Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, August 15, 2013

Lagi Pasal Drama Bunga-Bunga Kemboja

Assalam.

Ya, saya dapat banyak emel dan juga message di Facebook, pembaca saya ramai yang terkilan kerana tak dapat menonton drama Bunga-Bunga Kemboja. Ramai yang tak tahu tentang hal TV1 sedang tayang drama itu. Saya juga terkilan, tapi tak apa kot. Walaupun saya dimaklumkan bahawa drama ini akan berakhir pada 22 Ogos, mungkin tarikh itu tak tepat kot, sebab setahu saya, semalam ialah episod ketiga, jadi hari ini ialah episod keempat. Kalau diikutkan, slot Bidadari hanya ke udara dari Isnin hingga Khamis setiap minggu. Jadi, mungkin tak tamat pada 22 Ogos kot. Apa-apa pun, sebenarnya drama ini sepatutnya ditayangkan di RTM2, seperti Kau Laksana Bulan dulu, tapi saya tak tahu kenapa ditayangkan di RTM1, mungkin kerana bulan raya kot. Apa-apa pun, saya juga dimaklumkan bahawa RTM2 akan siarkan semula, tetapi saya tak tahu tentang tarikhnya.

Kalau ada pembaca saya yang sempat rekod, mungkin kita boleh kongsi kot, sebab ramai yang nak tengok tetapi tak berkesempatan.

Setakat yang saya tengok, memang tak lari jalan ceritanya. Nampak menarik.

Okeylah, bagi mereka yang tak ke mana-mana hari ini, jom tengok BBK pada jam 11 pagi, hari ini di TV1, atau boleh tonton secara online.

Hari ini, saya letakkan gambar kami ketika berada di Port Dickson, tapi tak sempat nak letak semua.

Wassalam.

Tak semua ada dalam gambar ni. Yang hujung sebelah kiri berbaju biru muda ialah Ali Muhammad, anak angkat saya yang berasal dari Yemen
Bergambar dengan adik ipar saya
Bergambar dengan cik abang dan Sharifah Niloufar