Sekadar hiasan
Salam semua
Hehe... agaknya ramai yang belum kahwin, teringin benar nak kahwin paksa. Maksud saya, terpaksa kahwin dengan orang yang kita tak kenal atau mungkin tak suka. Maknanya juga, kita berkahwin bukan dengan kekasih hati kita. Ini sangat berbeza daripada kahwin yang diaturkan, kerana biasanya bila diaturkan, pasangan sudah kenal dulu dan mula rasa suka. Salah satu contoh ialah Aly Iskandar (pengacara TV3) dan pasangannya. Mereka tidak bercinta seperti kebanyakan pasangan hari ini, tetapi telah dikenalkan dan selepas mereka belajar untuk menyukai pasangan, barulah kahwin.
Kahwin paksa pula adalah perkahwinan di mana pasangan itu dipaksa untuk terima satu dengan yang lain. Ada ketika, si perempuan mungkin suka tetapi lelaki tak suka, atau ada kes pula, lelaki suka, perempuan pula tak suka. Kemungkinan kedua-dua tak suka boleh jadi juga.
Tapi bayangkan pasangan yang tak suka satu sama lain tetapi dipaksa untuk berkahwin?
Nampaknya memang ramai sangat yang teringin nak kahwin begini agaknya, sebab itulah ramai yang menulis kisah kahwin paksa. Malah, drama Melayu pun dah mula mengangkat cerita sebegini untuk ditontonkan, maklumlah ramai sungguh penggemarnya.
Tapi jangan lupa, biasanya dalam novel atau juga dalam drama, bila dikahwin paksa, kebanyakan lelakinya segak-segak belaka. Tak ada yang perut buncit, gigi rongak, rambut gugur, umur dah lanjut dan macam-macam lagi yang agak negatif, apatah lagi kalau si perempuannya cantik menarik. Biasanya dalam cerita, si lelakinya segak bergaya, handsome macam Aaron Aziz atau Ady Putra tu... bolehlah masing-masing berangan untuk berada dalam situasi kahwin paksa dengan harapan pasangan lelakinya hebat macam tu.
Aduhai... realitinya, kalau ada kahwin paksa, biasanya si 'hero' tak adalah hebat macam yang kat atas ni. Itu sebabnya dikatakan kahwin paksa. Si perempuan rasa macam nak mati sebab kena kahwin dengan orang yang dia tak suka. Kalau dapat kahwin dengan yang gagah handsome macam Aaron Aziz tu, mestilah sanggup semuanya!
Saya masih teringat kisah satu pasangan ni. Mereka dikahwinkan kerana ibu bapa mereka memilih untuk dikahwinkan. Selepas setahun berkahwin, mereka bercerai. Pada hal masa kahwin tu, namapk macam okey aje. Rupa-rupanya mereka berlakon macam okey. Si lelaki itu masih ingat cinta hati lamanya. Si perempuan pula memang tak happy hidup dengannya. Last-last kedua-duanya bersetuju untuk berpisah. Si lelaki tadi terus sahaja kahwin dengan makwe lama. Si perempuan mencari penggantinya. Sekarang ini, kedua-duanya okey... bahagia, tapi bukan dengan pasangan yang mula-mula. Habislah cerita,
Semoga anda semua fikirkan tentang apa yang saya katakan ini. Hendak ke kalau dikahwin paksa?
Wassalam.