Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Monday, 6 August 2012

MEE SIAM SUP

MEE SIAM SUP AYAM

hik3.... JANGAN TERTIPU!!! MEE SIAM adalah KEMBAR MEE HOON! SAMA!! saling x tumpah! hehe.. org Johor jeQ yg panggil Mee Hoon..Mee Siam! ni pon entry tertunggak! biasalah...kannn...nekp! yg bz bz bee! uhuh..



MEE SIAM AKA MEE HOON! hik3..
nekp rendamkan dgn kunyit serbuk!



RAMADHAN KAREEM!






Thursday, 12 April 2012

MEE SIAM GORENG

dari CerokDaporNekpp
MEE SIAM GORENG

SALAM RABU YG DINGIN! BACK TO WORK! hehe.. bunyi pelik??? MEE SIAM?? rasanya HANYA ORG JOHOR sahaja yg panggil MEE SIAM aka MEE HOON. MEE SIAM GORENG ASLI... utk JOHOREAN sudah semustinya tahu resepi ASAL ASLI mee siam ni. tersanglah mudah! jomm zass resepi ;))


bahan2 ;)
  • 1 bungkus mee siam aka mee hoon *direndam hingga kembang & ditos
  • 10 tangkai cili kiring *digunting direbus ditos
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 3 tbspn udang kering *direndam dicuci ditos
  • 3 tbspn taucu *jika suka
  • 1 mangkok taugeh dibuang ekor
  • 1 mangkok udang basah *dibuang kepala/kulit hingga separuh badan
  • daun sup/daun bawang *dihiris2 utk ditabur
  • bawang goreng *utk ditabur
  • 1 biji limau kasturi *dibelah 2 buang bijinya
  • perasa secukup rasa

cara2nya ;)
  1. belender kesemua bahan2. atau kalau rajin GILING! hehe
  2. tumis kesemua bahan hingga naik bau. guna api kecil.
  3. kemudian masukkan udang; digaul rata; biarkan seketika. ** masukkan TAUCU jika suka
  4. masukkan MEE SIAM; gaul sebati kemudian masukkan taugeh; digaul rata.
  5. diangkat dan dihidangkan. taburkan daun bawang/sup/bawang goreng JUGA limau kasturi. NOTA: boleh juga dimakan dgn CILI JERUK! yummy!!


simply the best!




Friday, 30 March 2012

MEE GORENG SAMPOI

dari Cerok Dapor Nekpp
MEE GORENG SAMPOI


KUDAP2AN waktu pagi... BRUNCH!! DADAY B OUTSTATION! yippie!! x yah masak!! heeee... DONT NEGETIP THINGKING!!! Nekpp x mkn HEAVY UTK 1 HARI! yg hanya tinggal MsEDY!! ELAKKAN PEMBAZIRAN!!! HEHE... Mee Goreng Sampoiii... layannn hehe... bila goreng MEE ni.. musti boh TAUGEH! bila ingat TAUGEH! ingat pada ARWAH MAK BONDA nekpp.. sbb.. nekpp x suke buang b****t taugeh!! miahahaha...



TAUGEH... sedap dimakan! crunchy!! bila pekene SOTO!! perghhhh... bila pandang TAUGEH ni MUSTI ingat pada ARWAH.. kalau arwah mak bonda dtg.. binggo!! kalau x buat SOTO atau yg perlu meggunakan TAUGEH!! pasti tidak sah!! sbb arwah mak bonda suka buat! teliti.. sungguh perihatin!! Selain dari TAUGEH... IKAN BILIS!! ITULAH ANAK MAK!! sambil selam minum air! sambil arwah menyiang ikan bilis sambil berBORAK BOREK dgn anak mak yg mcm nenek nii hehe.. RINDU MAK!! AL FATIHAH..........................






Saturday, 13 August 2011

~ SIZZLING MEE

dari Cerok Dapor Nekpp
SIZZLING MEE

Alhamdulillah.... IFTAR 13!! haa tu dia.. finally!! BB Bear si tomey tuu... ayat maut dia... 'ibu.. rasa2 mcm nak makan sizzling mee! " woweee... ibu yg mithali kan kan kannn...ahakss.... ALL FOR U SON!! perghhhhh... kalu x dengor ckp ibu diaaa... ermmm x tau laaa... SIAP!! KU BUAT PEKASAM!! haa ada berani!! hiihiiii ;)) jom jomm jommmmmm zassss resepi hokeyyy!!

bahan2
  • mee kuning dibasuh dgn air panas lalu ditos atau msk air panas pas tu rendam mee jap then tos pon hokeyyy ;))
  • ayam atau daging ** ikut suka
  • 2 tbspn cili kering yg sudah dikisar
  • 1 inci halia dihiris2
  • 1-2 batang cili kering dipotong 1 inci
  • 1-2 tbspn sos tiram
  • kicap pekat atau kicap manis atau kicap utk mee (ikut suka hati yaa ;)
  • cendawan butang direndam
  • brokoli
  • bunga kobis
  • baby corn
  • baby carrot ;)
  • perasa secukup rasa
  • 1-2 tbspn tepung jagung (dicampor air jadikkan paste. letak tepi)
  • telor ** ikut suka

cara2nya
  1. Tumis bahan2 hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam atau daging digaul rata dan masak hingga ayam/daging empuk.
  3. Masukkan paste tepung jagung ** utk pekatkan kuah. digaul rata. biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan sayur2an. Jangan masak terlalu lama nnti sayur2an lembik. Bahan perasa secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan telor ** ikut suka hati masing2.. x dosa! hihi... ;)
  6. Boley dihidangkan dan terus makan!! Bismillahhh.... ;))


~ RAMADAN KAREEM ~




Thursday, 4 August 2011

~ MEE HOON SUP

dari Cerok Dapor Nekpp
MEE HOON SUP


Alhamdulillahh ~ iftar 4! dgn cuaca yg sejuk hari nii.. hujan lebat melanda tanah tumpah darahku!! mood pon mood suram! mata asyik layuuuu aje! tulang 4 kerat ni pon rasa letih banget!! alhamdulillahhh.. nekpp gagahkan juga utk merempit di cerok dapor nekpp... ahakss... kawajipan wehhh... sejuk2 nii... sup is the best!!

hilang lagi nasik ayam!! sori daling... nxt time hokeyy!! insyAllahh... perghh byk betul 'wishing list' ~ ermmm tu lah anak2 ibu...


bahan2
  • 1 peket mee hoon direbus atau direndam dgn air panas
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 ulang bawang merah *nekpp guna bawang merah besar senang nak kupas! ;))
  • halia dititik
  • lengkuas dititik
  • rempah sup
  • 4 sekawan
  • seikat sawi
  • daun bawang/sup

~ sambung lagi ~ mata x leh tahan...nak bump!! soriiiiiiiiiiiiii RALAT!





RAMADAN MUBARAK




~ MEE HOON KUNING

dari Cerok Dapor Nekpp
MEE HOON KUNING


~ yoyoan ajer kan... pikir aper laa yaa...actually saje nak share.. kebiasanya org buat mee hoon sup kale putih (original) tapi kali ni nekpp saje kalekan 'yellow' atau kuning!! haaa jangannn koner..kooonerrrrr ;)))............... nekpp x guna perwarna... tapi guna 'pewarna natural' ~ serbuk kunyit; dlm satu sudu serbuk kunyit dicampurkan dlm air lalu direbus sehingga mendidih. pas tu masukkan mee hoon digaul sebati. kemudian diangkat dan ditos.

Kadang2 'presentiation' makan2 nii diambil kira juga.. so nak elak rasa jemu; maka nekpp pon kalekan mee hoon.. nampak laa keceriaanya kannnn juga pembuka selera! ... layannnnnnnn ;))




~ RAMADAN MUBARAK ~







Thursday, 26 August 2010

MEE HOON SUP

dari cerok dapor NekPP ;))
MEE HOON SUP

simple menu for IFTAR 14
layan gambar dulu yerkk..resepi kemudian..ahakss ;))


RAMADAN KAREEM



Thursday, 29 October 2009

MEE REBUS

dari cerok dapor nekpp
MEE REBUS

zass resepi yaa ;))

bahan2 KUAH ;)
  • 500 g daging tetel, kerat2, cuci bersih dan toskan
  • 3 ulas bawang putih ** dititik/ditumbuk
  • 1 inci halia **
** rebus hingga tetel lembut
  • ** 1 biji bawang besar
  • ** 5 biji bawang merah
  • ** 5 ulas bawang putih
  • ** 1/3 cawan udang kering, rendam 10 minit, toskan
** dibelender kesemua bahan
  • 2 tbspn rempah kari daging
  • 1 inci lengkuas, diketuk
  • 300 g keledek, kupas, rebus hingga lembut dan lecek halus
  • garam/gula/bahan perasa secukup rasa

bahan2 SAMPINGAN ;)

  • Mee kuning, cuci dan celur sekejap, toskan
  • Taugeh, buang ekor, cuci dan celur sekejap, toskan
  • Tauhu, goreng dan hiris
  • Hirisan cili hijau dan merah
  • Hirisan daun bawang dan daun sup
  • Bawang goreng
  • Belahan limau kasturi
  • Telur rebus, dibelah dua
NOTE: nekpp tumis bahan2 dengan menggunakan minyak masak + 2 tbspn minyak sapi

Friday, 11 September 2009

MEE KARI

dari cerok dapor nekpp ;))
MEE KARI
nekpp style...ahaks..

zasss respeiiiiiiiiiiii ;))

bahan2 KUAH KARI ;)
  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
  • lengkuas
  • 1 tbspn ikan bilis
  • 1 tbspn udang kering
** dibelender kesemua bahan
  • udang segar atau daging/tetel atau kerang atau ayam..ikut suka ** nekpp suka tetel!
  • 1 peket rempat kari
  • rempah 4 sekawan *cengkih *pekak * buah pelaga * kayu manis
  • 1 peket kerisik
  • 2 peket santan pekat ** yg siap diperah santannya dijual kat pasar tuuu ;)
  • asam keping @ air asam jawa
  • serai dititik
  • gula dan garam secukup rasa
  • daun kunyit disiat siat atau dihirs 2 inci lebar
bahan2 SAMPINGAN ;)
  • tahu digoreng ** dipotong segitiga
  • sawi dicelur
  • taugeh dicelur
  • telur rebus dibelah 2 atau 4..ikut suka
  • lada hijau/merah dihiris nipis
  • daun sup/bawang dihiris halus
  • bawang goreng
  • limau kasturi dibelah 2
  • mee kuning dicelur dan ditoskan
note: lengkuas dan halia boley dititik..tapi nekpp suka dibelender..;)

Tuesday, 8 September 2009

MEE HOON HAILAM

dari cerok dapor nekpp
Mee HooN HaiLam
resepi nekpp CNP dari CMG...mekasih yg cik mat!!

tapi maap yer nekpp tak ikut 100% bahan2.. sebab tidak ada!! uhuh.. aper yg ada stok kat rumah aje.. hehe jgan membazirrr gayahhh... ahaks.. anggaran kuah pon nekpp xreti nak estimate.. sbb nekpp guna 2 peket mee hoon.. mcm masak 1 kawah uuuu hehe.. try maa.. mula2 okkkk nampak cun gitewww... kuah just prefect!!! huyooooo... then agak pekat.. kuah tak de.. tak per next time buat lagiiii.. insyAllahhhh... jom zassss resepi ;))


Bahan-Bahannya:-)

1 keping dada ayam ** nekpp tak guna..nekpp guna seafoods
2 keping fish cake ** tak de
1 cawan isi udang
1 cawan hirisan lobak merah
1 batang leek, potong serong ** tak de
1 kiub tulang rusuk "MAGGI" ** tak de ** nekpp guna sesedap RASA MAGGI
1 camca teh serbuk lada hitam
1/2 cawan sos tiram
1/2 camca teh minyak bijan ** tak de
3 camca besar kicap cair
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 inci halia, dititik
1 camca teh tepung jagung + 1/4 cawan air
Air secukupnya

Bahan Lain:-)
500 g mee kuning, cuci, celur dan toskan ** nekpp guna mee hoon
Taugeh, dicelur (jika suka) ** tak de
Tauhu, digoreng dan hiris nipis ** tak de
Bawang goreng ** tak de
Hirisan daun sup/daun bawang
Hirisan cili padi (jika suka)

Cara membuatnya:-)
  1. Potong dada ayam kepada potongan kecil, cuci, toskan dan gaul dengan serbuk lada sulah dan sedikit garam, perap 10 minit. Potong fish cake sederhana tebal. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak bersama minyak bijan dalam periuk atau kuali. Tumis bawang putih cincang dan halia hingga wangi, masukkan daging ayam dan masak 5 minit. Masukkan udang dan potongan fish cake. Tuang sos tiram dan kicap cair. Kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 1500ml).
  3. Bila mendidih, masukkan kiub tulang rusuk "MAGGI", lobak merah dan leek (boleh tambah sayur lain jika suka). Masak hingga lobak lembut dan masukkan serbuk lada hitam. Tambah bancuhan tepung jagung dan kacau rata, masak dengan api sederhana hingga kuah pekat. Rasa dan jika ok, matikan api.
  4. Isi mee dalam mangkuk, letak taugeh (jika ada) dan tuang kuah hingga hampir memenuhi mee. Hias dengan hirisan tauhu, bawang goreng, hirisan daun bawang/daun sup dan hirisan cili padi jika suka pedas..

EID MUBARAK!

Tuesday, 12 May 2009

PENANG FRIED KWAY TEOW

sumber resepi from my frenz here
Madam LK..Origi from Penang
now pemegang passport USA

tnxx yaaaa memm!!


bahan2
  • 5 tbspn oil
  • 1 rounded tbspn roughly chooped garlic
  • 200 g ( 1 cup) medium size prawns; shelled
  • 200 g ( 1 cup) 'kerang'
  • 500 g fresh flat rice noodles ** kway teow maa
  • 200 g ( 4 cups) bean sprouts
  • 150 g (3/4 cup) chinese chieves ** ku chai maa
  • 4 eggs
  • salt
  • pepper
chili paste
  • dried chillies *sliced; soaked & drained
  • 1 tspn crumbled shrimp paste (belacan maa)
Sauce
  • 1 tbspn light soy sauce
  • 1 tbspn dark soy sauce
  • 1 tspn sugar
  • 1 tbspn water
cara2 msak seperti goreng mee mcm biasa ler yer.. jangan mareee ;)))

Friday, 8 May 2009

MEE BANDUNG MUOR

sempena HaRi IbU
dari cerok dapor nekPP
Mee BaNdoNG MuOr
sumber resepi dari Mawar Johor
kita zass resepinya yaaaa

bahan2
  • 1 kg mee
  • 10 tangkai cili kering (dibuang biji & direbus; toskan)
  • 1 labu bawang putih (diketuk)
  • 5 biji bawang merah
  • 1/2 cawan udang kering; direbus dgn secawan air * alternative boley guna sotong
  • 1/2 cawan udang hidup
  • 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
  • 3/4 atau 1 cwn gula
  • 3 - 4 cawan air rebusan daging@tulang@udang
  • 1 tbspn sos tiram
  • telur ayam mengikut jumlah hidangan
  • garam secukup rasa
  • minyak utk menumis
  • sawi
  • kobis * ikut suka
  • daun sadri *ikut suka
  • daun bawang dihiris halus utk ditabor
  • tahu digoreng dan dihiris nipis utk hiasan *ikut suka *xletak stok tarak
  • bwang goreng utk ditabor ** xletak pon stok tarak
LAIN2 PERENCAH ** daging ayam *fishball *sotong *bunga kobis * hati rebus boley dimasukkan mengikut citarasa masing2... lagii..kacang tanah atau biskut marie.. nie kena kompon gan MIL nekPP ahaks.. sbb setahu nekPP mesti letak kacang tanah yg dimasin halus ataupon biskut marie.. dlm resepi tak dek tapi nekPP bubuh jugakkk sbb nak bagi kuah tu pekat..

cara memasak
  1. blend cili kering+udang kering+bwang putih+bwang merah
  2. panaskan minyak; tumis bahan2 hingga bau wangi
  3. masukkan sos tiram
  4. kemudian masukkan daging+udang
  5. masukkan air rebusan daging dan diikuti batang sawi
  6. garam; gaul rata; biar hingga pekat
  7. akhir sekali pecahkan telor dan boley ler diisi dlm pinggn
  8. kemudian dihias mengikut selere masing2 yeeeeeeeee ;)))
NOTE
** mee bandung asli tidak mengandungi apa2 rasa yg masam; jadi janganlah masukkan sos/cili sos/asam jawa/tomato puri; ini akan merosakkan keaslian rasanya. ramai org yg pandai2 modify mee bandung muor nih by adding sour ingredients.. itu yg spoil tuhh **

ekeke.. nekPP petik sebijik dari buku resepi tu tawwww..so..tepok dada tanya selera!

******** E.N.D *******


ini adalah buku resepi
hadiah sempena hari ibu kepada nekPP
dari Daddy B
lama dah buku resepi nie..
Daddy B print pas tu binding
sumber resepi dlm buku nie dari Wanita Johor atau pon MAWAR
buku resepi nie banyak berJASA kat nekPP tawwww


** SELAMAT HARI IBU **
kepada
IBU2 YG BERADA DI LUAR SANA

Friday, 24 April 2009

LAKSA JOHOR

yayyy...akhirnya baru boley zasss n3 Laksa Johor nihh.. buat2 bz gitewww... ahaksss.. menu utama ari Jumat dari cerok dapor nekPP.. mmm yg x syiokk tu sambal belacan ada sikit x meriah warnanya.. Daddy B kata cili api warna merah dah abis!! yg tinggal cili dari india separuh merah separuh hijauu...bantaii laaa labuu janji sambal belacan ada! wahaha.. kalau tak... x dek umphhh... kita zasss resepi Laksa Johor yaaa

bahan2nya
  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
  • belacan
  • ketumbar
  • jintan manis
  • ikan kurau masin * dibakar
  • dibelender kesemua bahan
  • serai dititik
  • lengkuas dititik
  • 4 sekawan *cengkih*pelaga*kayu manis*bunga lawang
  • rempah kari ikan atau rempah laksa ada dijual di pasar
  • asam keping
  • kerisik * ikut suka xnak pun xper sbb dah ada santan tapi kalau letak lagi umph!
  • santan
  • garam
  • gula
  • bahan perasa ikut suka
  • spaggetti direbus letak minyak sikit supaya tidak melekat; ditos
  • udang geragau @ udang kecik2 fresh *biasanya nekpp guna udang kering aje!
  • ikan kembung atau ikan parang ikut suka *direbus lalu diasingkan isinya; dibelender dgn air ikan yg direbus *tulang ikan dibelender lalu ditapis ambil airnya
pemanisnya..ahaks
  • timun dihiris halus bulat2 * buang isi dalam yaa
  • bawang besar dihiris halus pun bulat2
  • daun kesum atau daun selasih
  • lobak masin
  • nenas dihiris halus
  • taugeh dicelur xnak pon xmengapa
  • limau kasturi atau nipis ikut suka dibelah 4
**sambal belacan

cara2nya
  1. tumis bahan2 yg dibelender sehingga naik bau.
  2. masukkan serai yg dititik+lengkuas+asam keping kemudian rempah kari ikan
  3. masukkan isi ikan dan air tulang ikan yg telah ditapis tadi
  4. masukkan kerisik digaul sebati kemudian masukkan santan biarkan mendidih; peringatan masak menggunakan api yg sederhana
  5. boley dihidangkan bersama2 dgn pemanis2 yg kat atass tuuu..juga sambal belacan!
  6. S.E.L.A.M.A.T. M.E.N.C.U.B.A.

Sunday, 19 April 2009

MEE SUP


Bismillahhhh.... slurpppp... nyaman kalau dimakan waktu panas2! amat sesuai dimakan kalau sakit tekak ker... nak demam kerr.. hehe.. Mee Sup hidangan ujung minggu dari cerok dapor nekPP.. xsempat nak masuk n3 on time.. nekPP nak share sikit tu haa nampak tak mee kuning.. mee tu kawan nekPP yg buat.. kena oder ler.. harganya sekitar RM15.. biasanya nekPP kalau buat mee goreng, mee kari atau ape2 ajer laa beli spagetti utk mengantikan mee kuning nih.. selain itu ada gek mee yg made in indon atau philipina..

Mee Sup nie enak dimakan degannnnnnn Sambal Kicap.... mmg mengacam dan terancam!. nmpk x dlm gamba tuu... kuah mee sup nekPP hitam legam!! aalahaiii jom makannnn.. kita zass resepi sambal kicap...

bahan2
  • cili api hijau nekPP guna 1 tray
  • 1 ulas bawang putih
  • kicap manis atau masin
  • gula
  • limau kasturi diperah dan diambil jusnya
dibelender kesemua bahan2 di atas.. atau ditumbuk!