Dream garden
Salam
Walaupun semalam hari Isnin, tapi saya sibuk di luar. Tengah hari, saya telah ke Kuala Lumpur dengan famili untuk meraikan anak saudara saya Sofia dan suaminya yang datang dari Brunei (Sofia berasal dari Singapura tapi berkahwin dengan orang Brunei). Selepas maghrib pula, saya ke sebuah tempat makan yang terletak tidak terlalu jauh dari rumah saya, untuk meraikan hari jadi dua orang teman (yang tinggal setaman dengan saya). Lebih jam sebelas baru pulang ke rumah.
Okeylah, pagi ini tak ada apa sangat yang hendak saya ceritakan, cuma tension aje... penulisan manuskrip saya ni agak slow. Mana tak slownya, ada-ada saja yang membuatkan saya terpaksa tinggalkan komputer ni. Maklumlah ada urusan lain... tapi, dah biasa macam ni. Bila jadi penulis, kadang-kadang kita tak mampu untuk hidup dalam dunia kita sahaja, kerana apa sekalipun, dunia di luar tetap ada dan itu adalah sebuah realiti. Mungkin di sinilah cerita saya kot. Bila terlalu ralit menulis manuskrip, kadang-kadang terasa seperti ada lagi satu dunia untuk kita. Ada masa kita di dunia realiti, ada ketika pula kita di dunia yang satu lagi. Asyik keluar dan masuk dan setiap kali berubah tempat, kita kena adjust cara kita pula. Lagi banyak kita menulis, lagi involve kita dengan dunia yang baru ini, kadang-kadang bila di dunia real, kita terpanggil watak-watak dalam manuskrip, seolah-olah mereka sudah keluar di luar. Hehe... macam cerita lawak, tapi betul, beb.
Sebab itulah, bila saya habis menulis satu-satu manuskrip itu, saya akan cuba lupakan agar saya boleh menulis manuskrip yang baru pula. Kalau tak nanti, termasuk dunia yang lama tu... kan susah!
Hari ni saya nak rehat dan nak menulis lagi. Malam nanti nak ke rumah anak saya sebab menantu saya kata dia nak masak kebab. So, bye-bye all... jumpa esok, insya-Allah.
Wassalam.