Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, January 10, 2014

Jakarta dan Bandung

Assalam

Alhamdulillah, sudah hampir tiba di penghujung minggu, semoga anda sekelian baik-baik belaka, insyaaAllah. Alhamdulillah saya okey-okey dan agak bersemangat setelah bertemu kawan-kawan di Bangi semalam. Saya dibelanja makan tengah hari (belated birthday lunch) di Hotel Bangi Putrajaya (dulunya Equatorial Bangi). Kami makan Chinese. Selepas itu kami ke rumah kawan saya untuk solat di sana.

Saya sempat menjengah seorang lagi kawan di kampus UKM dan kemudian datang semula ke rumah kawan saya. Kami berbual-bual, bercerita tentang kunjungannya ke rumah saya di England dulu. Teringat ketika kami meronda-ronda di England dengan kereta kecil saya sementara suami saya pergi ke kampusnya ketika dia mengikuti program PhD. Ketika itu saya dah selesaikan masters program saya. Memang seronok, suatu pengalaman yang tak dapat kami lupakan. Kawan saya yang memandu dan saya yang lihat petanya (dulu tak ada GPS).

Dari cerita England kami meleret hingga ke cerita hantu. Ada seorang teman kawan saya dikatakan mempunyai kelebihan, dapat melihat sesuatu yang aneh. Ketika kawan saya ke sebuah resort, temannya itu terlihat sesuatu yang mencemaskan dan bila dia bersuara, ada seorang kenalan lain memberitahu mereka bahawa di kamar tersebut pernah berlaku satu pembunuhan (kekasih lelaki membunuh kekasih perempuannya). Adoii... apa lagi, kawan baik saya jadi panik. Hahaha... memang menakutkan, kan?

Petang semalam, kami pergi minum petang pula dengan seorang lagi kawan kami. Dulu dia merupakan bos besar perpustakaan. Saya memang suka ke Little White Cafe (ala-ala kafe di England) yang terletak di Bandar Baru Bangi. Boleh makan scones ala-ala mat salih dengan English Breakfast tea (kegemaran saya). Kami bercerita tentang tempat-tempat yang kami pernah lawati, kebetulan kedua-dua kawan saya itu memang kaki makan angin. Kawan saya yang seorang itu hampir satu dunia sudah dilawatinya. Jadi, memang seronok bercerita dengannya, bertambah teruja untuk ke tempat-tempat yang saya belum sampai lagi. InsyaaAllah, ada rezeki dan tenaga, akan saya cuba pergi ke tempat-tempat yang menjadi impian saya itu. Bagi saya, nikmat duit ini terasa bila kita dapat melihat tempat-tempat yang menarik di dunia ini. Bagi saya juga, tiada tempat yang tak menarik. InsyaaAllah.

Esok, saya tak update blog ini. Mungkin hari Rabu nanti barulah boleh kot. Itu pun tengoklah, kalau saya ada mood. Semoga kita semua selamat dunia akhirat, ameen. Doakan yang terbaik buat saya ketika berada di negara orang. Saya sentiasa 'look forward' untuk ke Jakarta dan Bandung, bagaikan balik kampung pulak.

Wassalam.



                                      Jakarta