Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Saturday, October 04, 2014

Selamat Menyambut Eidul Adha

 Assalam

Walaupun Arab Saudi sudah pun menyambut Eidul Adha pada hari ini, namun tidak salah kalau kita di Malaysia menyambutnya pada hari esok. Apa-apa pun, saya ingin ucapkan selamat menyambut Eidul Adha. Sebenarnya kalau anda sedang kerjakan ibadah haji di tanah Haram, pasti anda tak perasan dengan hari raya itu kerana anda sibuk mengerjakan rukun haji. Melalui detik wukuf di Arafah, melontar di Mina... namun kita di Malaysia, kita sibuk dengan menyambut hari raya. Pastinya juga sibuk mengerjakan ibadah korban. Di tanah suci, kerana terlampau ramai orang, jemaah tak dapat pun nak melihat keadaan korban di sana kecuali kalau sengaja mahu melihatnya.

Saya pun agak hairan jugalah kenapa tahun ini, beria-ia perkara 'puasa sunat Arafah' dikecohkan. Malah, kerja doa ketika saat wukuf di tanah haram juga kita kalut sangat... tahun-tahun yang lepas tak adalah pula kecoh sangat. Tahun ini siap ada ustaz-ustaz yang berentap cuba tegakkan tarikh sepatutnya dilakukan 'puasa sunat Arafah' itu. Memang saya rasa agak pelik kerana tiba-tiba sahaja tahun ini perkara ini dikecohkan. Tahun-tahun sebelum ini, tidak pula. Bukanlah tak elok, apa sahaja perkara baik yang kita lakukan semestinya elok. Cuma saya rasa hairan sedikit. Kalau boleh, saya tak mahulah kita buat perkara-perkara ibadah sunat ini macam sesuatu yang 'trendy'. Bila kita 'trend' kannya, maka kita pun kecoh seolah-olah kalau tak buat macam satu dosa besar, sedangkan perkara itu hanyalah 'sunat'. Banyak perkara wajib yang kita tak kecohkan.

Misalnya 'akhlak' dan 'sedeqah' atau 'zakat'. Banyak orang tak ambil 'pot' pun tentang hal-hal ini. Mungkin solat tak tinggal, mungkin juga puasa tak pernah tak buat, malah puasa sunat pun rajin buat, tapi akhlak masih tak baik. Misalnya suka menyampai-nyampai 'fitnah' di Facebook, instagram, twitter... termasuk telegram dan whatsapp. Apa sahaja yang kita dapat, kita pun copy paste dah hantar pada orang lain atau sebarkan di laman sosial kita tanpa ambil peduli sama ada perkara itu benar ataupun tidak. Malah, ada juga main copy paste apa sahaja yang dianggap 'fakta agama' dan mengandaikan fakta itu tepat, sedangkan mungkin fakta yang kita sebarkan itu hanyalah satu 'Dusta'! Nauzubillah min zalik.

Yang paling tidak menarik, kerana masing-masing semua nak tunjuk 'bagus', konon-konon banyak buat ibadah dan masing-masing pun berceritalah tentang hari-hari yang mereka 'puasa', sedangkan semua itu hanyalah 'sunat' sahaja dan perbuatan 'menunjuk' itu dah terlari dari landasan yang betul. Wallahuaklam. Kalau nak puasa ke atau nak buat apa pun, buatlah, tak payah heboh-heboh.

Sebenarnya, lagi elok kalau kita berdoa dan bertaubat tak kira masa dan tahun. Buat setiap masa selepas kita solat, tak kira minggu apa atau hari apa. Kalau nak puasa pun, puasalah... boleh selalu buat kalau kita nak buat, asal jangan buat kecoh.

Begitulah kalau nak berkorban, tak semestinya mereka yang buat korban di masjid dan di surau berdekatan merupakan orang-orang yang buat 'korban' di muka bumi ini. Ramailah yang buat 'korban' di tempat lain kerana memang banyak lagi yang daif dan perlukan 'pengorbanan' kita semua. Subhanallah.

Semoga kita menghargai masa dan rajinlah buat kebaikan tak kira waktunya. Buatlah sentiasa, agar Allah juga sentiasa menyayangi kita sebagai hamba-Nya. Aamiin.

Wassalam.