Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, November 19, 2013

Macam Lambat Aje

Assalam

Setiap kali saya cuba fokus untuk menyiapkan manuskrip novel saya, ada-ada sahaja yang akan melambatkannya. Semalam, saya sibuk ubahsuai salah satu proposal drama untuk sebuah stesen TV. Macam inilah agaknya. Nampaknya manuskrip saya mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Tapi tak apa, insyaaAllah saya akan selesaikan juga. Sebenarnya dah sampai penghujung pun.

Hari ini saya akan ke Kuala Lumpur. Ada appointment. Lepas tu, saya akan berjumpa dengan rakan lama saya yang datang dari Perlis. Dah lama tak lepak dengannya. Harap-harap dapatlah kami berjumpa. Petang nanti, rancangnya untuk menyiapkan beg pakaian kami. Rabu kami akan berangkat untuk bercuti lagi.

Hari ini juga saya tak cadang untuk tulis panjang-panjang. Masih ada kerja yang perlu saya siapkan sebelum ke Kuala Lumpur. Okeylah, tak care semua, semoga kita berjumpa lagi, insyaaAllah.

Wassalam.