Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, April 17, 2014

Game 'Quiz Up' Dan Tukar Warna Kulit

Assalam

Okeylah, saja nak bercerita di sini bahawa sejak kebelakangan ini, kami sekeluarga sedang 'menggila' main game 'Quiz Up' yang 'app' nya kita boleh download dan available di android dan juga IOS. Tiap-tiap malam, selepas solat Maghrib beramai-ramai, kami 'dinner'. Habis 'dinner' kami akan berebut bertanding dengan siapa-siapa di luar sana dalam game 'Quiz Up'. Sangatlah menyeronokkan kerana mainan ini menduga minda dan juga pengetahuan am yang kita ada. Hahaha... biasanya kami pilih Geografi, Sejarah moden, Lifestyle dan macam-macam lagi...

Bila kami main dan bertanding dengan orang luar, kami di rumah memang jadi kecoh dan riuh rendah! Teruja sangat-sangat. Masing-masing nak tunjukkan kepandaian atau kehebatan! Bila bertanding pula dengan orang luar negara terutama kalau berlawan dengan rakyat Amerika, terasa bagaikan diri mewakili negara Malaysia. Kalau boleh, nak menang selalu. Jom kita cuba!

Berubah tajuk pula. Semalam saya berbincang tentang perubahan. Okeylah, mungkin kita sangat perasan yang hari ini pelbagai produk kecantikan ditampilkan di pasaran negara kita. Mungkin antara yang paling 'hot' ialah kosmetik yang mampu mengubah warna kulit seseorang. Dari gelap kepada terang, daripada sawo matang kepada putih melepak. Huhu... apa yang saya tengok semalam di TV, para ulama' mengatakan bahawa mengubah warna kulit adalah 'haram'. Salah satu alasan ialah ia akan memudaratkan manusia yang mengubah warna kulitnya dengan produk kosmetik, tak kiralah sama ada ia mengelupas atau pun tidak! Malah, apa-apa produk kosmetik yang mampu untuk merubah ciptaan Allah SWT untuk insannya adalah haram untuk kita guna. Jangan keliru tau... sebab kalau kita guna produk kecantikan sekadar untuk 'maintain' kulit dan wajah kita, itu tidak dikira haram, kerana kita sekadar 'menjaga' ciptaan Allah SWT buat kita.

Okeylah... saya pun tidaklah bercadang untuk berbincang panjang lebar, sekadar untuk mengingatkan diri sendiri dan juga anda di luar sana, agar berjaga-jaga, jangan terlalu teruja untuk lakukan sesuatu dalam hal 'kecantikan' hingga tidak sedar yang kita sedang buat perkara yang dilarang Allah SWT. Wallahuaklam.

Wassalam