak kaki
Serik dah lepas tu tak pakai selipar kat luar
Ha! Tu lah….
Tapi kesian, gatal sampai tak leh tido
Tergaru-garu sebab gatal cam kat dalam
Letak krim pun cam tak berapa berkesan
Rendam kaki dalam air garam jer..
Heiii anak mummy…
Citer Hani Humaira
Masa 4 bulan pandai golek-golek
ngan angkat montot gaya nak merangkak
7 October hari tu dah pandai ke depan
Before this bila angkat montot jer ke belakang
Now dah boleh ke depan
Dari gayanya cam cepat jer dia ni merangkak
Tiap kali gi kedai ramai yang geram ngan pipinya
Pastu cepat tersenyum
Banyak kali aku gi kedai, orang kedai tolong dukung kan
Hehe!
Gusi dah keras
So hobi sekarang suka menggigit
Paling tak tahan bila menyusu
Sakit woooo….. eventho gigit guna gusi jer…
Nak try ker?
Raya tahun ni raya pertama untuk Humaira
Orang hulur duit raya
Terer dia ambik dan pegang
Lepas tu apalagi
Masuk mulut la…
Ok lah, byk dah cerita. Summary semua skali. Entah bila leh update lagi. Till then, chow chin chow……..
Thursday, September 25, 2008
Meoww......
Kucing.....
Meow... hehe!
Iklan raya yang mencuit hati.
Selamat Hari Raya semua.
Bawak kete elok2. Semoga selamat sampai ke destinasi.
Aku tawon ni beraya kat mana?
Kat Kay Ell dulu. Wa beraya di ibukota, beb!
Raya ke3 baru lik kelate.
Nak wat camno, dah giliran hubby tawon ni.
Since raya kat kl jer, plan nak keje sampai hari wat ketupat. Hari selasa tu lah. Hehe! Sebab ambik cuti lepas raya.
Selamat Hari Raya!!!
Thursday, September 18, 2008
Hani dan Hamster.....
On d way nak ke Segambut
Hubby bagitau
Hani 'Adalia tak leh hisap susu hari ni
Kenapa?
Sebab puting susu kena makan hamster
Huahahaha.....
Sampai rumah mak
Tengok puting botol tu
Adoi laaa....
Tergelak aku
Kelakar lak rasa
Habis terus bahagian atas tu
Rongak jer
Kira kalau minum gak
Macam guna straw yang wat minum cendol tu la
Hihihi.....
Tu lah
Lain kali bagi lagi susu kat hamster
Kan dah tak leh minum susu
Agaknya 'Adalia ingat
Hamster2 tu hisap susu macam dia kot
Sekali tengok rongak daaa.....
Lupa nak ambik gambar
Nantilah dah ambik aku postkan kat sini
Sib baik la puting susu murah
Kalu tak jenuh nak membeli
Kisah kunci....
Hubby cuti, aku keje.
Ofis kat Selangor tapi kena keje. hukHuk!
Tapi bukan nak citer pasal tu lah.
Malam sebelum tu, aku terjaga dalam kul 2 pagi.
Tengok hubby dok tercari-cari barang.
Tanyalah carik apa?
Kunci kereta. Ada nampak tak?
Takde.
Tolonglah carik dalam mamai-mamai tu.
Carik sana carik sini
Tak jugak jumpa-jumpa.
Ngantuk punya pasal
Tidur la semula
Lagipun nanti nak bangun siap sahur lagi.
Bangun sahur
Tanya hubby dah jumpa tak
Belum
Alahai... cemana nak gi keje ni?
Siap2 mandi, kejut hubby antar gi keje
Hubby tanya kunci dah jumpa belum?
Nak gi keje ngan apa kunci takde?
Dah kul 8am, pinjam kete adik kejap
Hubby antar aku gi keje, antar anak2 gi Segambut
Hubby balik rumah katanya nak cari kunci
Access card dalam kete
Kasut keje dalam kete
Hasilnya aku gi keje pakai selipar buruk
Nak masuk ofis kena ting tong
Huhu.....
Kul 4.30 tipon tak angkat2
Tipon hubby dalam kereta
Hubby tak jawab phone tu
Maknanya kete lum boleh bukak la tu
Kunci spare pun ada dalam kereta
Yelah... yelah....
apo kobondo kunci spare pun dalam kete?
Dah benda nak jadik nak wat camno
Mintak BIL ambik kat ofis lik rumah
Tengok hubby dah cungkil getah kat pintu
Cuma pintu driver jer lum
Hehe! kalau nak cungkil
Kenalah belah driver cik abang oiiii....
Guna pembaris tak lepas
Last2 BIL bawak hanger besi
Try2 tak dapat.
Aku try, terus unlock
Fuh!!! terer jugak mak!
Leh dijadikan profesyen baru ni
Pencuri kereta wanita
Hehehe! Saje-je
Jangan lak kang ada kete kena curi
Tuduh aku lak ambik ek......
Nak tahu dah jumpa lum kunci?
Dah jumpa dah....
Nak tau kat mana?
Dalam kereta jugak daaa...... muahahaha!
Tu lah citer hari Nuzul Quran tahun ni.
Buh bai.........
Tuesday, September 09, 2008
Yo... Yo... What's up guys.....
Monday, September 08, 2008
Sesalanku.....
Aku skrg dalam kondisi unstable.
Penyesalan yg berpanjangan
Apasal?
Sebab aku rasa aku dah salah wat keputusan.
Keputusan apa?
Beli rumah kat tempat lain, tak beli rumah yg aku sewa skrg ni
Kenapa?
Sebab lately aku perasan family aku bahagia tinggal kat situ, and hubby macam tak semangat nak masuk rumah sendiri walaupun katanya dia ok jer. Ok kat mulut jer, hati kata lain tu.
Maksudnya?
Maksudnya hubby aku bahagia dan selesa ngan geng2 bistro dia. Kat rumah he has his own life bila lepak kat bistro, takde terperap kat rumah jer. Anak aku baru start pandai berkawan, hari2 pantang dengar suara abang kat luar, mesti nak keluar.
Tak kisah ker rumah tepi bistro?
Tak. Aku dah lali dah. At least leh ler intai2 hubby dari dalam rumah. hihi!
Tu je?
Tak. Ada lagi. Aku rasa selamat dok kat situ. Eventhough belakang tak de grill, still rasa selamat nak keluar jemur kain. Tak tutup pintu depan masa sembang2 petang/malam pun tak risau. Anak main kat luar tak de rasa takut sebab ramai tolong tengokkan. Anak aku akan rasa tak terkongkong.
Rumah baru nanti keselamatan tu rasanya kurang skit sebab rumah tepi. So safety kena extra la skit. Rasa cam tak berapa bebas.
Habis tu?
Habis tu apa? Nothing that I can do anymore. Semuanya dah terlambat. Nasi dah jadi bubur. Nak tak nak still kena pindah dari rumah sekarang. Dah takde rumah lain nak disewakan lorong tu, so still kena pindah.
Ada option lain ker?
Tak de dah. Unless tetiba miracle happen, Allah kesian kat aku, ada rumah kosong nak disewakan, but so far tak der dgr ler lagi. Huk!huk!
Rumah baru?
Sewakan lah wat nurseri. Dah ada orang tanya dah.
Tak sayang ker rumah baru nanti?
Demi kebahagiaan hubby dan anak2, aku sanggup eventhough tu rumah idaman aku.
So cemana?
Harapnya bulan ramadhan yang mulia ni, Allah makbulkan doa aku. Amiin!!
Tak bersyukur lagi ker dgn apa yg ada sekarang?
Bukan tak bersyukur, aku amat bersyukur dgn kurniaan Allah, cuma aku terpikirkan kebahagiaan family aku. Aku tak mo nanti hidup diorang dah tak sehappy sekarang sebab aku. Aku menyesal sgt ni.
Hmmm..... Ya Allah, makbulkan lah doa hambamu yang khilaf ini demi kebahagiaan keluarga ku. Amiin....
Friday, September 05, 2008
Wad Rehat...
Mak was trying to get Kak Long on her phone, tapi tak dapat2. Last2 call Pusrawi (kak long keje situ). Rupanya kak long cuti jaga anis, so kawan dia yg cakap ngan mak. Mak tanya anis kat wad mana then letak fon.
Off we go, then bila tiba lif, tanya mak tingkat berapa, mak tak tahu. Mak kata Wad Rehat. Check punyalah check, takde pun wad rehat atau seumpamanya. Masuk la jugak dalam lif. Dalam dok terkial2 baca directory, taj sempat tekan, rupanya lif dah tiba tingkat 4. Mak ni jenis gabra skit, soh kitorang kuar. Tingkat 4 tu tingkat bersalin. Huahuahua! Takkan si kecik tu kat wad bersalin. Mak asyik dok kata, agaknya Anis tu kat wad tempat kaklong rehat kot. Haha!
Then my SIL call anak buah yg sulong. Kah! Kah! Kah! Kat tingkat 6 rupanya. Nak tahu nama wad tu apa? Aku memang pecah perut la gelak. nama wad tu WAD RAIHAN! Agaknya kawan kak long tu sebut Wad Rehan, dapat kat mak, jadik Wad Rehat! Huhu! Tak leh tahan aku gelak. Hubby kata sib baik tak tanya orang kat lobi, nanti suruh kitorang gi hospital lain sebab tak de nama wad cam gitu.
Thursday, September 04, 2008
Selamat berpuasa
Tuesday, August 26, 2008
Apa ek.......?
Thursday, August 07, 2008
Bersawang ker.....
Monday, July 21, 2008
Mama....
We went back Friday nite, arrived around 5am. Saturday tu aku gi la tgk mama kat spital. I thot of nak berkampung jer kat hospital tu but since mama tak bagi bawak baby, so end up gi kejap2 masa waktu melawat jer. Tak leh lama2 sangat. Sedihnya rasa hati. Usually tengok ayah jer kat hospital, ni mama. Ni kira first time lah mama masuk wad sepanjang yg aku ingat dari kecik. Even bersalin pun, lima2 anak kat rumah jer ngan bidan kerajaan. So far, condition mama stabil, cuma nampak lemah la skit.
Sunday around 5pm, bertolak balik kl semula. Sedih masa nak tinggalkan mama tu. Adik aku Isan siap gelak2 tgk aku merah mata balik tu. "Jerik ko? Hehe!". Hah! Ambik ko, my sis kata Isan teriok lagi kuat masa salam ngan mama petang tu. Tau pun! Sape tak sayang mak, oiii!
Mama, kak doakan mama cepat sembuh. Have a good rest. Takyah dah lah wat kerja teruk2.
Love u.
Wednesday, July 09, 2008
Ceritera bersalin....
1/5/08 (Khamis) – Labour Day. Sah2 la cuti,kan ?
2/5/08 (Jumaat) – Aku amik cuti. Kononnya nak relax2 la kat rumah before baby kuar. Ptg gi check-up, Dr wat VI, kuar darah. Tapi tak rasa sakit. Dr kata dah bukak 2-3cm. Dr suruh balik dulu, kalau sakit cepat2 datang. Tapi esok kena gak dtg wat follow-up check-up. Tak expect sungguh dah ada show since EDD lagi 2 wks (EDD 13/5/08).
Balik rumah, hubby kata dia kena gi Kuantan malam tu sebab nak kena hantar barang projek coz lepas bersalin nanti, hubby nak cuti seminggu so kena handover la mana2 yg patut. Hubby ajak gi sekali. Aku ok jer since takde rasa sakit. Masa aku berkemas, hubby tido jap. Sekali dah siap packing, kejutkan hubby, pu nyalah dia takleh bangun. Tido sampai ke pagi.
3/5/08 (Sabtu) – Pagi, aku rasa tak sedap hati dah nak jalan jauh. Bagitau hubby. Dia lagi la tak sedap hati nak tinggalkan aku kat rumah. Last2 discuss punya discuss, ofismate dia setuju jumpa halfway, meaning kat tol LPT. So siap2 la kitorang ni.
Bermula lah hari yang sibuk. Merayap naik Karak, hujan pulak tu. Sekali after one corner tu, tetiba kereta swing kiri kanan tak leh control. Sib baik tak laju and takde kereta lain. Stop kat tepi jalan yang kaki limanya sekangkang kera jer tu, check rupa-rupanya tayar belakang pancit. Nak ambik tayar spare, tayar spare lak takde angin. Hubby kata biasanya dia check angin selalu ada. Hmmm.. ni petanda ni. Sib baik ada sorang brader tow truck berenti kat seberang jalan and dia kata dia ada foot pump. Alhamdulillah. Dia la tolong tukarkan tayar bagai. Kawan hubby lama tunggu kat LPT, datang kat tempat kitorang. After selesai tukar tayar, gi la cari stesen minyak kat Bandar karak nak pam angin. Dalam hujan nih. Lepas kete dah selesai, hubby settlekan urusan keje dia. Alhamdulillah, dah tak yah gi Kuantan.
Dalam gambar: Kete yg pancit tayar, hubby, abg tow truck yg baik hati, tow truck abg tu seberang jalan dan yg merah tu kete ofismate hubby yg baru sampai lepas lama tunggu kat tol LPT.
On the way balik tu, singgah la makan kat McD Genting Sempah. By that time, dah pukul 4ptg. Cadangnya balik tu terus nak gi klinik wat follow-up check-up. Dr wat VI lagi sekali katanya dah bukak 4-5cm ni tapi tu lah, aku ni tak rasa sakit langsung. Dr suruh admit mlm tu tapi aku mintak admit pagi esok. So ok la.
Balik tu, since dah dekat ngan Giant, gi la shopping barang2 skit and had dinner there. Tapi masa dinner aku dah start rasa sakit2 skit. Lik rumah, singgah kat rumah BIL sebab dia tak berapa sihat and MIL pun ada kat sana. Plan ngan MIL nanti mlm Hani ‘Adalia dia bawak balik Segambut.
Around 9pm, lik rumah, mandi, siap2. By 10pm, kitorang dah on the way gi klinik sebab aku dah sakit every 6-8mins. Masuk wad sementara tunggu Dr datang. Kul 11 tu, sakit dah lebih skit dari tadi. Cam tak berapa nak tahan bila contraction datang. Dr check, katanya dah 6cm bukak, dia suruh gi labour room. Hubby call MIL, mintak ambikkan Hani ‘Adalia.
Aku naik labour room around 11.15pm, Dr masukkan drip, Hubby masuk around 11.20pm, by 11.28pm, Alhamdulillah lil baby selamat dilahirkan secara normal.
Aku pun cam blur2 jer lagi. Konon sebelum tu cakap ngan Dr kalau boleh nak bersalin 5/5/08. Senang skit ingat. Hehe! Dr leh gelak. Dr kata 4/5 pun tak sempat. Hubby lagi blur. Katanya baru nak bagi kata2 semangat tengok2 baby dah keluar. Apa2 pun memang kitorang puas hati la bersalin ngan Dr tu. Dr Ummul, thank you ! First time aku bersalin mengiring. Bila kepala baby dah betul2 nak kuar, baru Dr betulkan kedudukan and zussss….. baby meluncur kuar terus. Wakaka! Tak sempat wat apa2 pun.
Fresh from the oven. Baru 1 1/2 hrs checked out from mummy's hotel.
Baby keluar 2.6kg. Dah siap2 jahit, baby pun dah bersih, Dr suruh aku breastfeed baby. And Dr benarkan sedara2 yg kat luar tu masuk labour room. Hehe! Pengalaman baru tu. Diorang pun terkejut sebab cepat jer. MIL, Hani ‘Adalia, Mak Su, my BIL and his wife, penuh labour room tu. Hani ‘Adalia punyalah terkejut tengok mummy dok bf baby lain (before this dia jer yang dok nyonyot), tak nak senyum, tak nak pegang, tak nak kiss pun mummy. Sedih betul rasa hati. Kesian Hani ‘Adalia.
Masuk wad semula, hubby temankan kat bilik , bila tengok baby, rasa cam tak percaya jer. Macam2 jadik dalam satu hari tu, tetiba dah bertambah ahli keluarga. Oh ya! Aku muntah dgn banyaknya lepas bersalin tu. Habis segala mak nenek nasik yg makan dinner tadi keluar. Seketul2. hehe! Tapi just like before, lepas bersalin tu, aku tak leh nak lelap mata. End up kul 2 lebih kot tido.
Mama from KB tak sempat datang pun. Pagi tu tipon mama bagitahu dah kuar show but not to worry coz based on last experience, hari ketiga baru bersalin. Malam mama tipon bagitahu dia demam la pulak. Hehe! Demam terkejut ker ma?
So, tu lah citer pengalaman bersalin kali kedua. Hari yang sungguh sibuk, sakit yang sungguh sakit kat labour room tu, dan bersalin yang sungguh cepat. Apa-apa pun, Alhamdulillah semuanya selamat.
Nanti citer bab berpantang sendiri-sendiri pulak yer…..
Tuesday, July 08, 2008
Happy Birthday Mama...
Wednesday, July 02, 2008
First day....
Thursday, June 26, 2008
Minggu Terakhir....
Today is mak's birthday. Hadiah tak beli lagi ni. So today hubby cuti half day, nak carik present then beli ake as usual and pegi Segambut. Wat surprise untuk mak! Kecik2 pun tak pe, kan mak? Tapi apa nak beli ek? Fenin fikir. Last year belikan thermopot. This year apa ek?
Happy Birthday Mak! Love you so much from all of us. Muah!
Saturday, June 14, 2008
Life is .....
Why??? Tensinya.......
Esok genap 44 hari aku pantang.
Monday, May 12, 2008
Monday, May 05, 2008
ANNOUNCEMENT
Wednesday, April 30, 2008
Am still around...
masa hani 'adalia dulu, 2 weeks before delivered, ikut hubby gi pasir gudang. then a week before, lik muar kenduri arawah. that time semua orang tegur perut dah turun. ngam2 jer seminggu, hani 'adalia dah kuar.
nama? lum decide lagi la. pikir dah lama tapi tak de la pulak yang hubby berkenan. 'adalia dulu hubby yang pilihkan. tu pun gi register nama dah hari ke 14. last day and because nak naik flight lik kb, terpaksa register. keh!keh! baby adik ni tak tau ler cemana.
barang2? dah siap dah. at last. tapi emergency bag nak bawak gi klinik lum prepare lagi ni. esok lah kot. sebab mummy cuti hari jumaat ni. saje jer nak rest.
ada la a few things lum settle lagi. mostly kemas2 rumah la. sarung tilam baby mama tok dah jahitkan. dua lagi. thank you mama! ubat2 pun mama tok dah belikan. mummy guna ubat kampung jer. tapi dah dalam bentuk pil. kalau tak mana nak telan wei! murah jer ubat2 tu tapi ok jer mummy rasa.
ingat nak berpantang kat sini jer tapi carik2 orang nak jaga dalam pantang tak jumpa la pulak. kalaua da pun mahal ya amat! Abah kata baik lik kelantan kalu macam tu. boleh hani 'adalia main ngan tok ayah. at least nak carik tukang urut pun senang. tapi mummy tak mo le pulak tinggalkan abah sorang2 kat sini. sedih la. tengok ler nanti cemana.
ok la. nak kena habiskan report ni dulu sebelum mummy meletup. kang sian lak bos yang kena buat. hehe! till then, doakan semuanya selamat, kay.
Wednesday, April 23, 2008
More Sad News...
And I was on mc since last Thursday till yesterday. Last Wednesday I had this so called anxiety attacked which makes my heartbeat faster. Dup! Dup! Dup! I felt like it was going to explode, nak bernafas pun somehow susah, kepala jadik pening. It all happened so sudden, macam nak kena heart attack jer. Tapi takkan lah kan? Nauzubillah. Mintak dijauhkan. Bila dah ok skit, gi klinik, doktor check bp then cepat2 wat ECG but by the time semua wayar2 tu pasang, my heart beat dah ok dah. But the doctor said since my pulse rate was very high (around 160-180 walhal normal is around 90 jer) so he wrote a referal letter for me to have a further check up with a cardiologist. Huhu! Terkejut kan? Sebabnya aku tengah pregnant, dia takut anything happen bila nak bersalin nanti.
Hubby was on the way to Kuantan, dah sampai Genting Sempah masa aku call, terus patah balik, bawak aku gi klinik yang aku selalu check up, kena tahan wad sekerat hari, ambik darah etc. coz nak check tiroid ker tak or maybe just anxiety attack. Tapi tu la, nak kata anxiety attack, rasanya tak de la stress sangat. Entah lah. Risau gak. Doktor bagi mc sampai Jumaat then Sabtu kena gi wat follow up check up lagi. On Saturday, result darah keluar, tiroid ok, so Doc assumed just anxiety attack, nothing to worry about. dapat lagi mc sampai Selasa. Makanya berkesempatanlah jugak aku membeli belah untuk lil baby. dah 37 weeks baru nak wat persiapan. Mengah mak oii!
Yesterday jugak my grandfather belah mama admitted kat IJN. Mulanya pagi tu gi wat check up jer, dah selesai bagai, nak kuar jer dari IJN tu, tetiba jer kena heart attack. Punyalah bangang emergency kat IJN tu, orang tengah dalam kecemasan cam gitu, boleh doktor takde. Mama and my aunties dah bengang giler. Lambat tul nak attend orang tengah kena heart attack. Macamana la polisi diorang ni bekerja. HA jer yang tengokkan. BP my atok naik sampai 195/98 pun still cam bebal2 lagi. Tinggi tu weh. Last2 datang la sorang pakar ni, check2 baru la kelam kabut. Bila mama tanya rupanya coz of lambat dapat rawatan, oksigen dah block gi jantung menyebabkan jantung atuk aku dah weak. Sebab tu heart beat dia lemah jer after that. Tak paham aku. Tu kat IJN tu.
Kereta aku lak rosak. Nak kena masuk klinik jugak. Nak kena wat overhaul. Gasket dah haus, bocor sini sana. Duit tu weii! Terpaksa pinjam kete BIL. Adoi laa... duit kuar macam air dah ni. Dah lah bulan depan pun nak guna duit lagi nak sambut ahli baru. Wrong timing betul la kete ni wat hal.
Harap-harapnya lepas ni bulan2 ceria lah pulak. Dugaan sungguh.