Cilok dari fail KD
Salam semua
Alhamdulillah, saya masih bertenaga lagi, walaupun ikut perancangan saya tidak sepatutnya pergi ke Pesta Buku setiap hari, tapi nampak gayanya kena juga pergi ke sana. Tak apalah, nanti saya akan berehat selama seminggu selepas selesai Pesta Buku. Insya-Allah, saya akan ke Istanbul, Turki pada malam Selasa 8 Mei ini selama seminggu. Ini merupakan antara destinasi impian saya dan Cik Abang saya dengan berbesar hatinya akan membawa saya ke sana (dia lah sponsor ni...hehe).
Alhamdulillah, walaupun semalam hari Isnin, tapak pesta sangat sibuk dan saya seronok kerana berjumpa lagi dengan pembaca-pembaca saya yang sangat setia. Ada guru-guru sekolah yang datang dan berusaha untuk berjumpa saya setiap tahun, semasa membawa anak-anak murid/pelajar mereka ke sana. Juga pelajar-pelajar sekolah, ada yang jauh dan ada juga yang dekat. Banyak juga yang bukan Melayu. Saya masih ingat pada mereka. Terima kasih ya, semoga kita berjumpa lagi di tahun-tahun akan datang.
Semalam juga, ramai yang dah pun selesai membaca novel terbaru saya 'Pukul 3.00 Pagi' dan alhamdulillah saya mendapat respons yang sangat positif. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang highlightkan nya dalam blog dan facebook mereka. Saya sangat menghargainya, semoga Allah SWT membalas budi baik anda sekelian.
Okeylah, saya terpaksa berhenti untuk bersiap-siap. Untuk makluman anda, insya-Allah, saya akan datang juga ke Pesta Buku pada hari Rabu dan Khamis. Tak sampai hati nak duduk di rumah.
Saya sayang anda semua.
Wassalam.