Selamat Berperang Dengan Huruf dan Nombor Sayangku..!
operasi mengketip soalan exam... Pejam celik. Pejam celik. Celik Pejam. Kejap je... Kejap je dah nak habis separuh daripada tahun 2009; dan dah hampir tiba masa untuk budak 2 bercuti. Tapi sebelum cuti, mereka akan diuji dulu. Dengan ujian pertengahan tahun atau PKSR I. Sekolah aku akan memulakan exam pada hari Selasa, dan berakhir hari Jumaat. Mungkin sekolah yang lain pun begitu juga. Jadi sekalung Good Luck untuk mereka. Semoga dapat score, jawab dengan baik dan tenang. InsyaAllah berjaya. Tapi ade sesetengah sekolah dah siapkan exam mereka minggu lepas lagi. Sanggup lupakan sementara sambutan hari guru untuk beri laluan kepada exam. Bagus jugak...terpulang kepada kebijaksanaan pentadbir sekolah masing 2 ... soalan dah siap sedia dibungkus dan menunggu proses diangkut ke bilik kebal. Cuti pertengahan tahun pun cuma minggu depan je. 2 minggu dorg akan cuti. Mungkin berita gembira buat mereka yang akan bercuti termasuklah budak tu sendiri, atau cikgu kepada budak tu. Dan parent mungk...