Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, August 24, 2015

Lelaki Dan Perempuan Memang Tak Serupa, Tapi Sama

Assalam

Lupa nak cerita, semasa kami di Ipoh (saya, suami saya dan anak saudara saya Ezmeer), kami sempat juga meronda-ronda ibu negeri Perak itu. Memang dah lama saya tak ke sana. Kali terakhir kami ke sana ketika melawat Wan Chor semasa arwah uzur, tetapi ketika itu kami tak meronda kota Ipoh sebab tak sempat. Sabtu yang lepas, sempat kami round-round dan saya nampak banyak sangat perubahan di bandar itu. Sangat teratur, kemas dan cantik. Syabas kepada Dato' Bandarnya. Memang terserlah kecemerlangan Ipoh. Makan pun sangat sedap. Kami makan di sebuah restoran nasi ayam Hainan (Muslim). Anak saudara saya memang sangat familiar dengan bandar Ipoh kerana beliau bersekolah di sana dulu. Bagi saya, sangat nostalgia berada di tempat itu kerana buat suatu ketika dahulu ketika saya remaja, memang saya selalu ke sana untuk praktis main hoki!

Di malam harinya pula ketika kami berada di Nilai, kami makan pula di 'Pilot Cafe'. Tempatnya sangat interesting dan punyai pilihan makanan yang sangat bagus. Alhamdulillah. Ketika berada dalam kafe itu, terasa seperti berada dalam novel saya, 'Terbanglah Sayang'.

Okeylah, saja nak berlabon pagi Isnin... tentang kumpulan lelaki dan perempuan. Bagi saya, memang ketara perbezaannya dan banyak pula persamaannya. Kalau perempuan sama perempuan berkumpul, masing-masing sibuk nak bergaya. Bukannya apa tetapi nak 'show off' sesama sendiri. Biasanya masing-masing akan pilih pakaian terbaik, malah akan pakai beg tangan yang terbaik juga. Kerana biasanya orang nampak beg tangan yang kita pakai. Kalau ada beg tangan LV, masa ni lah nak tunjuk pun. Kadang-kadang kita pun tak pasti LV tu original atau tidak... hihi. Alhamdulillah, mujurlah saya bukan jenis macam tu sebab saya memang tak kisah pun. Kadang-kadang saya pakai benda biasa-biasa sahaja, tapi orang ingat barang yang saya pakai tu mahal. Ada saya peduli? Hehe... memang tak kisah!

Boleh kita katakan (memang bukan semua macam tu) ramai perempuan yang materialistik sebab itulah masing-masing suka menayang!

Kalau lelaki pula sangat berbeza caranya. Jangan ingat mereka tak menunjuk, tapi cara mereka sangat berbeza. Biasanya mereka suka tayang kereta. Kalau ada kereta best, masa tu lah nak tayang. Tapi biasanya lelaki suka tunjuk pandai dan tunjuk macho. Cerita benda tinggi-tinggi di langit. Cerita politik dan masing-masing sembang teori pandai. Bukan itu sahaja, ada juga yang suka berlagak macho. Antara subjek macho tentulah tentang status mereka. Kalau ada yang kahwin dua, mereka rasa hebat. Konon-konon mereka jenis tak takut bini! Lepas tu cerita bangga-bangga konon-konon best ada dua bini. Pada hal tak cerita pun pasal masalah di rumah. semua hal tunggang-langgang disorok baik punya. Mestilah buat-buat macam hero!

Saya pernah tahu seorang lelaki ni yang rajin tukar isteri. Bila kahwin aje mesti ada yang tak kena. Last-last asyik tukar bini, konon-konon macho sangat.  Dulu-dulu memang bangga.Tetapi sekarang ini, sejak akhir-akhir ni, macam malu nak bercerita apa-apa. Mungkin segan kot, asyik bercerai aje kerjanya! Semua buat semua dah tak berjaya.

Walhasil beginilah manusia, tak kira lelaki atau perempuan. Kalau kita buat sesuatu bukan dengan niat yang baik, memang jadinya pun tak baik. Tak untung kalau sekadar berjumpa untuk menunjuk. Tapi... ada orang kisah? Lagi menunjuk, lagi best! Kerana inilah budaya manusia hari ini sekalipun nanti masing-masing akan rasa bersalah dan malu sendiri.

Okeylah, saja nak berkongsi kisah, sama ada bersetuju atau tidak, tak penting buat saya kerana apa yang saya tulis ini sekadar apa yang saya sering lihat.

Wassalam.

                                                                Perempuan suka tayang yang ini
                                           Lelaki pula tayang yang macam ni (kalau adalah)