Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Friday, September 09, 2011
Skandal Dunia Buku
Salam semua
Ramai juga yang bertanya saya, "Bila novel baru Kak Aina nak keluar?"
Huhu... belum lagilah, yang. Masih dok terkial-kial menulis. Banyak sangat benda yang nak kena siapkan, tapi insya-Allah, sedang diusahakan. Malah, skrip drama pun saya belum siapkan. Huhu... sedihnya.
Okeylah... malam ni nak sembang sikit pasal dunia buku ni. Sekadar untuk 'intro' aje. Dunia buku di Malaysia tidaklah luas mana kerana jumlah penduduk kita tak besar mana, tak macam di USA, China, Eropah atau jiran kita Indonesia. Kalau diikutkan, dunia buku Melayu lagilah kecil aje, sebab yang dok rajin baca buku Melayu tidaklah banyak mana. Memang penduduk Malaysia ni bukan kaki buku sangat, tetapi sekarang ni agak jauh lebih elok daripada berpuluh-puluh tahun yang lalu.
Dunia buku di Malaysia terdiri daripada penulis, penerbit, pecetak, pembekal atau pengedar, pekedai dan juga pembaca. Semuanya saling berkaitan. Di Malaysia, keadaannya tidak sama seperti di negara Barat, di mana pihak agent sangat berkuasa kerana mereka yang rekomen dan membekal manuskrip penulis kepada penerbit. Penerbit di negara Barat juga sangat kuat kalau dibandingkan dengan pihak kedai yang menjual buku. Malah, pihak pengedar juga sangat profesional, jarang-jarang kita dengar tentang skandal pengedaran buku.
Sebenarnya, dulu-dulu saya pun tak tahu tentang banyak hal dalam dunia buku, tetapi sejak menjadi penulis pada tahun 2003, saya terlibat secara langsung dalam hal-hal ini dan seterusnya pada tahun 2005, apabila keluarga saya mula terbitkan buku-buku saya, lebih banyak yang saya belajar.
Pun begitu, saya banyak belajar daripada orang lain yang lebih dahulu terjun dalam dunia buku ini. Kata seorang teman (yang dah lama giat dalam dunia buku ni), "Bukan mudah nak cemerlang kerana terlalu banyak rintangan." Katanya, dia sudah berkali-kali kena tipu dengan pengedar. "Tahu-tahu buku saya dicuri cetak dan tahu-tahu buku saya dah berlambak kat pasaran. Saya pun apa lagi, pergilah selidik, rupa-rupanya pihak pengedar dah tipu saya. Mereka pergi ke pecetak dan minta buku saya dicetak lagi dan saya sendiri tak tahu hal ini."
Masa mula-mula menulis dulu, saya pernah dengar cerita tentang pihak luar yang curi cetak buku penulis yang terbit sendiri dan masa tu, saya tak yakin sangat. Tetapi lepas itu, saya dengar lagi dan lagi. Mungkin saya turut berubah fikiran.
Saya juga pernah diceritakan seorang teman (yang terbit bukunya sendiri) bahawa pihak pengedar pura-pura mahu menjual bukunya, tetapi rupa-rupanya buku-bukunya itu tidak diedarkan. Di simpan sahaja di stor. Sampai masa dikeluarkan buku-buku itu, masih dalam bungkusan, menunjukkan buku-buku tidak ke mana pun. Pengedar hanya kata, "Buku awak tak laku, tak boleh dijual!" Teman saya sangat sedih kerana dipermainkan begitu. Katanya, perkara seperti ini sering terjadi kepada penerbit kecil atau penulis yang terbit buku sendiri.
Sebenarnya saya dah berkali-kali dengar tentang kisah ini, di mana pihak pengedar sengaja mahu mengambil buku dari penulis atau penerbit, tetapi mereka tidak mengedar. Mereka berbuat demikian untuk sengaja mengelak buku-buku itu berada di pasaran dan menjadi saingan kepada buku mereka. Lebih malang lagi bila pihak pengedar memilih untuk terbit buku sendiri, tentulah prioriti ialah untuk menjual buku mereka sendiri. Mungkin kerana itu juga, banyak penerbit (terutama yang kecil), lebih suka mengedar buku mereka sendiri walaupun kerja mengedar rumit dan tidak mudah.
Kadang-kadang kita dengar penulis merungut kerana royalti mereka tidak dibayar. Mungkin memang ada pihak penerbit yang jenis tak bayar apa-apa kepada penulis (saya biasa dengar hal ini), tetapi biasa dengar tak kisah penerbit yang dah terlebih bayar royalti kepada penulis? Hah... banyak juga kisah macam ni, kerana bila buku diedarkan kadang-kadang tak dijual pun. Buku-buku 'direturn' oleh pihak kedai kemudian, tetapi bila buku keluar dan selepas beberapa bulan pihak penerbit pun buat andaian buku dah jual, lalu membayar royalti kepada penulis. Tetapi malangnya, selepas tempoh yang agak lama, rupa-rupanya buku-buku itu masih belum dijual. Terpaksalah pihak penerbit menanggung beban, bukan sekadar membayar pihak pecetak untuk mencetak buku, tetapi membayar royalti lagi, sedangkan buku masih tidak dijual!
Oleh kerana itu, kalau anda merupakan penulis dan ragu-ragu tentang hal royalti anda, adalah lebih baik sekiranya anda semak dengan pihak penerbit dan tanya tentang hal penjualan buku anda. Jangan cepat sangat melatah dan buat andaian yang anda tidak dibayar oleh pihak penerbit. Entah-entah buku anda masih banyak di dalam stor atau sudah pun diedar tetapi 'direturn' oleh pihak kedai.
Esok-esok saya akan sambung lagi kisah dunia buku ni. Mungkin saya akan bercerita tentang pihak kedai dan juga tentang mereka yang suka guna cara lain untuk pastikan buku mereka dapat tempat di dalam kedai.
Malam ni saya nak rehat dulu.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)