Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, July 19, 2010

Bukan Datuk dan Datin Maa



Dua tiga hari ini, saya semput! Mungkin sebab cuaca yang tak menentu, mungkin juga sebab makan buah... durian, manggis, cempedak... anggur juga. Hehe, terpaksalah tanggung sakit. Tiap-tiap minggu kena jumpa doktor, tapi tak apalah. Tuhan bagi sakit sikit-sikit untuk kita jadi manusia yang selalu beringat, insya-Allah.

Semalam, anak sulung saya datang ke rumah dan masak masakan Mexico. Dulu, masa dia tinggal di England, dia pernah masak untuk saya dan anak perempuan saya semasa kami ke sana untuk melawat dia. Semalam, Faiz sibuk memasak dengan isterinya. Saya duduk relaks-relaks aje. Sebelum tu tolong buat pemanis mulut, yang simple-simple. Biasanya pun, saya jarang masak. Mak saya yang suka masak.

Semalam, Faiz beriya-iya masak di atas permintaan adik ipar dia, Natasha. Natasha insya-Allah akan melahirkan cucu pertama kami bulan ini (hujung bulan). Sebab dia teringin nak makan masakan Faiz, itu yang Faiz beriya-iya masakkan. Semasa kami makan tengah hari beramai-ramai, saya berkata, "Anak yang dalam perut Natasha tu, bila keluar nanti tak terluirlah..."

Inilah teori orang dulu-dulu, kalau ibunya teringinkan sesuatu, mesti nak makan, kalau tak nanti babynya kempunan pulak. Entahlah...

Apa pun, kami enjoy makan masakan Faiz dan Zafira. Licin.

Selepas makan tengah hari, di awal petang, saya dan suami pergi meronda-ronda di kawasan Nilai, sampailah ke Mantin. Kami pergi cari cempedak. Isteri Faiz, yang juga berbadan dua, teringin nak makan cempedak goreng. Nasib baik jumpa. Maklumlah, semalam hampir sehari suntuk hujan. Hujan rahmat. Dalam perjalanan balik, kami singgah beli durian kampung. Sekarang ni kan musim durian. Kebetulan, Zafira memang suka durian. Faiz pula memang tak makan durian.

Balik rumah, saya pun gorenglah buah cempedak pula, untuk makan petang.

Dua tiga hari sebelum ini, kami beli juga durian... udang merah dengan D24. Masa tu menantu lelaki saya, Ezmal ada untuk makan. Sekarang ini, menantu saya yang itu bekerja dari stesennya di Penang. Jadi, sekali-sekala barulah dia datang ke rumah kami... hampir tiap minggu juga. Mujurlah dia senang nak berulang-alik dari Penang tu.

Beginilah rutin kami sekarang ini. Insya-Allah tahun depan rumah saya akan riuh-rendah semula... dengan kehadiran cucu-cucu.

Cucu?! huhu, cucu siapa ek?

Semua orang tanya saya, kalau dapat cucu nanti nak panggil apa?

Tak mainlah opah ke nenek ke... atuk ke. Mana boleh. Nanti saya bagi tahu ya... apa nama glamor yang saya akan suruh cucu-cucu saya panggil saya.

Suami saya lagi best, dia beritahu kawan-kawan dia yang tahun ini dia akan mendapat tiga gelaran datuk. Datuk Paduka, Datuk Wira dan Datuk Seri. Yang kelakar tu, ada yang percaya. Sebenarnya dia akan digelar 'datuk' oleh tiga orang cucu yang bakal lahir tahun ini. Insya-Allah!

Habis tu... kalau dia datuk, takkan saya datin? tak mainlah... lagi glamor Kak Aina aje. Takkan nak suruh cucu panggil 'Kak Aina' pulak...

Lain Kali saya bagi tahu...