Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, January 08, 2014

Salam Sayang

Assalam

Hari ini lambat sikit saya update blog. Biasanya saya menulis di awal pagi, tapi hari ini tak sempat pulak. Apa-apa pun, alhamdulillah manuskrip saya dah pun siap dan akan disemak oleh pihak penerbit. Okey atau tak okey, entahlah...

Ada yang bertanya, kali ini kisah apa, Kak Aina? Hahaha... kena bacalah, sayang... kalau awal-awal dah bagi tahu, mana bestnya! Apa pun, insyaa Allah sesuatu yang berbeza. Semua nak tahu, hero dia macam mana? Hello... hero dia macam herolah. Macam hero Ultraman tu... Ada sikit-sikit macam hero novel saya 'Setulus Janji' tu... sikit ajelah. Di mana persamaannya, kita tengok okey?

Hari ini saya rehat-rehat. Esok pula saya akan ke Bangi, melepak dengan teman-teman. Ada yang nak belanja saya makan ni... apa pun, saya memang seronok bila jumpa kawan-kawan. Hilang stres bila bersembang dengan kawan-kawan, in syaa Allah.

Okeylah... ada yang bagi tahu saya, "Kenapa Kak Aina tak tulis panjang-panjang kat blog tu?" Huhu... kadang-kadang memang macam tu, saya malas nak tulis panjang-panjang. Biar pendek tak apa, janji saya update blog. Mungkin minggu depan kalau saya ada masa, saya akan tulis cerita pendek, saya akan buat berepisod, biar anda semua tak jemu dan seronok membacanya. Dah lama saya teringin nak buat macam ni, tapi tak berkesempatan. InsyaaAllah akan saya cuba nanti.

Sementara itu, bagi anda yang suka datang ke mari, in syaa Allah saya ingin maklumkan bahawa tahun ini saya akan cuba lakukan kelainan pula. Agar anda semua tak jemu dan bosan.

Okeylah, take care everybody... salam sayang daripada saya buat anda semua!

Wassalam.