Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, January 18, 2010

Mencari Emas?



Ingat tak, saya pernah beritahu yang kereta suami saya dilanggar orang? Masa tu, anak perempuan saya belum lagi berkahwin. Hanya pada Jumaat lepas, barulah keretanya siap. Walaupun tak teruk mana, tapi sebab kena cat semula, itu yang agak payah sedikit, sebab tukang repair nak cari warna yang 'ngam'. Aduhai... mujur dan sempurna semula.

Hari Sabtu, suami saya balik dari Seberang... jemput dia di lapangan terbang, tapi kali ini, di Subang dan selepas itu, kami terus ke apartmen saya di Selesa Hillhomes (berdepan dengan Janda Baik - di kaki Gunung Genting). Dah lama tak ke sana, pergi kemas-kemas dan menyukat langsir (kena tukar langsir sebab dah pudar), lepas tu bawa balik cadar, selimut, sarung bantal, sarung kusyen untuk dihantar ke dobi. Semasa di apartmen tu, seperti biasa, anak saya dan suami saya terus baring-baring. Tak tahulah kenapa, biasanya memang macam tu. Mungkin sebab angin di sana lain sikit... nyaman, sejuk... saya pula membaca novel yang saya bawa sama. Dah lama tak baca novel mat salih, seronok pula membacanya.

Hari Ahad, mood elok sikit, jadi saya pun masak untuk cik abang dan anak-anak. Biasanya, emak saya yang masak. Emak saya memang suka masak. Kebetulan, hujung minggu anak-anak dan menantu rajin datang. Saya masak awal sikit, sebab menantu saya(suami anak perempuan) hendak belayar tengah hari tu. Kemudiannya, selepas makan tengah hari, kami lepak-lepak di anjung rumah. Kami melihat gambar-gambar lama. Penuh nostalgia. Anak-anak saya seronok ketawa melihat gambar mereka semasa kecil. Menantu saya (isteri anak kedua) puas tumpang mengusik mereka. Memang kelakar bila tengok gambar-gambar lama,kan?

Malamnya pula, saya ke Kuala Lumpur sebab salah seorang staf suami saya berkahwin (Chinese wedding)di sebuah hotel. Suami saya biasanya akan berusaha untuk menghadiri majlis perkahwinan kakitangannya, sebab baginya, merekalah yang bersusah payah kerja kuat untuk membantu. Dah lama tak makan chinese dinner... sedaplah pulak. Sampai rumah agak lewat.

Begitulah kisah di hujung minggu. Semasa berada di dalam kereta bersama suami, kami bercerita itu dan ini. Sempat suami saya menceritakan tentang seseorang yang dia jumpa semasa berada di negara seberang, orang itu sibuk mencari tempat yang ada emas! Wah emas... bunyi macam seronok aje. Kami bersembang lagi dan kami bersetuju, emas ada di mana-mana sahaja, asal kita berusaha. Tak semestinya berada di dalam tanah, atau sungai...

Hendak mencari emas? jom kita berangan-angan, pasang cita-cita dan berusaha. Dan percayalah... emas berada di mana-mana saja. Dalam berkata begitu, saya juga ingin mengingatkan diri dan semua yang membaca blog ini, sekalipun kita mencari rezeki dan berusaha membuat harta, jangan sekali-kali kita lupa tanggungjawab kita kepada agama. Jauhkan diri dari rasuah dan mencuri. Bersedekahlah, bayarlah zakat... agar hidup kita aman, bersih dan dimuliakan. Insya-Allah.