Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, November 21, 2018

Masa Itu Emas!

Assalam.

Memang benar, masa itu sangat berharga. Kalau kita tidak uruskan dengan baik, maka kita akan jadi manusia yang akan terus berkata, "TIADA MASA" maka kita memang tak dapat lakukan pelbagai perkara. Malah, kalau tak kena gaya, masa kita berlalu begitu sahaja. Jangan lupa, masa adalah seperti air sungai yang mengalir, ia akan terus mengalir tanpa mampu untuk berpatah balik!

Saya memang pantang kalau dengar orang yang suka buang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tiada manfaatnya atau manusia yang tak mahu buat apa-apa tetapi hanya duduk membuang masa! Kalau sibuk pun, pasti kita dapat melakukan pelbagai perkara dan kerana itulah kita sibuk. Tetapi kalau alasan kita ialah masa itu tidak cukup maka dengan itu kita tak dapat buat apa-apa, itu bermakna yang diri kita merupakan orang lemah kerana tak berdaya untuk menguruskan masa yang ada dengan baik, atau mungkin kita memang jenis manusia yang hanya seronok melepak kosong dan membuang masa begitu sahaja!

Ada kala saya memang suka membebel dan hari ini saya sengaja pilih untuk bebel kerana ada ketika saya sangat hampa melihat orang-orang di luar sana yang masih mampu untuk membuang masa!

Bacalah Surah Al-'Asr, dan bacalah berulang-ulang kali semoga kita akan terus menghargai masa yang ada. Allah berfirman mengatakan bahawa manusia ini berada dalam kerugian kecuali mereka yang menggunakan masa dengan terbaik untuk dunia dan akhirat!