Assalam
Apa khabar semua?
Tak lama lagi dah pun mula Pesta Buku Antarabangsa. Nampaknya, sekarang ini Pesta Buku dah tak seperti dulu lagi. Semakin hari semakin sepi. Walaupun ada minggu buku, hari buku atau bulan buku, tapi nampaknya masing-masing tak kisah pun pasal buku. Yang suka membaca adalah juga mereka yang suka menulis. Rata-rata mereka ini juga yang menulis di sana sini, termasuk di blog dan juga Facebook. Yang tak suka membaca bukulah yang paling ramai. Mereka hanya suka sibuk di sana sini, mengintai blog orang atau facebook orang. Nak tulis sendiri memang tak reti dan tak ambil kisah pun. Apatah lagi untuk membaca buku. Kalau baca pun, mungkin baca benda-benda karut-marut. Jangankan nak baca buku yang penuh dengan ilmu, baca buku cerita pun tak mahu.
Mungkin kerana itulah semakin hari semakin sepi dunia buku di Malaysia!
Mungkin juga dah tak banyak penulis yang hebat di luar sana. Yang menulis memang ramai, tapi yang menulis apa sahaja pun ramai juga. Ramai penulis main hentam menulis, tanpa buat research, tanpa buat kajian dan tak kisah pun dengan plot atau bahan yang diatur dalam buku. Akhirnya pembaca pun jadi bosan. Dulu suka baca, sekarang dah malas nak baca lagi.
Mungkin juga kerana itu, banyak penerbit yang pilih untuk terus tutup kedai. Buat apa nak teruskan bisnes, kalau bisnes dah jadi suam-suam kuku? Buku dalam stor jadi bertimbun. Kalau tak buat buku baru nanti kedai tak mahu ambil, tapi bila buat buku baru, buku baru kurang laku. Akhirnya berlambak dalam stor. Yang terpaksa tanggung kerugian ialah penerbit. Penulis tak rugi apa sangat, mungkin rugi masa lah kerana menulis memang makan masa. Mungkin juga rugi tenaga dan usaha. Tapi penerbit memang rugi duit!
Tak usahlah eksyen dan berkata yang dia merupakan penerbit hebat! Kerana kalau dia kata begitu, maknanya dia adalah PENIPU!
Hari ini, bisnes buku merupakan bisnes yang malap. Dulu, sekitar sepuluh atau lima belas tahun yang lalu, bisnes buku memang merupakan bisnes yang HOT. Sekarang ini dah tak lagi! Salah siapa agaknya?
Rata-rata, tak banyak peruntukan yang dikhaskan untuk perpustakaan atau pembacaan buku untuk rakyat. Jadi... semestinya rata-rata bisnes buku jadi malap.
Mungkin itulah salah satu strategi, agar anak muda tak ghairah membaca. Bila tak baca, maka mereka jadi manusia yang kurang ilmunya. Bila tak ada ilmu, maka kuranglah pengetahuan, tak tahu segala-galanya. Maka jadilah manusia yang kurang bijaknya. Mungkin mudah untuk mengatur manusia yang tidak bijak, kalau banyak yang cerdik pandai, memang susah!
Wallahuaklam.