Showing posts with label Gulai. Show all posts
Showing posts with label Gulai. Show all posts

Saturday, 3 December 2011

GULAI KEPALA IKAN MAYONG

dari Cerok Dapor Nekpp ;)
GULAI KEPALA IKAN MAYONG

~ Alhamdulillahhh... beres sudah!! yippie!! pas ni boley jalan2 cuci2 mata! kikiki... credit to Daddy B yg tersangatlah mmg rajin memBERSIHKAN ikan! tnx laling!... kepala ikan ni dimport jauh tuu.. nuu di Muar.. bila balik kampong aje... perkara wajibbbb... tinjau2 kawasan nuu di Parit Jawa! fresh from laut tau... sumber resepi nekpp sekodeng kat cerok dapor CMG.. oleh kerna dah hujung minggu... bila ditinjau2 dlm peti besi nekpp bahan2 semua dah xdek! ermm.. tapi x per.. ape2 aje laa yg boley dimasak.. walupon x cukup syarat.. rasanya mmg meletopss! sila klik di sini >>> DapurTanpaSempadan...... mekasih CMG!!..... jom zass resepinyaaa..

bahan2;)
  • 1 kepala ikan mayong
  • 1 biji terung bulat ** xdek
  • 6 - 8 biji kacang bendi muda, cuci dan toskan (jgn kerat) ** xdek
  • 2 biji tomato
  • 2 biji cili merah
  • 1 cawan jus asam jawa
  • Air secukupnya
  • 2 camca besar cili kisar*
  • 3 camca besar rempah kari ikan*
  • 1/2 cawan air*(*disatukan dan kacau rata)
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci belacan, dibakar
  • 1 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 2 tangkai daun kari *xdek
  • bunga lawang/cengkih/kayu manis/pelaga ** ni nekpp tambah ;)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kepala ikan dibersihkan, dan potong sederhana besar, cuci lagi dan toskan.
  2. Terung dibelah 2 dan potong 4 bagi setiap belahan, rendam dalam air yang ditambah disedikit garam. ** kalau ada terong
  3. Tomato dibelah 2 untuk setiap biji. ** kalau ada tomato
  4. Cili merah dibelah dua tapi tak putus untuk setiap biji. Ketepikan.
  5. Panaskan minyak dalam periuk tumis bahan tumis hingga layu, masukkan bahan kisar dan kacau rata.
  6. Tambah bancuhan rempah kari (*)...dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya (anggaran 800 ml) dan biar mendidih.
  7. Masukkan kepala ikan dan terung. Tuang jus asam jawa, kacau dan biar mendidih. Tambah garam dan sedikit gula. Masak hingga ikan masak dan terung lembut sedikit. Masukkan belahan cili merah, bendi dan tomato tadi. Biar mendidih.
  8. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  9. Hidangkan dengan nasi atau apa sahaja makanan kegemaran anda, resipi asal dia ada tulis, kari ni boleh dimakan bersama mee hoon...


haa tu dia... mcm JAWS!!





Monday, 7 September 2009

KARI TULANG KURAU MASIN

dari cerok dapor nekpp
KARI TULANG KURAU MASIN
sedap dimakan bersama2 sambal belacan dan ulam2an
phiewwwwwwwwwwww tangkap leleh uuuu ;))
zass resepi okieyyyy..

bahan2
  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
*** dibelender kesemua bahan
  • rempah empat sekawan @ bunga lawang/buah pelaga/cengkih/kayu manis
  • rempah kari ikan ** nekpp suka guna BABAS
  • 2 tbspn cili powder @ cili yg sudah dibelender
  • asam keping
  • 2 peket tulang kurau ikan masin ** direndam seketika utk buang masin
  • 2 cawan santan pekat (1 bijik kelapa)
  • carrot dipotong dlm 2 inci
  • terung bulat atau lonjong dibelah 4 ikut size terung
  • bendi

EID MUBARAK!

Sunday, 6 September 2009

ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG

dari cerok dapor nekpp
last but not least hehe..menu of d day feberet Daddy B
ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG
waduhhhh tangkap leleh sehhhh
ikan semilang nie diimport dari Parit Jawa Muor ahaks
kampong halaman Daddy B
kalau balik muor jer musti tapau ikang semilang
musti pergi pasar kat Part Jawa
kata daddy b..jb punya kurenggg..
tah aper yg kureng pon nekpp kurengggg tahu hehe..
hanya raja semilang ajer yg tahuu ekeke..
nekpp kurenggg arif bab2 ikang semilang nie
yg nekpp tahuuu hehe ngap ngap dan masak!!
amacam??? tangkap lelehhhh takkk?? ok okkkk
jom zassss resepi ;))

bahan2
  • cili kering direbus
  • bwang merah
  • bwang putih lebihkan sedikit
  • halia
  • belacan
  • cili padi/api utk menghilangkan bau hanyir
dibelender kesemua bahan
  • air asam jawa
  • daun kesum @ bunga kantan
  • lada hitam

Note
utk menghilangkan bau hanyir ikan semilang hendaklah dibuang
insang/benda putih kat leher tuu
hehe biasanya yg siang ikan semilang nie daddy b
nekpp hanya sebagai mem sahaja ahaks..
kemudian buang lendir di badan ikan semilang
lalu dicuci dgn air asam jawa atau
tepong & limau.. ekhh pokoknya mcm2 petua yg nekpp dapat
tapi yg paling sonang daddy b yg buat! wahahaha
kemudian direndam dgn air suam


EID MUBARAK!



Wednesday, 2 September 2009

DALCA AYAM

Ramadhan ke 12
dari cerok dapor nekpp
DALCA AYAM
menu yg simple ari nie..
requested by Ms EdY..nak makan Roti Canai..
roti canai segera hehe tapiiiii
homemade by my jiran's mom
nuu kat Temerloh Pahang DM
resepi nekpp import tawww ahaks..CNP as usual..
dari chef tersohor..name geleme CMG..hehe
Che Mat Gebuz..mekasih yer CMG!!
jom zasss resepiiiii ;))

Bahan Utama:-

  • 4 keping dada ayam, potong sederhana besar*
  • 1 camca teh serbuk lada hitam*
  • 1/2 camca teh garam*(*disatukan dan diperap)
  • 2 biji kentang,dipotong dadu
  • 1 batang lobak merah, dipotong baji
  • 1/4 ketul bunga kobis, potong kecil ** tidak ada
  • 5 tangaki kacang panjang, dikerat 2 inci panjang ** tidak ada
  • 1 cawan kacang dhal, rebus 10 minit.
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 2 biji cili merah, dibelah dua setiap biji
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 1 ketul kiub ayam "MAGGI" (jika suka) ** tidak guna
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • 150 ml pati santan (mat guna santan kotak) ** kita serupa!
  • 800 ml air

Bahan Kisar:-
  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 biji cili merah

Bahan Tumis:-
  • 3 ulas bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 2 tangaki daun kari
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Cara membuatnya:-
  1. Dalam periuk, tuang 3/4 cawan minyak masak. Masuk bahan tumis dan tumis hingga harum, kemudian masukkan bahan kisar dan rempah kari daging. Tumis hingga terbit minyak dan naik bau. Masukkan kentang dan lobak merah, gaul rata dan masak 5 minit.
  2. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan air dan biar mendidih. Masukkan kiub pati ayam (kalau guna) dan asam gelugor. Kemudian masukkan semua jenis sayur dan kacang dhal, kecuali tomato. Masak hingga mendidih.
  3. Akhir sekali tuang pati santan dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa (jika suka). Bila mendidih, masukkan tomato tadi dan biar masak 2 - 3 minit. Rasa kuahnya dan matikan api. Boleh dihidangkan bersama2 roti jala tadi....*** nekpp makan dgn roti canai! ahaks..;P

EID MUBARAK