Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, September 30, 2014

Dah Pun Balik... Alhamdulillah

Assalam semua...

Alhamdulillah kami berdua dan selamat sampai malam tadi dari kota Jakarta yang havoc. Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kami dapat hadirkan diri untuk ke dua-dua majlis perkahwinan Eka-Dhana, Sarah-Ten, juga majlis pernikahan Sarah dengan Tengara, majlis syukur dengan anak-anak yatim untuk Eka dan Dhana. Malah, kami juga sempat berkumpul dengan kaum kerabat untuk beberapa majlis yang lain yang diaturkan untuk keluarga kami dari Malaysia dan juga yang berada di Jakarta dan Bandung. Sekali-sekala berkumpul, memang seronok teramat sangat. Alhamdulillah, Allah izinkan kami untuk eratkan silaturahim lagi.

Hotel kami di Grand Kemang juga sangat menarik. Pada bulan januari semasa kami pergi awal tahun, design dan dekonya berlainan daripada apa yang ada sekarang ini. Sangat kreatif. Kemudian saya akan syerkan gambar-gambarnya. Buat masa sekarang, saya letakkan gambar yang saya ambil melalui handphone sahaja. Mungkin esok, saya akan letak lagi.

Wassalam.

Saya dan suami bersama Nouha, kakak Sarah (pengantin). Nouha dan Sarah adalah cucu saudara saya. Cucu abang sulung saya yang sudah pun meninggal dunia. Nouha rupanya ada mirip Alicia Keys, penyanyi antarabangsa.
Saya dan suami bersama Eka dan Dhana. Eka ialah anak sepupu/kakak ipar saya dan mereka adalah dari Malaysia. Dhana pula dari Indonesia. Ini adalah majlis sambut menantu yang dibuat di sebuah restoran ekslusif yang sangat cosy dan vogue!
                                                                      Eka dan Dhana
 Gambar yang diambil di rumah Misyal dan Mira. Kedua-duanya adalah anak sepupu-sepupu saya. Mereka sediakan breakfast yang sangat fantastic di rumah modern mereka. Ini adalah kerabat lelaki kami. Misyal yang memegang anak kecil.
 Minuman yang berwarna-warni di majlis perkahwinan Eka-Dhana. Sangat kreatif.
 Di runag majlis perkahwinan Sarah-Tengara... ketika majlis pernikahan mereka
 Majlis pernikahan Sarah. Saya dan Nafisah (ibu Sarah) dan kerabat dari Malaysia
 Kerabat Malaysia bersama Sarah (pengantin), Nafisah dan Nouha. Baju Sarah sangat vogue kerana Sarah adalah seorang fashion designer.
             Semasa kami lepak dan makan-makan di Pasaraya Blok M. Indonesia plus Malaysia
Semasa majlis perkahwinan Sarah-Ten. Kerabat Malaysia dan ada juga Indonesia (family Emir) naik ke pentas bersama pengantin dan ibu bapa pengantin. Macam nak runtuh pentas. Itu pun ada yang tak sempat naik sekali.
 Anak-anak sedara saya. Row atas kerabat Indonesia. Row bawah kerabat Malaysia. Cantik-cantik, kan?
                                          Bergambar ramai-ramai di rumah Misyal-Mira
                                                   Juga di ruang rumah Misyal-Mira

Thursday, September 25, 2014

Akan Ke Jakarta

Assalam

Hari ini saya banyak rancangan dan semestinya akan kesibukan. Esok awal pagi saya akan ke Jakarta hingga ke malam Isnin. Ada dua majlis perkahwinan dan ada banyak aktiviti dengan keluarga Indonesia. Malah, rombongan Malaysia juga boleh tahan besar. Sekitar 10 keluarga, mungkin sekitar 25-30 orang yang pergi dari Malaysia atau lebih, saya kurang pasti. Masing-masing tak pergi sekali kerana masing-masing punyai hal-hal tertentu. Apa-apa pun insyaa-Allah kami semua akan berjumpa di Jakarta nanti. Kami juga tinggal di hotel yang berbeza-beza... tapi semuanya berdekatan sahaja. Keluarga saya, hanya saya dan suami sahaja yang dapat pergi. Anak-anak saya kesibukan. Irfan sedang bersiap sedia untuk ke Jerman sekali lagi, Faiz akan menimang anak keduanya tak lama lagi. Laila dan Nabil ada hal yang perlu diuruskan dalam waktu ini.

Saya selitkan gambar2 ketika kami di Bandung baru-baru ini. Suami saya jadi fotografernya.

                                                Ahmad, Sofi dan saya ketika car's free day
                            Sofi dan saya - berbual dan bergosip kot! Hehe... kami bercerita tentang 'diet'
                                    Aktiviti remaja sekolah di Bandung ketika car's free day
                                               Di rumah Yasmin - maaf gambar tak jelas
                                                   Saya dan Ami Mus di rumah Ahmad
                                                              Saya dan sepupu saya Ahmad

Selepas pulang dari Jakarta nanti, saya akan kesibukan dengan kerja, insyaa-Allah. Doakan yang baik-baik untuk kami. Doakan kami selamat pergi dan balik ke Jakarta. Semoga Allah lindungi kita dunia dan akhirat.

Wassalam.

Wednesday, September 24, 2014

Setulus Janji Di KLIA

Assalam

Hari ini dan semalam juga, saya kesibukan. Hari ini, sempat ke masjid KLIA dan juga KLIA untuk melihat 'shooting' beberapa scenes untuk drama Setulus Janji. Bukan rancangan saya untuk lepak kat airport tu sebab sebenarnya saya banyak kerja, tetapi sebab penglibatan cucu-cucu saya dalam drama, terpaksalah saya ke sana. Kebetulan anak saya tak dapat menghantar anak-anaknya kerana dia ke Sabah. Sementara dah ada di lokasi, saya lepak-lepaklah juga dengan pelakon-pelakon drama.

Okeylah... saya kongsi beberapa gambar yang sempat diambil tadi.

Wassalam.

                                     Bersama Fida Ibrahim yang melakonkan watak Insyirah
                                           Scene Ilham menikah semula dengan Insyirah
                                Bersama pelakon dan krew yang terlibat dalam drama Setulus Janji

Sunday, September 21, 2014

Cerita Kawan Saya

Assalam.

Hari ini, saya dan suami sibuk di taman kami. Bersihkan kawasan, gembur tanah, tukar pasu, semai pokok baru dan macam-macam lagi yang akan membuatkan taman kami kemas dan  cantik in syaa-Allah. Apa sekalipun yang saya lakukan, dan sesibuk mana pun saya, saya cuba untuk pastikan taman saya terjaga. Bagi saya, taman saya sangat penting untuk hidup kami seharian. Biar rumah tak besar macam mahligai, tapi taman kami nyaman... in syaa-Allah.

Kebetulan, saya bersembang dengan seorang teman lama semalam. Dah bertahun-tahun tak contact dia, tiba-tiba dapat nombor telefon dia. Jadi saya pun call. Saja saya bercerita di sini sekadar untuk berkongsi ceritanya dan semoga apa yang diceritanya akan menjadi pengajaran buat kita jua.

Beginilah lebih kurang perbualan kami.

Saya: Isy... lamanya tak sembang dengan you, N... apa khabar sekarang ni? Dah berapa anak you yang kahwin?

N: Anak sulung I aje yang dah kahwin. Yang dua lagi tu belum lagi.

Saya : Alhamdulillah... husband you masih kerja kat tempat yang sama ke?

N: Husband I? You mean D ke? D dengan I dah lama bercerai. Masa budak-budak remaja.

Saya: Oh ya ke? I tak tahu pulak halnya. Tak sangkalah yang you dengan D akhirnya bercerai. Kenapa?

N: D jumpa orang lain. Mungkin silap I kot... sebab kurang bagi perhatian kat D. Jadi... orang lain ambil kesempatan.

Saya: Laaa... kesiannya kat you. D ceraikan you sebab nak kahwin dengan perempuan lain?

N: Aah... nak buat macam mana... perempuan tu tak nak bermadu. Jadi D pilih dia dan tinggalkan I dengan anak-anak.

Saya: Adoi... kesianlah... kan you lama jugak kahwin dengan dia? Sampai hati dia....

N : Nasib I kot... tapi... I pun bukanlah baik sangat.

Saya: Kenapa pulak you cakap macam tu, N?

N: Biarlah I bagi tahu you... Lepas beberapa tahun I bercerai dengan D, I kahwin pulak dengan lelaki lain. Nama dia Z. Tapi sekejap aje. Lepas dengan Z, I malas nak fikir lagi pasal kahwin ni. I rasa sangat bersalah.

Saya: Kenapa, N? Apa yang tak kena dengan Z tu?

N: Bukan ada apa-apa yang tak kena dengan Z. Tapi I ni...
I buat satu kesalahan... I kahwin dengan Z sedangkan I tahu Z tu suami orang. I yang beria-ia pujuk Z untuk kahwin dengan I. Sebenarnya I ingat okeylah kot... walaupun I tahu dia dah ada isteri dan anak-anak. Dia dah lama kahwin dengan isteri dia. Tapi masa tu I mungkin fikirkan diri I. I rasa macam nak ada suami, I nak ada orang lain yang pikul tanggungjawab hidup I. Z tu memang berduit... jadi I rasa okey kot. Kami kahwin senyap-senyap. I pujuk Z untuk ambil risiko. Kami siap kahwin kat Siam lagi. Famili I pun tak tahu. Mula-mula tu rasa macam okeylah sebab isteri pertama dia tak tahu. Kami curi masa dan dia terpaksalah amal hidup seorang penipu. Tiba-tiba rahsia kami terbongkar. Isteri dia kecil hati dan rasa yang dirinya dikhianati. Dia mahu tarik diri dari suaminya kerana dia kata dia tak suka hidup dengan suami yang menipu!

Saya : Okeylah tu... mesti you untung besar kot kalau wife dia tarik diri? (saya sekadar mengusiknya)

N: Z macam orang sasau. Masa tu baru I sedar yang Z tak pernah sayangkan I pun. Dia hanya mengambil kesempatan sahaja. Tapi bukan salah dia kot... yang salah memang I. Z terus ceraikan I. Katanya dia tak mahu kehilangan isteri dan anak-anaknya. Selama hari ini, isterinya telah banyak berkorban untuk kejayaan mereka. Dia memang bahagia dengan isteri dan anak-anaknya. I ni... memang penyibuk. I memang cuba meruntuhkan rumah tangga orang sedangkan I sendiri tahu apa perasaan seorang perempuan yang dikhianati kasih sayangnya. Sebenarnya I yang bersalah kerana terlalu pentingkan diri I. Masa tu barulah I sedar, bukan semua lelaki macam D. Z sayang isterinya dan I datang dalam hidupnya sebagai pengganggu kebahagian orang. I menyesal teramat sangat. I rasa malu kerana jadi perempuan yang macam tu sedangkan I sendiri tahu apa perasaan seorang perempuan yang dikhianati. Mula-mula tu, I cuba jugak pujuk Z supaya minta isteri dia pertimbangkan kehadiran I. Dalam hati, I ingatkan mesti Z akan cuba sokong I, tapi kata dia, dia terpaksa ceraikan I sebab isteri dia tak mahu hidup bermadu. Isteri dia kata Z boleh pilih. Semestinya Z pilih isterinya tu, bukan I. I terpaksa akui yang I dah buat satu kesilapan.

Saya : Sekarang you macam mana?

N: Kadang-kadang I rasa ngeri. Kadang-kadang I rasa macam mimpi. Sebenarnya I memang malu. Kalau anak-anak I tahu atau ahli keluarga tahu, I bertambah malu. Kalau kawan-kawan ofis tahu, I memang tak tahu nak sorok muka kat mana. Mujurlah I dah tukar tempat kerja. I cuba padamkan pengalaman tu, tapi kadang-kadang I rasa takut pada diri sendiri. I rasa kalau kita buat 'khianat' macam tu, nanti kita akan dikhianati pulak. Kalau kita buat orang, mesti satu hari nanti kita akan kena balik. I hidup dalam ketakutan. Tapi... I betul-betul serik. I tak mahulah kalau orang lain anggap diri I macam murah aje... malunya. Tapi kan... I paling malu pada Tuhan... sebab I tak tahu bersabar. I tak hargai nikmat yang Allah dah bagi pada I. I fikir diri I aje sedangkan orang lain pun ada hak mereka.


Adoi... saya memang bersimpati pada N. Kalau betul N rasa bersalah, harap-harap N tak buat lagi macam tu. Mungkin N terlupa kot, kalau kita nak kahwin, tak kiralah nak kahwin dengan siapa pun, biarlah kita lakukan kerana Allah dan biarlah kita tidak pentingkan diri kita sahaja. Yang penting juga, memang tak baik kalau kita buat perkara halal secara 'haram'. Menipu itu memang perbuatan haram. Itu adalah satu dosa. Semoga kita, termasuk N, dilindungi Allah SWT dan selamat dunia akhirat. Aamiin.

Wassalam.




                               Niloufar dan Firas sibuk di verendah masa kami sibuk di taman


Projek Baru

Assalam.

Betul, memang dah lewat malam pun tapi baru sahaja mempunyai kesempatan untuk update blog ini. Sejak entri yang terakhir, saya sangat-sangat kesibukan. Setelah selesai pameran di KL Convention Centre di kawasan KLCC, saya kesibukan hal-hal lain pula. Hari ini juga sibuk. Kami keluar dan pergi ke Pavillion Shopping Mall (tempat favourite untuk saya shopping and lepak) dan selepas itu sibuk masak di rumah kerana kakak saya dan familinya datang ke rumah kami. Jadi... memang sibuklah sampai ke jauh malam.

Saya jangkakan yang saya akan terus kesibukan dengan kerja yang perlu saya siapkan sebelum ke Jakarta pada pagi Jumaat. Adoii... tapi alhamdulillah, dengan kesibukan ini, tidaklah saya ralit fikirkan hal-hal yang sudah berlalu pergi dan tidaklah saya terasa perit di dada kerana rindukan arwah ibu saya. In syaa-Allah, saya sedang rancangkan sesuatu yang sangat 'interesting' di masa akan datang ini. Dalam pada itu, banyak hal-hal lain yang 'personal' yang sedang saya rancangkan bersama 'pakwe' saya.

Okeylah, mungkin saya pun agak keletihan, hanya sekadar ingin letakkan gambar-gambar yang tak sempat saya letak sebelum ini. Gambar-gambar semasa pameran kami untuk projek terbaru, in syaa Allah.


Wassalam.

                                     Sedang praktis untuk guna 'Black Magic' dan stabiliser
                                                   Team untuk 'Colors of Eman'
                                            Saya dan Khahil Adrian, host 'Colors of Eman'

Thursday, September 18, 2014

Keluarga Di Bandung

Assalam

Semalam, hari ini dan esok, saya akan terus kesibukan di Convention Hall, Kuala Lumpur yang berdekatan dengan KLCC. Jadi, saya memang tak sempat untuk tulis apa-apa di blog ini, sekadar meletakkan sedikit lagi gambar2 lama keluarga saya yang diambil semasa kami di Bandung baru-baru ini.

Wassalam.


                                        Tante Firdaus - arwah ibu saudara saya (ibu Ahmad)
                  Tante Firdaus dan Tante Amnah - kedua-dua sudah tiada lagi
                                                       Ibu bapa Ahmad ketika menikah
                                Moyang saya Asrof Pasha- Laksmana ketika Empire Othmania
                                     Oma atau nenek tiri saya yang berasal dari Lebonan

                     Ami Lutfi dan isteri, Tante Amnah, Tante Firdaus dan suami ketika di Lebonan

Tuesday, September 16, 2014

Ada Kemudahan Setelah Kesulitan

Assalam

Hari ini sepatutnya cuti, tetapi anak-anak saya bekerja kerana esok mereka ada event penting di Convention Hall KLCC dan kami semua akan ke sana untuk melihat aktiviti mereka itu, in syaa Allah. Saya juga akan ke sana untuk promosi projek baru kami, in syaa Allah.

Apa-apa pun, jom kita tingkatkan semangat kita pada hari ini, semoga segala rasa duka dan segala gundah akan pergi jua. Sebenarnya kita memang dijadikan Tuhan begitu, setiap musibah akan digantikan dengan sesuatu yang baik, tetapi kita manusia selalu tak tahu atau terlupa untuk menghargainya. Pun begitu, kalau kita tidak mahu memperbaiki hidup kita, segala kebaikan itu mungkin juga akan terus memudaratkan diri kita. Nauzubillah.

Allah berfirman yang bermaksud, “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."  (Surah al-Insyirah 94:5-6). Tentunya ayat ini menunjukkan bahawa Allah sedia untuk melapangkan dada kita setelah memberi ujian, namun kalau manusia tidak menghargainya, tentulah hidup kita terus dengan kepayahan.

Buat kita orang Muslim, memang wajib kita mencari jalan untuk pastikan jalan kita lurus tidak bengkang-bengkok. Hati kita mudah membawa kita ke jalan sesat kalau iman kita tidak kuat. Pengaruh dan rasukan syaitan sentiasa ada dan kalau kita tidak tahu mana bisikan iblis dan mana yang benar, pasti kita membawa diri kepada maksiat lalu kita akan tersesat!

Allah sudah janjikan kepada kita yang kita manusia ini mempunyai ruang dan peluang untuk bertaubat, tetapi kalau kita memilih untuk tidak buat begitu, kita akan terus tersesat dan terus hidup dengan maksiat. Kalau kita akui yang diri sudah melakukan kesilapan dan mahu mencari jalan yang benar, in syaa Allah Tuhan akan tunjukkan jalan yang benar.

Ada orang berasa sakit kerana putus cinta, ada yang perit kerana kegagalan dalam bidang kerjaya, ada yang rumit mencari rezeki, ada juga yang hampa kerana sedang kesakitan, ada yang derita kerana kehilangan orang yang disayangi.... namun kalau kita percaya bahawa ini adalah 'qada' dan qadar' dan kita terima sebagai sebahagian daripada hidup, kita akan temui kedamaian, in syaa Allah. Pun begitu, pastikan diri tidak melakukan sesuatu yang akan terus membawa kemudaratan. Jangan buat silap untuk memilih apa yang benar dan apa yang salah. Kalau buat salah, kembalilah ke jalan yang benar dan pastikan diri tidak melakukan yang salah lagi!

Semoga hari ini dan hari-hari yang akan datang, kita akan sentiasa mengingatkan diri untuk mencari keredaan Ilahi. Jangan buat apa-apa yang Tuhan tidak suka.

Wassalam.

PS:

Gambar-gambar kami ketika di Bandung

                        Di rumah Ahmad. Yang berbaju hijau atas wheel chair, itulah Ami Mus
                                                       Di Floating Market
                                                   Di Floating Market
                                                 Rumah Tradisi di Floating Market
                                               Bersama Ahmad, sepupu saya
                                               Jualan di Floating Market
                                                     Masih di Floating Market
                                                  Floating Market yang dibuat di Danau
                                                     Indahnya Floating Market
                                              makan-makan di Floating Market
                                                  Makan Pisang keju di Floating Market
                                                                     Floating Market
                                                                  Floating Market
                                       Sofi dan Ahmad di Nanny's Pavillon - sebuah restoran

                                           Di Restoran Nanny's Pavillon - setting yang unik

Monday, September 15, 2014

Relaks-Relaks

Assalam

Kami dah selamat pulang dari Bandung. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Kami dapat berjumpa dengan Ami Mus dan pastinya berjumpa dengan semua ahli keluarga yang lain. Malah, sepupu saya Ahmad dan isterinya Sofi, sangat tinggi budi bahasanya. Kami sentiasa diberi layanan 'first class'. Merata yang dibawa kami walaupun dalam tempoh yang tidak lama. Alhamdulillah, hotel pilihan kami juga sangat bagus, tidak jauh dari rumah Ahmad. Selain dari berjumpa ahli keluarga, Ahmad juga sempat membawa kami ke Bandung Floating Market, sangat-sangat menarik.

Alhamdulillah, berjumpa dengan kaum kerabat buat saya lebih relaks.

Saya perlukan rehat, jadi jumpa anda lagi.

Wassalam.


                                                               Di Floating Market
                                                        Di Dago, kawasan car's free day
                                              Di sebuah restoran unik, Nanny's Pavilion
                                                             Bersama Ahmad dan Sofi