Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, October 28, 2016

Loaded Abang Oi Tapi Kedekut!

Assalam

Sedap tak kalau saya jadikan tajuk di atas ni sebagai tajuk novel baru saya?

Mesti anda yang kenal saya akan rasa terkejut. Maklumlah... tak biasa tengok tajuk yang macam ni untuk buku saya kan?

Tapi nak hairan apa kan... apa sahaja tajuk pun boleh jadi, maklumlah rata-rata pembaca hari ini lebih ghairah untuk tengok tajuk buku yang pelik-pelik, baru rasa teruja nak baca, bukan nak ambil kisah tentang apa yang ditulis penulisnya!

Ah, apa-apalah!

Tapi hari ini saya nak sembang-sembang tentang tajuk di atas ni. Biasa tak kita tengok abang dan kakak-kakak di luar sana yang kita tahu mempunyai pendapatan yang lumayan, atau apa yang kita panggil sebagai loaded? Tapi... kita juga tahu, kadang-kadang orang macam ni... sangat berkira-kira hinggakan seringgit dua pun jadi berat buatnya.

Sebagai contoh, Si Minah ni orang di kawasan tempat tinggalnya memang tahu yang dia sangat loaded. Maklumlah, rumahnya besar, kereta pun banyak dan besar-besar. Tapi masya-Allah, beli lemang tak berapa elok rasanya, dia boleh sampai naik angin dan marah-marah, seolah-olah si tukang bakar lemang tu sengaja bagi dia lemang yang tak sedap tu. Dia mengamuk dan minta balik duitnya! Si tukang jual lemang pun pulang balik wangnya, padahal lemang yang kurang elok tu, habis juga dibedalnya! Adoii...

Hah... jangan ingat orang berduit tu tak kedekut. Kadang-kadang lagi kedekut daripada orang lain yang tak berduit. Bukanlah maksud saya kalau kita berduit kita tak perlu berkira, tapi... ya Allah, apa salahnya kalau kita tahu seseorang itu dengan tak sengaja buat kesilapan, takkanlah kita nak menganiayakannya lalu meminta balik duit kita yang seciput tu. Makananlah beb! Kadang-kadang kita masak pun tak berapa nak menjadi. Masinlah, tawarlah... macam-macam lagi.

Tapi bagi sayalah, saya lihat orang yang berkira ni memang jenis macam tu. Kalau masuk kedai makan, segala-galanya mesti sempurna buatnya, tak boleh terkurang di mana-mana!

Hmmm... tapi tak apalah kot... kalau dah memang jenis macam tu, kita nak buat macam mana lagi. Sampai ke liang lahat pun dia tetap akan berkira, walaupun duit lebih dari selori! Sayangnya bila mati nanti, duit tu pastinya tak akan ikut sekali!

Wallahuaklam.

Wassalam.