Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, April 30, 2014

Klon Azlee Khairi

Assalam

Saja nak kongsi dengan pembaca-pembaca blog saya. Hahaha, kecoh betul peminat-peminat Azlee Khairi ketika dia datang ke booth kami. Tengoklah gambar di bawah ni.


Tapi cuba tengok pula gambar-gambar di bawah ni.




Ini adalah klon Azlee Khairi -Omar AlAthass... seorang profesional designer. Single and available.

Omar... jangan marah tau, tapi rupa you memang macam mamat pelakon tu! Kalau dia kantoi kita, bolehlah ganti you kot... hehe

Betul tak?

Wassalam.

Jangan Biar Tak Tidur Malam...

Assalam

Saya memang tak pergi ke Pesta Buku pada hari kerja. Esok baru pergi pula, insyaa-Allah pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad juga. Bermakna ada empat hari lagi sebelum Pesta Buku berakhir. Tahun depan belum tahu lagi, tapi berkemungkinan besar saya tidak 'join' sekali atas alasan sibuk degan projek lain. Huhu

Apa-apa pun, nak ingatkan penggemar drama adaptasi dari novel saya, "SELAMAT MALAM KEKASIH" akan diulangtayang di TV Al Hijrah, bermula 29 Mei ini pada jam 2.30 petang. Mungkin para pelajar yang bercuti dan suri rumah akan berpeluang untuk menontonnya. Jangan lupa tau! Ini merupakan ulang tayang kali ketiga.

Sementara itu, nak juga bercerita tentang perasaan marah atau dendam yang mungkin tersemat dalam jiwa kita. Ada ketika, sesuatu terjadi dalam hidup dan sesuatu itu membuat kita marah sangat-sangat dan mungkin kecewa. Kalau diikutkan hati mahu sahaja kita bagi orang yang kita marah tu makan 'racun tikus' (macam dalam cerita Wahai Kau Cinta- hehe), tapi... adoii... baik bersabar dulu.

Ada ketika, kita tak perlu pun buat apa-apa sekadar serahkan pada Allah SWT. Doa kita kepada Allah agar menjaga hati kita itu lebih baik lagi daripada kita pergi rodok mata 'orang yang kita marah tu' dengan garfu! Biar Allah SWT yang 'take care'. Allah Maha Melihat, Maha Mengetahui dan Maha Adil. Setiap perkara buruk yang dilakukan oleh hambanya, pasti ada balasannya. Hanya masa sahaja yang menentukannya. Kadang-kadang balasan tidak datang serta-merta, tetapi akan datang juga. Allah SWT sentiasa adil pada hamba-Nya.

Saya masih teringat sebuah cerita lama tetapi sangat benar. Ada seorang kawan sangat terkilan dan kecewa dengan sesuatu yang berlaku kepadanya hinggakan dia tidak kering air mata. Namun dia tidak berbuat apa-apa, sekadar menadah tanganya kepada Ilahi agar hatinya tidak rasa kecewa. Allah Maha Kaya dan Maha Mendengar, beberapa bulan selepas itu, 'orang' yang menyakitkan hatinya mula pudar penglihatannya. Suatu ketika, menjadi buta dan terpaksa korbankan wang ringgit untuk pulihkan keadaan. Namun tidak juga mampu untuk memulihkannya. Ketika itu, kawan saya itu sedang berada di luar negara kerana menuntut pelajaran. Bila balik ke Malaysia, 'orang' itu masih berdepan dengan masalah besar. Kawan-kawan lain tahu dan sedar akan hal mengapa matanya jadi begitu. Kata kawan-kawan yang lain kepada kawan saya, "L, maafkanlah dia... kau ampunkanlah dosa dia... selagi kau tak ampun, rasanya tak baik kot mata dia tu."

Kawan saya bersimpati kerana 'orang' itu terpaksa tanggung sakit buat sekian lamanya hinggakan menjejaskan kerjanya. Akhirnya kawan saya memehon doa agar Allah sembuhkan 'orang' itu dan dia mengaku yang dia sanggup memaafkan kesalahan 'orang' itu. Kebetulan, ketika pulang ke Malaysia, 'orang' itu datang bertemunya dan memohon maaf di atas segala kesilapannya. Tidak sampai sebulan pun, penglihatan 'orang' itu mula pulih dan akhirnya berjaya untuk melihat seperti biasa. Kuasa Allah SWT.

Kita tidak tahu, bila kita buat orang lain, mungkin Allah akan balas kita melalui anak-anak atau keturunan kita, sekalipun mungkin kita tidak merasanya. Mungkin juga, kerana kesalahan kita, kita tak mampu untuk tidur malam, malah jiwa sentiasa tak tenang siang dan malam. Kita rasa takut... terasa seperti ada orang yang nak datang di pejabat kita dan bagi kita penampar di muka, di depan orang ramai!

Huh!

Kalau kita buat salah, carilah jalan untuk dapatkan kemaafan. Kalau kita terasa diri diperlakukan orang lain, serahkan kepada Allah SWT, Allah Maha Adil.

Wassalam.




Tuesday, April 29, 2014

Semudah Buat Dosa!

Assalam

Adoii... tak suka betul nak cakap pasal orang, tapi rasanya kenalah juga cakap. Kadang-kadang mungkin kita tak perasan ada benda kita buat kita ingatkan elok sangat, tapi rupa-rupanya tak elok mana, malah boleh jadi berdosa.

Begini ceritanya. Kadang-kadang, kita ralit sangat dengan trend dan nak sangat wujudkan fenomena, konon-konon sangat 'cool' lah. Kita buat semua yang bertentangan dengan budaya dan agama sebab kita rasa cara itulah kita akan menjadi sesuatu yang 'menarik'. Memang tidak dinafikan, perbuatan yang kelihatan seperti 'protes' akan menjadi sesuatu yang mencabar dan mungkin juga akan mejadi sesuatu yang diminati oleh remaja sekarang. Tetapi... apa untungnya kita membudayakan sesuatu yang menghampiri 'dosa' hanya kerana kita nak ke depan dan menarik mereka yang ingin mengikut trend?

Di manakah letaknya tanggungjawab kita sebagai manusia dan juga hamba Allah kalaulah kita ini mengaku yang diri kita adalah 'Muslim'. Tak usahlah terlalu nak ikut trend dan nak jadikan fenomena pada sesuatu yang kita tahu akan akhirnya nanti mampu untuk merasuk jiwa dan minda anak muda dan suatu hari nanti payah untuk kembali ke jalan yang lurus.

Nak buat apa pun, biarlah berpada-pada jangan sampai lupa dan terleka. Janganlah galakkan anak muda kita berkata buatlah apa-apa pun terutama yang mudah kerana perbuatan itu semudah buat dosa! Allahuakbar.

Sekalipun kita nak protes, sebenarnya siapa yang hendak kita marahkan? Pada diri kita sendiri macam mana? Buat apa nak marahkan orang lain sangat sedangkan diri sendiri tak mampu untuk berubah. Kot iya pun nak marah, biarlah bertempat, jangan sampai kita dilihat sebagai menjijikkan, jangan sampai jadi fitnah kerana perbuatan kita yang tidak menghormati orang lain yang mahu utamakan perkara-perkara yang lebih baik untuk dunia dan akhirat.

Hah... memang berbunyi satira. Kalau anda bijak, pasti akan faham apa yang saya nak katakan ini. Semua ini ada kaitan dengan dunia 'membaca buku' pada hari ini.  Berjaga-jagalah, apa sekalipun yang kita nak buat, pastikan kita bertanggungjawab pada agama dan budaya kita. Jangan lupa! Wallahuaklam.

Wassalam.

                                      Pengunjung di booth Karnadya bersama Azlee Khairi

Sunday, April 27, 2014

Dr. Ilham Datang Booth KarnaDya

Assalam

Hari ini, Dr. Ilham hero Setulus Janji telah datang ke booth KarnaDya. Rupa-rupanya dia orang kampung saya juga. Kami sama-sama berasal dari Kuala Kangsar! Tak sangka teman yang Azli Khairy tu berasal dari tempat teman juga. Seronok bebeno lah yong oi!

Ps. Gambar di booth KarnaDya pada hari ini.


                                          Dengan pembaca
                                          Dengan Mimie Afinie dan pembaca
                                           Dengan pembaca - sampai terlelap kot
                              Dengan Dr. Ilham - entah apalah orang kuala ni berlabon.
                                                   Dengan Dr. Ilham n staf KD
                                                                          Orang Kuala
                                                     Sibuk je Si budak Rustam ni!
                                        Dengan Azizan, pembaca setia saya dari Sarawak
                                                             still single and available

Saturday, April 26, 2014

Jom, jom datang!

Assalam

Semalam saya berada di tapak pesta buku di PWTC. Hari ini saya akan ke sana sekali lagi. Jomlah datang!
Terima kasih saya ucapkan kepada semua pembaca yang sentiasa beri saya sokongan terutama mereka yang datang dari jauh... dari Kelantan, Kedah, Terengganu dan Johor (semalam negeri-negeri ini cuti). Ada tu, memang tak pernah miss, tiap-tiap tahun datang. Saya juga berkesempatan untuk berjumpa rakan-rakan penulis seperti Fauziah Ashari (Ombak Rindu), Norhayati Ibrahim dan lain-lain.

Jom...jom... tunggu apa lagi!

Dengan pembaca-pembaca comel
                                                                   Novel terbaru saya

Friday, April 25, 2014

Bila Aku Menangis...

Assalam

Insyaa-Allah hari ini saya akan ke Pesta Buku, tetapi saya taklah datang pagi-pagi ni, lewat sikit. Saya masih lagi ada bahagian skrip drama yang belum siap, tapi dah tinggal tak banyak. Apa-apa pun saya nak bercerita sedikit tentang apa yang saya tulis dan baca. Huhu...

Bila saya letakkan judul entri ini, mungkin ada yang tertanya-tanya, iya ke Kak Aina menangis ni? Takkan nak pergi Pesta Buku sampai nak menangis kot. Buat saspens aje...

Tak adalah macam tu kot...

Sebenarnya semalam saya menyemak skrip yang saya sediakan untuk drama 'Setulus Janji' tu. Bagi anda yang pernah baca novel 'Setulus Janji' pasti teringat kisah Aiman yang kemalangan dan akhirnya meninggal dunia. Episod itu sungguh menyentuh perasaan saya. Walaupun saya yang menulis novel dan skrip dramanya, tetapi saya teringat kepada seorang teman lama, yang saya kongsi perasaannya dalam novel saya ini. Mungkin saya pernah cerita di blog saya ini, tetapi saya nak sentuh sekali lagi.

Kawan saya ini adalah seorang ustazah dan kebetulan ketika itu (dah agak lama dah), dia kehilangan dua anak lelakinya sekali gus dalam sebuah kemalangan yang terjadi tidak jauh dari tempat tinggal kami. Ketika kejadian itu berlaku, memang kecohlah tempat kami itu (bukan tempat sekarang).

Saya sempat melawat ustazah itu bersama jiran saya (kebetulan, jiran saya sangat rapat dengan ustazah ini) setelah beberapa hari peristiwa itu berlaku. Ketika itulah ustazah itu bercerita kepada kami apa yang berlaku. Ustazah itu sangat tenang, tetapi saya dan jiran saya, kami yang menangis tersedu-sedu. Tapi saya tak boleh lupa ayatnya yang telah saya pinjam untuk novel saya itu. Katanya, "Ketika mereka membawa jenazah anak-anak saya keluar dari rumah ini, saya berkata dalam hati,'pergilah anak-anakku, aku reda... tapi janganlah bagi aku rindu-rindukan kamu." Ayatnya itu membuat saya sungguh pilu dan menangis tersedu-sedu. Tidak dapat bayangkan ujian Allah yang begitu buat hamba-Nya. Semoga ustazah itu terus tabah mengharungi hidup ini.

Wassalam.


Thursday, April 24, 2014

Takut Buat Dosa

Assalam

Hari ini dah bermula Pesta Buku di PWTC. Saya belum ke sana, insyaa-Allah akan ke sana esok tengah hari. Buat pembaca saya yang rancang untuk ke booth kami, silakan ya... Ahlan Wa Sahlan!

Saja nak berkonsi cerita, sejak kebelakangan ini, entri saya yang berjudul 'Hukum Karma dan Kaffarah' sangat popular. Ramai yang datang ke blog saya membaca entri itu. Kemungkinan mereka mahu tahu tentang hal 'buat dosa' ketika berada di dunia. Sebagai manusia, kita pasti sedar bila kita melakukan kesalahan, bermakna kita sedang mengumpul 'dosa'. Kalau kita waras, tentu kita takut buat dosa.

Tapi kadang-kadang, ada juga yang tak sedar mereka sedang lakukan dosa. Baginya, tindakannya itu bukan dosa, tetapi 'saja suka-suka'. Konon-konon nak cuba atau nak merasa. Tapi buat apa nak merasa 'buat dosa'?

Sebenarnya, ramai di antara kita tidak dapat mengawal 'nafsu'. Tak kiralah nafsu apa, termasuk 'tamakkan harta', mencuri, merosakkan harta benda, berskandal,ambil rasuah, menipu, khianat, melakukan fitnah, menyakitkan hati orang lain, berzina dan macam-macam lain yang merupakan kejahatan dan tentulah 'dosa' yang sedang dikumpulkan.

Kalau kita tidak mampu untuk membezakan mana yang 'batil' dan mana yang 'benar', tentulah kita keliru dan tak tahu macam mana nak  menumpang dunia Tuhan. Tapi... ramai yang keliru, kerana kita lebih bergantung apa yang kita rasa di hati dan mungkin juga kerana kita suka ikut cakap orang lain yang konon-kononnya 'baik budi'. Kerana itu, kita jadi sesat dan terus-menerus kita buat dosa. Dosa yang paling besar ialah syirik kepada Allah SWT kerana perbuatan itu tidak diampunkan Tuhan. Nauzubillah min zalik.

Apa-apa pun, yang pasti, bila kita buat dosa, tentu ada hukumannya. Lebih baiklah kalau kita amalkan 'takut untuk buat dosa', kerana kita juga tidak tahu bila ajal kita tiba. Dunia ini bukan sekadar untuk suka-suka. Fikir-fikirkanlah.

Jadi... kadang-kadang mungkin, tak payah sangat kita masuk blog orang, sekadar untuk tahu pergerakan orang. Kalau tiada kaitan dengan kita... biarkanlah dia. Mungkin kita juga tak tahu, bahawa tuan blog boleh tahu siapa yang sedang berada dan mengintai-intai di blognya!

Okey, jom pergi Pesta Buku!

Wassalam

                                                  Ketika di Pos Lenjang suatu ketika dahulu

Wednesday, April 23, 2014

PESTA BUKU SEKALI LAGI

Assalam

Seperti yang anda semua sedia maklum, pesta buku akan bermula sekali lagi di PWTC bermula esok pagi selama 11 hari.

Untuk makluman anda, saya akan berada di booth Karnadya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk minggu ini. Minggu depan, kerana hari Khamis merupakan cuti umum, saya juga akan berada di sana pada hari Khamis (1 Mei), Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Semoga kita akan berjumpa nanti, insyaa-Allah.


Tuesday, April 22, 2014

Siapa Berlakon Dalam Drama Setulus Janji?



Assalam

Inilah aktor yang akan berlakon dalam drama Setulus Janji adaptasi dari novel saya 'Setulus Janji'. Dr. atau Mr. Ilham, merupakan pakar otopedik dan dia juga merupakan abang angkat Insyirah. Siapa pula yang akan memegang watak Insyirah? huhu... saya pun tak tahu.

Wassalam.

PS:

Kalau nak tahu... watak Insyirah dipegang oleh Fida Ibrahim. Imanina dipegang oleh Elfira Loy, Aiman (adik Dr. Ilham) dipegang oleh Shah Iskandar. Rizuan pula dipegang oleh Fahrin Ahmad. Juwita pula dipegang oleh Nurul Aini (pelakon dari Singapura). Mantap kan barisan pelakon2 Drama Setulus Janji ni? Hah... jangan lupa, bila bersiaran nanti... janganlah miss pulak. Jangan lupa... skrip drama ini ditulis oleh penulis novelnya sendiri. In syaa Allah jalan cerita tak lari sekalipun ada sedikit-sedikit perubahan untuk sesuaikan dengan drama.

Siapa berminat untuk dapatkan novel Setulus Janji, sila pergi ke link ini : http://store.karnadya.com.my/index.php/shop/all-product/setulus-janji-aina-emir-detail


Melayan Tetamu

Assalam

Seperti yang saya katakan, dalam kesibukan, kami sempat juga melayan tetamu kami yang datang dari Sanaa, Yemen malam tadi. Mereka sedang berholiday di sini. Seperti yang saya pernah khabarkan, ketika kami di Sanaa dulu, mereka telah berikan layanan yang istimewa buat kami. Alhamdulillah.

Sajalah nak berkongsi dengan teman pembaca blog ini, kami pening juga fikirkan ke mana harus kami bawa mereka untuk makan malam. Mereka kata, mereka tak mahu makan makanan Arab, mungkin dah jemu kot. Tapi kami tak berani nak bawa ke Restoran Chinese Muslim atau Japanese, biasanya orang Arab tak berapa berkenan makanan Asia yang begitu. Makanan Thai pula mungkin terlalu pedas dan masakan Melayu juga mungkin kurang menarik buat mereka, sedangkan makanan barat adalah sesuatu yang terlalu biasa. Akhirnya kami memilih Restoran India Utara yang terletak di Jalan Tun Razak. Biasanya, makanan di restoran itu memang menarik dan sangat sedap. Malah, restoran itu kerap menerima award kerana mereka memberi yang terbaik buat pelanggan. Jadi, kami pilihlah restoran Bombay's Palace.

Okeylah... sempatlah kami melayan tetamu kami itu. Sekali lagi alhamdulillah, semoga kami dapat berjumpa mereka lagi suatu hari, kalau tidak di Malaysia, semestinya di Yemen.

Wassalam.




Monday, April 21, 2014

Terpulanglah...

Assalam

Bukan judul lagu, tapi saja nak bercerita. Manusia ni ada macam-macam, kan? Ada begini dan ada pula begitu.

Ada yang kalau nak tunjuk alim, bagaikan dah jadi ulamak besar, tapi bila bercerita pada orang... bunyi 'riak' macam kuat sangat. Ada pula tu... untuk kepentingan diri dan tamakkan hak orang, sanggup mengaku hidup susah. Huhu... macam-macam, kan?

Terpulanglah nak buat macam mana, kan... nak berlagak atau nak kata susah...

Lihat dialog kat bawah ni:

Si  A:  "You tahu... I ni penat sangat. Maklumlah baru lagi balik dari London. Pada hal... I naik first class tu... kalau naik ekonomi... lumpuhlah kot. Masa I kat London, I duduk kat  hotel yang mahal... tak reti pulak nak duduk hotel yang murah-murah ni. Dah biasa macam tu..."

Adoii...


Si B:  "You tahu tak... I ni memang lah ada kerja, ada gaji... tapi beban I banyak sangat. Tiap-tiap bulan tak cukup. Dah tu... hutang I lagi... semakin lama semakin banyak. Pening kepala I ni. Mana nak cari duit? I ni... dah lama tak bersuami. Jawabnya, kenalah cari siapa-siapa yang sanggup kahwin dengan I... supaya beban I ni kurang. Malaslah nak hidup susah... penat. Janji dapat suami yang ada duit, yang sanggup bagi I 'top up' lebih-lebih. Kalau dapat suami orang pun... I rela. Apa salahnya pun? Untuk keselesaan I."

Adoii...

Terpulanglah, kan? Kita hidup di dunia ni untuk apa? Kalau untuk dunia... mungkin begitulah caranya. Tapi kalau kita idamkan akhirat yang cemerlang, mungkin itu bukan caranya. Wallahuaklam.

Wassalam.

                                             Isy... tamaknya dia!


Sunday, April 20, 2014

Bila Hati Tetap Sayang...

Assalam

Hari ini saya tak ke mana pun, duduk buat kerja aje. Cuma membantu sekejap untuk sediakan makan tengah hari. Selagi tak siap kerja ni, selagi itulah saya akan kesibukan dan berasa sedikit stres!

Apa pun, esok saya mempunyai tetamu yang datang dari Yemen. Ketika kami ke Yemen dulu, keluarga ini pernah melayan kami di Sanaa, ibu negara Yemen. Semoga esok kami dapat melayan mereka pula, insyaa-Allah.

Saja seronok nak bercerita tentang perasaan sayang yang ada pada kita. Saya teringat tentang hal ini bila diingatkan kisah puteri Nabi Muhammad SAW yang bernama Zainab. Betapa dia sangat menyayangi suaminya, namun dia lebih sayang dan cinta kepada Allah SWT dan ayahanda nya, Muhammad SAW. Zainab pernah cuba untuk menebus suaminya Abu Ash yang kalah perang dengan kumpulan orang Islam, dengan seutas rantai milik Allahyarham ibunya Khadijah. Ayahanda Zainab sangat sedih melihat keadaan itu. Ketika itu Abu Ash masih bukan seorang Muslim. Namun Zainab tetap akur dan terpaksa diceraikan daripada suaminya Abu Ash kerana suaminya itu tidak mahu beriman kepada Islam.

Namun setelah akhirnya Abu Ash memeluk Islam, Nabi Muhammad SAW kembalikan kasih sayang puterinya Zainab kepada Abu Ash. Masya Allah.

Begitulah kasih sayang... apa sekalipun yang berlaku, kasih dan sayang kepada agama mesti di dahului. Namun sekiranya kita ikhlas dan berkasih sayang kerana Allah SWT, ribut dan taufan tak mampu untuk memisahkan. Iblis dan syaitan juga tak mampu untuk memisahkan kasih dan sayang yang murni. Subhanallah.

Kadang-kadang mungkin, kerana ada syaitan yang mengganggu, maka tergugat ikatan yang kukuh. Tetapi selagi hati ikhlas berkasih sayang di atas nama Allah, kasih dan sayang itu akan tetap mekar. Kasih yang berpura-pura akan pudar dan hilang meresap bak kabus terkena cahaya matahari.

Saya letakkan gambar-gambar yang saya ambil semalam ketika pergi ke Behrang.

Wassalam.

                                      Restoran Ma Ni di Ulu Bernam
                                 Restoran Ma Ni
                                          Makanan yang enak di Ma Ni
                           Entrance Restoran Ma Ni - pemiliknya seorang arkitek
                          Pekan Koboi - Behrang, penuh nostalgia
                          Pekan Behrang
                               Kampung Orang Asli di Behrang

Saturday, April 19, 2014

Pernah Tak Menyesal?

Assalam

Hari ini, saya dan suami telah ke Behrang, rumah abang saya. Kami lepak-lepak dan sempat juga makan tengah hari di sebuah Restoran Eksotik dan 'Classy' yang terletak di kawasan Ulu Bernam bernama 'Ma Ni', sebuah restoran makanan Thai. Restoran itu mempunyai setting yang sangat cantik, kebetulan tuan punya adalah seorang arkitek! Dah tu, makanannya sangat fantastic! Alhamdulillah. Nanti nak kena pekena lagi. Bila sempat, saya akan letak gambar-gambar yang saya ambil tadi.

Apa pun, saja nak bercerita. Pernah tak anda menyesal kerana tersilap beli barang? Kadang-kadang, kita masuk kedai, terutamanya super market dan dengan tak sengaja, kita terbeli barangan yang ada offer. Kita tak fikir panjang, terus main beli. Lepas itu kita menyesal, kerana produk yang kita ambil itu sebenarnya kita tak perlu pun. Sudah itu, produk itu juga merupakan sesuatu yang low quality. Kita rasa tertipu. Nak pulangkan balik, tak boleh. Jadi kita pun campak ke dalam tong sampah!

Huhu... memang merugikan! Semestinya kita pun serik. Kita berjaga-jaga. Dah tu, kita mungkin fobia melihat barang yang seperti itu lagi, hinggakan mungkin kita tak ingin menyentuh lagi. Betapa kita menyesal!

Okeylah, sekadar bercerita-cerita kosong sahaja. Saya nak sambung menulis. Selamat malam!

Friday, April 18, 2014

Jangan Beri Ruang Dan Peluang

Assalam

Semoga hari Jumaat ini penuh dengan barakah dan rahmat Allah.

Hari ini saya akan kesibukan kerana ada dua 'meeting'. satu dengan produser dan satu lagi dengan TV stesen. Adoii... skrip tak juga siap-siap lagi. Insyaa-Allah akan saya selesaikan sebelum pesta buku. Mujurlah tarikh mereka rancang untuk ke UK sudah ditangguhkan ke bulan Jun.

Apa-apa pun, pagi ini saya nak kembali kepada nostalgia lama dalam novel saya yang berjudul 'Setulus Janji'. Insyaa-Allah novel inilah yang akan dijadikan drama 26 episod. Saya terpaksalah membaca novel ini ketika melakarkan skripnya. Hahaha... teringat pada kisah lama. Dalam novel ini, Ilham atau Mr./Dr. Ilham, sebaik sahaja berkahwin dengan Insyirah, telah meminta agar isterinya itu menunaikan hajatnya untuk menggosok baju kerjaya. Ini adalah kerana sangat penting untuk dia merasakan sentuhan jejari isterinya itu. Kalau tak masak pun tak kisah, boleh makan di luar... tapi baju jangan hantar dobi.

Huhu... saya ambil 'part' ini inspirasi dari hidup saya sendiri. Begitulah suami saya, dia tak suka kalau baju dia dihantar ke dobi. sensitif beb! Tak masak tak apa... janji baju dia saya kena gosok. Saya pula... kalau bad mood atau meradang dengan dia, habis semua pakaian kerja dia saya akan hantar ke dobi! Lepaskan marah atau geram!

Okeylah... kembali pada 'Setulus Janji', dalam perkahwinan Ilham/Insyirah yang sebenarnya merupakan 'heartthrob' sejak kecil lagi, namun kerana malu dan segan, tercetuslah ruang dan peluang untuk orang lain menyelit dalam hidup mereka. Juwita adalah 'syaitan' yang berwajah manusia.  Mungkin dalam hidup seharian kita, akan terjadi apa yang berlaku pada Insyirah dan Ilham. Bila ada ruang dan peluang, akan terselitlah godaan syaitan yang cuba merasuk dan merosakkan manusia.

Semoga kita sentiasa berjaga-jaga, agar apa yang kita impikan tidak terkena tempias mereka yang akan mengambil kesempatan di kala ruang dan peluang ada. Semoga kita teguhkan iman, ingat selalu pada Tuhan. Biar buat yang baik-baik, tidak menyakitkan hati dan jiwa orang lain. Jangan terlalu pentingkan diri hingga terlupa pada orang di sekeliling kita. Nauzubillah.

Wassalam.


Thursday, April 17, 2014

Game 'Quiz Up' Dan Tukar Warna Kulit

Assalam

Okeylah, saja nak bercerita di sini bahawa sejak kebelakangan ini, kami sekeluarga sedang 'menggila' main game 'Quiz Up' yang 'app' nya kita boleh download dan available di android dan juga IOS. Tiap-tiap malam, selepas solat Maghrib beramai-ramai, kami 'dinner'. Habis 'dinner' kami akan berebut bertanding dengan siapa-siapa di luar sana dalam game 'Quiz Up'. Sangatlah menyeronokkan kerana mainan ini menduga minda dan juga pengetahuan am yang kita ada. Hahaha... biasanya kami pilih Geografi, Sejarah moden, Lifestyle dan macam-macam lagi...

Bila kami main dan bertanding dengan orang luar, kami di rumah memang jadi kecoh dan riuh rendah! Teruja sangat-sangat. Masing-masing nak tunjukkan kepandaian atau kehebatan! Bila bertanding pula dengan orang luar negara terutama kalau berlawan dengan rakyat Amerika, terasa bagaikan diri mewakili negara Malaysia. Kalau boleh, nak menang selalu. Jom kita cuba!

Berubah tajuk pula. Semalam saya berbincang tentang perubahan. Okeylah, mungkin kita sangat perasan yang hari ini pelbagai produk kecantikan ditampilkan di pasaran negara kita. Mungkin antara yang paling 'hot' ialah kosmetik yang mampu mengubah warna kulit seseorang. Dari gelap kepada terang, daripada sawo matang kepada putih melepak. Huhu... apa yang saya tengok semalam di TV, para ulama' mengatakan bahawa mengubah warna kulit adalah 'haram'. Salah satu alasan ialah ia akan memudaratkan manusia yang mengubah warna kulitnya dengan produk kosmetik, tak kiralah sama ada ia mengelupas atau pun tidak! Malah, apa-apa produk kosmetik yang mampu untuk merubah ciptaan Allah SWT untuk insannya adalah haram untuk kita guna. Jangan keliru tau... sebab kalau kita guna produk kecantikan sekadar untuk 'maintain' kulit dan wajah kita, itu tidak dikira haram, kerana kita sekadar 'menjaga' ciptaan Allah SWT buat kita.

Okeylah... saya pun tidaklah bercadang untuk berbincang panjang lebar, sekadar untuk mengingatkan diri sendiri dan juga anda di luar sana, agar berjaga-jaga, jangan terlalu teruja untuk lakukan sesuatu dalam hal 'kecantikan' hingga tidak sedar yang kita sedang buat perkara yang dilarang Allah SWT. Wallahuaklam.

Wassalam







Wednesday, April 16, 2014

Nak Ubah Apa?

Assalam

Semoga hari Rabu ini membawa rahmat buat kita, insyaa-Allah. Pagi-pagi lagi dah hujan di sini, alhamdulillah.

Hari ini, saja saya nak bersembang tentang 'perubahan'. Dulu, masa saya di UKM, itulah agenda utama saya, untuk menggalakkan perubahan dari segi 'performance' dari yang negatif kepada positif. Tapi kenapa kita perlu berubah? Mestilah bersebab kot...

Kadang-kadang, kita tak sedar yang rutin harian kita yang berlaku berulang-ulang kali, tidak semestinya membuat kita jadi lebih hebat atau efisyen. Kadang-kadang, ada unsur bosan yang datang terselit, membuat kita menjadi tidak efisyen lagi. Kerana itulah, kita kena cari perubahan. Ini adalah dari segi pekerjaan mungkin.

Mungkin tempat tinggal pun begitu, bila kita sudah bosan dengan suasana sekeliling, atau tidak melihat apa-apa yang mampu memberansangkan kita di tempat yang sama, eloklah kita mencari perubahan. Ada kala, kita mencari ketenangan suasana, maka kita pun berubah. Macam-macam yang boleh buat kita mahu berubah.

Pun begitu, ada orang memang takut nak berubah. Biar tak suka dan benci, tetap tunggu lagi. Biar sakit hati, masih mahu berdiri di situ lagi. Bila kita jadi macam itu, memang payahlah.

Namun, kita kena berjaga-jaga, kerana ada kala kita terjerat dengan perubahan yang mahu kita lakukan. Orang putih kata, 'The Grass Is Not Necessary Greener On The Other Side'. Konon-konon kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik, jadi kita pun cuba buat perubahan. Tapi malangnya, perubahan yang kita buat itu membawa kemudaratan buat kita, maka 'kecewa' yang datang dalam hidup.

Apa-apa pun, biarlah kita jadi manusia yang bijak. Biar kita lakukan perubahan pada tempat yang tepat, tidak buat perubahan dengan penuh kesilapan.

Wassalam.


Tuesday, April 15, 2014

Buat Apa Mengeluh?

Assalam

Insya-Allah, kita masing-masing ada tugasan yang perlu kita lakukan setiap hari. Sekalipun sebagai suri rumah, tetap penuh dengan aktiviti harian. Semoga kita sentiasa bersyukur di atas nikmat yang Allah SWT berikan ini.

Hah... pagi-pagi macam ini, memang saya suka pekena kopi... Masih teringat lagi, hari Ahad tu... malamnya itu kami pakat minum kopi special  'Pak Hailam' di Seremban2, apa lagi... kami pakat susah nak tidur. Sampai hampir 2.00 malam baru boleh terlelap. Esoknya pula, kami jadi mengantuk bila sampai tengah hari, sebab kurang tidur. Adoii. Itulah pukulan kopi.

Apa-apa pun, hari ini sengaja saya nak ingatkan diri saya dan juga teman-teman yang membaca, agar kita sentiasa belajar untuk bersyukur. Kalau kita bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT berikan, kita tak akan mengeluh atau kompelin tentang semua yang kita rasa kurang. Insyaa-Allah, walaupun sedikit, tetap cukup. Sebab itulah kita kena sentiasa bersyukur. Kalau kita asyik merungut dan tak puas hati, terutama dengan rezeki yang Allah beri, walaupun segunung yang kita dapat, kita akan tetap rasa sedikit. Tetapi kalau kita rasa 'cukup' dan tidak merungut dan mengeluh, yang sedikit itu kita rasa macam bukit... sentiasa ada. Semuanya akan cukup untuk kita.

Yang penting, kita jangan lupa untuk 'infakkan' segala rezeki yang datang kepada kita. Sentiasalah bersedekah. Tangan yang menghulur itu jauh lagi baik daripada tangan yang meminta-minta. Barakah dan rahmat Allah limpahkan kepada insan yang rajin bersedekah dan membayar zakat buat mereka yang memerlukan. Jangan kedekut. Tapi... jangan pula jadi mereka yang tamak dan suka meminta hak orang lain.



Memang ada manusia yang suka pada harta orang. Pantang melihat orang lebih, dia akan meminta-minta. Pantang tengok orang lain senang, dia akan merungut-rungut dan mengaku dirinya susah. Bila merungut dan kompelin, bererti kita tidak bersyukur.

Semoga kita sentiasa beringat dengan segala nikmat yang Allah limpahkan buat kita semua.

Wassalam



Monday, April 14, 2014

Perempuan Jaga Hati Perempuan

Assalam

Sangat normal buat orang perempuan menjaga hati perempuan lain. Ini adalah kerana, sebagai perempuan, kita faham apa yang ada di hati perempuan lain. Biasanya juga, lelaki tidak faham yang itu. Oleh kerana itu juga, kalau kita merupakan seorang ibu, kita akan menjaga hati menantu perempuan kita. Begitu juga bila kita menjadi seorang isteri, kita cuba jaga hati ibu mertua kita. Walaupun mungkin kita tidak setua atau semuda dia, kita tetap tahu apa yang ada di hatinya.

Itu kalau kita berbincang tentang sifat wanita normal, yang tahu dan prihatin tentang hati wanita lain. Perempuan dijadikan Allah SWT sebagai ibu yang mempunyai kekuatan untuk melahirkan. Kekuatan itu tidak diberi kepada lelaki. Masya-Allah. Sebab itulah perempuan biasanya jauh lagi kuat daripada lelaki walaupun pada lahirnya dia kelihatan lemah. Namun dalam banyak hal, lebih banyak lelaki yang lagi lemah daripada perempuan.

Kalau kita jadi seorang ibu mertua kepada menantu perempuan, jauh lagi hebat sekiranya kita mampu untuk menjaga hati menantu kita. Bukan susah pun, sekadar memahami keperluannya. Tak perlulah kita berdengki atau cemburu padanya kerana telah mengahwini anak lelaki kita. Lebih baik kita jadi teman kepadanya. Biar kita berkongsi cerita dan rasa. Biar juga kita buat baik padanya. Kalau kita yang mulakan begitu, pasti menantu perempuan kita juga akan menjaga hati kita, insyaa-Allah.

Sebagai menantu perempuan, kita juga wajib menjaga hati ibu mertua kerana dia adalah ibu kepada suami kita. Kalau kita berkasar dengannya, beban dosa akan jatuh pada suami kita juga. Nauzubillah.

Sebenarnya, sebagai seorang perempuan, biarlah kita menjaga hati perempuan lain, bukan jadi seorang perempuan yang tidak bertimbang rasa pada jiwa dan hati perempuan lain. Kalau kita tidak kisahkan untuk menjaga hati perempuan lain sedangkan kita merupakan seorang perempuan, bermakna kita tidak sensitif dan pastinya suatu hari nanti, kita akan terkena balik. Kalau kita buat orang, semestinya kita akan merasa apa yang orang lain rasa. Subhanallah.

Oleh kerana itu, adalah lebih baik kita menjaga hati-hati perempuan lain agar kita tidak akan dikecewakan. Masyaa-Allah.

Wassalam.




                                                  sekadar hiasan



Sunday, April 13, 2014

Mencari Sang Adam


                                                               sekadar hiasan

Assalam

Semoga anda berbahagia pada hari Ahad ini. Saya masih kesibukan menulis skrip. Adoiii... tension sungguh. Semoga Allah SWT berikan kekuatan dan kesabaran untuk saya menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan, insyaa-Allah.

Saja-saja nak bercerita pada anda tentang apa yang teman saya ceritakan. Katanya pada saya, "Eh, I bosan betul lah dengan minah ni..."

"Minah mana pulak?"

"Adalah seorang minah ni... I memang dah lama jugak kenal dia. Sekarang ni dia dah jadi ibu tunggal... dah banyak tahun jugak. Umur taklah tua... boleh dikatakan mudalah... tapi ya Allah..."

"Hah, kenapa?"

"Sibuk betul dia ni... pantang jumpa I. Kadang-kadang dihantar mesej. Dia suruh I carikan 'lelaki' yang mahu jadikan dia isteri. Desperate sungguh."

"Oh ya? Ni nak cari 'Sang Adam' lah ni..."

"I tak kisahlah... tapi yang tak sanggupnya dia ni gedik sangat. Lelaki mana nak jadikan dia isteri kalau tergedik-gedik macam tu?"

"Isy!"

"Betul ni. Dia tak tahu nak cakap benda lain. Asyik nak suruh carikan suami untuk dia. You nak tahu... dia ni, kalau bagi laki orang pun dia sanggup, walaupun suami orang tu bukan serius nakkan dia... nak buat main-main aje!"

"Apalah..."

"Betul ni. I pun hairanlah... kenapa dia tergedik-gedik macam tu. Muka tak malu sungguh! Dah tu... bukannya cantik mana pun, tak padan dengan kegedikannya. Nampak dari luar, macam okeylah... macam minah baik, tapi ya Allah... perangai dia... nauzubillah. Kalau dia hantar mesej, bunyi macam orang gatal. Bunyi macam orang kemaruk. I pulak jadi geli. Nak tolong pun rasa macam tak sanggup."

"Adoiii..."

"Itulah... kenapalah dia tak jaga maruah dia. Kalau dia pandai, tak tunjuk kelakuan dia yang tergedik tu, adalah harapan untuk I nak tolong. Tapi macam ni... siapalah yang sanggup nak kahwin dengan dia..."

Okeylah... tak kiralah kita nak cari Sang Hawa atau Sang Adam, biarlah  muhasabah diri kita dulu. Betulkan semua yang agak kurang, sebelum nak cari orang yang mahu pilih kita jadi isteri atau suaminya. Kalau kita tak pandai jaga akhlak, macam manalah orang lain nak hormati kita, kan? Mesti orang akan buat kita jadi barang mainan sahaja. Bila dah bosan... campak aje!

Okey, everybody... take care!

Wassalam.

Saturday, April 12, 2014

Rahsia

Assalam

Semalam saya tak update blog kerana kebetulan saya sangat sibuk. Hari ini pun masih sibuk kerana kami sekeluarga akan ke rumah adik lelaki saya yang akan uruskan majlis aqiqah untuk cucu pertamanya. Selepas itu nanti, kami bercadang untuk melawat anak saudara suami saya yang masih berada di hospital. Alhamdulillah, walaupun dia koma hampir sebulan, kini sudah banyak perubahan menghala kepada semua yang positif. Betapa besarnya kuasa Allah SWT, yang dianggarkan akan tamat hayat oleh para pakar kerana keadaan yang sangat teruk, berkat doa dan izin-Nya, mampu beransur-ansur pulih. Subhanallah. Kami semua bersyukur kerana Allah masih izinkannya untuk bernafas dan insyaa-Allah akan satu hari nanti 'back to normal.' Satu keajaiban atau miracle yang hanya Tuhan sahaja mampu mengaturkannya.

Satu penagajaran dan hikmah buat kita semua, jangan sekali-kali kita berputus asa. Berdoalah dan pohonlah pada-Nya. Hanya Allah SWT yang tahu bila kita bertemu ajal, selagi belum tiba, kita janganlah 'give up'. Semua ini adalah Rahsia-Nya.

Selamat berhujung minggu.




Thursday, April 10, 2014

Boleh ke Mengurat Isteri Orang?

Assalam

Awal pagi lagi saya dah bangun kerana banyak kerja yang perlu saya uruskan. Apa-apa pun, mestilah pekena kopi secawan. Kalau nak tahu, sebenarnya minum kopi ini memang banyak manfaatnya. Dulu, orang kata tak elok sangat minum kopi ni, tapi itu hanya sekadar cerita dongeng. Kopi banyak khasiatnya, malah mampu untuk mengelak macam-macam penyakit. Tapi janganlah pula asyik minum kopi sahaja, nanti 'overdose' pulak! Ikutlah sunnah nabi agong kita, Muhammad SAW, buat apa pun, biarlah bersederhana. Be a simple person. Tidak berlebih di mana-mana.

Okeylah, baru selesai cerpen 'Dia Yang Kupanggil Yana'. Insyaa-Allah akan saya sambung lagi dengan cerpen yang baru pula. Untuk makluman anda sekelian, semua cerpen-cerpen yang saya lakarkan di blog ini mempunyai 'base' kisah benar yang terjadi dalam masyarakat kita. Sebagai penulis, saya kenalah tokok-tambah mana-mana yang terkurang. Kisah Yana yang saya paparkan ini, pernah terjadi suatu ketika dahulu. Tak perlulah saya katakan di mana dan bila, sekadar untuk bercerita semoga ianya menjadi pengajaran buat kita semua. Kadang-kadang, kita rasakan bahawa siapa sahaja yang kita jumpa atau tahu, mereka semua merupakan orang yang baik-baik belaka, tetapi di sebalik apa yang kita nampak pada lahirnya, tidak semestinya tepat. Banyak orang sorokkan 'keburukan' mereka, atau kelemahan akhlak mereka dan kerana itu juga, masyarakat sering terpedaya.

Semestinya kita manusia sentiasa mempunyai kelemahan dan kekurangan, namun begitu, jangan biarkan kelemahan dan kekurangan menerajui hidup kita dan akan menjadikan kita manusia yang mudah tersesat dan tersasar di bumi ini. Biarlah kita berada di landasan yang lurus. Setiap kali sedar akan kesalahan kita, cepat-cepatlah bertaubat, agar kita kembali ke jalan yang benar. Subhanallah.

Elakkan diri dari perbuatan-perbuatan yang akan menjadi kita lebih lemah. Antaranya ialah perbuatan 'takabur', 'riak', 'cakap besar' dan macam-macam lagi. Kadang-kadang, kita tak sedar yang perkara itu kita sedang lakukan. Semua ini bergantung pada niat kita. Kalau kita lakukan sesuatu kerana niatnya untuk Allah SWT, insyaa-Allah kita selamat. Tetapi kalau dengan sengaja atau tidak, tetapi kita lakukan perkara-perkara untuk menunjuk-nunjuk, itu adalah salah. Misalnya, dengan sengaja kita letakkan gambar profil kita untuk tayang kereta mewah kita, takut orang lain tak tahu yang kita sekarang ini ada kereta mewah. Nauzubillah... semoga kita tidak amalkan perbuatan seperti itu.

Tak kiralah kita lelaki atau perempuan, muda atau tua, kaya atau miskin, elaklah daripada melakukan terlalu banyak kesalahan. Saja-saja untuk bercerita. Baru-baru ini saya berbual dengan suami dan bertanya padanya, "Kalau ada lelaki yang sengaja 'mengurat' isteri orang, apakah hukumnya?" (Saya memang tahu apa hukumnya.)

                                                          sekadar hiasan

Kata suami, "Mana boleh mengurat isteri orang. Berdosa tu. Mengacau tunang orang pun tak boleh. Haram kalau kita sengaja mahu rosakkan hubungan suami isteri. Sengaja mahu runtuhkan rumah tangga orang lain." Tambahnya lagi.

"Okey, itu kalau lelaki yang mengurat isteri orang. Tapi kalau lelaki yang mengajak suami orang untuk 'mengurat' sana-sini, macam mana? Macam mana pula dengan perempuan yang 'mengurat' suami orang?"

"Siapa sahaja yang mahu runtuhkan rumah tangga orang lain, hukumnya tetap berdosa."

Iyalah... kadang-kadang kita sebagai manusia ini, seronok lakukan perkara-perkara yang mungkin boleh menyeronokkan kita, tanpa ambil kira pada perbuatan kita yang mungkin akan merosakkan hidup orang lain, lalu dengan sengaja atau tidak, mengumpul banyak dosa. Wallahua'klam.

Semoga kita sentiasa berjaga-jaga dan terus kekalkan dengan akhlak yang mulia. Manusia, kalau hidup tanpa akhlak yang baik, mungkin lebih baik tak usah hidup. Tak kiralah apa status kita, semoga kita jadilah Muslim dan Muslimah yang taat pada Allah swt. Ameen.




Monday, April 07, 2014

Sambungan cerpen 'Dia Yang Kupanggil Yana'

Assalam

Sekejap lagi, insyaa-Allah akan saya sambungkan cerpen 5 'Dia Yang Kupanggil Yana'. Bagi anda yang sudah mengikuti cerpen ini, mungkin elok mengulanginya, kerana takut tidak faham cerita kalau membaca sambungannya. Maklumlah, sudah lama terputus.

Terima kasih.

Sunday, April 06, 2014

Ke Mana Hilangnya MH370?

Assalam

Seorang teman baik menyuruh saya membaca sebuah blog ini, yang menyampaikan teori kehilangan MH370. Memang menarik teori-teori yang dipaparkan. Malah, memang banyak teori yang dikemukakan oleh pelbagai pihak. Semuanya menarik belaka, boleh buat kita semua berfikir. Bagi saya, yang penting ialah biar rakyat Malaysia menjadi manusia yang rajin membaca dan berfikir, bukan manusia yang bengap yang tidak tahu apa-apa, hanya fikirkan hidup di dunia dan nafsu mereka! Alhamdulillah kalau lebih ramai rakyat Malaysia, terutama orang Melayu Islam, lelaki dan perempuan, yang kini mula buka matanya, berfikir tentang apa yang berlaku di dunia. Paling penting, insyaa-Allah kita sama-sama beringat bahawa dunia ini kemungkinan besar sudah berada di akhir zaman. Membawa maksud, kiamat sudah hampir dekat. Semoga kita sama-sama ingatkan Allah SWT, bukan hanya tekak, perut dan nafsu untuk berseronok-seronok sahaja!

Pun begitu, bila kita membaca cerita dan teori orang, janganlah pula kita jadi lemah lalu menerima segala apa yang dipaparkan sebagai benar, tiada yang salah. Janganlah menjadi manusia yang tak mampu berfikir apa-apa, sekadar hanya mampu untuk mengikut dan taksub pada teori orang. Biarlah kita buka mata, buka hati dan buka fikiran. Biarlah kita lebih banyak membaca lagi, 'explore' dan faham dengan apa yang sedang berlaku di bumi ini. Biarlah kita tahu apa yang sedang terjadi di negara orang, bukan hanya tahu apa yang berlaku di negara kita. Yang penting, biarlah khazanah akal yang tersirat di dalam kita suci al-Quran menjadi pedoman kita, agar kita tidak menjadi manusia yang tersesat di bumi ini. Wallahuaklam.

Saya bersetuju yang kemungkinan besar kita sedang berada di penghujung zaman. Lihatlah apa yang terjadi di sekeliling kita. Kalau anda ke tanah suci Mekah dan Madinah, lagilah anda akan terasa betapa dunia ini mungkin sedang berada di langkah-langkah akhirnya.

Tentang MH370, pastinya terus akan menjadi teka-teki. Tetapi yang menghairankan kebanyakan orang (yang berfikir), apakah mungkin syarikat Boeing tidak tahu ke mana hilangnya penerbangan MH370 itu? Hampir mustahil, kerana setahu kami, setiap penerbangan boeing yang ada di bumi ini, akan dimonitor oleh satelitenya. Jadi... macam mana Boeing tak tahu tentang MH370? Memang yang itu sangat tak logik. Mungkin Boeing mahu padamkan kelemahan mereka, itu juga merupakan satu teori yang sedang berlegar-legar. Tetapi... kenapa tiada yang memaksa Boeing untuk berterus-terang?

Saya bersetuju, mungkin banyak yang tersirat dalam kejadian kehilangan MH370. Tetapi apa sekalipun yang sedang berlaku, kita perlu ingat pada Allah SWT dan Kekuasaan-Nya. Biar canggih mana pun, biar hebat mana manusia ini, tiada yang lebih hebat daripada-Nya. Hanya Allah SWT yang tahu apa yang sedang berlaku dan dalam pada itu, biarlah kita manusia ini guna akal dan fikiran, serta jalankanlah kebijaksanaan kita untuk terus berfikir, jangan jumudkan otak kita, lalu menjadi ummat yang hidup dalam dunia koma! Wallahuaklam.

Wassalam.


Friday, April 04, 2014

Bila Bertudung...

Assalam

Semoga hari Jumaat ini dipenuhi dengan barakah, insyaa-Allah.

Hari ini, sekadar untuk bersembang tentang bila wanita Muslim memilih untuk memakai tudung. Sekarang ini, lebih trendy dipanggil 'hijab'. Alhamdulillah, semakin lama semakin ramai yang merasai bahawa sebagai wanita Muslim, kita wajib berhijab, atau menutup aurat sebaik mungkin. Malah, kalau dulu pernah pakai seluar pendek atau berbaju nampak pusat, ada yang berubah lalu memilih untuk berhijrah lalu menutup aurat dari atas hingga ke bawah. Syukur.

Pun begitu, kita janganlah pula memandang 'hina' pada yang belum menutup aurat sepenuhnya. Kita tidak tahu bila mereka akan berubah dan mungkin juga bila mereka berubah, akan menjadi jauh lagi baik daripada kita yang dah lama berhijab, insyaa-Allah.

Dalam pada itu, sebagai wanita Muslim, janganlah pula kita mengambil peluang dan ruang untuk mengguna hijab bagi menyorokkan akhlak kita yang 'tak elok'. Memang payah untuk kita percaya bahawa ada orang sengaja bertudung sekadar jadikan tudungnya sebagai trend agar dirinya mudah diterima masyarakat. Maklumlah, bila sahaja bertudung, orang akan sangkakan akhlak mereka yang bertudung itu sesuai dengan imej yang cuba ditonjolkan. Tetapi, sangat malang bila ada yang mudah memakai tudung tetapi akhlaknya langsung tidak seperti imej yang ditonjolkan itu.

Terlalu banyak wanita muda yang bertudung litup, tetapi melakukan maksiat pelbagai rupa, ada yang tak peduli pun siapa yang memandang mereka. Ikut suka hati sahaja duduk berduaan (dengan lelaki yang bukan mahram), berkepit dan ada juga yang lakukan pelbagai aksi yang mencolok mata. Nauzubillah. Bertambah malang, kalau umur sudah tidak berapa muda, tetapi memakai tudung dengan cuba menutup akhlaknya yang serupa mereka yang menjual diri di lorong-lorong pelacuran. Sememangnya ada yang memakai tudung bila ke tempat kerja dan di khalayak masyarakat umum, namun di sebalik itu, mereka sanggup lakukan maksiat bila tiada yang melihat. Mereka sanggup masuk ke hotel dengan lelaki dan lakukan perkara-perkara terkutuk. Mereka boleh buat apa sahaja asal dapat apa yang diinginkan. Mereka terlupa walaupun tiada yang melihat, namun Allah SWT masih tahu. Nauzubillah min zalik.

Begitu rendahnya akhlak dan iman mereka yang sanggup menutup aurat sekadar untuk menutup maksiat yang dilakukan. Sepatutnya bertambah umur kita, semakin kita mahu jadi manusia yang lebih baik, kerana semakin banyak usia, semakin pendek tempoh kita untuk berada di dunia ini.

Semoga kita lakukan apa sahaja kerana Allah SWT, bukan mengambil kesempatan untuk sorokkan kelakuan buruk kita di mata manusia yang lain. Subhanallah.

Wassalam.


                            Sekadar hiasan

Thursday, April 03, 2014

Jom Lepak!

Assalam

Ada yang bertanya pada saya, bila nak sambung cerpen saya tu, yang berjudul 'Dia Yang Ku Panggil Yana'? Aduhai... kalau ikutkan hati memang saya nak sudahkan cerita itu, tetapi buat masa ini memang tak sempat. Saya terlalu kesibukan. Insyaa-Allah saya akan cuba sambungkan minggu hadapan, okey?

Semalam, saya kesibukan di rumah kerana kakak saya dan keluarganya bertandang di rumah. Jadi... macam ada party lah pulak, kecoh sungguh. Semenjak kami balik umrah, memang ramai yang datang singgah di rumah.

Buat pembaca saya semua, kalau boleh, datanglah ke Pesta Buku di PWTC yang akan berlangsung hujung bulan ini selama 11 hari. Insyaa-Allah saya akan cuba datang, tapi mungkin bukan setiap hari. Insyaa-Allah, hari Jumaat hingga Ahad, saya akan hadir, mungkin hari kerja sahaja saya akan pilih-pilih hari untuk datang. Kemungkinan besar, tahun depan saya tak akan hadir Pesta Buku lagi. Ini adalah kerana saya akan kesibukan. Walaupun mungkin saya akan terus menulis novel (genre yang saya biasa buat), tetapi tumpuan saya akan berubah kepada penulisan yang berbeza pula dan apa yang akan saya buat nanti, pasti memerlukan masa dan fokus saya, insyaa-Allah. Menulis adalah jiwa saya, saya akan terus menulis dan berkreatif selagi Allah swt izinkan, cuma bidangnya mungkin berubah, kerana saya perlukan sesuatu yang lebih mencabar lagi. Jadi... pastikan anda datang tahun ini dan jom kita lepak-lepak!

Okeylah, semoga anda jaga diri dan wassalam daripada saya.


Tuesday, April 01, 2014

WAHAI KAU CINTA... - Novel Terkini Saya

Assalam




Sinopsis Wahai Kau Cinta…


WAHAI kau cinta… bersalah benarkah aku kerana menolak cinta dia? Berdosa benarkah aku kerana menepis cintanya? Kenapa, cinta… kau datang dalam bentuk dia, sedangkan aku tidak bersedia untuk terima dia? Aku memilih orang lain yang bukan dia. Salahkah aku, cinta?’

Lisa… masih terlalu muda untuk berdepan dengan segala perasaan hampa. Paranoid sering bertandang di sanubari, bimbang kalau-kalau dirinya tidak layak untuk bercinta lagi. Perumpamaan Inggeris, “What goes around comes around,” kerap menghantui jiwanya kerana Lisa sedar setiap yang berlaku itu pasti bersebab. Walaupun dia dikatakan cantik, namun Lisa tidak pernah lekang dengan rasa kecewa.

Cinta pertama datang dan musnah begitu sahaja. Apakah mungkin cinta mahu menghampirinya lagi?

Buat seketika, dia agak selesa dengan Kaysan, salah seorang anak majikannya. Namun dia juga tahu walaupun Kaysan menyayanginya, ibu lelaki itu tidak menyukainya. Eshan pula, abang kepada Kaysan menunjukkan sikap ‘monyet’ nya dan merimaskan Lisa.  

Mujurlah ada Elina dan Maisarah, kawan-kawan rapat yang tak pernah menghampakan.

Pun begitu, Lisa tertekan dengan permintaan tayta dan jiddo yang mahu Lisa berkahwin dengan lelaki yang ada kaitan dengan keturunan datuk dan neneknya itu. Muncul lah Syed Khalil dan Muel dalam senarai pilihan mereka. Lisa jadi kalut kerana sebenarnya dia belum bersedia untuk membelitkan dirinya dengan lelaki lagi. Malangnya, Lisa tidak bebas untuk kata ‘tidak’. Banyak hal yang sedang merunsingkannya apatah lagi bila dia terpaksa pilih untuk berhenti kerja.

Yang merumitkan lagi apabila Lisa terpaksa berdepan dengan kerenah ahli keluarga yang datang dengan pelbagai cerita yang menakutkan. Betulkah kata-kata mereka ini? Mampukah Lisa untuk bertahan dan merasai bahagia seperti yang diimpikan?



PS:

Ada promosi khas di E-Sentral untuk novel-novel digital saya. Bagi anda yang mahu mencuba, jom layari