Showing posts with label AdrianAmmar Stories. Show all posts
Showing posts with label AdrianAmmar Stories. Show all posts

Tuesday, June 20, 2023

Setengah tahun 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama betul tak menulis kat blog ini. Rindu rasanya. Ceritanya banyak. Mungkin sebab aku dah menulis kat Instagram jadi kata-kata pun sudah kehabisan. Hahaha.

Nak mula dengan cerita apa ya?
Kisah gembira ke atau kisah sedih?

Aku mulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran anak-anak aku; Adriana dan Ammar. Majlis dalam bulan Mac sebelum kedatangan Ramadan. Kebetulan mak mentua tinggal dengan kita orang di JB. Adalah dalam tiga minggu dengan kita orang.

Nenek dan sepupu dia orang.


Majlis bermula.


Grup mengaji kanak-kanak Taman Molek.




Aina anak buah suami. Kemain bersemangat dia nak menengok Kakak Nana dan Abang Ammar.


Ammar dengan bacaannya.




Sesi menyampaikan hadiah cenderahati bagi anak-anak yang khatam.






Ini sahaja beberapa keping gambar yang boleh dijadikan kenangan. Selebihnya sudah diletakkan di medium Instagram. Kenangan di tempat orang antara paling manis. Aku pun pertama kali mengadakan majlis sebegini. Seronok rupanya. Persiapannya macam nak adakan majlis kahwin anak. Siap dengan bunga telur, bunga manggar.

Semoga menjadi kenangan buat anak-anak juga. Aku dulu tak pernah merasa majlis sebegini. Jadi buatkanlah untuk anak-anak pula. Okeylah, berhenti dulu nanti sambung dengan cerita lain. Momentum menulis harap berterusanlah. 


Saturday, May 11, 2019

Cerita Sebelum Berangkat Ke JB

Assalamualaikum.

Hai.

Entri ini entri ringkas sahaja. Sekadar nak simpan gambar-gambar yang ada dalam entri ini di dalam blog. Telefon sudah penuh gambar. Jadi sebelum hang baik aku simpan di blog. Sambil itu bolehlah aku bercerita sekali. Gambar-gambar ini aku ambil masa seminggu dua kita orang nak menghabiskan hari-hari kita orang kat Melaka.

Anak-anak memang berat hati. Masa itu hampir tiap hari aku dengar dia orang kata tak nak pindah. Tapi ada misi sebenarnya aku dan anak-anak ke JB. Semoga urusan kami empat beranak dipermudahkan. Selesai sahaja misi itu, aku nak fikir untuk balik ke Melaka semula. 

Bila semuanya ada di Melaka memang hati agak berat nak meninggalkan. Takdir yang menentukan segalanya walaupun adakalanya kita tak suka dengan takdir yang perlu kita lalui. Ikut sahaja alirannya.

Jemput anak-anak waktu ini Adriana ada aktiviti.

Waktu ini menjemput anak-anak di sekolah. Tak silap aku cuti waktu ini.

Hantar anak-anak ke sekolah.

Lagi gambar selfie kami dalam kereta.

Masa ini aku dan anak-anak datang sekolah sebab nak ambil surat pertukaran dia orang.

Aku suruh dia orang bergambar depan sekolah.

Inilah suasana di Melaka sewaktu nak menghantar anak-anak ke sekolah.

Ini pula di sekolah agama.

Adriana dan kawan sekolah agamanya. Kebetulan maknya nak beli buku aku jadi kami sempat berjumpa di Petronas Bukit Katil.

Sebelum bertolak sempat jumpa Cikgu As. Ammar belajar membaca dengan dia sebulan sebelum dia naik darjah satu.

Anak-anak dan Teacher Wani. Cikgu transit. 


Inilah port parking aku. Selalu parking dekat-dekat kereta Myra Mokhtar.


Suasana pejabat JKM. Tempat aku itu selama 12 tahun. Sedih.


Gambar ini diambil suatu pagi ketika pintu pejabat tidak buka lagi. Aku curi-curi ambil gambar Kak Zana dan CC Rasimah. Entah apa yang dia orang sembangkan. 


Satu-satunya sepupu sebelah mak yang aku rapat. Memang dia sorang aje yang ada. Mak aku pun adik-beradik dua orang saja. Ada sorang lagi sepupu mak yang kita orang rapat juga. Kakak sepupu aku ini beza 17 tahun umur kita orang. Tapi kita orang memang kongsi setiap suka duka kita orang bersama. Masa dia ikut suami ke Sarawak, aku belajar di Politeknik Ungku Omar Perak. Kami tetap keep in touch. Masa itu tak ada whatsapp bagai. Memang seminggu itu beberapa kali kita orang bergayut kat telefon. Sampai sekarang walaupun aku sudah ke JB.

Itu sahaja coretan ringkas tentang kenangan-kenangan masa lalu. Semuanya pasti tersemat dalam hati. Kenangan itu madu dan racun.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Thursday, April 4, 2019

Sambutan Hari Lahir Anakanda Berdua

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Lupakan seketika kesedihan yang melanda diri. Sejak siang tadi entri aku sedih-sedih belaka. Aku yang menulis ini sedih. Yang membacanya tak tahulah macam mana. Malam ini aku coretkan kisah manis bulan Januari dan Februari yang lepas. Januari lepas adalah hari lahir anak sulung aku dan bulan Februari pula adiknya. Sambutan hanya kecil-kecilan sahaja. Masa sambut hari lahir Adriana, aku sedang dilanda kerajinan.

Dapatlah buatkan sebiji kek. Itu pun deko biasa-biasa saja. Buatnya pun dalam keadaan kelam-kabut. Jadilah daripada tiada keknya.

Kek butter.

Kek sedang dibakar.

Inilah hasil selepas dibakar.

Hasil selepas dideko.

Dapatlah Nana potong kek dengan kawan-kawan.

Ini pula untuk hari lahir Ammar. Kebetulan hari itu mak mentua minta masakkan lasagna. Jadi buatlah sekali hari lahir Ammar.

Sos putih lasagna.

Lasagna yang sudah dimasak.

Spageti aglio olio.

Koktel.

Itu dia lasagnanya.

Kek batik.

Ini untuk mak mentua.

Menu malam itu.

Kek yang disponsor oleh acik.

Inilah Ammar.

Itu sahaja coretan untuk malam ini. Ada masa akan aku coretkan lagi di sini. Doakan penghijrahan aku akan memberi kebahagiaan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Saturday, January 12, 2019

Bekalan Anak-anak 2018

Assalamualaikum.

Selamat malam semua.

Entri malam ini sekadar berkongsi bekalan buat anak-anak yang aku sediakan dalam sesi persekolahan tahun lepas. Sebenarnya entri ini lama sudah terperap dalam ruang draft. Aku nak membuang mana-mana entri yang lama yang tidak sempat aku siarkan di blog. Sekali terjumpa entri ini.

Sayang pula nak buang. Jadi aku simpan sini sebagai kenangan. Penat bergambar. Hahaha. Sudahlah bangun pagi. Kemudian bersilat di dapur. Dah siap aku bergambar pula. Dalam pada keseorangan menyiapkan seorang diri, aku sempat aje bergambar.

Akan datang bila anak-anak dah besar, mereka bolehlah baca blog mamanya. Akan datang, suasana ini pasti dirindui walaupun sesekali keletihan menguruskannya.






Awal tahun ini aku agak slow sikit dalam penyediaan bekal anak-anak. Entahlah. Badan dan hati tidak bersekongkol. Perasaan sedang kacau-bilau sebenarnya. Nantilah, aku kongsikan bila sampai masanya.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Friday, September 28, 2018

Sambutan Merdeka 2018

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua.

Salam jumaat.

Hampir sebulan diperam entri ini. Biasalah, sibuk. Itu sahaja jawapan yang ada untuk semua ini. Kalau aku tidak menulis di sini, aku menulis di sana. Menulis di blog yang satu lagi dan juga ada medium-medium lain. Banyak sangat yang nak ditulisnya.

Hari merderka macam biasa. Bawa anak-anak untuk meraikan hari merderka. Setiap tahun acara ini tidak akan kami tinggalkan. Setahun sekali wajiblah pergi. Mencipta kenangan bersama anak-anak. Mereka seronok. Menyaksikan perarakan. Melihat kenderaan-kenderaan yang berarak.

Dulu, ayah aku adalah sesekali bawa aku. Itu yang sekarang aku bawa anak-anak pula. Biar dia orang pula akan teringat zaman kanak-kanak mereka.

Orang ramai sudah memenuhi tepi jalan.

Mak dan anak-anak.

Kontinjen daripada pejabat aku, Jabatan Kebajikan Masyarakat.



Kemudian Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Walaupun bukan asben yang masuk berarak tapi aura kastam itu tetap kuat. Tetap teruja kalau nampak pasal kastam.



Yang sedang menengok ke arah sini jiran aku. Dalam pada aku menyorok amik gambar dia boleh perasankan aku.

Bersama anak officemate.



Aku letak kereta kastam di sini.

Sebelum balik sempat bergambar dengan pakcik aku.

Itu sahaja entri ringkas untuk pagi ini. Oh ya, kalau ada sesiapa yang mahu menempak naskhah Pengasuh Dari Neraka boleh hubungi aku ya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim