Tuesday, February 17, 2009

Teremo lah pulok....

Hari tu aku tengok citer Father of The Bride…. Tah pesal tah tetiba jer sayu… Pastu near the end tuh aku dah menangis. Huk!Huk! Uwaa.... Hehe… ter emo la pulak tengok citer tuh padahal tu citer kelakar.

Anak pompuan dia rapat ngan ayah dia. Sama macam Hani, rapat ngan abah dia. Pastu bila anak dia nak kawin, ayah dia cam sedih jer. Aku masa tu mula lah terpikir nanti anak aku kawin nanti cemana. Agaknya macam tu lah kot, dan mulalah pikir macam2 lagi. End up nangis sendiri….. huhu….. cemana lah perasaan mama ngan ayah dulu masa aku kawin? Uwaaaa………

Dulu, apa2 hal, semuanya aku lah. Dari hal adik2, bisnes, bercuti, jalan2, Tapi, sekarang nih, jatuh kat adik aku yang no 3 dah. Sebab aku dah ada komitmen keluarga sendiri, dah ada suami yang dah jatuh no 1 sekarang nih, maka segala harapan beralih ke adik aku. Uwaaa…….
Kepada anak2 pompuan yang belum berkahwin, berbakti lah kepada ibu bapa selagi belum berkawin….. Ingat!

Friday, February 13, 2009

Melaka trip....




We went to Melaka for a holiday / family day ngan geng2 Bukit Subang last weekend. 9 family semuanya. Bertolak pun dah around 11 gitu, arrived there, makan2, checked-in hotel, then budak2 mandi pool. Kiranya petang tuh free and easy lah. Bebudak ler seronok berendam sampai tak mo naik even dah menggeletar sejuk.


Malam tuh dinner kat Umbai. Perghh… punyalah banyak lauk. Aku memang suka seafood, so melantak jer lah kejenya. Hani punyalah suka ramai kengkawan, siap naik kete H@zley yang kesemuanya bebudak kecuali drebar lah,kan…. Makan pun tak mo dok ngan mummy, dok sebelah kakak. Huhu….

Then we went for a cruise kat Bandar Melaka tuh. Cantik….. A good effort from Kerajaan Melaka.

Balik hotel, geng2 lelaki keluar mengeteh la pulak. Ntah kul brape balik.

Next morning, breakfast sampai…. Thanks to N@jib Besar yg hantarkan sarapan. Hani bangun jer apalagi, nak mandi kolam ler…. Turun melepak sampailah around 11, naik mandi, siap2, check-out pastu gi makan asam pedas lagi. Kali ni lagi mengancam dari semalam. Besh!!

Perut dah kenyang, diorang plan nak gi Dataran Pahlawan. Ada yang nak naik Menara Taming Sari, ada yang jalan2 kat dataran. Kitorang lepas round2 tak dapat parking, hubby terus ajak gi Zoo Melaka. So ke Zoo Melaka lah kitorang. Hani lah yang paling excited. Dia kan pencinta binatang….
Si penyambut tetamu yang cantik.

Burung kasawari yang jinjang lehernya... hehe...

Zebra dan badak sumbu aman damai hidup sekandang


Baby adik dok relax dlm stroller


Hani bagi gajah makan tebu. RM2 utk 4 batang. Siap beli RM4 tuh..


Bergambar bersama elephant for RM10 sekeping, siap dalam masa 5 minit. Mamat tuh suruh hubby dok atas kaki elephant sebelah, aku sebelah. Ampun mak! Aku kan penakut dengan binatang. Baru nak memberanikan diri duduk, elephant tuh kibas2kan telinga dia, pastu belalai dia gerak2 la pulok. Terus kensel nak duduk. Berdiri jerlah kat sebelah serapat yang aku berani. Hehe......

Around 5.30, ker rumah adik K.Jamie dekat Ayer Keroh tu jugak. Just a few minutes from the Zoo. Minum petang, rehat, mandikan budak2, then around 7.30pm, bertolak balik. On the way tu dah takder singgah mana2 dah. Masing2 penat nak cepat2 sampai rumah jer…. Konvoi ber4, last2 satu pun tak Nampak. Jangan kata no plate, bayang2 lampu belakang pun tak Nampak. Arrived safely at our house around 9pm. Alhamdulillah…..




Next time leh gi bercuti lagi,kan…….. Cherating dah pergi, Janda Baik dah pegi, Melaka dah, so next rasanya plan ke utara lah pulak, boleh?



Oh ya... this morning, sampai lambat giler kat ofis. Jalan tutup sebab Le Tour dLangkawi. Sampainya hati... betul2 depan ofis. Tutup, so jem tak hengat dari start Jalan Duta. It took me 1 hour to reach office. Kul 10 sampai. Hubby lagi la, 10.30. Perghh!!! Tapi ramailah yang lambat. Yang dok Mutiara Damansara, Taman Megah, semua lambat dari aku. Ada ka tutup jalan betul2 time orang nak masuk ofis. 8.30am-9.30am? Hampeh...

Wednesday, February 11, 2009

Jatuh bangun semula....

Humaira sekarang dah nak berjalan. Agak2nya lagi 2-3 minggu dapatlah tu. Sekarang ni bukan main rajin berlatih berjalan. Tak best dah merangkak nih..... Berdiri, angkat kaki selangkah dua, jatuh, bangun semula, berdiri, langkah, jatuh, bangun berdiri, langkah jatuh.... dan seterusnya sampai penat kot. Semalam lah paling dia berusaha gigih. Huhu.... tak lama lagi berlari kedek2 lah anak mummy... dahlah kecik jer lagi. Cepatnya Humaira membesar....hmm......
Muka mengantuk tunggu kakak Hani mandi pool

Hehe.... dah tak ngantuk lagi....

Friday, February 06, 2009

Pernah tak kita fikir....

Pernah tak kita fikir
Bila kita pinjam duit dengan orang
Atau bila kita mintak orang jadi penjamin
Bila kita nak mintak loan dengan bank
Mungkin masa kita pinjam tuh
Orang tu berkemampuan nak bagi kita pinjam
Dan atas percayakan persahabatan
Orang tu sanggup jadi penjamin
Semata-mata tak nak menghampakan kita
Yang mungkin masa tu dalam kesusahan
Mungkin masa tu kalau orang tu mintak belanja selama sebulan
Pun kita sanggup

Tapi pernah tak kita fikir
Sekarang bila kita dah dapat duit
Bila kita nak bayar semula hutang tu?
Atau bila pinjaman dah lulus
Duit dah habis guna
Kita bayar ker ansuran bulanan kat bank?

Atau kita Cuma buat-buat lupa
Dengan harapan orang yang kita pinjam tak cari kita
Dengan harapan bank tak kejar kita
Maka kita pun hidup macam biasa
Seolah-olah kita tak de hutang

Tapi pernah tak kita fikir
Bahawa hidup ni macam roda
Sentiasa berputar
Yang atas tak sentiasa di atas
Pasti bergolek ke bawah jugak
Mungkin orang yang kita pinjam tu dalam kesusahan
Tapi punyalah segan nak mintak balik hutang
Seumpana dia pula yang berhutang dengan kita
Tebal muka kalu nak mintak semula orang bayar hutang
(ni jadik pada aku, last2 tak jadik mintak sampai la ni)

Kalau wat pinjaman dengan bank
Bila kita tak bayar
Nama jadi blacklist
Mungkin kita kata
Ah! Takper… bukan nak pinjam lagi
Tapi pernah tak kita piker
Kawan yang jadi penjamin tadi
Turut sama kena blacklist
Maka tak dapatlah juga dia membuat sebarang pinjaman
dengan mana-mana bank pun kat Malaysia nih

Pernah tak kita fikir
Kita telah menyusahkan kawan yang baik hati menolong kita
Suatu masa dulu
Di kala kita kesusahan

Pernah tak kita fikir
Berkat kah hidup kita ni
Dengan hutang yang tak dibayar
Dengan kita menyusahkan orang lain
Tapi sebenarnya kita MAMPU untuk bayar
Cuma kita rasa itu tak penting
Mungkin juga kita rasa kita akan bayar
Bila cukup amaun dalam tangan
Konon nak bayar sedebuk
Tapi ambik ko sedebik
Kawan kita dah tak menghalalkan segala-galanya
Sampai ke akhir keturunan

Pernah kah kita fikir
Hidup tanpa keberkatan
Apa akan jadi pada anak-anak kita
Pernahkah kita fikir
Dosa kita pada kawan kita
Tak dimaafkan sampai mati
Pernah kah kita fikir
Saat kematian menjelma…..

Cubalah untuk melangsaikan hutang
Walau sikit-sikit jer tiap-tiap bulan
Tapi pasti lupus akhirnya
Mungkin makan masa setahun, 5 tahun, 10 tahun
Tapi akhirnya pasti langsai
Tak yah lah nak tunggu kita ni kaya
Ada duit segumpal baru nak bayar
10 tahun lagi pun tak mungkin kita kaya
Jika kita hidup tanpa keberkatan
Andainya kita hidup bermewah
Melebihi pendapatan kita sendiri

Jadi… tolonglah bayar pada sapa-sapa yang berhutang
Sama ada dengan individu atau pun dengan bank
Jangan susahkan orang yang pernah menolong kita masa kita susah

Kalau satu hari nanti kita jatuh terduduk
Orang yang sama dah serik nak tolong lagi

Bayarlah, sebelum kita mati menutup mata tanpa kemaafan dari kawan kita itu….



Nukilan hati sebal atas apa yang terjadi pada adik aku yang dianiaya ‘kawan’ sendiri, yang sekarang nih dok melarikan diri, menghilangkan jejak, sebab tak nak bayar loan dengan bank yang mana adik aku jadi penjamin. Yang aku bengang tahap dinasour, loan tu di gunakan untuk KENDURI KAHWIN yang semacam GRAND.

Nasihat aku pada yang belum kawin dan nak kawin, berbelanjalah mengikut kemampuan kita. Kalu betul2 takde duit dan terpaksa buat pinjaman, tolonglah pastikan bayar tiap-tiap bulan supaya tak menyusahkan penjamin.

Dengan bank pun bengang gak tapi itu citer lain kali.

Wednesday, February 04, 2009

9 months Humaira..


It has been 9 months since I gave birth to Hani Humaira. Waaa….. cepatnya masa berlalu. Dah besar dah anak aku.

Her milestones at 9 months:

- She could stand on her own. Eventho still ngok ngek ngok ngek lagi badan dia, tapi dia memang suka berdiri.


- Hobi baru sekarang bergantungan kat kaki orang dan berjalan bersama-sama. Kengkadang tu berjalan atas lutut pun jadik, asal dapat berjalan.

- Lagi satu hobi, bermain. Dah kurang tidur siang skrg ni, asyik nak main jer. Kengkadang tuh, dia terbangun pagi2 buta, tengok dah duduk bermain sorang2 dalam gelap. Huhu…..

- These few days dah kurang skit dia punya separation anxiety tuh. Alhamdulillah…. Lega skit. Still ada tapi dah kurang.

- Boleh babai dan bertepuk tangan.

- Mulut sekarang boleh tahan. Suara pun boleh tahan kuatnya. Huhu! Aaaaa…. Aaaa….. aaaaa…. Abaaaa…. Maaa….. Nampak gayanya sebut abah dulu nih cam Kakak Hani.

- Dah paham bila tanya nak susu, kalu dia nak mesti mulut dah berpaling cari susu sambil ternganga-nganga. Cam anak burung plak. Hehe….

- Hobi mengutip still tak hilang lagi. Habis segala benda kecik2 dia kutip. Dia punya mata memang tajam. Sekecik2 benda nampak. Dia punya koordinasi jari memang terer. Sekecik2 benda boleh kutip. Selalu gak nampak dia dok mengikut nak pegang semut kat lantai. Jangan makan dah ler…..

- For the first time in her life, at 9 months, dia potong rambut. Pendek dah lah skit sekarang. Kalu tak tuh, kembang jer. Humaira ni bila rambut panjang, memang terserlah kekerintingan rambut dia.

- Bab turun tangga tak pass lagi. Asyik nak dive jer. Hani dulu dia pusing then turun kaki dulu, si adik nih kira redah jer.

- Makan semangat. Semua benda nak makan, semua makanan nak rasa.

- Lagi lasak dari kakak dia nih nampak gayanya. Tak reti dok diam, tapi kalu dia tetiba dok diam sensorang, ada la tuh kejenya yang kita kena tengok. Selalunya adalah benda asing dalam mulut tuh.

- Naik 'syeikh' bila jumpa surat khabar or barang banyak2. Habis semua dia sepahkan.

- Boleh senyum sambil menangis. Terer tu....



Monday, February 02, 2009

Cerita rojak....

Datuk Lau Lee Chin

Congratulations to Uncle Lau on the Datukship. So looks like we have to call u guys Datuk and Datin after this. Ehehe….


Janda Baik

The neighbours from Bkt Subang organized a picnic at Janda Baik that day but since we planned to be in Kelate for the ‘makan besar’ that evening, we did not actually joined them but we made a quick stopover just to meet them. Sempat la makan minum dan Hani ‘Adalia sempat jugak berendam seketika. About 5 families were there. Majority are Kelantanese.


CNY punye celita

Headed back to Kelate from Janda Baik around 2pm. Alhamdulillah the journey was smooth. Managed to arrive at grandparents house at 8pm, just in time for ‘makan besar’.

On CNY day itself, we spent the whole day at grandpa’s house. Semua ada except for my Auntie’s family at Bangsar. They cud not make it this year coz my Uncle just underwent an operation a week before. Blood clog under the skull. But not to worry, he’s fine now.

The angpow giving ceremony this year was a bit kucar-kacir, not like the previous year. As a ‘mata duitan’ mummy (hehe…) I carried Humaira around collecting the angpow first then only I gave out my angpow. Hani ‘Adalia joined the angpow-collecting queue, with Cik Milin. Yes! We actually queued up to collect the angpows. And all my aunties and uncles and grandparents will sit in a big circle at the living room giving out the angpows. Like previous years, I already planned small notes for smaller kids, and bigger notes for bigger kids, but this year, my oh my! How time flies! I noticed that most of my cousins have grown up quite fast, I mean they are actually taller than me! End up I have to give all the big notes out and keep the smaller notes to myself. Huh! Hopefully I will be blessed more this year. Hehe…. Err… did I tell you I have to give to my sister and 1 of my Auntie as well? huhu…

On Leave

Went back to KL on Wednesday. I took leave until Thursday but continued till Friday due to some unfinished errand to take care (dealing with the government offices requires u to take leave, if you want to know). Alhamdulillah, all our plan for the holidays have been ticked off. And I am RM 625 richer thanks to the rebate for road tax. Hehe…..

Dua pupu

Tuan Muhammad Umar,born on Sunday 25th January 2009. My new dua pupu (his father and myself are cousin). Congratulations Hafiz and wife for the new baby boy.
-The end-