Assalam
Jarang-jarang kita jadi hairan kalau dengar orang banyak duit dan jadi millionaire sebab sekarang ini harga rumah biasa-biasa pun boleh mencecah jutaan ringgit. Maknanya bila kita mampu membelinya, pasti banyak duit simpanan kan? Takkan nak harap duit pinjaman bank sahaja kot. Malah, sekarang ini millionaire memang ada bersepah-sepah. Pegawai kerajaan pun ramai yang dah jadi millionaire. Tak tunggu businessman saja.
Tapi pagi tadi saya sangat terkejut bila melihat profile seseorang yang saya kenali, tertulis di situ, 'The youngest billionaire' dan terpampar wajahnya di muka surat khabar di Amerika Syarikat. Bukan di Malaysia, tau...
Mestilah saya terkejut kerana saya kenali mamat ni dah lamalah juga dan saya tahu dulu-dulu dia tak kaya-raya pun. Tapi saya juga tahu yang dia sangat disenangi dan disayangi oleh Pak Arab kaya ni. Malah, saya tahu yang Pak Arab ini sponsor pengajian mamat ni di Malaysia, kemudian sponsor lagi di Switzerland. Kini mamat ni ada di Amerika Syarikat. Dia memang baik dengan saya tapi sangat 'low profile'. Huhu... saya tak pasti sangat positionnya... mungkin dia sedang uruskan hotel-hotel di Amerika Syarikat bagi pihak Pak Arab yang kaya-raya itu. Apa-apa pun, 'he looks good.'
Kebetulan semalam saya search tentang pulau Socotra di Selatan negara Yemen, bagi saya ini merupakan pulau yang tercantik di dunia, dan saya hubungi mamat tadi melalui whatsapp. Kata saya, "Bila awak nak balik ke Yemen lagi? Kalau balik beritahu saya okey... saya nak ikutlah pergi ke pulau Socotra itu. Dulu awak ajak, saya yang tak dapat pergi."
Adoii... saya baca komen pengunjung (di Internet) di pulau itu, masing-masing (semua mat salih) akui yang pulau itu sangat unik dan terbaik di dunia. Itulah yang saya jadi berkobar-kobar.
Mamat tadi jawab whatsapp saya, katanya, "Insyaa-Allah saya akan pastikan impian awak tercapai."
Iyalah... bukan mudah nak ke pulau itu tetapi saya sangat yakin, kalau panjang umur dan ada rezeki, insyaa-Allah saya akan sampai juga di sana suatu hari nanti. Apa-apa pun, saya juga yakin yang mamat tadi itu, kalau dia ke Yemen, pasti akan mengajak kami ke sana lagi, insyaa-Allah.
Tak kisahlah siapa yang jadi billionaire, yang penting kita tak lupa daratan. Kaya macam mana sekalipun, kalau kita sombong, maka tak ada ertinya. Paling malang, kalau kita tak ada apa-apa, tetapi jadi manusia yang bodoh sombong, lagilah tak berguna. Nauzubillah min zalik.
Semoga Allah swt lindungi kita dunia akhirat. Aamiin.
Wassalam
Imej tempat-tempat menarik di Pulau Socotra, Yemen yang saya cilok dari Internet