3 Perkara...
Salam kawan 2 ku yang jelita, hensem, kacak, cantik semua... Mungkin ade yang nak membaca sesuatu dari aku... Dan, mungkin aku boleh buat quickie sket... Oke laa..3 perkara... Satu; Azam's progress... Kaseh ibu membawa ka-syurga... chenta ayah ber-korban nyawa! Alhamdulillah, Azam selamat menjalani 2 pembedahan serentak! Untuk plastik di muka dan di pehanya yang patah.. Itu pun makan mase 10 jam juga! Memang Azam budak yang kuat... Sejurus je keluar dari dewan bedah, Azam mengerang kesakitan, mengaduh menangisi "double pain" selepas pembedahan... Tapi, Azam kuatkan semangat jugak, atas kasih sayang dan belaian Mama yang tak pernah berenggang ataupun mengelak dari menjaga Azam setiap hari, "shift" siang.... Walaupun Mama bukanlah sesihat yang sepatutnya yang melayakkan Mama untuk jage orang sakit... Semoga proses penyembuhan Azam akan berjalan lancar... Besi penarik kaki Azam ni dah tak digunakan lagi, dan tak layak lagi diletakkan atas katil beradu Azam.. Dua; ...